Anda di halaman 1dari 4

AB1:KEDUDUKAN

Mengenal Latitud / Garis Lintang


Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob. Garis lintang adalah
sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub
selatan. Garis lintang diberi nilai darjah ( ) Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1U
hingga 90U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1S hingga 90S

Garis-garis lintang yang utama ialah:


GarisanKhatulistiwa ( 0 )
Garisan Sartan ( 23U )
Garisan Artik ( 66U )
Garisan Jadi ( 23S )
Garisan Antartik ( 66S )
Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua
hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.

Mengenal Longitud / Garis Bujur / Meridian

Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis


dari kutub utara ke kutub selatan. Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke
selatan. Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi.
Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi nilai 0. Garis
longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360 garis
longitud.
Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1T hingga 180T, manakala garis
longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1B hingga 180B. Oleh kerana bumi berbentuk sfera,
jadi garis longitud 180T dan 180B adalah garisan yang sama. Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh
Antarabangsa (GTA ).

Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud Dan Longitud

Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat. Apabila
menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud. Bagi
mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah () dibahagikan kepada 60 minit ( ).

Nama Tempat
Kudat
Tuaran
Kota Belud

Garis Latitud
6 54U
6 10U
6 22U

Garis Longitud
116 51T
116 14T
116 26T

Ranau
Kota Kinabalu
Beufort
Tenom
Tawau
Semporna
Lahad Datu

5 58U
5 40U
5 20U
5 2U
4 16U
4 29U
5 6U

Sandakan

5 45U

116 43T
116T
115 46T
115 57T
117 53T
118 36T
118 20T
118T

Mengira Waktu Tempatan


Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di
Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0 ). Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat
di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur
mendahului waktu di sebelah barat.

Formula
Satu putaran bumi (360) mengambil masa 24 jam.
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15 garis longitud.
Dalam 1 garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.
Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan di:
Bombay ( 73T )
Buenos Aires ( 58B)
Waktu di Bombay ( 73T )
Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud
73- 0 = 73
Cari perbezaan masa
73 15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
= 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
= 5.52 pagi
Waktu di Buenos Aires ( 58B ) Langkah-langkah
Cari perbezaan garis longitud
58 - 0 = 58
Cari perbezaan masa
58 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
= 1.00 pagi 3 jam 52 minit
= 9.08 minit malam

Waktu Piawai

-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil.
Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di
seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan
kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15 garis longitud.
-Garisan Tarikh Antarabangsa GTA) ialah garis bujur 180 B/ 180T.Garisan ini menjadi pemisah tarikh
antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180 mengalami keadaan tengah malam.Bagi
mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkangbengkok.
-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia
akan untung sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke
kawasan di benua Australia, dia akan rugi sehari.

Anda mungkin juga menyukai