Anda di halaman 1dari 3

.

Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud,

Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kepada-Mu kerana telah mengizinkan


kami untuk berada dalam Majlis Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Puan Hajjah
Rohayah binti Hj Bajuri, Pengetua SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman pada pagi yang
tenang dan syahdu ini.

Ya Allah, Ya faallul lima yurid,

Kami amat bersyukur dalam ruang yang diberi untuk melahirkan rasa penghargaan
dan terima kasih warga pendidikan Daerah Pontian khususnya sekolah kami atas
persaraan Pengetua yang dikasihi. Sesungguhnya rasa terharu tak dapat kami
sembunyikan atas komitmen serta sumbangan besar beliau dalam memartabatkan
profesion keguruan dan mengangkasa kualiti pendidikan.

Ya Ghaniyyu, Ya Hamid, Ya Mubdia, Ya Muid,

Segala puji-pujian hanya untuk Mu atas nikmat kurnia menganugerahkan kepada


kami seorang pengetua yang berjiwa besar dan punyai wawasan yang jauh demi
memajukan agama, bangsa dan negara. Jasa dan bakti yang beliau taburkan bukan
saja sewaktu menjawat jawatan Pengetua tetapi bermula sejak melalui liku-liku
kehidupan sebagai seorang insan bergelar pendidik. Tangan yang menggoncang
buaian mampu mengharumkan nama sekolah sewangi kasturi dengan sentuhan
kasih seorang ibu, menegur dengan kelembutan, menasihat dengan belaian,
melarang dalam senyuman, marahnya kerana kasihan namun tangisnya tidak
kedengaran.

Sesungguhnya, seluruh warga sekolah sangat terhutang budi dan berasa bangga
dipimpin oleh seorang pengetua yang begitu mengambil berat terhadap masa
depan guru serta anak didik yang sangat dikasihi.

Ya Allah, Ya Qawiyyu,Ya Matin ,

Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang jasa orang yang telah
berbakti dan berkorban untuk melihat kemajuan sekolah kami. Anugerahkanlah
kami kekuatan untuk mengekalkan usaha murni dan suci demi kelangsungan dan
kesinambungan kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah kami di bawah pimpinan
dan bimbingan beliau yang berwibawa .

Ya Allah, Ya Wahab, Ya Razaq,

Panjangkanlah usia beliau dengan kesihatan dalam iman dan Islam, semoga dapat
terus menyumbang idea, buah fikiran dan pandangan yang bernas demi kemajuan
pendidikan dalam meniti usia persaraan. Moga kami dapat mencontohi
tanggungjawab, komitmen, kewibawaan dan kegigihan Puan Hjh Rohayah mengurus
institusi pendidikan. Engkau lindungilah keluarganya, kaum kerabatnya dan orangorang yang dikasihinya sebagaimana beliau melindungi kami selama ini tanpa rasa
jemu.

Ya Allah, Ya zal fadhli wal Ihsan,

Sesungguhnya yang datang akan pergi, yang patah akan tumbuh kembali, setiap
yang bermula pasti ada akhirnya, setiap pertemuan akan ada perpisahan, namun
kurniakanlah kami pengetua yang juga penyayang selepas persaraan Puan Hjh
Rohayah nanti.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan ini, pertemuan yang diberkati dan dirahmati, dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada segala bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai