Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pendahuluan
Kaunseling sebagai satu proses perhubungan menolong yang sistematik
berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi
menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik
dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
Khidmat kaunseling di sekolah-sekolah Malaysia bermula pada tahun 1968 melalui
Surat Pekeliling KP 5209/30 (13) 1 September 1968 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
5/19761975 dan pada masa itu dikenali sebagai Khidmat Bimbingan.
2.0 Konsep
Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang
memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan
menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara
bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif. Kaunseling ialah suatu
proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu
atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan
beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya
melaksanakan alternatif yang dipilih.
3.0 Matlamat
Dalam profesion kaunseling dan bimbingan terdapat beberapa matlamat.
Antranya, membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yang lebih
produktif, membantu klien memulakan dan meneruskan perhubugan yang positif
dengan orang lain, membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dalam
kesulitan, membantu klien membuat keputusan dengan rasional dan akhirnya,
membantu klien berkembang secara positif.
4.0 Keperluan dan kepentingan perkhidmatan kaunseling
Melalui perkhidmatan ini, dapat membantu klien menguasai kemahiran disiplin
diri. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran. Selain itu,
mengembangkan potensi murid dalam semua bidang. Selain itu, perkhidmatan
kaunseling dan bimbingan memotivasikan murid dan dapat membantu murid
membuat pilihan serta persediaan kerjaya.

5.0 Prinsip dan etika dalam perkhidmatan kaunseling


Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa prinsip dan etika yang
mesti dipatuhi oleh semua kaunselor. Pertama, bimbingan dan Kaunseling adalah
suatu proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Kedua, bimbingan dan
Kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak. Ketiga, semua kanak-kanak
mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukan.
Keempat, bimbingan dan kaunseling adalah untuk memenuhi keperluan kanakkanak bagi mengembangkan potensi dan kebolehan mereka. Kelima, bimbingan dan
kaunseling berorientasikan masa kini dan masa hadapan. Keenam, bimbingan dan
kaunseling dapat membantu kanak-kanak memahami diri dan orang lain. Ketujuh,
bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama.
6.0 Langkah-langkah dan proses menyediakan perkhidmatan kauseling
Sebagai seorang guru kaunseling baru saya, perlu mengiikut setiap langkah dan
proses untuk memulakan khidmat kaunseling. Fasa-fasa yang perlu dilalui tersebut
adalah seperti berikut;
Fasa Satu: Sebelum proses membantu/kaunseling
Dalam peringkat ini perkara-perkara yang perlu dilihat oleh kaunselor ialah mengkaji
latar belakang klien. Segala maklumat peribadi klien perlu dikumpul secara teratur
dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memahami persoalan
sebenar kliennya. Di tahap ini, kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan dan
seterusnya memberikan pertolongan. Dua komponen penting yang perlu diambilkira
di tahap ini ialah; tempat sesi kaunseling. Tempat yang selesa dan menarik akan
menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunselin. Tahap
kemampuan kaunselor dengan klien. Sebelum memulakan sesi kaunseling,
kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri
mahupun klien. Kaunselor harus peka akan tahap kemampuan klien. Klien juga
mungkin kelihatan letih, lemah dan malas untuk bekerjasama.
Fasa dua: Semasa proses kaunseling
Dalam fasa ini, beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan
kemasukan, penetapan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan
perancangan. terdapat dua peringkat dalam fasa ini iaitu; Peringkat penyediaan dan

kemasukan. Di tahap ini, temu bual secara minima antara kaunselor dan klien akan
berlaku. Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah
menggunakan soalan-soalan yang tidak menakutkan serta mempamerkan perlakuan
yang membantu. Kedua, peringkat penetapan/penjelasan. Pada peringkat ini,
kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta
permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang
diperlukan mengikut kehendak klien.
Fasa tiga: Selepas proses kaunseling
Berada di fasa ini bererti, kaunselor yang telah berjaya melaksanakan peringkatperingkat dalam fasa kedua perlu melakukan peringkat penamatan.
Peringkat penamatan
Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Lazimnya satu penamatan
sesi dicapai melalui persetujuan pihak kaunselor dengan klien. Di peringkat ini hasil
atau pencapaian klien akan dirumuskan. Jika masih terdapat matlamat-matlamat
yang tidak tercapai, maka sebab-sebabnya haruslah dikenal pasti. Di peringkat ini
pihak klien seharusnya sudah berpuas hati dengan proses kaunseling. Sebaliknya
jika klien tidak mahu lagi meneruskan sesi, maka klien tersebut bolehlah merujuk
kepada kaunselor atau pakar-pakar lain. Penamatan juga boleh berlaku jika
kaunselor mendapati klien tidak mahu bekerjasama, tidak mahu berubah atau pun
atas permintaan klien sendiri. Penamatan dalam konteks ni hanya merupakan
pemberhentian proses kaunseling sahaja.
7.0 Perkhidmatan
Jika saya ditugaskan sebagai seorang guru kaunseling; saya akan memberi
beberapa jenis perkhidmatan dalam kaunseling dan bimbingan. Antaranya:1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan
tunjuk ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri,
vokasional, kognitif-afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.
Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling
tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu,
misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik

seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa. Menubuh


dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti mereka.
2. Perkhidmatan Kaunseling
Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai: pencapaian
akademik yang tidak memuaskan, rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu
bapa atau orang lain. Kerjaya, pelajaran dan peribadi. Masalah disiplin seperti
ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk dan menggunakan dadah dan
bahan inhalen. Kaunseling keluarga serta kaunseling tunjuk ajar.
3. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen
Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling
tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci
dadah dan inhalen. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk
mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan. Membuat penilaian dan memberi
maklum balas atau laporan kepada kementerian atau jabatan Pendidikan Negeri
tentang program pencegahan dadah diperingkat sekolah.
4. Perkhidmatan Penyelarasan Resos
Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara
sekolah dengan agensi lain. Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang
kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah. Merancang dan menjadi
penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi aktiviti-aktiviti bimbingan
kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.
5. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa
Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi
kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran. Mengubungi ibu bapa atau penjaga
apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan. Menjadi penyelaras program orientasi
untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru. Mengadakan kaunseling keluarga jika
dikenal pasti bahawa masalah yang dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.

TUGASAN 3
Ujian minat kerjaya Self-Directed Search (SDS) dikemukakan oleh Dr.John Holland
pada tahun 1971 berdasarkan kajian terhadap pembentukan personaliti manusia
terhadap persekitaran tempat kerja. Teori ini dibentuk bertujuan membantu golongan
dewasa mencari peluang pekerjaan, pembelajaran dan pengurusan kerjaya. 6
Komponen Holland ataupun bidang minat adalah Realistic (R), Investigate (I), Artistic
(A), Social (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Walaupun masa untuk
mengambil ujian ini tidak ditetapkan, sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan
dalam masa 20 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa,
lengkap kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja, selain itu, segala
arahan yang disediakan di dalam boring soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon
mengambil ujian.Jumlah markah tertinggi dalam komponen RIASEC akan mewakili
tiga kod Holland. Kod ini secara amnya menyatakan minat dan kecenderungan
individu tersebut. Contoh: markah diperoleh ialah. R=21,I=22,A=21,S=35,E=40,C=28
Maka kod Holland adalah ESC, iaitu minat individu ini tertumpu kepada komponen
Enterprising, Sosial dan Konventional.
1. REALISTIK
Ciri Personaliti:

Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak daripada aktiviti sosial.

Menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan masalah.

Menghargai perkara-perkara yang konkrit atau ciri-ciri peribadi yang terbukti


kebenarannya seperti wang, kuasa dan status.

Mempunyai kecekapan dalam bidang sains dan matematik serta kurang


kebolehan dalam hubungan sosial.

Kerjaya:
Mekanik, jurugegas jentera, juruelektrik, jurufoto, jurutaip, jurutera, juruukur am,
pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik, ahli penternak ikan, juru kamera wayang
gambar, juru teknik makmal, akauntan, perangkawan, operator mesin, mekanik
kapalterbang, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu,

2. INVESTIGATIF
Ciri Personaliti:

Sukakan suasana pekerjaan investigatif.

Suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, sistematik, dan penyelidikan berhubung


dengan sains fizikal dan biologikal tetapi tidak suka aktiviti sosial, pemujukan,
dan berulang-ulang serta mempunyai tingkahlaku yang cenderung kepada
kebolehan saintifik dan matematik, sebaliknya kurang kebolehan memujuk.

Kerjaya:
Ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kajibintang, ahli
kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, antropologis, ahli arkilogi, ahli geografi, ahli
geofizik, ahli teknologi makanan, pakar pengajaran pandang dengar, aktuari, ahli
fisiologi perubatan, doktor, guru sains, doktor haiwan, pakar makanan
3. ARTISTIK
Ciri Personaliti:

Sukakan suasana dan pekerjaan artistik (bebas, tidak bersistematik, dan


kabur) dan melepaskan perasaan atau menyelesaikan masalahnya dengan
cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun karyanya.

Tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni, muzik, drama


dan penulisan serta sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan
perniagaan dan sensitif kepada persekitaran.

Kerjaya:
Pengarang, kartunis, pelukis papan iklan, penyanyi, dramatis, penerbit radio & TV,
pencipta muzik, penulis lirik, pereka bentuk fesyen, guru seni halus, artis
persolekan, konduktor orkestra, juruhebah muzik, penjual toko muzik, arkitek, juru
gambar, pelukis batik, juru hias dalam, pelukis, penjual bunga, pemberita, penulis
skrip, penggubah lagu, pelukis potret, wartawan,pelukis kartun
4. SOSIAL
Ciri Personaliti:

Mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengaruhi orang lain seperti memberitahu,


latihan, perkembangan dan pemulihan dan sukakan kegiatan sosial dan suka
dirinya dilantik sebagai ketua.

Pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurang dalam bidang


teknikal dan kerja tangan serta suka mendapat perhatian dan mengelak diri
daripada aktiviti yang sistematik yang melibatkan benda, pekakas, atau
mesin. Mahir berkomunikasi serta matlamat utama ialah membuat kebajikan.

Kerjaya:
Guru, Kaunselor,ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan masyarakat, jururawat,
diplomat,

pustakawan,

pengulas

berita,

pegawai

personal,

penasihat

penanaman, Pegawai Perhubungan Industri, pemandu pelancong, Penasihat


Bimbingan Vokasional, pegawai kesihatan, pegawai polis, peguam, pendakwah,
ahli politik, penjual insuran, pendakwa raya
5. ENTERPRISING
Ciri personaliti:

Suka kepada aktiviti yang boleh mendapat keuntungan. Mempunyai


kebolehan memimpin, interpersonal, dan memujuk tetapi

kurang dalam

perkara-perkara saintifik (lemah kecekapan sains).

Menerima dirinya sebagai agresif, popular, mempunyai keyakinan diri, sosial,


dan ada kecekapan bercakap.

Ambil berat dalam soal-soal kekuasaan juga mempunyai kemahiran dalam


bidang penjualan serta sukakan status dan kepimpinan.

Kerjaya:
Peguamcara dan peguambela, pegawai pendakwaan, polis, tentera, jurujual,
pengurus pengeluaran, pengurus kelab, penyelia penjualan, penganjur sukan,
pegawai penilai, pengurus restoran, mandur estet, renjer hutan, pegawai
pemasaran, perunding, akauntan, guru matematik, ahli audit, juru ukur, navigator
terbang, ahli politik, penulis skrip iklan, pegawai perhubungan
6. KONVENSIONAL
Ciri Personaliti:
Suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha mempengaruhi data-data dengan
sistematik

dan

mementingkan

aktiviti

yang

menggunakan

nombor,

memberatkan kepada aspek-aspek perbualan ataupun topik-topik yang


dirancang.
Tingkahlaku

cenderung

kepada bidang

perkeranian, perniagaan

dan

komputer. Lemah dalam kecekapan seni namun melakukan sesuatu secara


terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.
Kerjaya:
Pemeriksa akaun bank, perancang belanjawan, pegawai penilai, operator
komputer, pakar kawalan mutu, pegawai perangkaan, pegawai cukai, juru
trengkas mahkamah, kerani audit, juru analisa sistem, juruwang, guru matematik,
juru ukur, penyusun komputer, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, akauntan,
jurujual insuran
Pentafsiran Ujian Minat Kerjaya
Dalam kes Azlan iaitu pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menegah. Azlan
meminati bidang seni lukisan. Azlan juga merupakan seorang pendiam, suka
melakar lukisan di atas kertas dan dilihat berkeadaan ragu-ragu dalam pemilihan
kerjayanya. Tetapi azlan bercita-cita untuk menjadi seorang pelumba motosikal.
Azlan juga telah mengambil ujian mnat kerjaya Self- Directed Search (SDS).
Sepatutnya keputusan skor SDS azlan ialah RES mengikut cita-cita azlan iaitu
Pelumba motosikal. Malah, keputusan skor Azlan ialah SAC. Setelah membuat ujian,
keputusan yang terdapat ialah:- R= 6, I=8, A=24, S=30, E=12, C=20. Iaitu, SAC.
Jika lihat keputusan tersebut, cita-cita Azlan tidak sesuai untuknya. Jika,
mengikut ujian ini, komponen sosial paling tinggi diikuti dengan artistik dan
konvensional. dalam komponen sosial, kerjaya yang boleh dilakukan ialah, Guru,
Kaunselor,ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan masyarakat, jururawat, diplomat,
pustakawan, pengulas berita, pegawai personal, penasihat penanaman, Pegawai
Perhubungan Industri, pemandu pelancong, Penasihat Bimbingan Vokasional,
pegawai kesihatan, pegawai polis, peguam, pendakwah, ahli politik, penjual insuran,
pendakwa raya. Sebagai seorang guru kaunseling, saya akan mensyorkan Azlan
untuk memilh kerjaya yang sesuai berdasarkan keputusan ujian minat kerjaya. Saya
akan membantu dan memberi bimbingan kepada Azlan dalam mencapai cita-cita
tersebut.

Rujukan
Andy Frederick. 2007. Tanggapan pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru
terhadap peranan kaunselor pelajar di beberapa sekolah kebangsaan. Tesis
sarjana tidak diterbitkan. Universiti Terbuka Malaysia.
Microsoft , 2001.Microsoft Encarta College Dictionary. New York: St Martins.
Myrick, R.D. 2001. Bimbingan dan Kaunseling Perkembangan: Pendekatan
yang Praktis. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.
Zulmahari Merawi. 2003. Tanggapan pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap
peranan guru bimbingan dan kaunseling di Sarawak. PPSM, Jurnal Bicara
Pendidik, 3: 5-15.
Zuria Mahmud 1998. Kaunselor sepenuh masa di sekolah-sekolah: Isu-isu dan
cadangan. Prosiding Seminar Kebangsaan Isu-Isu Pendidikan Negara,
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 283-257.
Noriah Mohd Ishak dan Siti Rahayah Ariffin. 2005. Understanding emotional
intelligence of Malaysian teachers. Proceeding untuk 12th International
Conference (ISATT), pp 454 - 461Oxford Dictionary of Psychology. 2003.
Oxford Press : UK

Rujukan
Amir Awang (1983). Memilih Pekerjaan. Dewan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. 21(12), 4-7.
Abdillah Sulaiman (1997). Hubungan Antara Keselarasan Personaliti Dengan Kepuasan
Kerja di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah di Pahang. Tesis Master yang
tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian Pendidikan. UPM, Serdang
Carmeli, A & Gefen, D. (2005). The Relationship Between Work Commitment Models
and Employee Withdrawal Intentions, Journal of Managerial Psychology, 20 (2),
63-86
Che Zahara Che Mat (1992). Hubungan di Antara Konsep Kendiri Dengan Sikap
Kematangan Dalam Pembuatan Keputusan Kerjaya di Kalangan Remaja. Kajian
ilmiah yang tidak diterbitkan. Jabatan Psikologi. UKM, Bangi.
Faridah Mohd Sopah (2001). Hubungan Antara Keselarasan Personaliti Dengan
Kepuasan Kerja di Kalangan Kaunselor Sekolah Menengah di Negeri Selangor.
Projek master yang tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian Pendidikan. UPM, Serdang.
Habibah Md. Soad (1991). Minat Kerjaya dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja:
Satu Kajian Kes. Kajian ilmiah yang tidak diterbitkan. Jabatan Psikologi, UKM,
Bangi.
Holland, J.L. (1997). Making vocational choices: A theory of vocational personalities and
work environments (3rd ed.). Odessa, Florida: Psychological Assessment
Resources.

1.0 Pengenalan
Kaunseling ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang
kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling juga adalah satu proses interaksi yang membolehkan individu
memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau
penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan
tindakan yang wajar untuk masa depannya. Dalam proses ini, seorang kaunselor
akan

membina

satu

perhubungan

yang

profesional

dengan

klien

dan

membimbingnya supaya menjadi lebih faham tentang dirinya. Klien menjadi lebih
sedar tentang kelebihan dan kekurangannya, kebolehan, kemampuan dan
keupayaannya . Klien akan dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi
dan tindak balasnya dengan orang lain dan suasana yang mempengaruhi hidupnya.
Dengan kesedaran ini klien dapat memahami realiti hidupnya lalu boleh membuat
rancangan untuk masa depannya.

Penghargaan
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca. Pertama sekali saya ingin
memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya
dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah
dalam masa yang ditetapkan.
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak yang telah memberi tunjuk ajar kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan betul dan sempurna. Beliau juga
mamberi dorongan dan semangat kepada saya bagi manyiapkan kerja kursus ini.
Beliau juga tidak pernah lupa untuk memberi nasihat bagi menunjukkan hasil
kerja yang terbaik.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan saya kerana sudi
memberikan kerjasama yang sewajarnya serta tidak lokek mencurahkan idea
kepada saya dalam menghasilkan tugasan yang lebih baik. Selain itu, saya juga
ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya yang sokongan dan dorongan
untuk membuat tugasan ini dan sudi menolong saya.
Saya juga ingin berucap ribuan terima kasih kepada pihak sekolah SJKT
Ladang Ulu Remis untuk memberi pertolongan dan kerjasama dalam
menjalankan tugasan ini. Saya juga berterima kasih kepada pelajar yang
bekerjasama untuk membantu saya dalam membuat kajian.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada mereka yang terlibat secara
langsung ataupun secara tidak langsung bagi menghasilkan tugasan. Saya
berharap para pembaca berpuas hati dengan hasil tugasan yang telah
disediakan ini.
Sekian terima kasih.

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Penghargaan

2.

Isi Kandungan

ii

3.

Pengenalan

4.

Tugasan Satu

5.

Rujukan

6.

Tugasan 2

7.

Tugasan 3

8.

Rujukan

12

9.

Lampiran

iii

ISI KANDUNGAN

Anda mungkin juga menyukai