Anda di halaman 1dari 4

Esei/ Huraian

Rancangan
Pengajaran Harian

Refleksi Keseluruhan

Refleksi Keseluruhan

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat serta salam ke atas nabi
junjungan Rasulallah s.a.w.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat juga
tugasan ini dilengkapkan. Semoga tugasan yang dilaksanakan ini menepati kehendak
atau garis panduan yang telah ditetapkan.
Selautan kasih saya hamparkan buat bonda tercinta, Puan Anis Salwa Binti
Ahmed @ Adnan selaku pensyarah bagi subjek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar
kerana beliau banyak menyampaikan ilmu dan panduan untuk melaksanakan tugasan
ini. Sesungguhnya jasamu tetap anakanda kenang bonda.
Tugasan ini adalah berkaitan dengan subjek EDU 3103 Murid dan Alam Belajar
yang

memerlukan

saya

melengkapkan

folio

atau

fail

pembelajaran

dengan

melaksanakan tugasan-tugasan ISL yang diberikan bagi setiap minggu. Selain itu juga,
saya turut membuat rumusan bagi setiap tajuk kuliah yang telah dijalankan bersertakan
artikel-artikel yang mengikut tajuk-tajuk bagi setiap minggu.
Tidak dapat dinafikan bahawa saya turut menghadapai kekangan masa dimana
memerlukan pembahagian masa untuk melaksanakan atau melengkapkan tugasantugasan yang lain pula. Dengan lambakan tugasan dan faktor kesibukan masa telah
memberikan kesan terhadap kesihatan diri saya sendiri. Saya turut membahagikan
masa dengan seimbang supaya semua tugasan dapat dilaksanakan mengikut tarikh
yang ditetapkan.
Namun, dengan tekanan dan masalah kesihatan ini tidak sesekali membantutkan
semangat saya dalam melaksanakannya dalam apa jua keadaan sekali pun. Hal ini
kerana saya sedar bahawa saya sedang dilatih untuk menjadi seorang guru yang
berkebolehan dalam menghadapi sesuatu situasi atau sesuatu pengurusan.

Dengan pemikiran positif dan rasional, saya turut membuat kolaborasi atau
perbincangan dengan beberapa orang rakan sekuliah saya. Dengan komitmen yang
diberikan oleh mereka, maka percambahan idea dan proses menghuraikan masalah
bagi sesuatu isu sepanjang proses perlaksanaan tugasan ini dapat dirungkaikan dan
berjaya mendapat kata sepakat.
Sebagaimana tugasan ini telah dilengkapkan, saya turut merasai kepuasan
dalam menghasilkannya. Semoga apa yang telah saya laksanakan ini dapat
memberikan faedah dan manfaat yang berguna buat saya suatu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai