Anda di halaman 1dari 5

MINIT CURAI

TAKLIMAT VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS 2.0


TAHUN 2016
TARIKH
TEMPAT
MASA
PEGAWAI PPD

BIL.
1.

2.

: 27 APRIL 2016
: PUSAT SUMBER SK PADANG GARUDA
: 8.00 PAGI 5.00 PETANG
: EN. HAMDAN BIN M. ALI
EN. KAMARUDDIN
EN. AMZIE BIN MOHD KAMAL
EN. HAFEEZ HADI HANIF

PERKARA YANG DIBINCANGKAN


Kata-kata aluan Penyelaras Linus Bahasa Inggeris PPD
Kuantan:
-

Taklimat bersama Penyelaras Linus Bahasa Inggeris


diadakan untuk menyampaikan maklumat-maklumat
penting berkaitan Saringan 1 LBI.

LINUS diwujudkan untuk membantu murid supaya


boleh menguasai kemahiran asas 3M.

Taklimat oleh En. Hamdan Bin M. Ali (Ketua Bahagian


LINUS PPD Kuantan):
-

Penyelaras LBI dipanggil bertujuan untuk


menyalurkan maklumat kepada guru-guru yang
terlibat dan membantu mereka sekiranya terdapat
masalah dari segi pelaksanaan saringan dan
pengisian data.

Tarikh memasukkan data dilanjutkan sehingga


6 Mei 2016 . Walau bagaimanapun, data perlu
dimasukkan awal untuk mengelakkan sebarang
masalah.

Setakat 27 April 2016, terdapat beberapa sekolah


yang masih belum mengimport data dari APDM dan
masih belum mengisi data saringan di dalam portal.
Sekolah-sekolah berkenaan diharap dapat membuat
tindakan yang sepatutnya.

Guru-guru perlu membantu murid-murid untuk


melepasi konstruk kerana Ujian Saringan LINUS
bukanlah semata-mata ujian.

Saringan 1 mesti mencapai KPI. Jika masih belum


capai, guru mesti berusaha melakukan sesuatu
supaya keputusan mencapai KPI.
Data yang diisi hendaklah munasabah. Contohnya,
jika murid melepasi K1, K2, K6, K7 dan seterusnya,
adalah mustahil murid tidak melepasi K3, K4 dan
K5. Guru diminta membuat semakan semula kerana
tempoh pengisian data telah dilanjutkan.

3.

Bagi LBI Tahun 4 2015, seramai 322 orang murid


masih tidak lulus.

Jika peratusan masih mendukacitakan bagi tahun


2016, LBI akan diteruskan sehingga Tahun 5.

Taklimat oleh En. Kamaruddin (Fasilinus BI):


-

KPI Saringan LINUS berubah setiap tahun. Guruguru perlu mencapai KPI seperti yang telah
ditetapkan.

Cara untuk mencapai KPI adalah dengan


mengenalpasti murid yang berpotensi untuk lulus
dan diberi bimbingan sewajarnya.

KPI bagi tahun 2016 adalah seperti berikut:


LBI

4.

SARINGAN 1
TAHUN 1 67%
TAHUN 2 - 79%
TAHUN 3 90%

SARINGAN 2
TAHUN 1 - 73%
TAHUN 2 - 85%
TAHUN 3 - 95%

Tahun 4 tidak ditetapkan KPI.

Murid-murid boleh dibantu dengan mengadakan


program-program intervensi di sekolah. Contohnya,
meluangkan masa 10 minit sebelum P&P bermula
dengan membimbing murid menerusi konstrukkonstruk yang tidak dikuasai.

Taklimat oleh bahagian pengisian data LINUS:


- Semasa pengisian data, bahagian pra mesti
ditanda dan bangsa hendaklah dikemaskini.
-

Elak siapkan kerja di saat akhir dan isi data dengan


cermat supaya tidak timbul masalah.

Tapak Laporan Saringan 1 boleh dimuat turun


melalui linusktnc05.blogspot.my

Data Laporan Saringan 1 dan justifikasi hendaklah


diisi oleh Penyelaras LBI dan digabung bersama
Tahun 1 dan Tahun 2 (dengan kerjasama guru-guru
mengajar).

5.

Penyelaras induk akan lengkapkan data Tahun 3.

Tarikh hantar: 10 Mei 2016 dalam bentuk softcopy.

PPD akan berhubung dengan penyelaras LINUS


sekolah berkenaan alamat emel berkaitan
penghantaran laporan.

Taklimat Program Outreach:


-

Program untuk mengenal pasti murid-murid yang


masih tidak menguasai kemahiran asas 3M untuk
ditempatkan di kelas Pemulihan / Pendidikan Khas.

Bermula pada tahun 2012, murid yang tidak


menguasai K1 dan K2 dalam Saringan 2 LBM Tahun
2 disaring menggunakan Instrument Pengesanan
Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP)
dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD).

Murid yang disahkan sebagai Murid


BerkeperluanKhas (MBK) akan ditempatkan
mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

Murid yang tidak disahkan sebagai MBK akan


diteruskan di dalam Program Pemulihan Khas di
sekolah (Program Inklusif).

2 kaedah saringan untuk MBK:


1. BERPUSAT di lokasi yang ditetapkan
bersama pasukan yang terlibat seperti pegawai
perubatan, patologis pertuturan, optometris,
audiologist, psikologi klinikal, terapi cara kerja
dan guru disleksia.

2. RUJUKAN TERUS murid dibawa ke hospital


atau klinik untuk menjalani saringan.
-

Doktor melarang penggunaan istilah slow learner .


Istilah diganti dengan kurang upaya intelek,
di mana pemikiran kanak-kanak tidak sepadan
dengan umur mereka.

Makluman awal kepada Guru Besar dan GPK


Pentadbiran:
Pada 5 Mei 2016 akan diadakan Taklimat
Penyelarasan Dokumen. Seorang murid dari SK
Sungai Soi terlibat untuk program ini (Muhammad
Faris Haikal).

6.

Hal-hal lain:
- Saringan masih boleh dijalankan sebelum portal
ditutup. Guru perlu bantu murid untuk melepasi
konstruk.
- Kod pengisian data Laporan Saringan 1:
Menguasai 1 dan tidak menguasai 0.

Minit disediakan oleh,

Disahkan oleh,

...

..................................

(SITI SALAWATI BINTI MOKHTAR)


Wakil Penyelaras LBI.

Anda mungkin juga menyukai