Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN SELEPAS PRAKTIKUM

Seminggu sebelum berakhir praktikum Fasa kedua ini, saya berasa amat bersyukur kerana
hampir keseluruhan tugas ang diamanahkan oleh pihak institute telah saya laksanakan
dengan baik bersama-sama rakan praktikum saya yang lain. Tugasan pihak institute yang
telah di amanahkan ialah dengan menjalankan pengajaran 2 hari penuh setiap minggu
mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Tugasan yang telah diberikan pihak sekolah
untuk praktikum fasa ke 2 ini ada persamaan dan kelainnya.
Sepanjang berada di SK terdapat beberapa aktiviti dan projek telah saya lakukan
bersama rakan yang lain. ktiviti yang dilakukan adalah menyambut sambutan hai
kemerdekaan, Minggu Bahasa Melayu serta banyak lagi aktiviti yang diadakan. Berdepan
dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaa tidak mudah
berputus asa apabola menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak,
masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut
menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi
mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta
berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen
penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru ini
menyedarkan saya supaya sentiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia
mampun dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya
berdepan dengan sebaran masalah.
Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru
pelatih. Jujur saya katakana bahawa, hari demi hari, perasaan saying saya terhadap pelajar
SK Rampangi semakin mendalam walaupun mereka nakal dan mereka sangat mengambil
berat tenatng guru pelatih semasa keberadaan di sekolah tersebut. Saya berharap untuk
praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada muridmurid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam
proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan
kepada semua murid. Sebagai kesimpulannya pengalaman menjalani praktikum ini
diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak
mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan
bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada semua pihak. Nescaya
setiap pengalan dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk
penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu
dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta
pengalaman yang baik.

Anda mungkin juga menyukai