Anda di halaman 1dari 5

REKA BENTUK KUASIE K S P E R I M E N TAL

August 13, 2014

Lama betul tidak berkongsi idea di sini garagara kesibukan dan kesuntukan masa yang
amat sangat. Namun Alhamdulillah bila check
kekerapan statistik pengunjung, nampaknya
blog ini tidak pernah sunyi daripada mereka
yang memang inginkan maklumat khususnya
tentang metode dan statistik. InsyaAllah
moga-moga perkongsian ini bermakna. Saya
pun masih ada hutang lagi dengan semua
banyak persoalan yang diajukan masih belum

saya jawab dan respons. Mohon maaf ya

Kali ini sekadar berkongsi tentang reka bentuk


kajian yang agak jarang dipilih oleh para
pengkaji iaitu tentang reka bentuk kajian
Eksperimental. Sebenarnya ada beberapa
situasi dan keadaan yang memerlukan kajian
eksperimental dijalankan dan bukanlah kajian
tinjauan. Namun, ia bukanlah suatu kajian
yang mudah dilakukan walaupun jumlah
sampelnya lebih sedikit berbanding dengan
kajian tinjauan. Kajian eksperimental ini
merupakan kaedah terkawal yang
memerlukan penelitian dan juga kecekapan
pengkaji itu sendiri dalam mengendalikan
kajian yang agak complicated. Apa yang

membezakannya, kita perlu mengawal


pemboleh ubah kajian.
Namun, dalam bidang Sains Sosial,
kebanyakan ahli penyelidik kerap
menggunakan kajian kuasi-eksperimental
berbanding dengan kajian eksperimental
benar (true experimental). Saya pun
sebenarnya tidak pernah melakukan kajian
eksperimental benar. Mungkin masih belum
mahir dan berkepakaran dalam melaksanakan
kajian sebegini. Namun, kali ini saya hanya
ingin berkongsi sedikit ilmu dan maklumat
mengenai kajian kuasi-eksperimental yang
mana sering digunakan untuk menilai
keberkesanan sesuatu program yang
dijalankan. Bagi saya kajian kuasieksperimental ini lebih mudah diuruskan dan
dilaksanakan berbanding kajian eksperimental
benar kerana kumpulan-kumpulan responden
kajian tidak semestinya sama jumlahnya.
Dalam kajian ini juga, reka bentuk pre & post

design yang paling kerap dan biasa dengan


saya. Dua reka bentuk lain iaitu regresi tidak
bersambungan dan reka bentuk siri masa,
sememangnya saya tidak mempunyai
kepakaran tersebut dan hanya mendapat
maklumat melalui pembacaan saya terhadap
buku-buku metode sahaja.
Dalam reka bentuk ujian pre dan post ini,
terdapat dua kumpulan kajian yang
dinamakan kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan. Ciri-ciri yang dipilih oleh kedua-dua
kumpulan ini seharusnya hampir sama.
Jangan bimbang kerana bagi kajian kuasieksperimental ini tidak memerlukan
pensampelan secara rawak. Oleh itu, jangan
terikat dengan ujian parametrik kerana reka
bentuk kajian ini ada ujian yang tersendiri
yang boleh kita gunakan seperti ujian
ANCOVA.
EID MUBARAK :)

Anda mungkin juga menyukai