Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN

Pertandingan dam haji


Anjuran :
PISMP SEMESTER 1 AMBILAN JUN 2014
8 9 oktober 2014
Blok harmoni, ipg kampus ilmu khas

Pengenalan
Pertandingan Dam Haji ini merupakan salah satu daripada keperluan kerja kursus bagi
kursus Pengurusan Kokurikulum (WAJ3081). Melalui tugasan kerja kursus ini, kami
dikehendaki untuk menganjurkan Pertandingan Dam Haji yang akan diadakan di Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Pendedahan awal kepada pengurusan Pertandingan
Dam Haji ini dapat membantu guru pelatih merancang sesebuah Pertandingan Dam Haji
dengan lebih baik dan bersistematik sekaligus mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Diharapkan Pertandingan Dam Haji ini dapat memberikan pengetahuan
serta kesedaran terhadap generasi muda khususnya guru pelatih mengenai kewujudan
permainan Dam Haji.

Maklumat Umum
Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut butiran berikut :
Tarikh : 8 9 Oktober 2014
Peserta : 52 Orang
Jantina : L (27) P (25)
Tempat : Blok Harmoni, IPG Kampus Ilmu Khas.
Penyelaras : Encik Mokhtar Bin Ishak
(Pensyarah pembimbing subjek WAJ 3081 Unit Kokurikulum)

Untuk makluman, peserta yang terlibat dalam Pertandingan Dam Haji peringkat IPG
Kampus Ilmu Khas ini kesemuanya merupakan pelajar PISMP Ambilan Jun 2014.

Pengisian Pertandingan
Pertandingan Dam Haji peringkat IPG Kampus Ilmu Khas ini diadakan bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada para guru pelatih untuk mengelola dan mengurus
sesuatu pertandingan dengan lebih baik dan sistematik sekaligus dapat mencergaskan
fizikal serta emosi para peserta selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengelolaan pertandingan ini dikendalikan oleh para pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Jun
2014 yang mempunyai empat kelas iaitu G1.1, G1.2, G1.3 dan G1.4 serta dibimbing oleh
pensyarah subjek WAJ 3081 masing-masing.

Pengendalian pertandingan ini dimulakan dengan mengadakan perjumpaan dengan


semua pelajar PISMP Semester 1 untuk pembahagian tugas dan pembentukan ahli
jawatankuasa (AJK). Pertama sekali, kami menyenaraikan semua AJK yang diperlukan bagi
menjayakan program ini dan seterusnya kami membuka cadangan serta mengundi untuk
menetapkan para AJK. Dengan kaedah demokrasi, kami telah menetapkan semua AJK
yang diperlukan dari kalangan kami. Seterusnya, setiap AJK diberi pendedahan tentang
skop kerja mereka oleh Aliff Faiz Bin Dahlan selaku pengerusi pertandingan. Setelah
mencapai kata sepakat, pengurusan pertandingan ini diteruskan dengan setiap AJK perlu
melaksanakan tugas mereka masing-masing. Contohnya, AJK Peralatan menyediakan
lapan papan bagi permainan ini, AJK Tempat perlu memastikan susun atur meja dan kerusi
seperti yang dibincangkan, AJK Publisiti perlu membuat poster bagi hebahan tentang
pertandingan ini dan sebagainya. Pada perjumpaan kali kedua iaitu sehari sebelum
pertandingan, setiap AJK melaporkan bahawa mereka telah menyiapkan tugas masing.
Sebagai contoh, AJK Pertandingan telah menjemput para pengadil serta menyediakan
syarat-syarat permainan, jadual pertandingan, dan borang pengadilan permainan. Semua
AJK berpuas hati dan pengerusi memberi taklimat ringkas tentang pertandingan yang akan
dijalankan pada hari seterusnya.

Pertandingan Dam Haji berlangsung pada 8 dan 9 Oktober 2014 bertempat di Blok
Harmoni, IPG Kampus Ilmu Khas. Seramai empat orang pengadil telah dijemput untuk
mengadili pertandingan yang berlangsung. Pada 8 Oktober 2014, semua peserta telah hadir
dan mendaftarkan diri. Wakil AJK Pertandingan memberikan taklimat ringkas kepada para
peserta tentang syarat-syarat pertandingan di bilik menunggu. Kesemua perlawanan bagi
pusingan pertama telah berlangsung pada malam pertama dan pemenang-pemenang akan
bertarung dengan pemain bye pada keesokan harinya. Semasa perlawanan berlangsung,

kesemua pemain dipanggil mengikut pusingan dan masuk bilik perlawanan serta duduk
pada meja perlawanan yang telah ditetapkan. Masa yang diperuntukkan bagi setiap
perlawanan adalah selama 15 minit dan perlawanan dijalankan secara serentak. Pada hari
pertama pertandingan, pusingan pertama sebanyak 20 perlawanan telah berlangsung
dengan jayanya. Usai pertandingan, kesemua AJK mengadakan perjumpaan ringkas bagi
menambahbaik pengurusan pertandingan yang telah dilaksanakan.

Pada hari kedua pertandingan iaitu 9 Oktober 2014, kesemua peserta hadir bagi
memberi sokongan kepada peserta yang terlibat. Kehadiran peserta telah diambil oleh AJK
Pendaftaran. Pertandingan dimulakan dengan taklimat perlawanan yang disampaikan oleh
wakil AJK Pertandingan. Usai taklimat, kesemua peserta dipanggil mengikut giliran
pusingan. Selesai pertandingan pusingan kedua yang berlangsung sebanyak 12
perlawanan, pertandingan diteruskan pada peringkat suku akhir. Empat perlawanan telah
berlangsung pada peringkat suku akhir dan pemenang-pemenang pada peringkat suku akhir
diteruskan pada peringkat separuh akhir dan akhir. Pada hari terakhir pertandingan, kami
telah mengenalpasti para pemenang bagi Pertandingan Dam Haji. Bagi hari terakhir
pertandingan ini, perlawanan dijalankan adalah dengan menggunakan aplikasi Chess
Clock pada setiap telefon pintar para AJK untuk tempoh perlawanan tersebut. Ini kerana
penambahbaikan daripada hari sebelum pertandingan kerana dengan menggunakan
aplikasi ini pertandingan lebih adil dan telus bagi mengira tempoh perlawanan setiap
peserta. Pertandingan bermula jam 8.30 malam dan bersurai pada 10.00 malam.

Setelah selesai kesemua perlawanan, wakil AJK Pertandingan telah mengumumkan


pemenang-pemenang iaitu johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat. Pemenang bagi
johan ialah Jamineh Bt Bawaron, naib johan pula Yusri B. Noh, tempat ketiga disandang
oleh Ericson B. Ginsos manakala tempat keempat pula Muhammad Zulhaziq B. Husin.
Selepas itu, pengerusi memberikan ucapan pengahargaan kepada pemenang-pemenang
serta kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Para peserta
kesemuanya membantu para AJK untuk mengemas tempat dan peralatan yang telah
digunakan dengan teratur. Peralatan permainan disimpan semula untuk kegunaan masa
hadapan dan tempat yang digunakan telah dibersih serta disusun seperti sedia ada.
Pertandingan bermula pada jam 8.30 malam dan bersurai pada 10.30 malam.

Kesimpulannya, kesemua pertandingan berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala


kekangan dapat kami atasi sepanjang mengelola dan mengurus Pertandingan Dam Haji ini.
Penyertaan serta penglibatan para peserta dalam pertandingan ini amat positif di mana
setiap orang memberi komitmen yang sangat bagus. Kami berharap agar aktiviti seperti ini
dapat dijalankan lagi supaya dapat menimba pengalaman yang baru sepanjang pengelolaan
aktiviti tersebut.

Bahan Lampiran
1. Gambar aktiviti : Dalam laporan
2. Poster pertandingan

Disediakan oleh,

___________________________________
(AMEERA HUDA BINTI MOHAMED AMIR)

Lampiran Aktiviti Sepanjang Pertandingan Dam Haji


PISMP Semester 1 Ambilan Jun 2014

Suasana semasa pertandingan sedang berlangsung.

Barisan peserta menunggu giliran untuk bermain.


digunakan.

Set dam haji yang

sd

Para peserta sebelum perlawanan bermula.

Bilik pertandingan dam haji.

Peserta khusyuk bermain dam haji.

Aplikasi yang digunakan untuk menjaga


masa permainan.

Anda mungkin juga menyukai