Anda di halaman 1dari 3

Integriti Dalam Pendidikan

Ke arah Kesempurnaan Institusi Pendidikan


http://integritiguide.blogspot.my/p/penjelasan-etika-dan-integriti-adalah.html

Nilai, Etika, Integriti


PENJELASAN
Nilai, Etika dan Integriti adalah tiga kata kunci terpenting yang
mendasari PIN perlu diperjelaskan.
NILAI
Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan
kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang
baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negatif.
\
ETIKA
Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah
laku individu, organisasi dan profesyen.
1. Etika Individu
Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang
membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang
salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta
yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan. Pemilihan antara perkaraperkara ini sentiasa berlaku semasa menjalankan tugas, dalam
kehidupan sehari-hari, ataupun apabila berinteraksi dengan pihak lain.
2. Etika Organisasi
Bagi yang bekerja dalam sesebuah organisasi, etika organisasi menjadi
garis panduan baginya menjalankan tugas, seperti perlu berpegang
pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab
dan adil. Oleh sebab organisasi berurusan dengan orang ramai, maka

etika organisasi juga menuntut penjawat itu mematuhi Piagam


Pelanggan.
3. Etika Profesyen
Etika profesyen ialah kod yang menggariskan apa yang harus dibuat
dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesyen berkenaan. Antara
profesyen yang mempunyai kod etikanya termasuk kedoktoran,
kehakiman, undang-undang, perakaunan, kewartawanan dan
perguruan. Misalnya, seorang doktor atau hakim terikat dengan etika
profesyen yang dipraktikkannya. Seorang editor, pengarang atau
wartawan pula perlu berpegang pada etika kewartawanan dalam
penyebaran maklumat melalui media. Begitu juga seorang guru mesti
mematuhi etika perguruan.
INTEGRITI
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan
erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika
dalam tindakan sehari-hari.
1. Integriti Individu
Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh
individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara
tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta
keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa
yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia
bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai
segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya,
dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.
2. Integriti Organisasi
Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti
organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika,

piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan


kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan
dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi
kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
3. Integriti Penjawat Awam
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat
jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa
yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat
jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan
diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku
konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan
kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus
dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya,
orang di bawahnya dan kepada pihak lain.
Kesimpulan
Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses
seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat
seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan
integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai
teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam
tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas
dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu
mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan
tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai
sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika
dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya
seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.

Anda mungkin juga menyukai