Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN

DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH


MENTERI PENDIDIKAN ll
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DI SEMINAR KEBANGSAAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2014
PADA 1 DISEMBER 2014 (ISNIN) JAM 9.00 PAGI
DI DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
YBhg Dato Seri Ir. Dr Zaini Ujang
Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
YBhg Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali
Presiden/Naib Canselor, Open University Malaysia (OUM)
Dif-dif Jemputan
Pegawai-pegawai Tertinggi KPM dan OUM
Para Pembentang Kertas Kerja
Wakil-wakil Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
(PENDAHULUAN)
1.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya,


kita dapat berhimpun pada hari ini sempena perasmian Seminar
Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014.

2.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas atas kejayaan penganjuran


seminar peringkat kebangsaan ini hasil daripada kerjasama antara
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Open University Malaysia.

3.

Pergandingan bahu di antara pihak Kerajaan dengan pihak universiti seperti


ini amat diperlukan dalam membangunkan modal insan Malaysia.

(PSH: EMPLOYMENT-EMPOWERMENT-ENJOYMENT)
4.

Kemajuan negara bergantung kepada ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada


rakyatnya.
Modal
insan
bertindak
sebagai
penggerak
kepada pembangunan.

5.

Menurut kepada Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam


Rancangan Malaysia ke-9, ditegaskan bahawa kejayaan negara
bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki.

6.

Cabaran-cabaran seperti perubahan pengetahuan ekonomi global,


perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam
sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui
pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.
Dalam hal ini, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) berperanan besar
dalam menggilap kemampuan dan mencapai kegemilangan.

7.

8.

Menurut kajian, kepentingan PSH dikenalpasti melalui konsep The Three Es


iaitu employment (pekerjaan), empowerment (pemerkasaan) dan
enjoyment (keseronokan).

9.

Employment. Di Jepun, kesedaran tentang kepentingan PSH menyebabkan


tercetus fenomena employability fever pada awal tahun 2000. Telah
dilaporkan bahawa seorang jurutera Jepun berumur 34 tahun mengumpul
lebih 50 sijil kemahiran sebagai job protection.

10.

Di China, seorang ahli fizik komputer bernama Wang Zhen telah mengikuti
lebih 40 program MOOC (Massive Open Online Learning). Beliau telah
mengambil kursus dalam Big Data untuk membolehkannya mencari
pekerjaan baru mengikut keperluan pasaran semasa.

11.

Empowerment. Pembudayaan PSH memberi peluang kepada rakyat


memperkasakan diri. Sebagai contoh, inisiatif Accreditation of Prior
Experiential Learning atau APEL membolehkan rakyat melanjutkan
pendidikan ke institusi pengajian tinggi dengan menggunakan pengalaman
pekerjaan sebagai kelayakan kemasukan. Ini bukan sahaja membolehkan
rakyat meningkatkan ilmu, tetapi juga meningkatkan kualiti kehidupannya
dalam jangka masa panjang.

12.

Enjoyment. Ramai antara kita mencintai ilmu. Ramai juga golongan yang
telah pencen dan ingin mencari ilmu dan kemahiran baru untuk kepuasan diri.
Kursus-kursus PSH yang ditawarkan di Kolej Komuniti seperti memasak kek
kukus (Gula hangus), jahitan kreatif (jahitan tudung 2 lapisan, tudung lycra
bertingkat), membuat Powerpoint professional dan sebagainya tersedia
untuk dimanfaatkan rakyat.

13.

Para hadirin yang dihormati, PSH adalah sebahagian daripada proses


pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program menjana
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Ini adalah selaras dengan hasrat
Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan penambahbaikan kepada sistem

pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah


ke tertiari, termasuk vokasional.
14.

Menjelang tahun 2020, unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta
dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga
64 tahun adalah seramai 26.2 juta orang.

15.

Golongan pekerja inilah yang perlu kita mahirkan melalui PSH.

16.

Sebahagian besar tenaga kerja di negara ini terdiri daripada kelompok yang
tidak berkemahiran tinggi dan jika tidak dipertingkatkan, kita akan terpaksa
menerima lebih ramai tenaga mahir dari luar yang sekaligus merencatkan
usaha pembangunan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti di kalangan
rakyat.

17.

Pelaksanaan PSH juga mustahak kerana ia dapat memastikan


kesaksamaan sosial dalam struktur masyarakat tanpa mengira tempat.
Masyarakat di luar bandar, yang mungkin selama ini kurang menikmati taraf
kehidupan seperti di bandar, boleh berusaha memperbaiki taraf kehidupan
melalui PSH.

18.

Oleh itu, PSH merupakan wadah terbaik bagi meningkatkan lagi potensi
seseorang individu dan Rakyat Malaysia perlu disedarkan tentang
penyemaian budaya ilmu yang boleh diterokai tanpa batasan usia, masa,
mahupun tempat.

(PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT)


19.

Untuk Makluman hadirin sekalian jua, pelaksanaan PSH telah diperluaskan


melalui inisiatif Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) iaitu hasil
cetusan idea YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap di Perhimpunan
Agung UMNO pada bulan Oktober 2013.

20.

Beliau telah menyarankan agar PISH ini dijadikan satu dasar utama Negara
dan telah melancarkan inisiatif PISH pada 5 April 2014 bertempat di Kolej
Komuniti Ledang, Johor.

21.

Kewujudan PISH adalah satu inisiatif yang menggabungkan latihan


kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang
berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin
kesejahteraan dalam kehidupan.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi Muhammad
telah bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas
tiap-tiap orang Islam."

22.

23.

PISH menggabungkan konsep Ukhrawi dan Duniawi:


a. Bagi konsep Ukhrawi, PISH memberikan kesinambungan Pendidikan
Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat seperti
golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir, pelajar dan komuniti
setempat.

b. Manakala bagi konsep Duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran


dan keusahawanan kepada pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar
maahad, belia dan komuniti.
24.

Program PISH dilaksanakan berasaskan Strategi Lautan Biru (BOS), iaitu


mengambilkira saranan Kerajaan untuk mengamalkan langkah perbelanjaan
berhemah dan perkongsian sumber sedia ada secara optimum.

25.

Sehubungan itu, saya mencadangkan satu Seminar Kebangsaan PISH


dianjurkan bersama dengan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti pada
tahun hadapan 2015 untuk membincangkan pelaksanaan PISH serta
strategi PISH bagi mendekati belia dan rakyat jelata dalam melengkapi
diri secara holistik dalam aspek perkembangan kendiri dan kemahiran
hidup secara Islam.

(PENUTUP)
26.

Mesej utama Seminar ini, pada pendapat saya, ialah proses pencarian ilmu
patut dijadikan seperti penerokaan yang tidak bernoktah.

27.

Justeru, Seminar ini diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam
membudaya dan memperkasakan PSH di kalangan warga Malaysia,
khususnya golongan yang sudah berkerjaya.

28.

Saya berkeyakinan Seminar ini yang bertemakan Pembelajaran Sepanjang


Hayat sebagai Tonggak Ketiga Pembangunan Modal Insan, mampu
memberikan impak yang besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf
kompetensi tenaga kerja negara.

29.

Sememangnya transformasi ke arah budaya PSH adalah selari dengan dasar


Malaysia yang ingin menjadi negara maju dan melahirkan generasi yang
berilmu, berkebolehan dan berkemampuan.

30.

Ucapan tahniah dan tahniah dirakamkan kepada para pembentang kertas


kerja, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar

31.

Saya juga mendoakan agar segala usaha murni menjadikan PSH sebagai
budaya di kalangan rakyat akan terus cemerlang demi kemakmuran negara.

32.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya


merasmikan Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014.
Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai