PERCUMA!
Sekiranya anda mendapat ebook ini secara berbayar melalui pihak lain, sila emailkan
laporan anda di
Byond Success melalui email di bawah.
customer.byondsuccess@gmail.com
Ebook ini diberikan secara PERCUMA kepada seramai mungkin yang memerlukan
manfaat dalam
empayer bisnes anda.
Anda boleh kongsikan ebook ini kepada seramai mungkin kenalan anda.
....
Penulisan ebook ini adalah produk di bawah jenama
Segala urus niaga melalui jenama Byond Success adalah melalui syarikat:
PENGHARGAAN
Pertama sekali, syukur saya ucapkan kerana ebook 7 Jalan Keluar Perangkap Bisnes
Sendiri ini telah berjaya disiapkan dengan tempoh masa yang sangat terhad. Ribuan
terima kasih saya hadiahkan kepada Team Byond Success Sdn Bhd kerana telah
bersama-sama dalam menjayakan ebook ini. Tak lupa juga pada para guru-guru yang
banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama menceburi bidang
perniagaan.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada para pembaca kerana telah memuat turun
edisi ebook untuk edisi kali ini. Sememangnya ebook kali ini sesuai bagi para membaca
untuk mengenalpasti masalah dalam syarikat yang berkemungkinan bakal menjerut
potensi bisnes yang kita usahakan.
Ebook 7 Jalan Keluar Perangkap Bisnes Sendiri ini adalah satu medium perkongsian
bagaimana kita sebagai pemilik syarikat untuk mencari jalan keluar daripada perangkap
bisnes yang mungkin menggugat prestasi perniagaan kita. Saya berharap semoga
para pembaca dapat memahami segala isi yang telah dimuatkan untuk anda semua.
ISI KANDUNGAN
BIL
TOPIK
MUKA SURAT
Pendahuluan
Jalan 1
LEVERAGE
Jalan 2
URUS DUIT
11
Jalan 3
SISTEM REKOD
13
Jalan 4
VMO
15
Jalan 5
ILMU HUMAN RESOURCE
21
Jalan 6
URUS HUTANG
24
Jalan 7
TINGKATKAN ILMU
26
PENDAHULUAN
Berbisnes itu mudah sebenarnya, namun yang susah adalah cara kita memahami gerak
kerja dalam perniagaan itu sendiri. Contoh mengambil pekerja yang betul dan
meletakkan mereka di tempat yang betul dengan kemahiran dan kelebihan yang
mereka ada. Sebelum kita meneruskan pembacaan, ada beberapa nilai dan perkara
yang mungkin bertentangan dengan konsep anda dalam mengenai bisnes yang kami
bawa.
Namun, ianya adalah apa yang berada dalam dunia realiti dunia bisnes. Zaman
sekarang, keperluan untuk menjana pendapatan bisnes semakin tinggi. Ianya skop
yang berbeza dengan dulu. Dengan drastiknya perubahan teknologi dan desakan
ekonomi, menyebabkan ramai orang mencuba-cuba dalam bisnes sehingga terlupa
tanggungjawab yang akan dipikul serta perangkap yang ada dalam sisi gelap dunia
bisnes.
Antara contoh mudah adalah, bagaimana nak agihkan tugas supaya bisnes tidak
serabut. Bagaimana mahu urus bila pekerja lari, perangkap hutang dan seumpamanya.
Semua ini perlukan ilmu untuk kita dihadapi.
Jadi tuntutan tanggungjawab, skop mindset bisnes dan tindakan mungkin sedikit
berbeza yang sedia ada sebelum ini dilihat perlukan sentuhan cara baru yang lebih
berkesan.
Oleh itu, ebook ini akan berkongsi beberapa jalan untuk membantu anda meneruskan
perniagaan dan bersiap sedia untuk kemungkinan pada masa hadapan. Terima kasih
kerana sudi download ebook ini, dan selamat praktik!
LEVERAGE
Kuasa leverage itu mampu membuatkan kita betapa pentingnya ambil
pekerja dan agihkan tugas!
Masalah sekarang, ramai pemilik bisnes buat semua kerja seorang-seorang. Buat kerja
sampai tak cukup tangan. Buat kerja sampai tak sempat pergi hospital ketika sakit. Tak
sempat rehat. Tak sempat bercuti, melancong, melepak bersama keluarga. Mengapa?
Sebab tidak ada kuasa leverage. Pembahagian tugas diabaikan, dan akhirnya kita
sebagai pemilik bisnes kepenatan.
Kejayaan bisnes kita bukan sebab kita yang mulakan, tapi siapa yang bekerja
bersama dengan kita"
8
Justeru itu bina pasukan segera , baru kejayaan akan kejar kita. Ilmu bersyarikat tidak
mengajar kita bekerja seorang diri, ianya adalah kerja berpasukan.
Arghh! Mengapa orang lain buat menjadi, mengapa aku tidak?
Jika dialog sebegini bermain-main dalam kepala kita. Sudah masanya untuk kita
perbaiki cara berbisnes kita. Ramai yang tertanya-tanya kenapa orang lain buat bisnes
jadi, mengapa sampai kita tidak menjadi?
Namun ramai yang tidak sedar, bahawa sebenarnya cara mereka berbisnes yang perlu
diperbaiki. Ramai di luar sana yang susah dengan cara kerja bekerja sendiri.
Tidak salah bekerja sendiri di peringkat awal, namun adalah kesilapan besar jika kita
selesa dengan bekerja sendiri. Jika kita tidak mahu berubah, jangan bertanya-tanya
mengapa kehidupan kita ditentukan oleh orang lain. Diantara kesilapan kita,
SUKA HATI
Bisnes ini aku punya, suka hati nak buat apa sahaja. Paling ketara sekali nak bisnes
ikut emosi.
Waktu duit masuk, bermalasan. Waktu tidak ada duit, baru sibuk mahu cari duit. Oh
manusia! Suka hati nak keluarkan duit dalam akaun kerana bisnes ini kita punya. Duit
bisnes duit kita. Justeru sebab itu duit selalu tidak ada.
Suka hati nak tukar-tukar bisnes, rasa macam tak best sikit terus tukar bisnes.
Mengapa perkara sedemikian berlaku?
Suka hatilah dah bisnes itu kita punya. Itulah jawapan orang yang terperangkap.
Beranikan diri untuk ambil dulu seorang untuk membantu kita. Belajar berkongsi rezeki
dengan team kita. Selagi anda tidak rasa dan lalui proses mahu leverage ini, selagi itu
bisnes kita tidak boleh berkembang.
10
JALAN KEDUA
URUS DUIT
Duit tak ada, sales macam banyak tapi hakikatnya tak ada duit.
Pasti ramai yang melalui situasi sedemikian bukan?
Antara perkara yang memeningkan kepala ramai pemilik bisnes ialah cara
menguruskan duit jualan. Baru kita sedar pentingnya belajar urus duit, berbanding
sekadar buat duit. Pegang peraturan bisnes ini,
Buat sejuta mudah, nak mengekalkan sejuta dalam sejuta itu jauh lebih sukar.
Antara perkara yang memeningkan kepala ramai pemilik bisnes ialah cara
menguruskan duit jualan.
11
Saya sudah mula diajar menyimpan duit ketika masih berusia 4 tahun, paling ketara
adalah masa menyimpan waktu sekolah menengah. Waktu itu saya menyimpan kerana
saya suka tengok jumlah duit di dalam bank.
Seusia 17 tahun, wang simpanan sudah mencecah RM10, 000 hasil keuntungan
menjual sosej rebus disekolah. Perkara yang diajarkan kepada saya ketika itu,
SIMPANAN. Saya konsisten simpan duit di dalam bank.
Setelah berguru dengan beberapa Multi-jutawan, saya telah belajar ilmu simpanan yang
sebenar. Rupa-rupanya, selama ini saya telah menyimpan dengan cara yang salah.
Patutlah tak kaya kaya. Tunduk kepala malu.
Orang biasa menyimpan wang, orang berjaya melabur wang.
Baru saya menyedari ilmu cari duit tidak sama dengan ilmu urus duit. Jauh beza.
Ramai yang tahu cari duit, tapi segelintir saja yang tahu urus duit.
Kuncinya simpan duit dan laburkan semula untuk dapatkan ilmu kembangkan bisnes
sedia ada. Anda yang sedang baca ini, tanya diri anda semula.
Berapa simpanan aku dah ada?
Berapa sanggup aku laburkan untuk kembangkan bisnes?
12
JALAN KETIGA
SISTEM REKOD
Belajar bagaimana urus rekod perniagaan. Ada sistem yang boleh bantu rekod
perniagaan kita berkembang menjadi empayer.
Rekod hilang. Tak jumpa bil-bil, tak tahu berapa jualan. Ini juga diantara perangkap
pemilik bisnes dalam bisnes mereka sendiri. Seorang pemilik bisnes selain pandai buat
jualan seharusnya juga perlu pandai memastikan semua rekod-rekod dan SOP di
catatkan.
Semua langkah dan tindakan wajib direkodkan. Tujuannya supaya rekod-rekod tersebut
menjadi rujukan kepada pasukan pengurusan yang lain. Jika tidak ada sistem rekod,
berteraburlah bisnes atau syarikat kita sendiri.
Diantara sebab mengapa sebuah syarikat itu sukar berkembang adalah kerana sistem
syarikat tu sendiri berterabur. Semua bil-bil, DO, LO dan segala jenis O
semua bersepah. Over-budget kerana tidak ada simpanan rekod untuk buat bajet.
Paling teruk berangan mahu bangunkan syarikat besar terkubur begitu saja.
13
Mengapa?
Cuba tengok semula Big Player dalam bisnes, sistem pengurusan syarikat mereka
macam mana. Asas dalam sistem pengurusan syarikat ialah sistem pengurusan fail-fail.
14
JALAN KEEMPAT
VMO
Mengapa bisnes macam sama saja. Tak kembang-kembang?
Mari sini jawapannya. Jawapan kepada bisnes yang tak kembang-kembang. Tak boleh
nak pergi jauh. Dah berpuluh-puluh tahun di tempat yang sama. Jawapannya adalah
pulang semula pada yang asal mengapa anda perlu berniaga.
Yakni, VMO.
Apa ke benda VMO itu?
VMO adalah menetapkan semula apakah VISI, MISI, dan OBJEKTIF kita di dalam
bisnes. VMO membantu kita untuk menuju destinasi. Sekaligus membantu kita untuk
buat strategi ke mana hala tuju bisnes kita. Nak buka cawangan? Nak jadi sales 500
ribu sebulan dan seumpamanya.
Semuanya pasti terjawab, bilamana matlamat kita jelas. Jalan itu hanya akan nampak
melalui VMO yang kita ciptakan sendiri untuk bisnes dan syarikat.
15
Isu Ramai Peniaga adalah tak boleh nampak di mana perniagaan mereka lagi 5 tahun
akan datang, sebab itu banyak bisnes tesangkut di tengah jalan. Kita tak pernah
membayangkan perniagaan kita untuk beberapa tempoh lagi, dah ada pejabat kah?
Berapa orang pekerja, berapa income bisnes? Berapa revenue bulanan? Berapa nilai
aset yang dah kita ada?
Visi ni adalah sebuah alamat destinasi yang kita nak pergi. Contohnya kita nak ke pasar
beli ikan. Pasar dekat mana? Pasar Selayang? Pasar Serdang? Pasar Raya Giant?
Alamat inilah yang membolehkan kita jelas dengan lokasi yang sebenar ke mana hala
tuju kita, bila, dan jelas dengan fokus yang menjelaskan kita di mana. Contoh, bila kita
keluar rumah, kita sudah set dalam minda nak ke Pasar Selayang, nak masak Asam
Pedas Ikan Tongkol.
Jadi bila kita start enjin kereta sahaja, dekat waze kita dah siap taip Pasar Selayang,
dan waze tersebut akan navigate kita ke destinasi yang kita nak pergi.
Kita tak taip pergi pasar, dengan harapan waze itu akan guide kita ke pasar untuk beli
ikan. Mungkin dia salah navigate kita ke pasaraya.
16
CONTOH VISI
Visi syarikat ABC Sdn Bhd adalah untuk menjadi peneraju utama dalam
industri
bidang percetakan baju T Shirt berjenama premium dengan kualiti tinggi dengan harga
yang kompetetif di Semenanjung Malaysia menjelang Disember 31, tahun 2020.
Boleh boleh?
Ingat, alamat tadi adalah Visi. Jadi, proses seterusnya, kita nak pakai jalan
mana?
Jalan udara?
Jalan darat?
Jalan air?
Highway?
Jalan kampung?
17
Setiap jalan yang kita pilih pastinya tidak akan sama. Ini mestilah mengikut kapasiti
perniagaan kita. Jika perniagaan kita berkapasiti besar, mungkin kita akan pilih jalan
udara, nak short cut lebih mudah. Tapi, kosnya lebih besar.
Jika perniagaan kita masih dalam peringkat growing, masih dalam lean start up, kita
kenalah terima hakikat, kapasiti kita untuk jalan yang realisitik kita guna.
Kenapa?
Ini kerana kita tak sedar kapasiti dan jalan inilah yang membuatkan banyak bisnes
tersangkut tengah jalan. Kita selalu dengar kes, dapat sales gila-gila. Satu bulan tu,
terus sales melonjak daripada RM10 ribu kepada RM 100 ribu.
Ingat, ianya mestilah realistik dan boleh dicapai ikut kemampuan kapasiti bisnes kita.
CONTOH MISI
18
19
20
JALAN KELIMA
Apakah puncanya?
Pengurusan pekerja kita tidak mantap. Dalami segera ilmu HR atau Human Resource
untuk kepung pekerja semua supaya tak mudah keluar sewenang-wenangnya.
TIngkatkan motivasi, benefit syarikat lihat balik. Apakah manfaat pekerja-pekerja jika
bersama kita. Kita perlu terangkan sebaik-baiknya supaya mereka faham apa yang
mereka perlu buat dan paling penting apa nilai mereka akan perolehi.
Tetapkan career path pekerja melalui KPI yang mereka mesti capai. Bagi mereka
nampak. Barulah mereka duduk lama bersama kita.
21
- Setiap team ada KPI mereka bekerja, supaya masing-masing tidak syok sendiri.
- Macam mana nak tentukan KPI, tentukan berdasarkan kekuatan masing-masing.
22
- Dengan dapat tahu KPI mereka, barulah bakat dan skil mereka dapat dibangunkan.
Jika kita perasan, semua ini hanya dapat dilaksanakan bila ada team. Seorang diri
perkara ini tidak dapat dilaksanakan, kerana pembangunan syarikat melibatkan usaha
bersama bukan usaha sendiri. Mula teguhkan ilmu human resource kita.
23
JALAN KEENAM
URUS HUTANG
Hutang banyak. Dikejar-kejar bank sampai penghujung. Stress bukan main lagi.
Macamana nak selesaikan masalah ini?
Hutang adalah diantara perangkap dan jerat besar untuk semua pemilik bisnes di luar
sana. Hutang boleh membuatkan hubungan keluarga jadi retak, rakan baik jadi musuh.
Lagi parah yang berhutang lebih emosi berbanding yang memberi hutang.
Tiada solusi lain melainkan adalah belajar cara mengurus hutang itu sendiri.
Pemilik bisnes perlu tahu beberapa panduan dalam mengurus hutang. Perkara pertama
perlu buat adalah SENARAIKAN SEMUA HUTANG.
24
Jangan bercampur aduk. Pening nanti. Hutang keluarga selesaikan dulu. Hutang bank
pergi minta restructure semula dengan pihak bank. Komited bayar, jangan lari dan
jangan tak angkat call.
Pemberi hutang bukan marah sebab kita tidak bayar hutang tetapi kerana kita tidak
bertanggungjawab dengan hutang yang telah kita buat.
25
JALAN KETUJUH
TINGKATKAN ILMU
Orang selalu kira kos dan pusing modal tetapi tak tahu berapa overhead wajib keluar
setiap bulan. Budget tak ada. Main keluar saja duit itu. Lepas itu bisnes kita tak untunguntung, kita terlupa bahawa ilmu dan duit amat berkait rapat.
Ilmu dan duit ini amat berkait rapat. Kalau tak pandai mengira kos, khuatir duit itu
sendiri akan lari daripada kita. Manakala kalau tak ada ilmu untuk bisnes, bagaimana
pula nak bawa masuk duit?
Ketika di salah satu program kami ,ada seorang peserta bertanyakan soalan.
"Saya dah buat bisnes dan dah ada ilmu bisnes, sekarang ini saya perlu
dapatkan modal duit untuk bisnes tersebut. Bagaimana saya mahu
dapatkan modal duit?"
26
Ramai yang salah faham, duit menjadi ukuran dalam bisnes berkembang.
Sebab duit ada,baru boleh ambil pekerja.
Sebab duit ada baru boleh nak tambah stok.
Sebab duit ada baru boleh nak masuk lebih banyak kelas bisnes.
Jika duit menjadi sandaran dalam semua perkara, sebab itu bisnes yang dibina mudah
jatuh. Kita jangan buat sesuatu perkara hanya kerana kita ada DUIT, tapi buat bila kita
tahu dan ada ilmu tentang perkara tersebut.
- Melalui ilmu kita ambil pekerja yang betul dan mereka yang bawa duit masuk. Bila duit
bertambah, gaji mereka boleh di bayar.
- Melalui ilmu kita dapatkan kepercayaan pembekal untuk berikan kredit dan stok kita
bertambah. Bukan sebab kita berduit, sebab pembekal percaya dengan ilmu dan
pengalaman yang kita ada.
- Melalui ilmu dan tahu di mana ada kelas bisnes masuk dahulu kelas yang percuma
dan yang mampu. (Ini paling banyak saya buat pada peringkat awal berbisnes.)
Sudah ada ilmu, duit baru datang kepada kita. Bila sudah ada duit, baru kita
meningkatkan diri kita belajar ilmu pengiraan duit. Supaya pengurusan duit cantik
macam sungai.
27
Waktu ini kita boleh pilih mana-mana program ilmu berkualiti tinggi yang ada. Paling
penting adalah supaya tidak terperangkap dengan kebodohan.
Jawapannya, adalah kita perlu terus tingkatkan ilmu.Kita berbisnes bukan sebab kita
ada duit, tapi sebab ilmu yang kita ada. Saya bangkit semula selepas jatuh dalam
bisnes, berbekalkan ilmu yang saya ada.
Duit datang kemudian. Faham itu dulu.
InsyaAllah, banyak lagi kita akan kongsikan. Pastikan anda terus mengikuti kami di
Facebook. Ada banyak tips bisnes dikongsikan di situ.
28
PENUTUP
Terima kasih kerana anda telah menghabiskan bacaan
menerusi ebook ini. Diharapkan dengan perkongsian ilmu
dalam ebook ini dapat membantu anda dalam mengenal pasti
sebab dan jalan keluar dari segala perangkap dalam bisnes
sendiri.
TAHUKAH ANDA?
Anda boleh atasi semua masalah ini jika anda faham
tentang ilmu DOKUMENTASI.
membuatkan bisnes
anda menjadi empayer syarikat yang bersistematik.
Kami ingin menjemput anda ke Seminar My Document
untuk kami bantu anda menguruskan dokumen anda
dengan lebih baik.
017-6442644
31