Anda di halaman 1dari 15

ABS

TRA

RESEPI NASI

Pengenalan
Nasi sememangnya merupakan makanan ruji bagi kita rakyat Malaysia. Ada segelintir
daripada kita yang tak boleh hidup tanpa nasi. Pergi mana-mana mesti kena ada nasi.
Kalau sehari tak makan nasi, rasa macam tak lengkap.

RESEPI NASI

1.

Nasi kerabu

Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi berwarna biru yang dimakan dengan ikan
kering atau ayam goreng, keropok, serbuk kelapa, budu dan sayur-sayuran yang lain.
Warna biru nasi terhasil daripada kelopak Clitoria ternatea (bunga telang) yang
digunakan dalam masakan. Nasi Kerabu sering dimakan dengan solok lada dan juga
keropok goring. Nasi Kerabu amat popular di negeri-negeri pantai timur Semenanjung
Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu, dan kini boleh didapati di seluruh Malaysia
dan juga di selatan Thailand.

Resepi Nasi Kerabu


Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu Minyak masak - agak banyak

RESEPI NASI

Cara cara:
1. Kisar cili, bawang bawang dan halia.
2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak
berketul.
4. Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum
dimasukkan
garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah
ditutup api.
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
1. Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan
garam dan
gula secukup rasa.
2. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul
rata rata.
3. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Sambal Cili
Bahan-bahan:
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

RESEPI NASI

Cara-cara:
Kisar kesemuanya.

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Cara-cara:
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.

Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan
Cara-cara:
Masak nasi menggunakan periuk nasi seperti biasa.

RESEPI NASI

2.

Nasi Dagang

Nasi Dagang adalah beras yang dikukus di dalam susu kelapa, kari ikan dan
bahan-bahan tambahan seperti kelapa goreng dicukur, telur rebus dan jeruk sayursayuran. Ia adalah makanan sarapan yang terkenal di negeri-negeri di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia, seperti Terengganu dan Kelantan dan Selatan Thailand wilayah
Pattani, Yala dan Narathiwat.
Nasi dagang yang paling terkenal di Terengganu berasal dari Kampung Ladang,
sebuah kawasan di dalam daerah Kuala Terengganu. Nasi Dagang juga boleh dianggap
sebagai hidangan semasa Hari Raya Aidilfitri di Kelantan dan Terengganu untuk dimakan
sebagai sarapan sebelum atau selepas solat Hari Raya di masjid.

Resepi Nasi Dagang


1. Masak Nasi Dagang
Bahan-bahan :
3 cawan beras nasi dagang Kelantan
~ beras di rendam selama 20 minit, kemudian cuci bersih. Toskan
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inc halia ~ di hiris kasar
1 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu teh halba
3 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa atau 1 kotak santan kara campur air jadikan 3

RESEPI NASI

cawan.
1/2 sudu teh garam atau 1 sudu teh maggi cukup rasa.

Cara masak Nasi Dagang :

1. Rendam beras semalaman, bersihkan dan toskan.


2. Kukus sehingga masak. Masukkan bahan yang telah dihiris ke dalam santan.
3. Seterusnya gaulkan pada nasi dengan sedikit garam dan halba dan seterusnya kukus
nasi sekali
lagi sehingga masak.

2. Gulai Ikan Tongkol


2 ekor ikan tongkol sederhana besar ~ siang ikan, potong dan cuci bersih
Air secukupnya untuk merebus
5 keping asam keping
1 sudu teh garam
Bahan Kisar :
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut, cuci bersih dan kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
7 ulas bawang merah ~ kisar
1 inc lengkuas ~ kisar
1 inc kunyit hidup ~ kisar
1 gengam kelapa parut putih ~ di kisar
Bahan Perasa :
3 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1 buku gula melaka
1 kiub ikan bilis ~ jika suka
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa ~ jika suka

RESEPI NASI

Cara-cara masak Gulai Ikan Tongkol :

RESEPI NASI

RESEPI NASI

3.Nasi minyak

Nasi Minyak memang sangat popular dan menjadi hidangan utama bagi majlis
perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia. Rasa janggal jika sesebuah majlis
perkahwinan tidak menyajikan nasi minyak kepada tetamu yang datang.
Hidangan sampingan kegemaran untuk dimakan bersama Nasi Minyak adalah ayam
masak merah, daging lembu, kuah dhall, acar buah dan juga papadom. Kalau ingin
mencuba hidangan ini, kenalah hadir ke mana-mana majlis perkahwinan orang Melayu.
Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi

3 cawan susu cair

3 cawan air

1/2 cawan kismis

4 ulas bawang merah di hiris

2 ulas bawang putih di hiris

2 helai daun pandan siat 2 dan simpul

2 sudu besar minyak sapi

1 sudu besar minyak jagung

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh maggi

1 inci halia di hiris

1 batang serai di titik

Bahan tumis:

2 batang kulit kayu manis

RESEPI NASI

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum cengkit

3 biji pelage

Cara buat nasi minyak:


1. Masukkan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk.
2. Tumis bahan tumis, daun pandan dan serai sehingga harum.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah di hiris. Masak
sehingga bau naik.
4. Masukkan sedikit-sedikit susu cair hingga habis, dan masukkan air secukupnya.
5. Tambahkan garam dan maggi secukup rasa, dan kacau sehingga rata.
6. Masukkan beras basmathi, tutup periuk dan tanak nasinya.
7. Bila sudah setengah masak, ambil chopstick dan buat lubang kecil.
8. Letakkan 1 titik pewarna kuning telur di setiap lubang.
9. Tutup semula periuk dan biarkan nasi di tanak sehingga masak sepenuhnya.
10. Bila sudah masak, gemburkan nasi biar warnanya sekata.

10

RESEPI NASI

4.Nasi lemak

Dikenali

sebagai

hidangan

kebangsaan

Malaysia, Nasi

Lemak sememangnya

merupakan hidangan kegemaran semua orang. Nasi lemak adalah hidangan beras wangi
yang dimasak dalam santan dan daun pandan yang juga popular di negara jiran seperti
Brunei, Singapura, Kepulauan Riau dan selatan Thailand. Ia sangat sesuai disajikan pada
bila-bila masa tidak kira untuk hidangan sarapan pagi, makan tengahari ataupun makan
malam.
Bahan-bahan :
12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan-bahan (Nasi)
3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam

11

RESEPI NASI

Cara-cara
1. Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar
dan
bawang putih sehingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Tumis selama 5-10 minit.
3. Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat
(30-60
minit).
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia dan daun
pandan
yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak.
Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
6. Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.

12

RESEPI NASI

5. Nasi kukus

Nasi kukus telah menjadi popular sebagai salah satu hidangan untuk makan tengahari
dan turut dijual di pelbagai restoran di serata Malaysia. Nasi Kukus biasanya terdiri
daripada nasi putih yang dikukus, ayam goreng, kuah kari, sambal dan sedikit sayursayuran.
Bahan-bahan :
4 cawan beras -rendam selama 1 jam
3 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)
Cara Memasak:
1. Cuci bersih beras dan rendam sekejap. Kemudian toskan beras.
2. Didihkan air dalam pengukus. Masukkan daun pandan simpul dalam air. Masukkan
beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.
3. Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit
kering)
4. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu
sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk).
5. Beras akan mengembang dan memanjang. lebih kurang satu kali ganda. Kukus
semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit.
6. Keluarkan beras tadi dan gaul dengan air (3 cawan air). Biar seketika (dalam 10 min)
supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras.
7. Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (lebih kurang kukus 15
min).

13

RESEPI NASI

8. Enak dihidang bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan hirisan timun
serta kuah
kari daging.

14

Anda mungkin juga menyukai