Anda di halaman 1dari 2

Bencana alam

Aktiviti pembalakan memang merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara,


namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya bencana
alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti pembalakan tidak memikirkan
kesannya sebelum menebang pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak
digantikan dengan anak pokok yang baharu, pasti akan terdedah kepada hujan dan
menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya
kejadian tanah runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan kerosakan harta
benda. Oleh itu, perkara ini membuktikan bahawa masalah ini menjadi penyebab
bencana alam berlaku.
Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka
melakukan pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh kerana yang kelihatan
hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang
menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula
boleh menyebabkan pesakit asma akan mengalami masalah pernaqfasan dan
menyebabkan penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan
berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh dilayangkan,
pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana. Hal ini secara
tidak langsung dapat membantu kita untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar
dan membantu kita untuk menyelamatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.
Seterusnya, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak
bertanggungjawab iaitu dengan membuang sampah ke dalam longkang dan sungai
dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini sebenarnya menganiayai
masyarakat seperti kata pepatah, kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan
kayu pula yang menjadi hulunya. Hal ini demikian kerana sistem perparitan akan
tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang. Masalah
sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan banjir kilat berlaku.
Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang tidak berdosa.
Oleh itu, perkara ini jelas membuktikan bahawa sikap angota masyarakat yang tidak
bertanggungjawab menjadi punca becana alam berlaku.
Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku kebiasaannya
disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit.
Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh
menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah
banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat
nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang
membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan
untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem
perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit
untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana
kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah
yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh.

Anda mungkin juga menyukai