Anda di halaman 1dari 2

Ahad, 8 Mei 2011

PERTUKARAN suaka politik Malaysia-Australia


SUAKA politik ialah perlindungan politik. Sebagai contoh, seseorang
rakyat negara China yang berfikiran demokrasi merasa tidak selamat
untuk terus tinggal di China yang mengamalkan sistem komunis. Oleh itu
beliau telah melarikan diri ke sebuah negara yang difikirkan selamat.
Orang seperti ini mencari perlindungan politik atau suaka politik.
Pendirian sesebuah negara seperti Malaysia mengenai suaka politik juga
merupakan salah satu elemen dalam Dasar Luar Negara.

MELBOURNE 8 Mei 2011 Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra memberi jaminan


kepada Australia bahawa pemohon suaka yang dipindahkan ke Malaysia akan dilayan
dengan penuh perikemanusiaan dan bermaruah. Datuk Salman Ahmad memberitahu
Sky TV pada Ahad bahawa, pemohon suaka yang dihantar ke Malaysia akan diberi
kebebasan bergaul dengan masyarakat sementara menunggu permohonan mereka
diproses.

"Mereka tidak akan ditempatkan di mana-mana pusat tahanan, katanya. Salman


membayangkan bahawa cadangan pertukaran pemohon suaka antara Malaysia dan
Australia itu mungkin dilaksanakan sekali sahaja dan butiran terperinci mengenainya
akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Katanya, Kuala Lumpur mengalu-alukan komitmen Australia untuk mengambil lebih
banyak pelarian di Malaysia yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang 94,000 orang.
Di bawah persetujuan sedia ada, Malaysia akan mengambil 800 orang yang cuba pergi
ke Australia manakala Australia pula bersetuju mengambil 4,000 pelarian yang berada
di Malaysia. Bernama

Anda mungkin juga menyukai