Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai
daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta
Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negaranegara Eropah pada suatu masa dahulu.
Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain
sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan
ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di
Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan
Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun
1909 di Kharkov. Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan
yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang
(tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua
orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
Kemahiran bola baling : Hantaran bahu
Cara menghantar bola sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling.
Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan
hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus
mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.
Prinsip asas hantaran bola aras bahu
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana
hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas seperti Suai-masa (timing) bilakah bola patut
dilepaskan?, Ketepatan adakah bola ditujukan kepada sasarannya?, Arah ke manakah bola
dihantar supaya permainan menjadi positif? dan Kekuatan sekuat manakah boal patut dibaling

dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain
yang menerima bola?

Anda mungkin juga menyukai