Anda di halaman 1dari 3

Saintis Islam Ibnu Haitham & Sumbangan

By Editor On 23/12/2013

Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.


Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.
Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan,
dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.
LATARBELAKANG

Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.

Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu
pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.

Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi
pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak
pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di
perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar
dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu
pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan,
falsafah, mantik dan lain-lain lagi.

Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur
dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.

Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir


waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M)
mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan
keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir
Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat
mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang
ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian
meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021
Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali
normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus
menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut
menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari
bahasa Latin.

Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah
pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.

Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli
matematik hingga akhir hayatnya.

Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.
SUMBANGAN IBNU HAITHAM
* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)

Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan


ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah hukum pembiasan,
iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama
dengan sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya
merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah
kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang
apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik
moden, hukum ini dikenali dengan nama hukum pembiasan Snell yang bersempena nama
ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.
*TEORI PENGLIHATAN (optik)
Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat
membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang
kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam
penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi
fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan
bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi
menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah
yang memantulkan cahaya ke mata manusia.
*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG
Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta
cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang
cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam
cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.
*TEORI BIASAN CAHAYA
Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada
permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat.
Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).
*AHLI BIDANG FALSAFAH
Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo.
Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului
Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau
iaitu: bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat
yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional.
*BIDANG ASTRONOMI
Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak
menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet,
tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik.
Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga
abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin
at-Tusi.
*BIDANG FIZIK
Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau
menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi
satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo
da Vinci, dan Johannes Kepler.
KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan
dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun
hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:


Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat alAlam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi alDawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit),
Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar,
Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu
adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan
ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya
telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur.
Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan
meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang
kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya.
Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F.
Risner pada tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.

KESIMPULAN
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu
Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu
pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau
bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah dicuri dan diceduk oleh ilmuwan Barat tanpa
memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima
kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia
Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan
kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah
membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi
dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi
kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani
dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan
usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas
menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya
beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan
sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut
ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia
Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden.
Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes
Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan
dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai
pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri kepada
Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai