Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU


75400, DURIAN DAUN MELAKA

KERTAS KERJA PROJEK


INTERNSHIP SEMESTER 8
SEK. KEB. UJONG PASIR
MELAKA
OLEH
FAZARUL ERNIEZA BINTI CHE WAN
RASHIDAH BINTI ABD WAHID

DENGAN KERJASAMA
GURU-GURU DAN MURID-MURID SKUP

1.0
Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan
untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di
luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah/tempat bertugas.

Sehubungan dengan itu, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu Melaka telah memilih untuk melaksanakan beberapa projek yang
berkaitan dengan komuniti sekolah bagi menjayakan internship yang bermula dari 11
Julai 2016 sehingga 5 Ogos 2016 di Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir Melaka.

Antara cadangan projek yang ingin dilaksanakan ialah mengadakan lawatan ke


Jabatan Pendidikan Khas IPGK Perempuan Melayu Melaka, melaksanakan program
motivasi belajar murid tahap 2 (tahun 4 dan 5 ), melaksanakan aktiviti pembelajaran
Kahoots bagi murid tahun 5 dan membantu dalam Jamuan Hari Raya peringkat PPKI
SKUP.

2.0 Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih dalam
aspek pengurusan program di sekolah sebagai bekalan ilmu pada masa akan datang.
Seterusnya menjadikan program yang dikendalikan ini sebagai satu wadah untuk guru
pelatih berinteraksi dengan komuniti di sekolah.

3.0 Rasional
Rasional kepada program ini adalah untuk merapatkn silaturahim antara guru-guru dan
murid serta meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri murid. Seterusnya dapat
mendedahkan guru sekolah terhadap bahan alternatif lain yang dapat membantu murid
berkembang

secara

menyuluh

selaras

dengan

hasrat

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

4.0 Objektif
Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk ;

Merancang dan melaksana projek yang berkaitan dengan pengajaran dan


pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah .

Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akauntabiliti dan


integriti dalam melaksanakan tugas.

Memberi pendedahan kepada guru-guru dan murid -murid pendidikan khas


mengenai kepentingan intervensi melalui penggunaan alatan multisensori dan
bilik snozzlen.

Membimbing dan melatih para pelajar berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi
pengalaman semasa menyediakan dan mengedalikan jamuan.

Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan dalam


penghasilan kahoots .

Memberi pendedahan dan meningkatkan motivasi dalam diri murid untuk


meningkatkan prestasi sekolah dari aspek kurikulum.

Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak


program pendidikan semasa.

Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,pengurusan


projek dan sebagainya.

Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan


kreativiti.

5.0 Tarikh dan Tempoh


BIL

PERANCANGAN AKTIVITI

TEMPOH MASA

1.

LAWATAN KE JABATAN PENDIDIKAN KHAS


IPGK PEREMPUAN MELAYU MELAKA
PROGRAM MOTIVASI BELAJAR MURID TAHAP
2 ( TAHUN 4 DAN TAHUN 5)
MENGADAKAN PEMBELAJARAN SAINS
MENGGUNAKAN APLIKASI KAHOOTS BAGI
MURID DARJAH 5
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT
PPKI

1 HARI

2.
3.

4.

6.0 Ahli Jawatankuasa Induk


4.0 Ahli

1 HARI

1 HARI
SEBELUM,SEMASA DAN
SELEPAS SAMBUTAN

PENAUNG :
PN JANNA BINTI DAUD
MENTOR :
PUAN NORAINIE BINTI ABU BAKAR

6.1 Ahli Jawatankuasa Pengelolaan


BIL

1.

2.

3.

PROJEK
LAWATAN KE JABATAN
PENDIDIKAN KHAS
IPGK PEREMPUAN
MELAYU MELAKA

PROGRAM MOTIVASI
BELAJAR MURID
TAHAP 2 ( TAHUN 4
DAN TAHUN 5)
MENGADAKAN
PEMBELAJARAN
SAINS
MENGGUNAKAN
APLIKASI KAHOOTS
BAGI MURID DARJAH 5
JAMUAN HARI RAYA
PERINGKAT PPKI

PENGELOLAAN
FAZARUL ERNIEZA BINTI CHE WAN
RASHIDAH BINTI ABD WAHID
SEMUA GURU, MURID, PPM PPKI SKUP

FAZARUL ERNIEZA BINTI CHE WAN


RASHIDAH BINTI ABD WAHID
MURID TAHUN 4 DAN 5
RASHIDAH BINTI ABD WAHID
FAZARUL ERNIEZA BINTI CHE WAN
MURID TAHUN 5
SEMUA GURU,PPM, MURID PPKI SKUP
FAZARUL ERNIEZA BINTI CHE WAN
RASHIDAH BINTI ABD WAHID

7.0 Bidang Tugas Pengelolaan Projek


BIL

1.

PROJEK

LAWATAN KE IPGK
PEREMPUAN MELAYU
MELAKA

BIDANG TUGAS PENGELOLAAN

Mengadakan perbincangan bersama Guru


Penolong Kanan PK, Mentor, dan
pensyarah Jabatan Pendidikan Khas IPGK
PM.
Menghantar kertas kerja kepada guru
besar.
Membuat permohonan untuk mengadakan
lawatan.
Mengendalikan aktiviti di dalam bilik-bilik
khas Jabatan Pendidikan Khas IPGK PM.
Mengambil gambar sepanjang aktiviti
berlangsung.

2.

PROGRAM MOTIVASI
BELAJAR MURID
TAHAP 2 ( TAHUN 4
DAN TAHUN 5)

Merangka program motivasi untuk murid


tahun 4 dan 5
Membuat surat jemputan kepada Kaunselor
IPGK PM untuk melaksanakan program
motivasi di SK Ujong Pasir.
Menyediakan bahan yang diperlukan oleh
kaunselor untuk melaksanakan Program
motivasi belajar
Menyediakan cenderamata untuk Kaunselor
yang terlibat.

Menyediakan alatan rakaman untuk


merakam segala aktiviti yang berlansung
pada hari tersebut.
Menyediakan kamera untuk mengambil
gambar semasa aktiviti
Menyediakan bahan-bahan dokumen yang
telah siap untuk pelaporan

3.

MENGADAKAN
PEMBELAJARAN
SAINS MENGGUNAKAN
APLIKASI KAHOOTS
BAGI MURID DARJAH 5

JAMUAN HARI RAYA


PERINGKAT PPKI

Menetapkan tarikh yang sesuai.


Menempah bilik komputer.
Memilih tajuk yang bersesuaian dengan
murid.
Menyediakan bahan untuk pembelajaran
sains.
Menyediakan kuiz Kahoots
Menyediakan buku program jamuan hari
raya.
Menyiapkan tempat jamuan.
Membersihkan tempat jamuan selepas
program berlangsung.

5.0 Anggaran Kos


BIL

PERANCANGAN AKTIVITI

1.

Lawatan ke Jabatan Pendidikan Khas IPGK


Perempuan Melayu Melaka

KOS PERBELANJAAN
- bas
-makanan
-cenderamata

2.

3.
4

Program Motivasi Belajar Murid Tahap 2 ( Tahun 4


Dan Tahun 5)
Mengadakan Pembelajaran Sains Menggunakan
Aplikasi Kahoots Bagi Murid Darjah 5
Jamuan Hari Raya
Peringkat Ppki

- cenderamata
-

6.0 Penutup
Diharapkan permohonan kami dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan,
Seterusnya, diharapkan melalui projek ini kami akan dapat mengeratkan kerjasama
dengan warga sekolah ini.

Selain itu, kami juga berharap agar dapat mempelajari

sebanyak mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman
yang amat berharga sebagai panduan menjadi guru sebenar kelak. Kerjasama daripada
semua pihak di dahului dengan ucapan terima kasih

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

( FAZARUL ERNIEZA BINTI CHE WAN )

( PUAN NORAINIE BINTI ABU BAKAR )

Setiausaha Projek Mengemaskini Pusat Sumber,

Mentor Program Internship,


Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir,
Melaka

Program Internship,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu.

. Ulasan

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan


program dalam kertas kerja ini.

Disahkan oleh,

..
( PUAN JANNA BINTI DAUD )
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir

Anda mungkin juga menyukai