Anda di halaman 1dari 5

Modul Teknologi Vokasional

Sub-Modul Matematik

UNIT 8: ISI PADU


STANDARD PEMBELAJARAN
8.1

Menyukat dan menganggar isi padu cecair dalam unit piawai (mililiter dan liter)

8.2

Menggunakan hubungan antara unit (mililiter dan liter) dalam isi padu cecair.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid boleh:
8.1.1 Menyukat dan menyatakan isi padu cecair menggunakan alat penyukat yang sesuai.
8.1.2 Menganggar isi padu cecair dan membuat keputusan sama ada anggaran tersebut
adalah anggaran yang baik.
8.2.1 Membuat perkaitan dan menukar antara unit dalam isi padu cecair tanpa dan dengan
menggunakan kalkulator.

MAKLUMAT RUJUKAN
PENGENALAN
Isi padu cecair bermaksud kapasiti atau kandungan cecair dalam sesuatu bekas. Isi padu
cecair dapat diukur atau disukat menggunakan ukuran piawai atau ukuran bukan piawai.
Ukuran piawai adalah dalam sistem metrik seperti mililiter (ml) dan liter (l)
KANDUNGAN/FAKTA
Maksud perkataan:

Menyukat

Menganggar

Unit piawai

Unit bukan piawai

Modul Teknologi Vokasional


Sub-Modul Matematik

PANDUAN KERJA
BAHAN DAN PERALATAN
Botol (seperti botol air mineral pelbagai saiz), jug plastik, gelas, mangkuk, bikar, silinder
penyukat, baldi, besen dan pelbagai bekas yang releven.
TUGASAN
1. Menyukat cecair menggunakan penyukat berpiawai seperti bikar dan silinder penyukat.
2. Menganggar cecair menggunakan penyukat pelbagai saiz.
3. Membuat perbandingan antara kumpulan untuk menentukan anggaran yang baik
berdasarkan penyukat pelbagai saiz.
4. Menjawab soalan dan membuat perbincangan.
5. Membuat perkaitan antara unit liter dan mililiter.
6. Menukar antara unit liter dan mililiter menggunakan kalkulator dan secara congak.
LANGKAH KERJA
1. Dalam kumpulan, beri murid lembaran kerja untuk merekod isi padu.
2. Sediakan murid bahan penyukat yang sama; bikar dan silinder penyukat.
3. Minta setiap kumpulan menjalankan aktiviti merekod isi padu bahan yang sama:
a. Jag
b. Mangkuk
c. Besen
4. Dalam lembaran yang sama, minta murid untuk menganggar isi padu bahan yang sama
menggunakan bekas yang tidak berpenyukat seperti gelas, botol susu, dll.
5. Buat perbincangan dalam kelas untuk menentukan suatu anggaran yang baik
berdasarkan pengalaman penggunaan bekas tidak berpenyukat pelbagai saiz.
6. Buat perkaitan antara liter dan mililiter dengan menyemak menggunakan kalkulator dan
secara congak.

Modul Teknologi Vokasional


Sub-Modul Matematik

LATIHAN
Lembaran Kerja 8.1
Rekodkan ukuran isi padu dalam jadual yang diberikan menggunakan penyukat berpiawai.
Bekas

Ukuran (mililiter)

Ukuran (liter)

Jag
Mangkuk
Besen
Jadual 8.1a
Rekodkan anggaran isi padu dalam jadual yang diberikan berdasarkan bekas tidak
berpenyukat.
Soalan panduan untuk merekod:
1. Berapa gelas air dapat memuatkan sebuah jag?
2. Berapa botol air dapat memuatkan sebuah mangkuk?
Bekas

Gelas

Botol (air mineral)

Jag
Mangkuk
Besen
Jadual 8.1b
Jawab soalan berikut:
1. Daripada rekod dalam jadual di atas, berapakah isi padu sebuah gelas? Jelaskan.

2. Sekiranya kamu perlu untuk menganggar isi padu sebuah baldi dalam unit liter,
terangkan cara kamu melakukan anggaran berkenaan.

Modul Teknologi Vokasional


Sub-Modul Matematik

LATIHAN
Lembaran Kerja 8.2
Salin semula jadual 8.1a.
Bekas

Ukuran (mililiter)

Ukuran (liter)

Jag
Mangkuk
Besen
Jadual 8.1a
Isi tempat kosong dan jawab soalan berkaitan.
1. Dalam sebuah jag, ukuran ...................ml bersamaan dengan .................. liter.
2. Dalam sebuah mangkuk, ukuran .................. ml bersamaan dengan .............. liter.
3. Dalam sebuah besen, ukuran ..................... ml bersamaan dengan .................. liter.
4. Apakah perkaitan yang dapat diperhatikan antara nilai dalam unit mililiter dengan
nilai dalam unit liter? Jelaskan jawapan kamu.
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
5. Sekiranya nilai suatu ukuran dalam unit mililiter adalah seperti berikut, tuliskan
nilainya dalam unit liter.
Nilai suatu ukuran dalam unit mililiter (ml)

Nilai suatu ukuran dalam unit liter (l)

200 mililiter
300 mililiter
500 mililiter
800 mililiter
1000 mililiter
256 mililiter

6. Apakah hubungan umum antara ukuran unit mililiter (ml) dengan ukuran unit liter (l)?
Semak dengan menggunakan kalkulator bagi mengesahkan hubungan yang
diperhatikan.
ml

liter

Modul Teknologi Vokasional


Sub-Modul Matematik

PENILAIAN
NAMA MURID
NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN

TAHUN

NO. MODUL/UNIT

8.1.1, 8.1.2, 8.2.1

TAJUK

ISI PADU

BIL.

PERKARA YANG DINILAI

1.

Menyukat isi padu cecair menggunakan alat


penyukat yang sesuai

2.

Menganggar isi padu cecair

3.

Membuat suatu anggaran isi padu cecair


dengan membuat perbandingan yang
munasabah.

4.

Membuat perkaitan antara unit dalam isi


padu cecair dengan mendapatkan
hubungan umum antara mililiter dan liter.

5.

Menukar antara unit dalam isi padu cecair


menggunakan kalkulator.

6.

Menukar antara unit dalam isi padu cecair


tanpa menggunakan kalkulator.
KEPUTUSAN

TERAMPIL
YA

TIDAK

TERAMPIL

CATATAN

TIDAK
TERAMPIL

TARIKH

NAMA GURU

Tandatangan
& Tarikh

DISAHKAN OLEH

Tandatangan
& Tarikh

Anda mungkin juga menyukai