Anda di halaman 1dari 1

Menyertai aktiviti badan beruniform merupakan cara yang efektif dalam menghasilkan insan

yang bukan sahaja produktif, malahan juga proaktif.

Kebaikan menyertai aktiviti termasuklah dapat meningkatkan ketahanan mental dan

fizikal.
Dapat menambah keyakinan diri mereka. Kokurikulum menyediakan satu medan

yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan.
Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya
serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin

pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.


Berupaya memupuk dan menggembur semangat kerjasama dan pembentukan

disiplin dalam diri seseorang pelajar.


membina hubungan yang lebih erat antara para pelajar, malahan akan menanam
sifat kepimpinan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar
memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Oleh itu, mereka

dapat menguruskan masa dengan bijak


menggalakkan pelajar mendalami pengetahuan

asas

bantuan

kecemasan.

Persatuan ataupun unit beruniform seperti Persatuan Bulan Sabit Merah acapkali
melaksanakan aktiviti untuk membantu memberikan bantuan kepada mereka yang
memerlukan bantuan dan aktiviti sebegini mampu membantu para pelajar dalam

kehidupan saban hari.


mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika
kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan
persatuan. .
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua tanpa sebarang

prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan
mereka dalam peperiksaan dan sebaliknya memikirkan kebaikan yang akan ditawarkan oleh
aktiviti kokurikulum sebegini. Sikap tidak acuh pelajar ini harus dikikis kerana aktiviti badan
beruniform mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Anda mungkin juga menyukai