Anda di halaman 1dari 5

TEORI KOGNITIF

PELOPOR : JEAN PIAGET


KONSEP PENTING YANG DIUTARAKAN OLEH JEAN PIAGET
*
Skema
*
Asimilasi
*
Akomodasi
*
Adaptasi
SKEMA
*
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
o Contohnya:
o Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema
seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
*
Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan
persekitarannya.
ASIMILASI
*
Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
*
Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
o Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
*
Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.
AKOMODASI
*
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
*
Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran
baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
o Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru
ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
ADAPTASI
*
Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
*
Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.
*
Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan
kognitif yang tinggi.
*
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut
turutan umur.
TAHAP TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF
*
Tahap Sensorimotor atau deria motor
(dari lahir hingga 2 tahun)
*
Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
*
Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun)
*
Tahap Operasi Formal
(12 tahun hingga dewasa)
1. TAHAP SENSORIMOTOR
*
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran.
*
Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.
*
Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya
kemudian menirunya.
*
Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational

learning) (Mussen dan Kagan, 1974).


2. TAHAP PRAOPERASI
*
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.
*
Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan.
o Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
*
Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan
orang dewasa.
o Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari
perspektif mereka sahaja.
3. TAHAP OPERASI KONKRIT
*
Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik.
*
Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka
kepada orang yang lebih dewasa.
*
Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.
*
Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka akan
mula memasuki zaman persekolahan.
*
Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik.
*
Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalan sesuatu benda
atau objek.
*
Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang
perkara-perkara yang abstrak.
4. TAHAP OPERASI FORMAL
*
Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap
maksima.
*
Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. Mereka dikatakan
mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian.
*
Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat
sistematik.
KELEMAHAN TEORI PIAGET
*
Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses dan fungsi kognitif
dengan jelas.
*
Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set
operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka
sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.
KEKUATAN TEORI KOGNITIF
*
Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar
secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku
secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
*
Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu
pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
*
Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia
amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

TEORI INTERAKSIONALIS

PELOPOR : HALLIDAY

*
Berkembang dalan Tahun 60an
*
Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973),Gromer (1976) dll
*
Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa hanya boleh manfsirkan makna
yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa.
*
Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi lingguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas
dan tepat
*
Mementingkan aktiviti komunikasi.
*
Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
*
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa.
*
Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.
*
Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain
*
Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat.
*
Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat
memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka.
*
Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus
mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin.
*
Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang
memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh
keyakinan diri.
*
Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh
persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.
PANDANGAN DALAM P&P
*
Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik
*
Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p
*
Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna
*
Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
*
Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak
*
Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betul
PRINSIP P&P INTERAKSIONALIS
*
Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi
*
Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
*
P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna
KELEBIHAN TEORI INTERAKSIONALIS
*
Merupakan interaksi sosial harian.
*
Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.
*
Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses
mencipta hubungan sosial.
*
Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling
difahami oleh setiap individu sosial.
KELEMAHAN TEORI INTERAKSIONALIS
*
Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.
*
Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman
dan pemikiran tentang dunia sosial.
*
Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat
adalah tidak terbatas.
*
Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan
masyarakat.

TEORI BEHAVIOURISME

PELOPOR : B.F. SKINNER


*
Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripada rangsangan
dalaman atau luaran.
*
Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P.
*
Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
*
Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman dan ganjaran.
*
Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi.
*
Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan.
*
Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan
sentiasa mengalami perubahan.
*
Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak
bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut
perkataan yang diajar.
*
Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan
oleh kanak-kanak.
*
Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan,
dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
*
B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari
bahasa.
*
Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang
terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.
PRINSIP TEORI BEHAVIORISME
*
Bahasa yang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting
*
Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan
*
Pengukuhan penting dalam P&P
*
Latihan bahasa perlu diperkukuhkan
*
Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan
*
Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&P
HUBUNGAN TEORI BEHAVIORISME DALAM P&P
*
Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis.
*
Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji.
*
Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
*
Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa
KEKUATAN TEORI BEHAVIORISME
*
Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada
orang dewasa di sekeliling mereka.
*
Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di
persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain
suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya.
*
Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan
melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.
*
Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada
murid-murid.
*
Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.
*
Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu
mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.
KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME
*
Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala
di mana ianya berpusat pada guru sahaja.
*
Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi
sebarang maklum balas.
*
Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar

yang efektif.
*
Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat
buruk kepada murid.
*
Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang
ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku.
*
Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yang dikehendaki
guru.
*
Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
*
Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan
buku wajib dalam pembelajaran mereka.
*
Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku
teks tersebut dengan baik.

TEORI MENTALIS

PELOPOR : CHOMSKY
*
Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky)
*
Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi
*
Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif
*
Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti
mental.
*
Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
*
N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti
Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD.
*
Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
*
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
*
proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
*
proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga
memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ).
*
proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.
*
tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
*
Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada
mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh.
*
Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia.
*
Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.
CIRI TATABAHASA
*
Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur
*
Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami
*
Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis
HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P
*
Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi
*
Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan
*
Tulisan dan bacaan diutamakan
*
Pendekatan Analisis
*
Kaedah: kod-kognitif
*
Teknik: hafalan

Anda mungkin juga menyukai