Anda di halaman 1dari 19

Konsep

Direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran.


Bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang
lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat
berfungsi sebagai seorang ahli dalam pasukan atau kumpulan.
Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam
memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak langsung, pemikiran seseorang
akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain.
Mod dalam model lebih menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara
kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan.
Sebagaimana istilah sosial, model ini membantu pelajar mengenal pasti pelbagai
perspektif sesuatu masalah dan memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran,
berbanding dengan diri sendiri.
Mengikut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih pelajar menggunakan kemahiran
mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta dan
merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat
untuk menyelesaikan masalah.

Koperatif bermaksud kerjasama. Pembelajaran koperatif diertikan sebagai sekumpulan murid


belajar secara kerjasama, dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Melalui pembelajaran
secara koperatif, murid-murid saling berinteraksi dan bantu-membantu dalam aktiviti
pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang. Model
pengajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan
pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan
perhubungan manusia.
Menurut Arends (2001), fokus utama pembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara iaitu:
- Pencapaian akademik
- Penerimaan kepelbagaian
- Kemahiran sosial
Model pembelajaran koperatif dicirikan dengan:
- Tugasan koperatif
- - Matlamat
- - Struktur ganjaran

Dalam konteks ini, pelajar-pelajar dalam situasi


pembelajaran dikehendaki bekerjasama untuk
menyelesaikan untuk menyelesaikan satu tugasan
bersama demi mencapai matlamat yang sama. Mereka
juga saling bergantung antara satu sama lain untuk
mencapai ganjaran bersama. Menurut pelopor Slavin
(2005), pembelajaran koperatif merupakan
pembelajaran aktif yang berupaya untuk mengubah
suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu
yang dinamis serta berpusatkan pelajar.

Pembelajaran koperatif merujuk kepada satu set


strategi pengajaran yang merangkumi interaksi pelajar
secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran.
Amalan pembelajaran koperatif adalah berbeza-beza
dan pembentukan kumpulan mungkin bercorak
kompleks mahupun mudah dalam suasana kelas yang
terdiri daripada aktiviti pembelajaran koperatif
dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran yang
demokratik dan peranan aktif oleh pelajar dalam
menentukan cara pencapaian pembelajaran mereka

Maksud pelajar mengawal corak interaksi dalam kumpulan ialah di


mana pilihan pelajar itu sendiri untuk mahu terlibat secara aktif
mahupun pasif dalam sesuatu interaksi dalam kumpulan.
Terdapat enam konsep pembelajaran koperatif iaitu:
- Pasukan
- Keinginan untuk bekerjasama
- Pengurusan koperatif
- Kemahiran bekerjasama
- - Prinsip asas pembelajaran koperatif
- - Struktur pembelajaran koperatif

Kelebihan Pembelajaran Koperatif


- Membawa manfaat kepada pelajar yang lemah yang mendapat bantuan
daripada pelajar yang cerdas.
- Menunjukkan peningkatan signifikan konsep kendiri pelajar.
- Pelajar lebih berminat dengan keadaan bilik darjah yang lebih sesuai.
- Menghasilkan pembentukan kemahiran sosial dan perhubungan sosial secara
positif dalam kalangan pelajar.
- Menunjukkan peningkatan kebolehan pelajar dalam memainkan peranan
dalam aktiviti kognitif dan afektif.
- Memupuk pencapaian tinggi, bukan pembelajaran bercorak persaingan dan
individualistik tanpa mengira umur, bidang pelajaran dan tugasan.
- Kajian meninjukkan bahawa pembelajaran loperatif ini membawa kepada
penambahbaikan dalam perhubungan etnik dalam kalangan pelajar.
- Pelajar mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai motivasi intrinsik.

Definisi bagi simulasi ialah suatu situasi pengajaran dan


pembelajaran di dalam bilik darjah yang terkawal dan
sengaja diwujudkan sama ada dengan situasi yang sebenar
dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah
tertentu. Teknik simulasi digunakan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk membolehkan
murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan
teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara
penyelesaian untuk sesuatu masalah yang dicipta. Masalah
ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah
disiplin atau masalah-masalah berlaku di alam sekitar.

Simulasi
Penggunaan efektif model simulasi dalam bilik darjah bergantung kepada bagaimana guru menyelitkan
simulasi yang disediakan dalam kurikulum dan mengaplikasikan serta mengukuhkan pembelajaran. Perlu
diingatkan bahawa, kebolehan guru dalam melaksanakan aktiviti secara simulasi adalah sangat penting.
Menurut buku Murid dan Alam Belajar yang ditulis oleh Noriati A.Rashid et. al., dalam pengajaran yang
menggunakan model simulasi, terdapat empat fasa yang penting iaitu: Orientasi
- Latihan peserta
- Proses simulasi
- Perbincangan
Melalui fasa yang pertama, guru akan mengemukakan topik yang ingin di ajar, menerangkan konsep
simulasi. Manakala untuk fasa yang kedua pula ialah, murid-muridmula bersimulasi dan guru
memperkenalkan peraturan, permainan, prosedur, cara mendapar skor, jenis keputusan yang perlu dibuat
serta matlamat simulasi.
Seterusnya ialah melibatkan pelajar dalam simulasi. Pelajar melibatkan diri dalam permainan atau
simulasi. Pada ketika tertentu, guru boleh menilai prestasi serta menilai maklum balas pelajar. Fasa
terakhir pula merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil pembelajaran, proses
simulasi serta banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar.

Contoh-contoh simulasi yang boleg guru laksanakan dalam


proses pengajaran dan pembelajaran ialah:
1.Pemusatan kepada penerbitan
Pelajar berbincang tentang sesuatu rancangan untuk menghasilkan sesuatu
penerbitan. Perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan suatu
projek atau penerbitan. Contoh situasinya ialah:
- Menerbitkan majalah dan program radio atau televisyen
- Menerbitkan rancangan video televisyen.
2.Pemusatan kepada masalah
Pelajar berbincang tentang masalah dan membuat keputusan serta menyelesaikan
masalah. Contoh situasi:
-Menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan lapangan terbang antarabangsa
-Orang awam enggan membantu orang buta menyeberangi jalan raya

Tujuan Simulasi
Proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik simulasi
mempunyai beberapa tujuan iaitu:
1. Untuk menguasai kemahiran Sebagai contoh, simulasi melatih murid bertutur
secara spontan melalui aktiviti lakonan. Selain itu, ia juga dapat melatih murid
kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.
2. Untuk membina sikap positif Sebagai contoh, masalah yang ditimbulkan
dalam situasi yang terkawal biasanya melibatkan unsur-unsur pertentangan
sosial. Melalui simulasi yang dilakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan.
3. Untuk membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah Contoh yang boleh
diberikan ialah semasa melaksanakan teknik simulasi ini, situasi-situasi yang
berlaku di luar bilik darjah boleh digambarkan dalam bilik darjah. Misalnya, untuk
memperjelaskan konsep demokrasi, guru boleh menjalankan simulasi di mana
murid-murid berlakon sebagai pengundi dalam situasi pilihan raya yang direka.

Jenis-jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti


pembelajaran di dalam bilik darjah terbahagi kepada
dua:
- Sosiodrama
- Main peranan

Sosiodrama
Definisi : bagi sosiodrama ialah suatu aktiviti lakonan yang menarik. Biasanya, aktiviti lakonan
dalam sosiodrama adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau
isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial. Contoh yang boleh diberikan
adalah seperti: - Cerita Hang tuah dan Hang Jebat
Disebabkan sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip
lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya
murid-murid dapat membuat persediaan. Selain itu, sosiodrama melibatkan situasi yang berkonflik,
maka ia akan mengajar dan menggalakkan murid untuk berfikir secara langsung mahupun tidak
langsung tentang cara penyelesaian masalah berkonflik itu secara kritis dan rasional.
Kelebihan sosiodrama ini ialah membolehkan murid-murid menunjukkan sikap dan perasaan
melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila
berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama.
Aktiviti lakonan melalui sosiodrama akan bermula selepas membaca skrip drama yang telah
disediakan terlebih dahulu di dalam bilik darjah. Guru pula akan memilih murid-murid untuk
berlakon dan murid-murid yang telah dipilih ini akan memainkan peranan masing-masing mengikut
situasi yang digambarkan. Selepas aktiviti lakonan, guru akan meminta murid untuk mengadakan
aktiviti perbincangan bagi menganalisis dan menilai watak-watak lakonan serta membuat rumusan
tentang apa yang telah dilakonkan.

Main Peranan
Definisi : Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya yang bertajuk Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar,
main peranan merujuk kepada satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Main peranan merupakan lakonan spontan yang
melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Aktiviti lakonan ini adalah berdasarkan kepada sesuatu
atau masalah yang timbul. Selain itu, dalam aktiviti main peranan ini, murid biasanya akan membayangkan sesuatu situasi
yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan secara spontan.
Menurut buku Siri Pendidikan Guru Murid Dan Alam Belajar, (Noriati A. Rashidet. al), main peranan adalah bertujuan untuk
memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam lakonan serta perbincangan selain daripada melatih mereka
untuk melakonkan pelbagai watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi. Murid-murid akan belajar memahami tingkah laku
orang lain dalam aktiviti main peranan ini. Di samping itu, pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran
bahasa daripada laras bahasa serta sebutan.
Guru akan menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat salam situasi itu kepada
murid-murid dalam bilik darjah terlebih dahulu. Murid-murid yang terlibat dalam lakonan dikehendaki memikirkan serta
mengemukakan idea tentang cara penyelesaian masalah yang timbul itu. Disebabkan aktiviti main peranan ini adalah
bertujuan untuk menyelesaikan satu masalah sahaja, kebiasaannya lakonan main peranan ini akan mengambil masa selama 8
hingga 10 minit sahaja. Selepas aktiviti main peranan dijalankan, penilaian serta rumusan terhadap prestasi para pelakon
perlu dibuat oleh guru.
Aktiviti main peranan ini sebenarnya dapat membantu murid yang pasif melibatkan diri dalam aktiviti main peranan serta
seterusnya membina keyakinan diri mereka serta dapat memupuk sifat-sifat sosial. Selain itu, para murid juga boleh
berinteraksi sesama mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan watak-watak lain.
Tambahan itu, murid-murid juga diberikan peluang untuk mempelbagaikan perasaan mengikut situasi watak yang dimainkan,
serta berbincang dan memikirkan masalah sendiri. Secara tidak langsung, aktiviti main peranan ini dapat melatih murid untuk
mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi. Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa melalui aktiviti main
peranan ini proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya menjadi lebih menarik serta berkesan

Terdapat lima jenis main peranan


iaitu:
1. Memerihal Satu cara berkomunikasi dimana peserta memerihal sesuatu situasi atau masalah. Contohnya,
pelajar meminta kebenaran daripada guru besar untuk menganjurkan satu lawatan sambil belajar.
2. Demonstrasi Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh
mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi.
3. Latihan Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran tertentu seperti kemahiran berkomunikasi dengan
meletakkan diri sebagai seorang pengerusi majlis atau menelefon pihak bomba kerana ada kebakaran di
kawan tempat tinggal.
4. Cerminan Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain. Contohnya,
bagaimana seorang pelajar memujuk seorang rakan untuk melakukan sesuatu untuknya. Pelajar belajar
sendiri bagaimana untuk menghadapi sesuatu situasi.
5. Kepekaan Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang perasaan mereka terhadap satusatu situasi atau terhadap orang lain. Hal ini akan membantu pelajar untuk memahami perasaan orang lain
dalam pelbagai situasi. Contohnya, pelajar memainkan peranan dalam sitiuasi di mana dia dirompak oleh
seorang pencuri di jalan raya.

Secara kesimpulannya, main peranan ini boleh digunakan untuk semua murid pelbagai tahap dan semua aras
pencapaian akademik. Di samping itu, aktiviti ini boleh digunakan bagi membolehkan murid-murid meneroka
sebarang stuasi dan topik.

Prinsip-prinsin Pelaksanaan Simulasi


- Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis
atau lisan di dalam kelas.
Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas tentang masalah, peranan watakwatak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.
- Murid-murid yang mahir dalam pertuturan boleh dipilih sebagai pelakon. Tindakan ini
dilakukan adalah supaya menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.
- Untuk aktiviti sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan terlebih dahulu
kepada murid-murid yang telah dipilih untuk berlakon.
- Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, guru boleh menyediakan
bahan bantu belajar seperti topeng,kad main peranan serta alatan-latan lain.
- Sesama sesi simulasi, guru perlu memastikan bahawa murid lain yang menjadi penonton
benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu.
- Manakala, selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta murid memberi pandangan
tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.
- Akhir sekali, guru perlu membuat rumusan memalui perbincangan di antara murid pada
akhir proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai kesimpulannya, dapat dilihat bahawa pembelajaran koperatif sebenarnya


berhasrat untuk mengubah norma dalam kalangan pelajar muda agar mereka
dapat menerima hakikat untuk mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan
pembelajaran. Selain itu, model pengajaran sosial ini sangat memanfaatkan
kumpulan pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila mereka menyelesaikan
tugasan pembelajaran bersama. Sebagai contoh, pelajar berpencapaian rendah
akan menerima bantuan daripada rakan sekumpulan yang merupakan tutor
kepada mereka. Manakala, pelajar berpencapaian tinggi akan memperoleh
kebaikan sebagai tutor dalam proses tersebut serta akan menggalakkan mereka
untuk berfikir secara mendalam terhadap perkara-perkara dalam topik tertentu.
Sebagai kesimpulannya, dengan menggunakan teknik simulasi ini dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran
dengan cara melakon sesuatu peristiwa situasi mahupun peristiwa dalam sesuatu
keadaan yang telah diaturkan. Murid dapat mengemukan cara penyelesaian
sesuatu masalah yang telah ditimbulkan melalui aktiviti lakonan ini.

Anda mungkin juga menyukai