Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Acara Lari Jarak Jauh

Pada minggu ini, kami mempelajari acara trek iaitu acara lari jarak jauh. Bagi para olahragawan
dan peminat-peminat sukan olahraga, mereka dapat mengetahui jenis-jenis acara yang tergolong
sebagai acara lari jarak jauh. Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai minat atau tidak
mengambil bahagian dalam acara itu, rnungkin akan tertanya-tanya apa acara yang dimaksudkan
itu. Berapa jauh yang dikatakan jarak jauh dan berapa acara jarak jauh itu. Bagi mereka yang
berkecimpung dalam olahraga mungkin masih terdapat sedikit kekeliruan dalam pembahagian dan
pengasingan acara jarak jauh dan jarak sederhana. Acara maraton tidak tergolong sebagai acara
lari jarak jauh. Hal yang sama berlaku pada acara merentas desa yang amat terkenal di peringkat
sekolah. Acara merentas desa juga tidak tergolong sebagai acara lari jarak jauh.

Secara tidak rasmi, terdapat tiga acara larian dan yang boleh dikategorikan sebagai acara lari
jarak jauh, iaitu 3000 meter. Semua peserta akan memulakan acara ini dengan

menggunakan gaya berdiri. Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan
dengan memakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Untuk acara seperti ini, pegawai pencatat
pusingan diperlukan untuk setiap peserta atau beberapa peserta tertentu. Mereka akan mencatat
setiap pusingan yang telah dilepasi oleh setiap pelari supaya tidak ada pelari yang berlari dengan
jumlah pusingan yang berkurangan daripada yang lain tetapi memenangi perlumbaan itu.

Selain itu, pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam untuk berlari sebaik sahaja
permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada
jarak yang jauh sedikit jika terus berlari di lorong luar serta untuk mengelakkan diri daripada
kemungkinan gangguan peserta-peserta lain semasa berlari. Sebenarnya, b erlari di lorong

yang paling dalam dapat mengurangkan jarak sebenar larian. Ini adalah
disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia
menggunakan lorong luar dan permulaan untuk acara ini sebenamya tidak
memberikan kelebiban kepada mana-mana pelari. Pelari mesti berusaha
untuk mendapatkan lorong yang paling dalam.

Di samping itu, pelari hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan


sendiri. Pelari hendaklah mengelakkan diri daripada mengikut rentak dan
teknik larian peserta lain, sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi
sendiri. Hal ini berdemikian kerana hanya pelari itu sahaja yang tahu akan
keupayaannya ketika acara lari jarak jauh dijalankan. Bagi acara 10 000
meter ini juga merupakan acara lari jarak jauh, cara atau teknik larian acara
ini juga adalah sama dengan acara 5000 meter. Sebelum seseorang pelari
berhasrat untuk mengambil bahagian dalam acara ini, dia hendaklah
mengikuti latihan intensif supaya dia benar-benar bersedia secara fizikal dan
mental. Cuba bayangkanlah jika pelari itu tidak bersedia untuk berlari sejauh
10 000 meter, sudah tentu akan membebankan dirinya sendiri.

Kesimpulannya, sukan olahraga merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan
daripada sukan-sukan yang lain. lni adalah disebabkan dalam olahraga terdapat banyak acara, baik
untuk lelaki mahupun wanita. Acara-acara ini ada yang dipertandingkan sebagai acara individu
ataupun acara berpasukan. Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan
lontaran. Seseorang atlet mungkin berkemampuan dalam satu atau dua aktiviti tetapi adalah sukar
bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara ini. Kebanyakan atlet Iebih suka mengkhususkan
penyertaan dan penglibatan mereka terutamanya di perigkat antarabangsa. Dengan ini, mereka
lebih mudah meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa dengan hanya mengambil bahagiah
dalam satu atau dua acara.

Acara
Lari
Jarak Jauh

Anda mungkin juga menyukai