Anda di halaman 1dari 3

Tips 01 : Fahami Format Soalan

Ini adalah perkara utama yang perlu adik-adik buat, sebelum cuba menjawab soalan Sains PT3. Mesti
faham dan kenal dulu dengan format soalan. Format soalan Sains PT3 terdiri daripada 14 soalan, dengan
kesemuanya berjumlah 100 markah. Soalan 1 hingga 10 terdiri daripada 6 markah setiap satunya.
Manakala soalan 11 hingga 14 pula merupakan soalan berbentuk KBAT dengan 10 markah setiap satunya.
Soalan terdiri daripada soalan objektif dan soalan subjektif. Objektif di sini tidak bermaksud soalan
disertakan dengan pilihan jawapan A B C dan D. Tetapi objektif juga bermaksud jawapan ada disertakan
dalam soalan. Sebagai contoh soalan yang berbentuk label dan padankan. Manakala soalan yang
berbentuk subjektif pula ada soalan tanpa pilihan jawapan. Maknanya pelajar perlu memikirkan jawapan
sendiri yang sesuai dan tepat dengan kehendak soalan.
Tips 02 : Arahan Soalan
Sesudah adik-adik pelajar memahami format atau bentuk soalan, maka adik-adik kena faham pula
mengenai arahan soalan. Selalunya arahan soalan atau kehendak soalan ini ada pada awal soalan. Soalan
boleh ditanya dalam pelbagai bentuk dan cara. Maka adalah amat penting untuk menjawab soalan dengan
memberikan jawapan yang mengikut kehendak seperti yang dikehendaki soalan.
Soalan berbentuk seperti 'Wajarkan', 'Beri penjelasan', 'Jelaskan', 'Huraikan' dan 'Terangkan'
mengkehendaki pelajar memberikan jawapan beserta penerangan bagi memberi lebih banyak maklumat
yang boleh menyokong jawapan.
Soalan berbentuk seperti 'Nyatakan', 'Labelkan' dan 'Padankan' pula adalah soalan yang berbentuk lebih
direct dan mengkehendaki pelajar memberi jawapan yang tepat dan terus menjawab persoalan.
Manakala soalan berbentuk seperti 'Cadangkan','Ramalkan' adalah soalan yang mengkehendaki pelajar
untuk memberi idea baru berdasarkan kepada perkara yang sudah ada, atau pun perkara yang mungkin
akan berlaku. Tekaan rambang ini haruslah munasabah dan diterima akal serta disertakan dengan hujah
bernas.
Tips 03 : Kenalpasti Kata Kunci
Setiap soalan pasti akan mempunyai kata kunci yang membantu pelajar memberi jawapan yang tepat.
Saya cadangkan adik-adik pelajar gariskan kata kunci utama yang ada pada soalan. Ini bagi membolehkan
adik-adik pelajar tidak tertinggal dan lebih jelas dengan persoalan dan perkara utama dalam soalan.
Bila memberi jawapan, pastikan juga persoalan pada kata kunci tadi terjawab. Dalam sesetengah soalan,
kata kunci itu sendiri perlu dimasukkan dalam jawapan. Sebagai contoh soalan mengenai perbandingan.
"Nyatakan perbezaan ketinggian pada Ali dan Abu?"
Ada 3 kata kunci bagi soalan di atas. 1.Ketinggian, 2.Ali dan 3.Abu. Ini juga bermakna dalam jawapan
anda, 3 kata kunci ini perlu ada. Maka jawapan yang paling tepat bagi menjawab soalan di atas adalah "Ali
lebih tinggi daripada Abu".
Tips 04 : Markah Sebagai Panduan
Markah yang ada pada soalan juga boleh membantu adik-adik untuk menjawab soalan. Lebih besar
markah nya, bermakna lebih banyak lah isi penting dan penjelasan yang perlu disertakan.
Sebagai contoh, untuk soalan dengan hanya 1 markah, ini bermaksud jawapan nya selalunya tidak lah
panjang dan perlu huraian. Maka adik-adik tak perlu buang masa dengan menulis jawapan yang panjangpanjang.

Manakala bagi soalan dengan 2 markah, ini juga bermaksud ada 2 isi penting yang perlu dinyatakan. 1
menjawab persoalan utama, dan 1 lagi menghuraikan isi yang pertama. Begitu juga dengan soalan lain
dengan 3 atau 4 markah.

Tips 05 : Beserta Penerangan


Seperti yang saya huraikan pada Tips 4, setiap jawapan perlulah disertakan dengan penerangan. adangkadang jawapan yang terlalu pendek yang diberikan oleh pelajar boleh mengelirukan para pemeriksa.
Penerangan ini boleh membantu pemeriksa kertas jawapan untuk memahami maksud sebenar jawapan.
Luangkan sedikit masa menulis lebih panjang untuk menjelaskan lagi jawapan anda. KMaka langkah ini
adalah perlu diambilkira bagi memberikan jawapan yang terbaik.
Tips 06 : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Seperti yang sudah diketahui, elemen dan unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) akan mula
diterapkan dalam kertas soalan Sains PT3. Sebanyak mana peratusannya, tak pula saya pasti. Yang pasti,
memang ada soalan berunsur KBAT. Kebanyakkan soalan berunsur KBAT berfokus kepada 4 soalan
terakhir, bermula daripada soalan 11 hingga 14.
Bagi menjawab soalan yang berbentuk KBAT, pelajar perlulah membaca petikan atau esei yang diberikan
berulang kali. Setelah difahami kandungan dalam petikan tersebut, jawab soalan yang diberikan dengan
merujuk kepada petikan tadi. Selalunya jawapan yang diminta oleh soalan juga terkandungan dalam
petikan. Cuma pelajar perlu pandai mengenalpasti jawapan yang boleh dipindah keluar daripada petikan.
Jawapan yang berunsur KBAT juga menitikberatkan kepada pemikiran di luar konteks kebiasaan. Maka
selagi jawapan yang diberikan adalah logik, munasabah dan bertepatan dengan hukum alam, maka
jawapan tersebut boleh dikira sebagai betul.
Jika pelajar keputusan idea, boleh juga dikaitkan dengan fenomena yang berlaku seharian yang dialami
sendiri oleh pelajar. Pelajar boleh mengaitkan perkara seharian yang dilakukan selagi bertepatan dengan
konsep sains yang diminta.
Tips 07 : Konsep dan Prinsip Sains
Bagi menggalakkan pemikiran KBAT, maka pelajar perlu lah memberi penekanan kepada konsep dan
prinsip Sains. Soalan kini tidak lagi terus menjurus kepada jawapan, sebaliknya meminta pelajar untuk
menggunakan otak dan berfikir memberi penjelasan. Maka seharusnya lah konsep dan prinsip Sains diberi
keutamaan.
Saya senaraikan sedikit beberapa konsep dan prinsip Sains yang perlu diberi penekanan oleh pelajar. Sila
rujuk senarai di bawah.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Ketumpatan
Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus)
Peneutralan asid dan alkali
Permukaan putih dan hitam
Pemindahan haba
Serap dan bebas haba
Proses pencernaan makanan
Mekanisma penglihatan dan pendengaran
Kestabilan

10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.

Konsep tuas
Proses persenyawaan
Peredaran darah
Interaksi organisma hidup
Konsep tekanan udara
Tenaga dan perubahan
Litar selari dan litar bersiri
Transformer

Pelajar tidak boleh hanya bergantung kepada senarai di atas sahaja. Ulangkaji semua topik dari Tingkatan
1 2 dan 3. Yang saya senaraikan adalah konsep dan prinsip Sains yang perlu diberi keutamaan. Sama ada
keluar atau tak dalam Soalan Sains PT3, wallahualam.
Tips 08 : Fokus Tingkatan 2 dan 3
Oleh sebab terdapat bab yang lebih banyak dan lebih susah pada Tingkatan 2 dan 3, maka saya sarankan
adik-adik pelajar memberi keutamaan kepada bab daripada tingkatan berkenaan. Ini kerana pada
Tingkatan 1, pelajar hanya mempelajari 7 bab sahaja. Kebanyakkannya adalah topik yang lebih mudah.
Berbanding bab-bab yang dipelajari semasa dalam Tingkatan 2 dan 3. Masing-masing dengan 10 bab, dan
dengan topik yang lebih susah. Maka patut lah bab daripada kedua tingkatan ini diberi lebih penekanan.

Anda mungkin juga menyukai