Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KETIGA
(7 Ogos 2016 - 11 ogos 2016)
ISU : INTERAKSI ANTARA GURU DAN PENTADBIR
1. Isu :
Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah dari segi interaksi dengan guru dan juga
para pentadbir. Saya seorang yang pendiam dan berasa malu dan jika ditegur barulah saya
akan memulakan perbicaraan. Oleh itu, saya perlu melatih diri untuk menjadi lebih peramah
apabila dengan guru-guru dan para pentadbir. Masalah ini juga telah ditegur oleh pensyarah
dan guru pembimbing. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk memikirkan topik perbualan
setiap kali bertemu dengan guru-guru di sekolah. Saya masih belum pandai untuk beramah
mesra bersama guru-guru.
2. Analisis Isu :
Masalah

ini

berlaku

akibat

daripada

kurangnya

kemahiran

interpersonal

dalam

berkomunikasi antara satu sama lain. Howard Gardner (1983) memberikan definisi
kemahiran interpersonal di dalam bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami
orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing
dan menguruskan komunikasi. Oleh yang demikian kemahiran interpersonal ini amat perlu
dalam proses komunikasi. Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal
ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu
mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi
dengan persekitarannya. Antara punca wujudnya masalah interaksi antara guru dan
pentadbir ini adalah seperti:

Sifat saya seorang yang pemalu menyebabkan saya kurang menyapa guru-guru dan
pentadbir. Setiap kali berjumpa saya hanya mampu memberikan senyuman dan
salam kerana saya berasa segan untuk bersembang disebabkan beberapa faktor
seperti kelainan bahasa yang digunakan serta pengetahuan am saya yang kurang.
Saya kurang memahami bahasa yang diguna pakai dan menyebabkan perbualan
yang berlaku menjadi hambar. Masalah loghat ini menyebabkan banyak istilah-istilah

yang digunakan oleh guru yang tidak saya ketahui.


Pada asalnya saya boleh bercerita mengenai diri saya, namun jika kehabisan cerita
saya lebih cenderung untuk berdiam diri. Topik perbualan yang berlaku antara guru
juga tidak diketahui oleh saya disebabkan saya kurang minat dengan topik tersebut
seperti topik mengenai bola sepak. Pengetahuan saya amatlah cetek berbanding
pengetahuan mereka tentang pelbagai perkara termasuklah politik, kerjaya sebagai

guru serta isu-isu semasa. Saya lemah dalam memikirkan topik yang sesuai untuk
diperbualkan antara kami yang menyebabkan saya duduk berdiam diri dan hanya

mendengar cerita daripada guru-guru.


Saya juga kurang mahir dalam beramah mesra seperti bertanya khabar dan bertanya
mengenai hal-hal berkaitan guru tersebut, saya tidak pandai untuk menyusun ayat
dan kadangkala saya terpaksa memperbetulkan berkali-kali persoalan yang
dilontarkan kepada mereka. Saya juga takut jika soalan saya tidak sesuai dan
mengganggu mereka. Saya juga takut jika saya terlepas cakap mengenai isu-isu
sensitif dan gurauan juga merupakan perkara yang sukar untuk dilakukan disebabkan
saya sentiasa memikirkan kesesuaian gurauan tersebut. Saya juga mempunyai
sedikit masalah pendengaran yang mengakibatkan saya gagal mendengar dengan
baik. Percakapan saya juga kadangkala terlalu cepat dan sukar difahami oleh mereka

kerana tidak jelas.


3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Masalah ini merupakan masalah yang sangat besar bagi seorang guru. Seseorang guru
haruslah menguasai kemahiran interpersonal bagi memudahkan guru untuk berinteraksi
tidak kiralah sesama guru mahupun bersama murid di dalam bilik darjah. Kemahiran ini perlu
diterapkan melalui beberapa cara seperti:
Menambahkan lagi pengetahuan am saya Saya dapati bahawa pengetahuan am
yang kurang menyebabkan saya sukar untuk mencari idea bagi berkomunikasi antara
guru dan pentadbir yang menyebabkan saya mendiamkan diri. Oleh itu saya perlu
peka akan perkara yang berlaku di sekeliling saya. Saya boleh menambahkan
pengetahuan am melalui pembacaan buku-buku majalah serta bahan di internet
melalui telefon mudah alih. Pembacaan yang banyak akan membantu saya bukan
saja dalam masalah ini malah dalam hal-hal lain juga melalui kehidupan seharian
saya. Isu-isu semasa boleh didapati sama ada melalui pembacaan surat khabar dan

juga melalui laman sosial di internet.


Penggunaan loghat percakapan yang berbeza merupakan salah satu kelebihan bagi
saya sebenarnya. Loghat yang berbeza ini menunjukkan bahawa kami dari tempat
yang berbeza dan seharusnya saya menggunakan peluang ini untuk mempelajari
loghat mereka. Saya boleh bersembang dengan guru-guru dan bertanya tentang
istilah-istilah yang digunakan oleh guru yang tidak saya ketahui. Saya perlu berani
untuk belajar sesuatu yang baru. Saya perlu menambahkan lagi kosa kata saya

tentang bahasa yang mereka gunakan.


Saya perlu melatih gaya percakapan saya agar saya dapat bercakapa dengan jelas.
Kadangkala percakapan yang tidak jelas menyebabkan soalan yang saya lontarkan
tidak dilayan. Oleh yang demikian saya perlu melatih gaya percakapan saya dan
menghilangkan rasa malu dengan banyakkan bercakap secara yakin. Saya perlu

meningkatkan keyakinan diri saya untuk meluahkan apa yang saya fikir supaya saya
lebih terbuka untuk memahami dan difahami oleh para guru dan pentadbir.

4. Tempoh Masa Penyelesaian :


14 Ogos hingga 18 Ogos 2016

Disemak oleh :

Disemak oleh:

Nama:
Jabatan:
Tarikh:

Nama:
Jabatan:
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai