Anda di halaman 1dari 5

MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PERIBAHASA YANG DIBERIKAN;

1. Membina ayat menggunakan peribahasa


Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya
jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
(i) Alah bisa tegal biasa
(ii) Bagai melukut di tepi gantang-sesuatu yang tidak di hargai
(iii) Bagai aur dengan tebing
[6 markah]
Contoh jawapan:(i) Sesuatu pekerjaan yang baru diceburi agak sukar diuruskan
tetapi lama-kelamaan akan menjadi lebih mudah, seperti
pepatah Melayu alah bisa tegal biasa.
(ii) Karim boleh diibaratkan melukut di tepi gantang dalam majlis
itu. Dia tidak dihiraukan langsung oleh tuan rumah.
(iii) Persahabatan Ely dan Sticoh tetap bagai aur dengan tebing
walau sebesar mana pun masalahnya, mereka akan tempuhinya
bersama-sama
2. MELENGKAPKAN PETIKAN ATAU DIALOG DENGAN PERIBAHASA
YANG SESUAI
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong
dengan peribahasa yang sesuai.

.................(i)................., demikian peribahasa yang


menggambarkan pelbagai golongan harus bekerjasama. Mereka
dituntut agar bersefahaman dan bersatu untuk membangunkan
negara. Mereka tidak wajar mementingkan diri, yakni
bersikap .............(ii)............. Tambahan pula, perbuatan seperti itu

bertentangan dengan norma hidup masyarakat Timur yang


mengambil kira kepentingan semua pihak dalam setiap urusan
yang dilakukan dan mereka mementingkan permuafakatan
kerana mereka yakin bahawa ...............(iii)..........
[6 markah]

Contoh jawapan:(i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


(ii) seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing Maksud: Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan.
Semua orang hanya mahu menyelamatkan diri sendiri.
(iii) bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat
3. MENENTUKAN ATAU MENYESUAIKAN PERIBAHASA DENGAN
MAKSUD PETIKAN
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang
terdapat dalam petikan di bawah.

Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang


menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan.
Sekalipun mereka menghadapi pelbagai kesusahan tetapi hal itu
tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu sudah
dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup.
Walaupun ada pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai
penderhaka, namun hal itu tidak melemahkan semangat mereka
yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu tanah air
tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada
hidup sebagai abdi di tanah air sendiri.

[6
markah]

Contoh jawapan:(i) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


(ii) Alah bisa tegal biasa / asam garam.
(iii) Biar putih tulang, jangan putih mata.
4. MENENTUKAN PERIBAHASA BERDASARKAN AYAT YANG
DIBERIKAN
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan
peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir


dengan semasak-masaknya agar tidak menyesal kemudian hari.
(ii) Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah
mengikut kemampuan atau bersesuaian dengan pendapatan
yang kita peroleh.
(iii) Apabila kita berada di tempat orang, janganlah kita meninggi
diri dan patuhilah adat resam tempat tersebut.
[6
markah]
Contoh jawapan:(i) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
(ii) Ukur baju di badan sendiri

(iii) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

5. MENYATAKAN MAKSUD PERIBAHASA YANG DIBERIKAN


Berikan maksud peribahasa-peribahasa di bawah.

(i) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.


(ii) Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
(iii) Belakang parang jika diasah nescaya menjadi tajam
[6
markah]
Contoh jawapan:(i) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
(ii) Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.
(iii) Orang yang tidak pandai kalau ada kesungguhan
mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga.

Maksud ~ b. Seseorang yang dipandang ringan oleh orang lain sebab tidak berkuasa
Cth Ayat: Abu amat sedih kerana kehadirannya dalam mesyuarat itu sekadar untuk
hadir dan pandangannya pun tidak diminta bagi menyelesaikan masalah itu
memandangkan dia hanya pekerja bawahan sahaja, bagai melukut di tepi gantang.

elemen penting: Untuk mendapatkan 2 markah penuh bagi satu ayat yang dibina.

Peribahasa ~ Bagai melukut di tepi gantang


Maksud peribahasa ~ memandangkan dia hanya pekerja bawahan sahaja.
Situasi yang menyokong maksud peribahasa ~ Abu amat sedih kerana
kehadirannya dalam mesyuarat itu sekadar untuk hadir dan pandangannya pun tidak
diminta

Anda mungkin juga menyukai