Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL

KALI PERTAMA 2016


SEKOLAH KEBANGSAAN KEPONG BARU
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

:
:
:
:

Kehadiran
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

6.1.2016
Rabu
1.40 petang
Bilik Sri Bicara

En. Mohd Razif Bin Mohd Tahir


En. Norman Bin Ab. Rahman
Pn . Zaliza Binti Bakri
Pn Jeow Pei Yen
Pn Rosmaini Mohd Nawi
Pn Uthaya Chandrika a/p Ramiah
Cik Nor Amirah Binti Abd.Hamid

Guru Besar
GPK Hal Ehwal Murid
GPK Kokurikulum

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi
Pn Uthaya Chandrika a/p Ramiah selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan salam dan
selamat sejahtera kepada semua guru Pendidikan Moral yang dapat hadir dalam mesyuarat
kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru.
2. Pengesahan minit mesyuarat
Pn Uthaya Chandrika a/p Ramiah meminta semua guru meneliti minit mesyuarat yang telah
diedarkan. Pengesahan minit mesyuarat telah dicadangkan oleh Cik Nor Amirah Binti Abdul
Hamid dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.
3. Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit.
4. Laporan
4.1 Semua guru Pendidikan Moral hendaklah membuat post mortem bagi peperiksaan
akhir tahun 2015 dan menyerahkannya kepada Pn Nik Raihan. Post mortem
hendaklah terdiri daripada kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikkan
bagi kelas yang diajar berdasarkan keputusan peperiksaan.
Tindakan : Semua Guru Pendidikan Moral
4.2 En Norman Bin Ab Rahman meminta agar ketua panitia menyediakan pelan operasi
dan juga pelan taktikal. Salah satu program yang akan dilaksanakan dalam pelan
taktikal ialah Program sahsiah.

Tindakan : Ketua Panitia Pendidikan


Moral
4.3 Jadual guru yang bertugas untuk menghias papan kenyataan bagi Panitia Pendidikan
Moral akan diedarkan oleh ketua panitia. Cik Nor Amirah akan mengingatkan guruguru yang bertugas.
Tindakan : Ketua Panitia dan setiausaha
4.4 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
hendaklah diselaraskan. RPT dan DSKP tahun 6 hendaklah diserahkan kepada
ketua panitia.
Tindakan: Guru Pendidikan Moral Tahun 6
4.5 Maklumat guru serta jadual waktu peribadi setiap guru moral hendaklah diserahkan
kepada ketua panitia.
Tindakan :Semua guru Pendidikan Moral
4.6 Program menceriakan kelas moral akan dilaksanakan. Dana bagi keceriaan kelas
seperti langsir dan sebagainya akan diperolehi daripada sumbangan PIBG.
Tindakan : Semua guru Pendidikan Moral
4.7 Peperiksaan akan dilaksanakan 4 kali setahun. Tahap peperiksaan hendaklah
mengikut JSU. Soalan KBAT hendaklah dimasukkan. 30% markah adalah daripada
sahsiah dan 70% daripada peperiksaan. Soalan peperiksaan terdiri daripada soalan
berbentuk objektif dan subjektif.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Moral
4.8 Patung boneka diletakkan di pejabat kerana masih tiada tempat yang sesuai untuk
menyimpan boneka tersebut. Guru boleh menggunakannya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti mewarna dan melukis tidak boleh
dilaksanakan semasa kelas pendidikan moral. Pengajaran hendaklah berpandukan
kepada RPT.
Tindakan : Semua guru Pendidikan Moral
4.9 Buku aktiviti tidak lagi digunakan bagi tahun 2016. Ketua panitia telah memberi
arahan tersebut pada tahun 2015. Namun begitu, pihak kedai buku masih lagi
menjual buku tersebut.
Tindakan : Semua guru Pendidikan Moral
4.10Ketua panitia akan menyediakan jadual bagi program Pendidikan Moral semasa
Kem Bestari Solat berlangsung. Semua guru bukan islam akan terlibat untuk
mengawal semua murid bukan islam semasa program dijalankan.
Tindakan : Ketua Panitia

4.11 Peruntukan kewangan bagi Panitia Pendidikan Moral akan digunakan untuk
membeli carta-carta yang berkaitan dengan subjek ini.

Tindakan: Ketua Panitia


4.12Encik Norman bin Ab Rahman meminta ketua panitia untuk mengemaskini fail
panitia Pendidikan Moral.
Tindakan: Ketua Panitia.

5. Hal-hal lain
Panitia memohon agar pihak sekolah menyediakan almari berkunci untuk menyimpan cartacarta yang dibeli agar carta tersebut dapat disimpan dengan baik.
6. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada
pengerusi mesyuarat. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada bulan April.

Disediakan oleh,

( NOR AMIRAH BINTI ABDUL HAMID )


Setiausaha Panitia Pendidikan Moral
SK Kepong Baru
Kuala Lumpur

Disemak oleh,

(UTHAYA CHANDRIKA A/P RAMIAH)


Ketua Panitia Pendidikan Moral
SK Kepong Baru
Kuala Lumpur

Disahkan oleh,

.............................................
(MOHD RAZIF BIN MOHD TAHIR)
Guru Besar Sekolah Kepong Baru
SK Kepong Baru
Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai