Anda di halaman 1dari 11

1

Sistem kardiovaskular terdiri daripada ________

A.jantung dan bekalan oksigen


B. pengaliran darah dalam badan
C. jantung, salur darah dan darah
D. keupayaan jantung mengepam oksigen
2 Berikut adalah jenis latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular
kecuali
A. LSD
B. Fartlek
C. Half Squat
D.Senamrobik
3 Keupayaan otot melakukan kerja secara berterusan dalam jangka masa yang
panjang dikenali sebagai ________
A. kekuatan
B. koordinasi
C. daya tahan otot
D.daya tahan kardiovaskular
4 Latihan di bawah boleh meningkatkan daya tahan otot kecuali ________
A. tekan tubi
B. senamrobik
C. duduk jangkau
D. berjalan pantas 2 km hingga 3 km
5 Isometrik didefinisikan sebagai ________
A. regangan otot semasa menurunkan beban
B. bergerak dan mengatasi sesuatu rintangan
C. regangan otot semasa menaikkan beban
D. kedudukan otot tidak berubah atau sama panjang
6 _________ ialah kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi
rintangan atau mengangkat beban pada suatu masa tertentu.
A. Kuasa
B. Kelenturan
C. Kekuatan otot

D. Daya tahan otot


7 Latihan yang manakah paling sesuai untuk membentuk kekuatan otot bahagian
bawah badan?
A. Half Squat
B. Bench Press
C. Overhead Press
D. Lateral Pull Down
8 Aktiviti bench press dan half squat adalah untuk membina komponen kecergasan
berikut kecuali
A. kelenturan
B. kekuatan otot
C. daya tahan otot
D. daya tahan kardiovaskular
9 Dalam perlawanan tenis pihak lawan akan memperoleh mata apabila
I.

bola terkena badan atau pakaian pemain

II.

bola terkena bahagian leher raket pemain

III.

membuat voli sebelum bola melantun dalam kawasan permainan sendiri

IV.

memukul bola yang sudah melantun dua kali dalam kawasan permainan
sendiri

A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
10 Dalam permainan tenis cekak (berjabat tangan) merujuk kepada jenis
A cekak kilas
B cekak barat
C cekak timuran
D cekak kontinental
11 Memukul bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi mematikan
bola tanpa fasa ayunan belakang. Penerangan ini merujuk kepada kemahiran
A pukulan lob
B pukulan voli
C pukulan kilas
D pukulan pepat

12 Dalam acara lompat jauh, lompatan seseorang atlet itu batal jika ________
A atlet melonjak sebelum papan lonjak
B atlet terduduk di atas pasir dalam kawasan pendaratan
C semasa mendarat tangannya tersentuh pasir dalam kawasan pendaratan
D tapak kakinya terlajak ke depan dari papan lonjakan semasa membuat lonjakan
13 Berikut adalah acara-acara padang dalam olahraga kecuali
A lompat jauh
B lompat tinggi
C lompat pagar
D lompat kijang
14 Fasa ketiga dalam acara lompat jauh dan lompat kijang ialah ________
A fasa lonjakan
B fasa layangan
C fasa lari landas
D fasa pendaratan

15 Berapakah bilangan pagar untuk acara lari berpagar 110 meter bagi lelaki
bawah umur 15 tahun ?
A8
B9
C 10
D 11
16 Fasa kedua acara lari berpagar ialah ________ .
A fasa layangan
B fasa lonjakan
C fasa mendarat

D fasa penamat
17 Tempat yang sesuai untuk latihan gimrama mempunyai ciri-ciri berikut kecuali
A di dalam dewan yang terbuka
B permukaan lantai mestilah bersih
C permukaan lantai tidak terlalu licin
D tempat yang tiada pencemaran bunyi

18 Pendidikan pergerakan merupakan aktiviti yang menggunakan pelbagai


gabungan pergerakan. Pendidikan pergerakan terbahagi kepada beberapa
bahagian
I gimnastik irama
II gimnastik artistik
III pergerakan kreatif
IV gimnastik pendidikan
A I dan II sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV sahaja
19 Apakah tujuan menaburkan belerang di sekeliling khemah semasa perkhemahan?
A Menghalau nyamuk daripada menghampiri khemah tersebut.
B Menghalang makhluk-makhluk halus daripada mengganggu.
C Menghalang ular dan binatang berbisa menghampiri khemah.
D Memberi haba yang diperlukan kepada penghuni khemah tersebut.

20 Perkhemahan adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan
merehatkan fikiran. Susun lima peringkat persediaan mengikut urutan yang betul.
I Belanjawan
II Surat kebenaran
III Kenal pasti kawasan

IV Alatan perkhemahan
V Pembentukan jawatankuasa
A I, II, III, IV, V
B III, IV, II, V, I
C V, IV. III, II, I
D V, III, II, I , IV
21 Dasar Sukan Negara diwujudkan untuk membudayakan sukan dan
membangunkan sukan di kalangan rakyat Malaysia. Dasar ini menggariskan tiga
konsep berikut kecuali
A Sukan Massa
B Sukan untuk semua
C Sukan untuk kesihatan
D Sukan untuk kecemerlangan

2 2 Malaysia Cergas merupakan salah satu program dalam Dasar Sukan Negara.
Berikut adalah konsep Malaysia Cergas kecuali
A satu proses pendidikan seumur hidup
B satu alternatif penyelesaian masalah sosial
C satu pendekatan melahirkan atlet taraf dunia
D satu seruan ke arah hidup yang lebih tinggi mutunya
23 Sukan SEAP ditukar kepada Sukan SEA setelah penyertaan negara Filipina dan
__________
A Indonesia
B Malaysia
C Singapura
D Thailand
24 Berikut adalah contoh kerjaya dalam sukan kecuali
A pemain amatur
B pemain profesional
C eksekutif kelab golf

D jurulatih kecergasan
25 Apakah kriteria yang membezakan pemain badminton profesional dengan pemain
badminton amatur?
A Berpengalaman dalam badminton
B Terima gaji daripada permainan badminton
C Berbakat dan berkemahiran dalam badminton
D Terima wang bonus bukan gaji daripada kerajaan negeri
Soalan 26 berdasarkan Rajah 3
Carta Organisasi Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSSM)

Pengerusi Bersama
(Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran
Setiausaha
Agong Bendahari
Malaysia)
(Pengarah Bahagian Sukan KPM) (Setiausaha Bahagian

Ahli Jawatankuasa
(Dua orang Ketua Jabatan dari KPM,
Tiga orang wakil MSSM Negeri,
Seorang ahli dari Kementerian Belia dan Sukan,
Seorang ahli dari MSN dan
Seorang ahli dari Majlis Olimpik Malaysia)

Rajah 3

26 Berdasarkan carta organisasi di atas, apakah nama penuh bagi KPM dan MSN?
A Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Sukan Negeri
B Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Negeri
C Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Sukan Negara
D Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negara
27 Amalan ini adalah dilarang dalam bidang kesukanan. Ia berpunca daripada sikap
yang tidak setia, tidak jujur dan tidak amanah kepada pasukan. Amalan yang
dimaksudkan adalah ________
A malas
B rasuah
C kaki bangku

D menyebar fitnah
28 Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik dan
kerajaan dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan. Isu-isu politik
dalam sukan sering terjadi kerana ________ .
I perebutan kuasa dalam badan sukan.
II perbezaan pendapat berkaitan pembayaran gaji dan elaun
III perbezaan ideologi tentang sistem pembangunan dan perkembangan sukan
IV perbezaan pendapat tentang pemilihan penyertaan atlet dalam pertandingan
A I dan IV sahaja.

C. II, III DAN IV sahaja.

B I, II dan III sahaja.

D. I, II dan III sahaja.

29 Berikut adalah perubahan fisiologi seseorang semasa tidur kecuali


A otot kurang tegang
B tekanan darah menurun
C kadar metabolisma menurun
D kadar denyutan nadi bertambah
30 Insomnia ialah masalah kesihatan yang menyebabkan seseorang ________
A kesukaran untuk tidur
B kehilangan selera makan
C mudah dijangkiti penyakit
D bengkak-bengkak pada badan
31 Emosi adalah perasaan yang terbit daripada jiwa dalaman seseorang. Emosi dapat
dilihat daripada
I nada suara
II ekspresi wajah
III tahap kesihatan
IV posisi dan gerak badan
A II dan IV sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, III dan IV sahaja
32 Dengan memiliki emosi yang baik, seseorang remaja akan ________ .
I mempunyai kesedaran diri

II berfikiran positif terhadap diri sendiri


III mempunyai hubungan baik dengan orang lain
IV berupaya mengawal dan menguasai tingkah laku sendiri
A II dan IV sahaja
B I, II dan III sahaja
C I, II dan IV sahaja
D I, II, III dan IV
33 Remaja ialah golongan yang berumur ________
A 11 tahun hingga 17 tahun
B 12 tahun hingga 21 tahun
C 13 tahun hingga 19 tahun
D 14 tahun hingga 20 tahun
34 Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan ________
A tiroid
B anemia
C sakit jantung
D rabun malam
35 Kekurangan ___________ telah dikaitkan dengan penyakit tiroid / beguk.
A iodin
B kalsium
C vitamin A
D vitamin D
36 Apakah penyakit yang disebabkan oleh kandungan glukosa yang berlebihan
dalam darah?
A. Hepatitis A
B. Osteoporosis
C. Diabetes Melitus
D. Penyakit jantung
37 Kekurangan iodin boleh menyebabkan penyakit ________
A Obesiti
B Diabetes
C Osteoporosis
D Goiter (kelenjar)

38 Pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol berlebihan mungkin


menyebabkan ________
I osteoporosis
II kencing manis
III penyakit jantung koronari
IV tekanan darah tinggi
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I dan IV sahaja
39 Manakah yang tidak benar tentang tanda-tanda stres?
A. Reaksi pernafasan
B. Perubahan kelakuan
C. Sukar membuat keputusan
D. Mengharungi kehidupan normal
40 Tiga agensi yang terbabit secara langsung membanteras dadah telah ditubuhkan
kecuali
A. AADK
B. PEKERTI
C. PEMADAM
D. pusat serenti
41 Berikut adalah aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang mengganggu keselamatan
orang ramai kecuali
A. penderaan
B. pergaduhan
C. perkahwinan
D. pembuangan anak
42 Agensi yang terlibat dalam Akta Perlindungan Wanita dan Gadis ialah
________
A. Jabatan Pelajaran Negeri
B. Jabatan Pendaftaran Negara
C. Jabatan Kebajikan Masyarakat
D. Jabatan Kemajuan Masyarakat

43 Berikut adalah cara-cara untuk mengelakkan diri kita dan rakan-rakan


daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral kecuali
A. beriadah dan bersukan bersama kawan-kawan
B. berbincang dengan kaunselor apabila ada masalah dan kemusykilan
C. memberitahu ibu bapa atau ahli keluarga terdekat tentang aktiviti harian
D. menjinakkan diri dengan disko dan minuman keras apabila ditimpa masalah
44 Seorang lelaki didapati menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran dan
memperdayakan beberapa orang gadis di bawah umur untuk dilacurkan.
Mengikut Akta Perlindungan Wanita dan Gadis, lelaki berkenaan boleh dijatuhi
A. hukuman mati
B. hukuman penjara seumur hidup
C. hukuman denda RM20,000 tanpa hukuman penjara
D. hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih
RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali
45 Mangsa kecederaan yang mengalami sesak nafas boleh dibantu dengan
prosedur ________
A. E.A.R.
B. R.I.C.E.
C. N.O.S.E.
D. M.O.U.T.H
46 Semasa memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR), penggunaan
pelapik di antara mulut penyelamat dengan mulut mangsa adalah digalakkan untuk
A. elakkan mulut berbau
B. elakkan si penyelamat tergigit mulut mangsa
C. elakkan mangsa daripada tergigit lidahnya sendiri
D. elakkan sentuhan terus yang boleh mengakibatkan jangkitan penyakit
47 Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal.
Semasa melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada
A kekuatan otot, daya tahan otot dan konsentrasi
B daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular
C kepantasan, ketangkasan dan daya tahan kardiovaskular
D kekuatan otot, daya tahan otot, fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan
48 Gimnastik irama atau gimrama adalah sukan yang istimewa dan menarik.
Gimnastik irama terdiri daripada kombinasi

A tarian dan pergerakan gimnastik


B tarian dan penggunaan peralatan
C penggunaan peralatan dan pergerakan gimnastik
D tarian, pergerakan gimnastik dan penggunaan peralatan
49 Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian kecuali
A keyakinan diri
B tolong-menolong
C keseronokan dan kepuasan
D kebebasan luahkan perasaan, idea dan emosi
50 _________ amat sesuai untuk meningkatkan kuasa eksplosif dalam acara lompat
kijang.
A Latihan jeda B. Latihan fartlek C.Latihan rintangan D.Latihan Plyometric

Anda mungkin juga menyukai