Anda di halaman 1dari 1

.

.
. .
. .

.
.
.
.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam iaitu puji-pujian yang
melengkapi segala nikmat dan rahmatNya, serta menarik akan kelebihanNya. Wahai
Tuhan Kami ! bagiMu segala puji itu sebagaimana sepatutnya kerana kebesaran
wajahMu. Maha Suci Engkau, tiada dapat kami menghinggakan puji-pujian itu
kepadaMu sebagaimana Engkau sendiri telah memuji akan diriMu.
Sesungguhnya kami menadah tangan pada hari ini, di majlis persaraan Yang
Berbahagia cikgu Abg Ismail bin Abg Abdul Latif dan majlis Selamat datang kepada
Yang Berbahagia cikgu Mohd Ali bin Amit. Kami merafa`kan kesyukuran dan pujian
terhadap Mu yang tidak ternilai. Dan memohon keampunanMu jua, terhadap dosa-dosa
yang telah kami lakukan.
Justeru kami berhimpun disini pada hari ini, bagi menyatakan penghargaan dan
pengiktirafan kami, permata budi buat azimat dan kenangan sebagai mengenang jasa
dan bakti yang telah dicurah dan disumbangkan oleh cikgu Abg Ismail B Abg AbdLatif
kepada Sekolah Kebangsaan Nangar.
Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan, kau
jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan sepanjang tempoh
perkhidmatan beliau sebagai ibadah yang engkau redhai. Terimalah segala usaha dan
pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang engkau berkati..limpahkanlah apakiranya
segala keberkatan dan ganjaran rahmatMu, dalam kehidupan beliau yang berjasa, jua
dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini.
Iringilah bersama detik-detik persaraan beliau dengan keazaman dan komitmen
untuk terus menabur budi dan bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Ya Allah Ya Tuhan kami, dalam majlis ini juga kami meraikan kehadiran guru
besar baru iaitu cikgu Mohd Ali B. Amit. Semoga dengan kehadiran beliau ke SK Nangar
ini akan memberi sinaran baru kepada kami. Dan engkau permudahkanlah segala
urusan yang akan beliau hadapi dengan jayanya.
Ya Allah Ya Tuhan Kami ! Engkau jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai
perhimpunan yang dirahmati olehMu, Dan Engkau jadikanlah perpisahan kami ini
sebagai perpisahan yang dipelihara oleh Mu.

.
.
.
.
. .
. .

Anda mungkin juga menyukai