Anda di halaman 1dari 1

4.

0 PERANAN PEMIMPIN
Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua
ahli. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang
dikira dapat membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan
penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas seseorang pemimpin memainkan
beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut adalah seperti;
4.1 Sumber rujukan: pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea
kepada ahli-ahli apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas
pembacaannya, sentiasa mengikuti perkembangan, mempunyai hubungan yang
luas, banyak pengalaman dan rajin belajar
4.2 Model: sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat,
tingkah laku dan kebolehan yang boleh diteladani.
4.3 Pendorong: pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahliahli dan rakan-rakan sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan
komitmen dan terus gigih memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan
bersama.
4.4 Pembimbing: selaku pembimbing pemimpin turut mendidik, menyokong dan
membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan
bakat, minat dan kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan
membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang
4.5 Jurucakap/jurubicara: peranan ini menyerupai peranan pegawai
perhubungan awam. Iaitu berperanan sebagai jurucakap atau wakil organisasi
dalam perhubungan dengan pihak-pihak luar.
4.6 Orang tengah: jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli
pemimpin berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap
adil dan tidak condong(bias) kepada mana-mana pihak.
Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu
keadaan tertentu pemimpin juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan
kemahiran dan pengelaman yang dimilikinya) guru, penyelaras, mentor,
kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.
http://mylittletask.blogspot.my/2010/11/ciri-ciri-pemimpin-yang-baik-dalam.html

Anda mungkin juga menyukai