Anda di halaman 1dari 6

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM

Saya Lee Pei See guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2013 dari kelas P5B telah
menjalani praktikum pada semester lima iaitu praktikum Fasa 1 di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Kuala Ketil, Kedah. Praktikum ini mengambil masa selama satu
bulan iaitu dari 12 April sehingga 7 Mei 2015. Saya mesti mengikuti segala aktiviti yang
dijalankan di sekolah sepanjang tempoh masa praktikum.
Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untuk membolehkan guru
pelatih membiasakan diri di sekolah dan di dalam bilik darjah serta mendapat
pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu memgajar subjek
major saya iaitu Bahasa Cina selama 6 waktu dalam satu minggu. Setelah saya
meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran juga
menjadi salah satu bahan penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini sedikit
sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran muridmurid. Saya juga mengetahui bahawa semasa merancang pengajaran harian, ia
perlulah

berpandukan

rancangan

pengajaran

mingguan

dan

selaras

dengan

penguasaan pengetahuan anak-anak murid saya.


Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan
pembelajaran melalui buku rekod rancangan pengajaran harian. Semasa menjalani
praktikum, ia membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru
dan kakitangan sekolah. Hal ini amat penting untuk membina keyakinan diri seseorang
guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti
sekolah pada masa akan datang. Di samping itu, guru pelatih diharap dapat memahami
tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan
amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian di
sekolah, interaksi dengan warga-warga sekolah dan refleksi yang dibuat selepas sesi
pengajaran.
Setelah empat minggu menjalani praktikum, masih banyak perkara yang perlu saya

perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Tulisan saya
yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa kerana guru merupakan role model
murid-murid, segala tingkah laku guru akan diikuti oleh anak-anak murid. Berbekalkan
panduan, nasihat dan galakan dari pensyarah pembimbing, guru pembimbing serta
rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan
bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Setiap kali selepas penyeliaan
oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing, pasti saya akan memperolehi ilmu
yang baru dan perlu saya perbaiki dari segi strategi pengajaran, pengurusan bilik
darjah, sebutan bahasa dan sebagainya.. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan
saya dengan warga sekolah dan rakan seperjuangan semakin mesra dan rapat.
Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak
menguruskan masa agar dapat menyempurnakan semua tugasan dengan konsisten.
Sepanjang masa menjalani praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik
yang perlu disesuaikan dengan latar belakang, bahasa, budaya dan kaum murid-murid
saya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran juga
perlu bersifat dua hala ataupun pelbagai hala agar saya dapat membentuk jati diri
murid-murid yang berani memberi jawapan mahupun menyuarakan pendapat. Saya
sedar bahawa anak-anak murid di sekolah tersebut terdiri daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina, India dan Thailand. Hal ini menyebabkan tahap penguasaan
Bahasa Cina yang agak rendah. Justeru, dengan perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka
menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik dan bertutur serta berinteraksi
dengan menggunakan Bahasa Cina.
Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk menguasai
kunci kemahiran perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar bahawa jika
perancangan saya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid
saya tidak mendapat pengetahuan baru. Saya juga mengetahui bahawa segelintir murid
dari kaum lain kurang ingin belajar dan merasakan bosan untuk belajar kerana mereka
tidak dapat memahami perkataan dan sebutan Bahasa Cina .Prinsip yang cuba saya

tanamkan bagi anak-anak didik saya, saya akan pastikan mereka menumpukan
perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tambahan pula, saya
juga akan menanam keinginan untuk belajar dengan tekun pada diri murid-murid saya
dan memupuk budaya membaca cerita Bahasa Cina dalam kalangan murid-murid kaum
lain.
Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu
membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan
pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang
konsisten dengan perjuangannya. Tambahan pula, mengajar murid-murid yang
berlainan kaum dan agama dapat melatih saya agar cuba mengatasi cabaran dengan
hati terbuka bagi menghadapi sebahagian murid yang berasal dari kaum yang berbeza.
Saya dapat dilatih untuk berfikiran secara kreatif, kritis dan inovatif serta berfikir di luar
kotak bagi merancang pengajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan murid-murid.
Seiring dengan perubahan zaman globalisasi yang semakin moden dan berkembang,
ia membolehkan saya lebih peka dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi
(TMK) untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu
sentiasa mencuba untuk mencari strategi yang menarik seperti mengapliksikan video
dan audio dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid bersemangat ketika
belajar, saya sentiasa mencari bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat belajar
murid serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.
Selain itu, saya juga berpeluang untuk menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik ICT. Suasana bilik ICT yang cukup ceria juga menjadikan
murid-murid minat untuk belajar di dalam bilik ICT. Bilik ICT ini dilengkapkan dengan
Projector dan LCD. Pembelajaran di dalam bilik ICT bertujuan untuk membina dan
menyampaikan pengetahuan kepada murid-murid. Pembelajaran terjadi kerana ada
interaksi dan komunikasi antara murid dengan guru dan antara murid dengan murid
serta murid dengan alat bantu mengajar. Penggunaan media belajar yang lebih

interaktif dan komunikatif mampu meningkatkan motivasi belajar murid-murid. Ianya


melancarkan interaksi antara murid dengan guru sehingga proses pembelajaran lebih
efisien dan efektif. Alat bantu pembelajaran (LCD dan Projector) iaitu bahan elektronik
yang menggunakan tampilan komputer dari LCD projektor dapat menayangkan gambar
dan video yang menarik dengan menggunakan mouse atau keyboard. Dalam hal ini,
saya mendapat pengetahuan yang baru tentang manfaat penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran iaitu melancarkan interaksi antara guru dengan
murid sehingga kegiatan pembelajaran akan lebih efektif dan efisien, memberikan
maklumat inovasi baru yang dapat meningkatkan motivasi belajar murid, meningkatkan
kualiti belajar dan meningkatkan pengetahuan murid-murid dengan teknologi baru yang
terus berkembang.
Seterusnya, kami juga menjalankan perbincangan dengan guru pembimbing, guruguru lain dan pihak pengurusan sekolah. Mereka amat rela berkongsi pengalaman dan
pengetahuan selama perkhidamatan di sekolah ini. Tambahan pula, mereka juga ada
berkongsi bahan-bahan pengajaran dan menceritakan pengalaman-pengalaman
mereka sepanjang masa menjadi guru agar menjadi bekalan panduan kepada kami
apabila mengajar kelak. Kawasan persekitaran sekolah adalah dikelilingi oleh kawasan
kediaman penduduk setempat yang terdiri daripada kawasan kampung yang agak
damai. Keadaan sekolah ini amat selamat kerana ianya terletak di luar Bandar yang
dijauhi daripada kawasan perindustrian dan kenderaan-kenderaan berat. Jadi,
pencemaran udara dan bunyi tidak berlaku di kawsan persekitaran sekolah ini. Dengan
ini, persekitaran sedemikian amat sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Selama pemerhatian saya semasa praktikum, saya mendapati bahawa tidak ada
seorang murid pun yang lewat datang ke sekolah. Jadi, disiplin murid-murid adalah
dalam keadaan yang memuaskan. Apabila tiba waktu rehat iaitu pada pukul 9.45 pagi,
kantin akan dipenuhi dengan murid-murid dan ibu bapa kerana ada segelintir ibu bapa
yang masih menghantar bekas makanan untuk anak-anak mereka. Hal ini berdemikian
kerana ada segelintir ibu bapa yang berpendapat bahawa harga makanan di kantin
adalah agak mahal dan tidak sedap dimakan. Pada masa yang sama, guru-guru di

sekolah ini juga bersikap tegas dalam mengawal disiplin murid-murid serta
menunjukkan teladan yang baik dalam aspek disiplin diri. Misalnya, guru perlulah
menepati masa masuk ke dalam kelas untuk menunjukkan disiplin diri yang baik. Hal ini
berdemikian kerana guru-guru adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan muridmurid di dalam sekolah.
Puan Lee Phaik Cheng selaku guru pembimbing saya, merupakan seorang guru yang
professional. Saya mendapat banyak pengetahuan daripada beliau mengenai strategi
pengajaran dan juga kaedah menangani tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Saya
memahami bahawa dalam menangani perangai dan tingkah laku murid-murid yang
berbeza perlu mempunyai rasa prihatin terhadap murid-murid serta bersikap adil
terhadap semua murid. Guru perlulah sabar ketika mendidik murid yang pelbagai kaum.
Selain itu, guru juga perlu mengambil berat tentang akademik serta latar belakang
keluarga murid-murid supaya memahami perkembangan kanak-kanak. Hal ini
disebabkan kemungkinan perangai dan tingkah laku murid adalah disebabkan oleh
faktor keluarga mereka.
Akhirnya, kemudahan-kemudahan asas sekolah adalah mencukupi dan sedia ada
bagi guru, murid dan kakitangan sekolah. Persekitaran sekolah adalah cantik dengan
mempunyai taman dan pondok bacaan untuk berehat. Kata-kata hikmah juga
dipamerkan dan dipaparkan di sekeliling sekolah supaya murid-murid dapat
mempelajarinya dan mendapat dorongan. Kantin sekolah juga cukup besar untuk
menampung bilangan murid dan murid-murid dapat makan dalam keadaan yang
selesa. Kata-kata hikmat dan poster yang pelbagai jenis telah dilekatkan di sekitar
dinding bangunan yang seolah-olah menjadi keunikan sekolah ini. Poster mengenai
paparan karya murid dan peraturan sekolah telah dipamerkan di sekitar bangunan yang
mudah dilihat. Kata-kata hikmat bertujuan untuk memberi panduan kepada murid agar
menjadi seorang yang berbudi. Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab sebagai
seorang bakal guru dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan
semua warga sekolah.

Anda mungkin juga menyukai