Anda di halaman 1dari 10

Mendefinisi secara opersi

Mendefinisi secara operasi bermaksud


pengkaji menentukan bagaimana untuk
mengukur dan memerhati pembolehubah yang
dimanipulasikan (PM) dan pembolehubah yang
bergerakbalas (PG) yang terlibat dalam kajian
secara spesifik.
Contoh:- Bagi pembolehubah
ketahanan diri murid
Adalah jarak dalam meter seseorang
murid dapat berlari tanpa berhenti.

Pengkaji yang berbeza mungkin munggunakan
definisi secara operasi yang berbeza walaupun bagi
pembolehubah yang sama

Contoh:- Bagi pembolehubah saiz murid

a)adalah bacaan berat dalam kg yang diukur apabila
murid memijak di atas alat penimbang.

b)adalah bacaan tinggi dalam cm yang diukur apabila
murid berdiri di sisi pembaris dan diukur dari tapak
kaki di permukaan lantai hingga ke titik tertinggi di
kulit kepala.

Jika sesuatu pembolehubah dapat terus
diukur menggunakan alat ukur yang piawai,
maka pembolehubah itu tidak perlu
didefinisi secara operasi.

Contoh:-
-kedalaman air menggunakan pembaris.
-suhu menggunakan termometer
-masa menggunakan jam randik
-jisim menggunakan neraca spring
Kesimpulan
Jadi mendefinisi secara operasi diperlukan
sebagai satu cara yang sesuai bagi mengukur pembolehubah
yang tidak dapat diukur secara terus.

Contoh:- mengukur masa untuk satu ayunan
bandul

Definisi operasinya:
Masa untuk satu ayunan bandul dikira dengan mengambil masa
untuk 10 ayunan kemudian masa itu dibahagikan dengan 10

Contoh:- mengukur jisim untuk garam

Tidak perlu mendefinisi secara operasi kerana jisim boleh
diukur terus menggunakan neraca spring.

Contoh lain
Pembolehubah dimanipulasikan:
Siraman air :-

Siraman air ialah menyiram pada
pangkal pokok menggunakan air
sebanyak 5ml untuk siraman pokok A,
50ml untuk siraman pokok B dan 100ml
untuk siraman pokok C dengan siraman
sekali setiap pagi untuk setiap pokok.
Pembolehubah bergerakbalas:
Pertumbuhan pokok:-


Pertumbuhan pokok ialah ukuran tinggi dalan cm
yang diukur dari pangkal batang di permukaan tanah
hingga ke hujung pucuk pokok tersebut.
Latihan:- Bagi situasi 1 dan 2 di bawah,
kenalpasti PM dan PG, nyatakan bagaimana
pemerhatian dibuat dan kemudian beri
definisikan secara operasi kepada kedua-
duanya pembolehubah itu.
Guna format berikut untuk menjawab:-

PM : ________________________________________________
Cara Pemerhatian: _____________________________________
Definisi secara operasi : _________________________________


PG : ________________________________________________
Cara Pemerhatian: _____________________________________
Definisi secara operasi : _________________________________
Satu kajian dibuat untuk menentukan samada iklan keselamatan
mempengaruhi bilangan mangsa kemalangan jalanraya. Papan
iklan keselamatan yang berbeza bilangan di dirikan di Sungai
Petani selama 4 bulan untuk melihat samada terdapat pengaruh
ke atas bilangan mangsa yang dimasukkan ke hospital
(sila rujuk jadual).

Bulan Jan Feb Mac Apr
Bil Papan
Iklan
5 10 15 20
Situasi 1
Satu kajian dibuat untuk melihat kesan jarak berlari ke atas
kadar nadi.
Tiga kumpulan guru pelatih (5 orang satu kumpulan) berlari
pada jarak berbeza kemudian nadi mereka dikira.
(Rujuk jadual )

Kump
GP
A B C
Jarak
Larian
100m 200m 300m
Situasi 2
Beri definisi secara operasi
untuk pembolehubah yang
berikut supaya ianya dapat
diukur:-
1 Keupayaan menyerap air sehelai tuala kertas
2 Saiz seekor tikus
3 Pertumbuhan sejenis pokok bunga
4 Keseronokan murid membaca buku
5 Kadar penyejatan air
6 Cahaya dalam kantiti yang berbeza yang diterima oleh pokok
7 Saiz roti
8 Kadar aliran air dalam satu saat

Anda mungkin juga menyukai