Anda di halaman 1dari 9

BAB 3

REFLEKSI

3.1 Faktor Kritikal dan Penting Dalam Kejayaan Projek Penandaarasan.


PAK-21 merupakan satu transformasi yang dilakukan dalam memperbaharui taraf
pendidikan sedia ada yang mana sistem PAK-21 adalah lebih fleksibel, kreatif, mencabar
dan lebih kompleks. PAK-21 pada awal perlaksanaanya mempunyai cabaran tersendiri. Al
Ramaiah (1992) menyatakan bahawa tugas Guru Besar terlalu kompleks dalam memimpin
dan mentadbir sesebuah sekolah. Tugas Guru Besar pada awal pelaksanaan PAK-21 adalah
secara berperingkat bermula daripada penyediaan bilik kelas, susun atur dan keperluan
fizikal dalam bilik darjah abad ke-21. Seterusnya

penyediaan rancangan mengajar dan

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran PAK-21 di dalam kelas . Kaedah pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah merupakan aspek yang amat mencabar dan kritikal kepada
warga pendidik. Ini disebabkan tujuan pengajaran bukanlah semata-mata untuk
menghabiskan apa yang ada dalam sesuatu sukatan pelajaran, tetapi lebih dari itu ianya
bertujuan untuk menambah ilmu dan juga keterampilan diri seseorang murid.

Barisan kepimpinan dan guru-guru di SK Seri Setia terpaksa mencari maklumat


program PAK-21 melalui internet pada peringkat awal pelaksanaanya sebelum mendapat
bimbingan dari Pegawai PPD Pontian. Walau berbagai rintangan yang dihadapi, barisan
kepimpinan sekolah telah dapat juga menjadikan SK Seri Setia sebagai sekolah yang
melaksanakan PAK-21 dengan jayanya. Barisan kepimpinan SK Seri Setia juga
mengamalkan kepimpinan strategik untuk menangani cabaran ini. Kepimpinan stratergik
didefinisikan

sebagai

keupayaan

seseorang

untuk

menjangka,

membayangkan,

mengekalkan fleksibiliti, berfikir secara strategik dan bekerja dengan orang lain untuk
memulakan perubahan yang akan mencipta masa depan yang berdaya maju untuk
organisasi. Menurut Abdul Rahim Aris (2002), yang berpendapat bahawa
sekolah

sebagai

organisasi

yang

terancang

perlu

menyediakan

perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada komuniti setempat.


Guru Besar perlu memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah mengikut

29

gaya kepimpinan yang sesuai dan tepat.

Hughes dan Beatty (2005), pula

mengaitkan kepimpinan strategik sebagai satu cara bertindak dan mempengaruhi orang lain
dan meningkatkan daya saing organisasi. Hasil kepimpinan strategik

akhirnya telah

membawa SK Seri Setia kepada kejayaan program PAK-21 ini.


Guru Besar telah berusaha keras juga untuk mendapatkan sokongan dari semua guru
di SK Seri Setia bagi menjayakan program PAK-21 ini. Program yang baru tentulah ia agak
sukar untuk diterima oleh semua guru pada peringkat awalnya. Jika ada guru yang enggan
melaksanakan program PAK-21 , tentulah ia mendatangkan masalah kepada pemimpin
sekolah dan barangkali program ini akan gagal. Melalui gaya kepimpinan instruksional
(pengajaran) Guru Besar berusaha memastikan program PAK-21 ini dapat dijalankan
dengan jayanya. Semua guru mata pelajaran dipastikan untuk melaksanakan program PAK21 ini mengikut jadual yang telah diputuskan. Segala keperluan seperti bahan- bahan bacaan
,bahan bantu mengajar,

peralatan

yang bersesuai dengan PAK-21 telah disediakan

secukupnya oleh pucuk kepimpinan sekolah.


Selain itu , Guru Besar juga menghadapi kesukaran untuk mendapat kepercayaan
dan kerjasama dari semua guru. Program PAK-21 dilihat sesuatu yang sukar kerana aktiviti
PAK-21 adalah berpusatkan kepada murid bukan lagi guru. Guru bertindak sebagai
fasilitator sahaja. Sebagai pemimpin transformasi, Guru Besar berjaya juga meningkatkan
kepercayaan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah. Semua perkara sama ada
semasa susah atau senang dikongsi bersama. Rasa kekitaan diwujudkan dalam setiap warga
sekolah sehingga jika berlaku sebarang isu, maka isu tersebut adalah dianggap sebagai isu
bersama. Matlamat dan wawasan untuk bangkit kembali dibina dengan kukuh dalam setiap
warga sekolah. Beliau juga telah berjaya menjana perubahan dalam kebanyakan aspek
pengurusan di sekolah. Dalam aspek pentadbiran beberapa jawatankuasa dibuat
penambahbaikan seperti jawatankuasa peperiksaan yang lebih kemas dan mantap. Bilikbilik operasi (War Room) ada diwujudkan bagi kemudahan dan keselesaan guru untuk
bekerja.
Menurut

Hj.

Sahiful

Bahari

Ab.

Rahman

(2014)

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 merupakan satu


perancangan dan pelaksanan yang cukup mencabar. Walaupun kita telah
menempa beberapa kejayaan pada tahun pertama ini, masih banyak
yang

perlu

dilakukan.

Semua

pihak
30

telah

mengakui

hakikat,

sesungguhnya untuk memulakan perubahan itu memerlukan keazaman


yang tinggi kerana kita perlu berubah daripada amalan yang biasa
kepada amalan yang luar biasa. Sehubungan dengan itu, perubahan struktur
dan peraturan-peraturan pengurusan turut dilaksanakan di SK Seri Setia seiring dengan
perlaksanaan program PAK-21. Jika sebelum program PAK-21 dilaksanakan , hubungan
antara guru dan murid adalah terbatas dan sehala. Selepas program PAK-21, hubungan
antara guru dan murid menjadi lebih rapat. Murid dibenarkan mengeluarkan pendapat
sendiri dan sesi perbincangan menjadi lebih terbuka. Bagi mengatasi masalah ini muridmurid dijanakan dengan konsep penyayang dan kebertanggungjawaban. Program-program
kecemerlangan murid juga turut berubah dan diberi keutamaan . Kesedaran pucuk
kepimpinan yang tinggi terhadap kehendak stik holder, telah mencetuskan idea-idea yang
lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan pencapaian akademik murid. Guru Besar juga
amat mengambil berat akan pencapaian akademik murid dengan melindungi waktu
pengajaran, mengintergrasikan kurikulum, memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam
kalangan murid dan memantau kemajuan murid. Tindakan ini diambil bagi memastikan
prgram PAK-21 ini berjaya dan murid-murid akan mendapat manafaatnya nanti.

3.2 Hubungan Antara Teori Dengan Amalan Pengurusan dan Kepimpinan


Pembelajaran Dalam Program.
Ketrampilan kepimpinan oleh Guru Besar telah banyak mempengaruhi guru-guru di
SK Seri Setia. Guru-guru menjadi lebih berwibawa dan berkeyakinan untuk melaksanakan
program PAK-21. Ryska (2002) menyatakan bahawa gaya kepimpinan banyak
mempengaruhi tingkah laku pekerja dalam melaksanakan kerjanya. Pernyataan ini disokong
oleh Fiedler (1996) yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan seseorang pemimpin
merupakan satu daya tarikan kepada pekerja untuk terus bekerja dalam mencapai visi
organisasi. Ringkasnya, semua pendapat ini membawa maksud bahawa gaya kepimpinan
merupakan satu faktor penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah
organisasi sebagaimana menurut Ulrich et al. (1999). Antara 2 amalan kepimpinan efektif
yang dapat dilihat ialah seperti penerusan budaya kerja cemerlang dan penyelesaian
masalah yang efektif. Sementara itu, kecemerlangan sesebuah organisasi adalah juga
tertakluk kepada corak kepimpinannya.

31

Pemimpin merupakan pentadbir tertinggi di sekolah yang terdiri daripada Guru


Besar. Menurut Jazzar & Algozzine
menggalakkan

kejayaan

muridnya

(2007) pentadbir sekolah yang berjaya sentiasa


dengan

memberi

sokongan,

memelihara

dan

mengekalkan budaya, iklim, program instruksional yang kondusif terhadap pembelajaran


murid dan perkembangan profesional staf. Busher (2006) pula menterjemahkan istilah
kepimpinan juga difahami berkait dengan beberapa rangkaian perkataan seperti pemimpin,
pengikut, kuasa, matlamat, nilai, budaya, perancangan serta organisasi. Berdasarkan
pemerhatian ini , dapatlah saya nyatakan terdapat hubungan signifikan antara teori-teori
kepimpinan dengan amalan pengurusan dan kepimpinan Guru Besar di SK Seri Setia.
Antara aktiviti yang dapat dilihat ialah Guru Besar sebagai pentadbir sentiasa memberi
semangat dan sokongan kepada guru dan muridnya

semasa menjalani aktiviti di dalam

sekolah mahupun diluar sekolah . Selain itu, Guru Besar juga berusaha untuk mengekalkan
budaya dan iklim sekolah yang ceria dan bersemangat dalam pembelajaranya.
Antara bentuk teori lain yang diamalkan oleh kepimpinan Guru Besar di SK Seri
Setia ialah kepimpinan transformasi. Teori kepimpinan transformasi jelas digunakan oleh
Guru Besar dalam mencetuskan idea penubuhan kelas PAK-21. Guru Besar berjaya
menyakinkan warga sekolah untuk bekerjasama dan menyokong idea perubahannya,
walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Menurut Bass (1985),
kepemimpinan transformasi sering dikaitkan dengan gaya kepemimpinan yang berkesan
dan berupaya mengubah persepsi dan motivasi orang bawahan serta membawa kepada
kecemerlangan organisasi. Malahan Guru Besar juga turut mengaplikasikan empat dimensi
yang dikemukakan oleh J. M. Burn (1978) iaitu dimensi karismatik, dimensi bertimbang
rasa secara individu, dimensi stimulasi intelektual dan dimensi motivasi inspirasi.
Di samping itu amalan kepimpinan situasi juga turut dipraktikkan oleh Guru Besar
mengikut situasi seperti yang dikemukakan oleh Hersey dan Blanchard (1993), di mana
pemimpin akan menggunakan stail interaksi yang berbeza apabila berurusan dengan
pengikut yang berbeza. Melalui model kepimpinan situasi Hersey dan Blanchard (1993),
telah mengutarakan beberapa gaya atau stail kepimpinan iaitu Telling (Arahan), Selling
(Membimbing), Participating (Dorongan) dan Delegating (Delegasi). Dalam konteks SK
Seri Setia, Guru Besar ada memberikan arahan dan pembahagian tugas kepada Guru
Penolong Kanan, Ketua Panitia dan guru-gurunya. Guru Besar juga sentiasa membimbing
serta memberikan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman beliau dan dalam masa yang sama
32

menerima idea dan buah fikiran kepada guru-guru. Guru Besar juga menurunkan kuasanya
(empowerment) kepada GPK untuk membuat cadangan dan pandangan kerana gabungan
pengetahuan dan pengalaman akan menghasilkan keputusan yang dapat menjayakan
program sekolah.
Kepimpinan Guru Besar mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk
tahap kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya. Para pemimpin akan menentukan arah
tuju masa depan organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi oleh Guru Besar ialah
mencari jalan

untuk mempengaruhi individu-individu yang dipimpinnya supaya

menyokong visi, misi dan strategi-strategi yang digubalnya itu. Menurut Bennis dan Nanus
(1985), para pemimpin adalah individu-individu yang membuat perkara-perkara yang betul
saja. Menurut Burns(1978), Ainon dan Abdullah (2003) , seseorang pemimpin itu telah
mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individuindividu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan peribadi diri sendiri
kepada mementingkan kelompok.Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela
bekerja dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat organisasi. En. Muhammad
Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pembuka bicara
program Bicara Kepimpinan Pragmatis menyatakan Kepimpinan Transformasi merupakan
kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk berubah dengan
mencipta wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan perubahan dengan berkesan
seterusnya perubahan yang dibawa akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi
dalam kalangan orang bawahannya Hubungan di antara aspek teori dengan amalan
pengurusan dan kepimpinan yang dipamerkan Pemimpin mempunyai peranan yang sangat
besar dalam membentuk tahap kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya. Para pemimpin
akan menentukan arah tuju masa depan organisasinya.
3.3 Kesesuaian Program Penandaarasan di Sekolah Sandaran
Program PAK-21 yang telah ditanda aras ini sangat sesuai dilaksanakan di sekolah
sandaran nanti iaitu SK Pt Markom. SK Seri Setia dan SK PT Markom terletak di zon yang
sama iaitu Zon Benut dalam Daerah Pontian. Prestasi sekolah juga hampir sama iaitu Band
2. Kejayaan program PAK-21 di SK Seri Setia wajar dicontohi kerana lokasinya yang
hampir dan perkongsian ilmu itu menjadi lebih mudah.

33

Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak
dilaksanakan, perlulah dilakukan dengan cara yang bijaksana, beserta dengan usahasama
antara pemimpin dengan rakan sejawatannya atau stafnya. Berdasarkan pendapat ini,
seseorang pemimpin yang ingin membuat perubahan perlulah menilai programnya dan
membuat perbincangan dengan rakan sejawatnya. Setelah berbincangan dengan guru
Besar, SK Seri Setia dan penyelia IAB, dapatlah dirumuskan bahawa program PAK-21 ini
memang sesuai untuk dilaksanakan di sekolah sandaran nanti.

3.4 Cadangan Penambahbaikan Program Penandaarasan di Sekolah Sandaran


Bagi meningkatkan kejayaan dalam program PAK-21 di sekolah sandaran nanti,
saya telah membuat beberapa perancangan melalui pemerhatian dan penelitian di sekolah
penandaarasan. Cadangan penambahbaikan

program PAK-21 ini penting kerana

penyelarasan perlu dibuat berdasarkan kesesuaian di sekolah sandaran nanti.


Pemahaman tentang program PAK-21 dikalangan guru guru mungkin berbeza.
Bagi mengatasi masalah ini, bimbingan dari mereka yang mahir dalam PAK-21 amat
diperlukan. Saya bercadang untuk mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan

(LDP)

berkenaan PAK-21 dan menjemput penceramah dari kalangan pegawai di PPD Pontian.
Bagi menjamin perkembangan program PAK-21 ini secara berterusan , saya turut
mencadangkan

diadakan pembudayaan Komuniti Pembelajaran Profesional atau

Professional Learning Communities (PLC) . Menurut DuFour (2006), PLC adalah satu
kaedah pembangunan profesional guru di sekolah dalam usaha untuk terus menambah baik
sekolah. Antara aktiviti semasa PLC adalah seperti :
i.

Belajar Secara Berjalan (Learning Walks). Ia bermaksud berjalan di


sekeliling sekolah sambil memerhatikan pengajaran guru lain. Pemerhatian
itu terarah kepada aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau

ii.

fokus yang spesifik.


Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi. (Peer
Coaching/Instructional

Coaches)

Ia

bermaksud

secara

sistematik

memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra

34

konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation,


iii.

post-conference cycle).
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study).
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran;
diikuti

iv.

dengan

pengajaran/memerhatikan

pengajaran,

membuat

penambahbaikan semasa sesi pengajaran.


Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions) Bermaksud sekumpulan
guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.

Terdapat kekurangan kemudahan ICT di SK Pt Markom. Makmal komputer di SK


PT Markom tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana ada masalah pendawaian elektik.
Cara yang terbaik untuk mengatasi masaalah ini ialah dengan membawa komputer riba ke
kelas. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran , ciri-ciri multimedia seperti audio,
video, animasi, grafik dan simulasi harus digunakan untuk meningkatkan pembelajaran dan
menarik minat murid.

3.5 Pengajaran dan teladan dalam pengurusan dan kepimpinan


Kepimpinan sekolah perlu sentiasa dinamik dan inovatif bagi mengisi harapan
masyarakat dan cabaran negara dalam menjayakan program PAK-21. Guru Besar perlu
memainkan peranan penting dalam mendepani segala cabaran melestarikan kecemerlangan
pendidikan negara tanpa meminggirkan kerjasama yang erat dengan semua kakitangannya.
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan terpilih mentafsirkan Guru Besar
sebagai seorang pegawai dalam perkhidmatan pendidikan yang dilantik oleh Ketua
Pengarah Pendidikan

yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan mengurus

sesebuah sekolah. Maju atau mundur sesebuah sekolah khususnya dalam aspek
pembelajaran murid lazimnya dihubungkaitkan dengan kepimpinan Guru Besar yang baik
(Shahril 2000; Peter Neil et. al. 2001 dalam Norlia dan Jamil, 2007). Pendapat ini disokong
oleh Ibrahim Ahmad Bajunid (2000) yang meletakkan amalan kepimpinan Guru Besar
dalam mengurus tadbir organisasinya menjadi faktor utama yang menyebabkan jatuh
bangunnya sesebuah sekolah.
Program PAK-21 merupakan kesinambungan dari Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM ) 2013-2015. Guru Besar perlu melaksanakan amanah dan
tanggungjawabnya dengan menyediakan landasan yang kukuh dan persekitaran yang
35

kondusif agar budaya pembelajaran cemerlang dapat diwujudkan. Pemerhatian Fred


M.Hechinger, editor pendidikan di The New York Times dari tahun 1959 hingga 1990
mengesahkan bahawa pentingnya peranan Guru Besar dalam membawa sekolah ke arah
kejayaan. Ungkapan Fred Hechinger yang sering digunakan oleh penyelidik-penyelidik bagi
merumuskan peri pentingnya amalan kepimpinan yang berkesan dalam membawa sekolah
ke arah kejayaan adalah:
Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh Guru Besar yang
lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh Guru Besar yang cekap. Saya pernah
melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan,
ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh
bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti Guru Besarnya
(Davis & Thomas 1989:17, dalam Ishak Sin 2006).
Berdasarkan ungkapan Fred Hechinger di atas, jelas menunjukkan amalan kepimpinan Guru
Besar sangat mempengaruhi pencapaian matlamat sekolah. Hanya Guru Besar yang
mengamalkan kepimpinan yang berkesan sahaja dapat membawa sekolah ke arah
kecemerlangan.
Dalam memastikan program PAK-21 menjadi realiti, Guru Besar perlu kompeten
dan mengamalkan gaya atau strategi kepemimpinan yang sesuai dalam memastikan segala
matlamat sekolah tercapai. Kenyataan ini selari dengan pendapat Ishak Sin (2004) yang
mengatakan bahawa kompetensi memerlukan pemimpin yang berupaya melaksanakan tugas
seharian dengan menepati spesifikasi yang ditetapkan, berkebolehan melaksanakan sesuatu
tugas yang diamanahkan dengan jayanya, memiliki ciri-ciri peribadi dan tingkah laku yang
meliputi sikap dan nilai kendiri yang sesuai dengan jawatan yang sedang disandang,
mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab
serta mempunyai kemahiran menjalankan tugas secara praktik.
Aspek kecemerlangan sekolah juga harus dilihat dari aspek keberkesanan program
PAK-21. Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil
tetapi juga dari segi kesaksamaan. Mengikut beliau, keberkesanan sekolah di ukur
berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang
beruntung sehingganya kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang menguasai
akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga,
36

sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan dan cemerlang jika tidak memberi
kesaksamaam peluang pendidikan. Mortimore (1991) merumuskan sekolah yang kerkesan
dan cemerlang ialah sekolah yang muridnyanya meningkat lebih daripada apa yang
diharapkan jika di ambil kira latar belakang mereka.
Peranan Guru Besar amat penting dalam memastikan keberkesanan sekolah dan
kecekapan pentadbiran. Hasil daripada dapatan dan saranan para penyelidik tentang sekolah
efektif ini, pihak Guru Besar sekolah-sekolah menghadapi dilema sama ada berfungsi
sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbir atau pengurus sekolah. Walau bagaimanapun
Guru Besar bukan sahaja memerlukan kedua-dua peranan di atas malahan lebih daripada
itu. Sebagai seorang pengurus pendidikan, tanggungjawab utama Guru Besar ialah
menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan sekali gus bertindak sebagai pemimpin pengajaran
dan pembelajaran. Amalan pengurusan yang dijalankan adalah meliputi fungsi pengurusan
seperti membuat rancangan, mengorganisasi, mengetuai dan mengawal, terutama sumber
manusia, kurikulum, ko kurikulum, perkembangan staf, kewangan, persekitaran dan
sebagainya. Peranan tersebut juga meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir, pengurus,
pemimpin, pendidik atau guru secara 'verbal' dan 'bukan verbal'.
Sebagai rumusan, ciri-ciri kecemerlangan sesebuah sekolah khususnya program
PAK-21 banyak bergantung kepada kepimpinan seseorang Guru Besar. Guru Besar sentiasa
disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan jawatannya yang berwibawa.
Dalam konteks ini, pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang diiktirafkan oleh satu
atau lebih daripada satu orang, bahawa pemimpin mempunyai pengaruh, berwibawa, dan
mempunyai kuasa sama ada jangka pendek atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu .
Dengan ini, maka adalah jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya
oleh kedudukan. Seseorang yang dilantik sebagai Guru Besar, dijangka akan memainkan
peranan pemimpin , iaitu , sebagai pemimpin pendidikan . Oleh yang demikian dalam
organisasi sekolah kedudukan Guru Besar adalah yang paling penting. Oleh itu Guru Besar
mempunyai kuasa, autoriti dan tanggungjawab untuk melaksanakan visi dan matlamat
pendidikan.

37

Anda mungkin juga menyukai