Abstrak
Kertas kerja ini akan membincangkan perkembangan teknologi maklumat dalam
bidang pendidikan di malaysia bermula dengan pelaksanaan program Sekolah
Bestari sehingga wujudnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta
cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Cabaran ini akan dibincangkan
daripada kesediaan guru meliputi tiga aspek iaitu tahap kemahiran, pengetahuan
dan sikap. Seterusnya perbincangan mengupas lima perisian utama dalam
penyampaian teknologi maklumat di sekolah iaitu aplikasi pemprosesan
perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet,
perbincangan ini menjurus kepada manfaat aplikasi ini kepada guru dan pelajar.
1. Pengenalan
Makmal Komputer
Pengajaran Sains
dan Matematik
dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)
TV Pendidikan
SchoolNet
Kemudahan disediakan
i.
ii.
iii.
i.
ii.
iii.
i.
ii.
iii.
iv.
i.
langkah telah dijalankan oleh kerajaan yang dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP). Matlamat utama sekolah bestari adalah memfokuskan kepada pembangunan
tenaga kerja untuk era teknologi maklumat dan berpaksikan pada lima objektif utama iaitu:
a. Memperkembangkan potensi individu yang seimbang (intelek, rohani, jasmaniah dan emosi)
b. Memperkembangkan potensi dan bakat individu
c. Menghasilkan tenaga kerja yang bijak berfikir dan celik teknologi maklumat
d. Pendemokrasian pendidikan
e. Meningkatkan penyertaan pemegang saham
Langkah ini sebenarnya sejajar dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Negara yang digubal dan diumumkan pada tahun 1988 yang menyatakan pedoman dan
arah tuju pendidikan negara. Oleh itu, dengan wujudnya sekolah bestari ia dapat
memperkembangkan lagi potensi atau bakat individu seterusnya akan dapat melahirkan modal insan
yang berkemahiran dan berpengetahuan khususnya dalam teknologi maklumat yang seterusnya
akan dapat menyumbang kepada negara.
d. Sekolah kurang Murid (SKM) dan sekolah pedalaman disediakan makmal komputer
menggunakan konsep kabin
e. Mengelompokkan Sekolah Orang Asli dan Penan dengan menggunakan sidang video untuk
i) perkongsian pengetahuan berasaskan pengajaran dan pembelajaran, ii) perkongsian data
dan iii) meningkatkan pencapaian dengan berkongsi maklumat antara satu sama lain.
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007)
Sejajar dengan langkah pembestarian ini, adalah perlu untuk guru untuk menyahut cabaran
dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran teknologi maklumat agar inisiatif Kementerian
Pelajaran Malaysia ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pendidikan yang dilaksanakan secara berperingkat dalam tiga fasa iaitu pada tahun 1995, 1996 dan
1997. Dalam fasa pertama, 50 buah sekolah menengah telah dibekalkan dengan empat buah
komputer yang mempunyai akses Internet. Dalam fasa kedua, 90 buah sekolah menengah dan 20
buah sekolah rendah telah dibekalkan dengan komputer multimedia dengan local area network
(LAN), manakala dalam fasa ketiga, ia diperluaskan lagi kepada 222 buah sekolah rendah dan 111
buah sekolah menengah dan seorang guru daripada setiap sekolah akan mengikuti kursus 14
minggu di maktab-maktab perguruan yang terpilih. Pelaksanaan sekolah bestari telah menyokong
usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang celik teknologi maklumat.
Pada tahun 2003, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris telah
diimplementasikan di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara. Sebanyak Ringgit
Malaysia 1.3 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk membekalkan peralatan ICT ke sekolahsekolah. Manakala, dalam Rancangan Malaysia ke-9, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Blue
print Pendidikan Kebangsaan memperuntukkan 123,725 buah komputer dan 3,205 pusat akses
Internet di semua sekolah seluruh negara (The Star, Julai 2007). Ini menunjukkan betapa seriusnya
kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mengintegrasikan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Program-program tersebut adalah langkah kerajaan untuk membangunkan modal insan yang
berilmu dan celik IT yang seiring dengan cabaran globalisasi. Oleh itu, guru merupakan medium
utama yang memainkan peranan untuk memastikan program ini berjaya mencapai matlamatnya.
Pada bulan Januari hingga Jun 2007 sahaja, sebanyak 123,725 buah komputer telah dibekalkan ke
seluruh sekolah di Malaysia dan 2,043 buah sekolah menengah telah dibekalkan dengan 8,172 unit
komputer, 2,043 buah pencetak digital untuk tujuan pihak pengurusan sekolah (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2007).
2.1 Komputer sebagai Tutor, Tutee dan Tool
Komputer mempunyai fungsi yang pelbagai dalam bidang pendidikan bergantung pada
operasi penggunaannya termasuklah untuk memproses data, persembahan maklumat, untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai lagi. Disebabkan fungsi yang pelbagai
ini, Taylor (1980) telah mengklasifikasikan aplikasi-aplikasi komputer pendidikan kepada tiga mod
utama iaitu tutor, tutee dan tool. Menurut beliau, komputer adalah dalam mod tutor apabila
komputer mengajar pelajar dengan mempersembahkan maklumat, menilai respons pelajar dan
memberi maklum balas yang sesuai. Antara jenis perisian yang memainkan peranan ini adalah latih
tubi, tutorial, simulasi dan permainan berbentuk pembelajaran dan penyelesaian masalah. Dalam
mod tutee, komputer bertindak sebagai pelajar manakala pengguna sebagai pengajar. Dalam situasi
ini, pengguna komputer akan mengajar komputer belajar atau membuat sesuatu tugasan seperti
program komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Mod ini memerlukan pengguna
mahir dengan bahasa pengaturcaraan untuk setiap perisian. Antara jenis perisian yang memainkan
peranan ini adalah seperti TURBO C++, AUTO-CAD, MATLAB dan sebagainya. Rajah 1 dan
Rajah 2 menunjukkan contoh antara muka untuk perisian dalam mod tutor dan tutee.
Rajah 2: Contoh Antara Muka untuk Perisian Turbo C++ (Mod Tutee)
(http://dybfin.wustl.edu/willard/turbohlp.html)
Berbeza daripada mod tutor dan tutee, mod tool adalah situasi apabila komputer digunakan
oleh guru atau pelajar sebagai alat (tool) untuk membuat sesuatu kerja seperti pemprosesan
perkataan, grafik, pangkalan data, hamparan elektronik, persembahan dan sebagainya. Menurut
Pelgrum (2001), perisian komputer ini disediakan dalam aplikasi stand alone dan diintegrasikan
dengan gabungan beberapa perisian ini kepada satu program yang komprehensif. Zulkifli (1985)
menyatakan bahawa dengan komputer bertindak sebagai tool, ia boleh menyediakan mekanisme
yang efektif kepada guru untuk mempersembahkan pengajaran dalam pelbagai rangsangan seperti
teks, audio, grafik, video dan sebagainya. Antara jenis perisian yang memainkan peranan ini adalah
Microsoft Office dan Linux. Contoh antara muka ditunjukkan pada Rajah 3.
Rajah 3: Contoh Antara Muka untuk Perisian Microsoft Word 2007 (Mod Tool)
Pengklasifikasian penggunaan aplikasi komputer kepada tiga mod oleh Taylor (1980)
bermula pada lewat era 1970-an dan pada waktu tersebut teknologi serta penggunaan komputer
tidak sehebat seperti masa kini. Walaupun perkembangan serta kemajuan teknologi komputer
khususnya dalam bidang pendidikan, pengklasifikasian mod ini masih relevan hingga sekarang.
3. Cabaran Pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Walaupun kajian menunjukkan bahawa wujudnya peningkatan daripada aspek kognitif
pelajar dengan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran masalah
seperti kesukaran serta integrasi teknologi maklumat yang tidak efisien masih lagi berlaku di
sekolah. Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia
di sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat
kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Subtajuk
seterusnya akan membincangkan cabaran yang dihadapi guru untuk mengaplikasikan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.1 Kemahiran Teknologi Maklumat Guru
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru
merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam
kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu,
langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk
memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat.
Kursus komputer dalam kalangan guru di Malaysia dikendalikan oleh tiga pihak yang utama
iaitu Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan wakil yang dilantik oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam pada itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga
mengadakan kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu iaitu berkaitan dengan kurikulum
sekolah bestari. Mengikut statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam Rancangan
Malaysia ke Lapan iaitu dari tahun 2002 hingga Jun 2007 seramai 247,804 orang guru telah
mengikuti kursus kemahiran ICT (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dan jika angka ini
diambil kira ia menghampiri jumlah keseluruhan guru di Malaysia. Namun begitu, masih banyak
perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran teknologi maklumat guru-guru. Ini
dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang
belum dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat, situasi ini kerap kali merujuk kepada guruguru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al., 2004; Noor Awanis,
Nora & Nurazariah, 2006; Megat et al., 2008). Dalam senario ini faktor jarak, kemudahan
telekomunikasi serta accessibility sekolah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman memberikan
impak yang signifikan. Rentetan daripada faktor ini, beberapa isu lain akan timbul, contohnya,
maklumat kursus lewat diterima, peralatan komputer mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan
sebagainya (Johan, 2005).
Beberapa langkah susulan kerajaan seterusnya adalah memfokuskan latihan kemahiran ICT
pada Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9) juga akan melibatkan guru-guru yang mengajar di
Sekolah Agama dan yang mengajar di Sekolah Pendidikan Khas. Langkah ini selaras dengan input
yang diperoleh daripada Soon Yin dan Kooi Guan (2002) yang menyatakan bahawa latihan yang
diterima oleh guru-guru merupakan aspek yang sangat penting dalam proses menggunakan
komputer di sekolah-sekolah. Ini disokong oleh Gan (2000), yang menyatakan bahawa kekurangan
latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Merujuk kepada beberapa kajian di luar negara, antaranya School Investments in
Instructional Technology yang dijalankan oleh Office of Technology Assessment, pada tahun
1995 (dalam Pricilla & Karin, 2003), terdapat perkaitan yang relatif di antara perbelanjaan ke atas
perisian dengan keperluan latihan profesional dalam kalangan guru. Dapatan merumuskan, tanpa
perhatian yang mendalam terhadap keperluan mempertingkat kualiti latihan guru dan peningkatan
kemahiran dalam teknologi pengajaran, maka pihak sekolah akan mengalami kesukaran untuk
memperluas potensi penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kajian yang dijalankan oleh Knirk dan Gustafson (1986) mendapati bahawa kekecewaan
dan keresahan merupakan sebahagian daripada kehidupan para pengguna sistem teknologi
maklumat. Mereka sentiasa bertungkus lumus untuk cuba mempelajari bahasa komputer. Sistem
menu yang sepatutnya membantu mereka di dalam bidang tugasan menyukarkan tugas mereka.
Malah, terdapat sebahagian pengguna komputer yang mengalami perasaan fobia terhadap teknologi
komputer. Lawrence (2002) berpendapat bahawa;
to embrace technology, teachers must have positive attitudes toward it. It is
imperative that instructional technology trainers supply a supportive and nurturing
environment.
Mengenai jenis kemahiran komputer yang diperlukan, Geisert dan Futrell (1990)
menjelaskan bahawa The Association of Computing Machinery (ACM) telah menggariskan skop
dan keperluan kepada latihan berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan. Ini termasuklah
keperluan mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis program komputer yang mudah,
menggunakan program komputer dan dokumentasi, memahami dan mengetahui terminologi
perkakasan komputer, mengenali had keupayaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran,
mengetahui lokasi untuk memperoleh sumber maklumat daripada komputer, kebolehan berbincang
mengenai sejarah penggunaan komputer dalam pengajaran serta memahami impak penggunaan
komputer ke atas nilai moral dan kemanusiaan. Secara keseluruhannya, ia disokong oleh FurstBowe et al. (1996) dan Chao (2003) yang sependapat bahawa guru-guru seharusnya kompeten
dengan aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pangkalan data, grafik, melayari
multimedia dan Internet serta berkomunikasi dengan menggunakan e-mel. Kajian ini juga
menekankan kepada kompetensi yang telah dinyatakan.
3.2 Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru
Pengetahuan adalah merujuk kepada peringkat ilmu tertentu yang dipunyai oleh individu
(Anderson, 1983). Oleh itu, ia adalah berkait rapat dengan pengalaman serta kemahiran yang
dimilikinya. Merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat, terdapat perkaitan yang jelas antara
tahap kemahiran dan tahap pengetahuan (Ghafar, 1997 dalam Johan, 2005). Menurut Levine dan
Donitsa-Schmidit (1998), pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh
kekerapan penggunaan komputer, semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap
pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh
ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat.
Berdasarkan kajian oleh Sunal (1996), beliau mendapati bahawa pembelajaran yang
bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada Internet oleh pelajar. Namun
demikian keadaan ini tidak akan berlaku selagi guru tidak mempunyai pengetahuan yang dapat
membantu memudahkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar. Malah menurut Robiah dan
Juhana (2002), dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, guru
biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya dilakukan dengan tergesa-gesa. Selain
daripada itu, proses memahirkan guru untuk menjayakan Program Penggunaan Teknologi
memerlukan kos dan memakan masa yang panjang. Mengikut Charp (2003) guru memerlukan tiga
tahun untuk mahir dalam penggunaan teknologi. Menurutnya tahun pertama untuk menguasai
sumber teknikal, tahun kedua untuk meneroka kurikulum dan tahun ketiga untuk memperkemaskan
aplikasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Berdasarkan beberapa kajian lepas yang merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat
guru, Jeannette (2001), mendapati 86% guru mempelajari teknologi berasaskan komputer daripada
kawan, 80% belajar sendiri dan 24% belajar daripada kursus yang dianjurkan oleh agensi tertentu.
Kajian beliau juga mendapati bahawa sebanyak 30% guru menyatakan bahawa mereka berminat
untuk terus belajar sekiranya terdapat kursus yang sesuai ditawarkan. Manakala dapatan daripada
kajian yang dijalankan oleh Inman-Anderson dan Ditson (1999) mendapati 87% daripada guru
belajar menggunakan teknologi berasaskan komputer dengan belajar sendiri dan mendapati 40%
guru belajar daripada kawan. Kajian yang dijalankan oleh Liu et al. (2002) juga mendapati bahawa
96% guru memperoleh pengetahuan dengan belajar sendiri. Daripada kajian McMohan et al. (1999)
mendapati 55% guru-guru belajar daripada kawan. Daripada kajian tersebut dapat disimpulkan
bahawa majoriti guru memperoleh pengetahuan tentang Internet melalui pembelajaran sendiri.
Kajian yang dijalankan oleh Norizan Abdul Razak (2003) terhadap 60 orang guru pelatih di
Institut perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah mendapati 60% guru pelatih belajar
tentang ICT dalam pengajian di institut. Sejumlah 27% belajar sendiri dan 18% belajar daripada
luar pengajian di institut perguruan. Untuk pengetahuan membina perisian multimedia, 90%
menyatakan mereka belajar dalam pengajian di institut perguruan. Dapatan kajian ini menunjukkan
majoriti guru pelatih memperoleh pengetahuan menggunakan ICT daripada pengajian mereka.
Dapatan kajian ini menunjukkan kursus teknologi maklumat yang diikuti semasa di institut
perguruan banyak membantu guru memahirkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat. Secara
keseluruhannya, guru-guru perlu dilengkapkan dengan kemahiran teknologi maklumat yang
seterusnya akan meningkatkan tahap pengetahuan guru-guru.
3.3 Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Aiken (1976) dan Ajzen (1988) sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu
yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi,
institusi, konsep atau individu lain. Beberapa tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa
wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap dengan penggunaan teknologi maklumat dengan
pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim & Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999;
Krishnan et al., 2007). Dalam satu kajian yang melibatkan penggunaan komputer di empat buah
sekolah di Amerika Syarikat, latihan teknologi maklumat yang konsisten terhadap kakitangan telah
dikenal pasti sebagai satu faktor yang penting yang memupuk sikap positif dalam kalangan guru
yang seterusnya membawa kepada perubahan dalam aktiviti profesional guru dalam teknologi
maklumat selepas dua tahun (Rockman, Pershing & Ware, 1992 dalam Soon Yin & Kooi Guan,
2002).
Jika dianalisis daripada aspek demografi, dapatan oleh Azhar Haji Ahmad (1998) dalam
kajiannya mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan
responden lelaki dengan responden perempuan pada enam sub skala sikap terhadap komputer iaitu
keyakinan, tingkah laku, kesukaan, penggunaan, kecekapan dan sikap kognitif. Walau
bagaimanapun, dapatan oleh Ong dan Lai (2003, dalam Su Luan et al. ,2005) adalah sebaliknya, ia
menunjukkan terdapat persepsi yang lebih baik khususnya daripada responden lelaki untuk tahap
kemahiran, keupayaan dan pembelajaran secara e-Learning menggunakan komputer berbanding
dengan responden perempuan. Dapatan ini juga disokong oleh kajian terdahulu oleh Liaw (2002)
dan Chen dan Tsai (2005, dalam Su Luan et al. ,2005) yang mendapati bahawa responden lelaki
mempunyai persepsi yang lebih baik terhadap komputer dan teknologi web berbanding responden
perempuan. Walau apa pun dapatan daripada kajian lepas, penyelidik bersetuju dengan Kirkpatrick
dan Cuban (1998) yang menyatakan bahawa jurang tahap kemahiran dan sikap terhadap jantina
akan dapat dikurangkan jika didedahkan kepada pengalaman serta kemahiran yang sama dalam
bidang komputer.
Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan umur, Ting Kai Chu (1998)
mendapati, secara keseluruhannya guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadap
komputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guru-guru muda ini telah terdedah
dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di universiti sedangkan golongan guru yang lebih
berusia tidak mengalaminya. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Mukama dan Andersson
(2007), iaitu guru-guru yang berusia enggan untuk berubah ke arah pengintegrasian komputer di
sekolah berbanding guru-guru baru yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini menunjukkan
golongan muda lebih terdedah kepada teknologi baru. Justeru itu, ia meningkatkan tahap
penerimaan dan penggunaannya. Ini disokong oleh Mortimer dan Scott (2003: 35) menyatakan
pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi sikap terhadap komputer. Menurut beliau
kebanyakan guru tidak memahami bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan
pengajaran di kelas. Bagaimanapun menurut beliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru
menyatakan tidak bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi kumpulan guru
yang lebih muda, yang membesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan
menggunakan komputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap
positif terhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru
yang bersikap negatif terhadap komputer.
Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan taraf dan status jawatan serta bidang
pengkhususan (opsyen), kajian oleh Mohamad Nabzrim dan Mohamad Nayan (1997) menunjukkan
data yang diperoleh daripada soal selidik dan temu bual terhadap penggunaan komputer dalam
kalangan guru bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan penggunaan komputer. Ini
disokong oleh Mukama dan Andersson (2007) yang menyatakan bahawa faktor taraf jawatan dan
pengkhususan tidak memberi kesan terhadap sikap guru terhadap komputer. Namun demikian,
dapatan kajian oleh Adenan (1999) menyatakan bahawa sikap yakin dalam kalangan guru terhadap
penggunaan komputer mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor latihan, kemudahan
komputer dan galakan pentadbir. Berdasarkan beberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk
berubah juga faktor signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin
terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem
peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperoleh
pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang sedia baik untuk
pelajar. Ini ditambah lagi dengan kurangnya kursus khususnya guru-guru yang berkhidmat di
pedalaman yang seterusnya akan menyemai sifat technophobia (Mukama & Andersson, 2007).
Penyelidik amat bersetuju dengan hujah ini.
Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin berkembang,
guru seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan. Matlamat ini menuntut sikap positif
guru terhadap teknologi maklumat dan inisiatif ini boleh dimulakan dengan mengintegrasikan
aplikasi ini dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya akan memanfaatkan golongan
pelajar.
4. Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat
Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai productivity tools yang
dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Namun begitu
apakah kemahiran dan pengetahuan asas yang perlu ada pada seseorang guru? Menurut Chao et al.
(2003), seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas
menggunakan komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan
data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, grafik, menggunakan teknologi
Internet, laman web serta pengetahuan bagaimana komputer berfungsi.
Menurut Hayes (2006), teknologi komputer membantu dalam pembelajaran pelajar melalui
dua cara: Dengan membolehkan pengguna memperoleh maklumat serta kemahiran dan
mempraktikkannya dengan membantu pelajar lain untuk menguasai kemahiran tersebut dan
seterusnya mengaplikasikannya dalam situasi yang lain. Fine dan Thornbury (2006), sebagai contoh
menyatakan bahawa pelajar yang diberikan komputer riba (laptop) menggunakannya lebih kerap
untuk kerja sekolah daripada bermain permainan (games). Ia juga mendapati bahawa komunikasi
pelajar tersebut dengan pelajar yang lain bertambah baik. Ini menunjukkan bahawa komputer tidak
dapat dinafikan berfungsi sebagai alatan teknologi untuk meningkatkan kebolehan serta bakat
pelajar, merevolusikan cara pemikiran mereka dan memberikan mereka akses kepada dunia (Peck
& Dorricott, 1994). Peck dan Dorricott juga menyatakan bahawa koleksi aplikasi komputer yang
juga dikenali sebagai alatan produktiviti (productivity tools) boleh meningkatkan cara pelajar
berfikir dan membuat tugasan. Alatan produktiviti ini termasuklah hamparan perkataan, hamparan
elektronik, pangkalan data, persembahan elektronik dan Internet. Johnson (1996) menekankan
bahawa alatan produktiviti seperti pemproses perkataan, pangkalan data, hamparan elektronik,
program persembahan, perisian pengarangan multimedia, e-mel, alatan penghasilan video, bahan
rujukan digital, indeks elektronik dan enjin pencari rangkaian adalah medium penggunaan
teknologi. Jeyagobi dan Subramaniam (2007: 45) menambah bahawa teknologi maklumat dikatakan
sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada
lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang berbagai-bagai bentuk.
Mereka menambah bahawa kemajuan teknologi maklumat pada hari ini membolehkan komunikasi
dilakukan di dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod.
4.1 Pemprosesan Perkataan
Aplikasi pemprosesan perkataan adalah merujuk kepada perisian komputer yang
membolehkan pengguna menulis, memadam, menyelit, menukar dan mengedit ayat. Ia konsisten
dengan definisi oleh Weiss (2003) yang menyatakan pemprosesan perkataan adalah aplikasi
komputer yang membolehkan pengguna memasukkan, menyimpan, memanipulasi dan mencetak
teks. Walau apa pun definisi yang diberikan, pemprosesan perkataan adalah aplikasi menulis
komputer yang menggantikan alatan penulisan tradisional seperti pensel, kertas dan mesin taip. Ini
disokong oleh Irons (2002), yang turut menyatakan bahawa aplikasi pemprosesan perkataan
khususnya Microsoft Word adalah aplikasi yang mudah digunakan, bermanfaat serta merupakan
program yang stabil. Rajah 4 menunjukkan antara muka untuk aplikasi pemprosesan perkataan.
Dapatan oleh Weiss (2003) dalam kajiannya yang membandingkan dua kumpulan pelajar
dalam subjek penulisan perniagaan yang salah satu kumpulan pelajar didedahkan dengan perisian
pemprosesan perkataan. Weiss (2003) membuat empat kesimpulan berdasarkan kajian beliau 1)
Kumpulan yang menggunakan komputer menulis lebih banyak berbanding kumpulan yang tidak
menggunakan komputer; 2) Kumpulan yang menggunakan komputer dapat mempelajari kemahiran
pemprosesan perkataan dengan cepat yang menggambarkan bahawa mereka selesa dengan
menggunakan perisian pemprosesan perkataan untuk menulis tugasan; 3) Jadual kerja mingguan
menunjukkan bahawa kumpulan yang menggunakan komputer memperuntukkan lebih banyak masa
untuk menulis tugasan; 4) Lapan puluh sembilan peratus pelajar dalam kumpulan yang
menggunakan komputer menjadi penulis yang baik.
Selain pelajar, golongan pendidik juga mendapat kesan positif dengan penggunaan perisian
pemprosesan perkataan. Sebagai contoh, Morrison (2000) menggambarkan bagaimana beliau
mengintegrasikan pakej pemprosesan perkataan dalam pengajarannya. Beliau telah menggunakan
pakej pemprosesan perkataan untuk dengan menaip semua respons pelajar pada komputernya dan
menggabungkannya dan mengedit kemudian menayangkannya pada skrin. Beliau menjelaskan
bahawa kerja leceh seperti menulis respons kemudian menulis semula selepas mengedit dapat
dielakkan dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan. Adalah penting untuk diingat
bahawa, pelajar, guru dan penulis telah mendapat kesan yang amat baik dengan penggunaan
perisian pemprosesan perkataan (Su Luan, 2002). Aplikasi pemprosesan perkataan boleh digunakan
oleh kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar. Guru boleh menggunakannya daripada aspek
penyediaan aktiviti pengajaran harian, slip kebenaran, pembuka cerita, edaran nota kepada pelajar
dan surat kepada ibu bapa atau penjaga pelajar. Pelajar boleh menggunakan aplikasi pemprosesan
perkataan ini dalam menyediakan laporan projek kumpulan, laporan penyelidikan, menyediakan
bahan yang boleh dihubungkan terus dengan Internet dan sebagainya.
4.2 Hamparan Elektronik
Aplikasi hamparan elektronik adalah merupakan alatan yang biasanya digunakan oleh guru
untuk mengutip, menganalisis data dan dalam pengurusan markah pelajar. Ini selaras dengan
keupayaan hamparan elektronik yang boleh digunakan untuk mengenal pasti corak berangka dan
keupayaanya untuk membina graf, carta dan menjalankan operasi matematik. Menurut Walkenbach
(2003) aplikasi hamparan elektronik yang merujuk pada Microsoft Excel adalah mesra pengguna
kerana ia memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang memudahkan pengguna baru. Ciri-ciri baru
meliputi pembinaan carta, analisis data dan tool bar yang diperkembangkan mengikut aplikasi
Microsoft Word. Rajah 5 menunjukkan antara muka untuk aplikasi hamparan elektronik.
Dalam subjek sains khususnya, penggunaan hamparan elektronik digunakan secara meluas.
Sebagai contoh melibatkan aktiviti seperti mengukur dan merekodkan isi padu air yang disimpan
dalam botol yang berlainan dan pada ketinggian yang berbeza (Niess, 1994). Data yang diperoleh
akan diterjemahkan dalam bentuk graf menggunakan hamparan elektronik dan pelajar akan
membandingkan garis lengkung pada graf yang berbeza untuk botol yang berlainan. Penggunaan
hamparan elektronik bukan sahaja banyak diaplikasikan dalam kurikulum sains dan matematik
tetapi boleh juga digunakan untuk subjek lain (Weiss, 2003). Malahan hamparan elektronik juga
banyak digunakan dalam bidang pengajian lain seperti astronomi, kaji cuaca dan sebagainya.
(2004) yang mengkaji sama ada pelajar lebih meminati sesi pengajaran menggunakan PowerPoint
atau overhead transparencies. Dapatan menunjukkan pelajar cenderung kepada penggunaan
PowerPoint tetapi kajian juga mendapati bahawa bahan yang digunakan dalam persembahan
mestilah relevan dengan mata pelajaran jika tidak ia tidak akan dapat membantu pelajar secara
khusus dalam ujian atau peperiksaan. Rajah 7 menunjukkan antara muka untuk aplikasi
persembahan.
sahaja untuk ditayangkan pada skrin ini serba sedikit memberikan keyakinan kepada guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
4.5 Internet
Meski pun terdapat pelbagai alatan produktiviti (productivity tools) dalam pasaran,
penggunaan Internet semakin meningkat. Penggunaan Internet pada masa kini adalah suatu
kebiasaan dan seseorang yang tidak mempunyai komputer pun pasti pernah terlihat dan terdengar
tentang Internet. Faedah penggunaan Internet dalam bidang pendidikan adalah amat jelas kerana ia
adalah platform untuk komunikasi elektronik di antara pelajar, guru-guru, pihak pentadbir,
penyelidik, institusi dan juga dengan komuniti (Jewitt, 2006; Rozinah Jamaludin, 2007). Ia juga
menyediakan sumber maklumat tanpa batasan (Mackey, 2002: 89), bayangkan sahaja jika anda
ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu topik dengan menggunakan enjin pencari (seacrh
engine) , contohnya Google tidak mustahil jika anda mendapat lebih daripada 500,000 sumber
untuk topik berkenaan sahaja. Namun begitu pemilihan laman web yang relevan dengan topik
terletak pada pertimbangan anda. McKenzie (2003) menyatakan bahawa salah satu keunikan
Internet adalah maklumatnya adalah percuma dan pertukaran maklumat secara percuma adalah
salah satu budaya dalam Internet. Rajah 8 dan 9 menunjukkan antara muka untuk aplikasi Internet.
RUJUKAN
Adenan Husin. (1999). Faktor yang Mempengaruhi Sikap Guru Terhadap Penggunaan
Komputer.Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.
Aiken, L. R. (1976). Update and other Affective Variables in Learning Mathematics. Review Of
The Educational Research 46: 293-311.
Ajzen, I. (1988). Attitudes, Personality and Behaviour. Illinois: Dorsey Press.
Azhar , H. A. (1998). Penggunaan komputer dalam kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di
Bandaraya Kuching Utara. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak.
Chao, T., Butler, T. and Ryan, P. (2003). Providing a Technology Edge for Liberal Arts
Students. Journal of Information Technology Education 2: 331-348.
Charp, S. (2003). Professional Development. Journal Article Excerpt 30: 122-136.
Daily Express. (2007). Knowledge On IT Use Still Low. 5 August: 3.
Deacon, A., Jaftha, J. and Horwitz, D. 2004. Customizing Microsoft Office to Develop a
Tutorial Learning Environment. British Jurnal of Educational Technology, 32(2): 65-72
Dragan,
V.
R.
(2003).
Microsoft
Access
2003,
http://www.pcmag.com/article2/0,2817,1818935,00.asp. Retrieved 12 December 2008.
Fine, C. and Thornbury, M. L. (2006). ICT: Play and Exploration. Learning and Teaching with
Information and Communications Technology 1: 21-36.
Furst-Bowe, J., Boger, C., Franklin, T., Mclntyre, B., Polansky, J. and Schlough, S. (1996). An
Analysis of Required Computer Competencies for University Students. Journal of
Research and Computing Education 28(2): 166-198.
Gan, S. L. (2000). IT and Education in Malaysia: Problems, Issues and Challenges. Kuala
Lumpur: Longman.
Geisert, P. and Futrell, M. K. (1990). Teachers, Computers and Curriculum: Microcomputers in
the Classroom. Boston: Allyn and Bacon.
Hayes, M. (2006). What do the children have to say? Learning and Teaching with Information
and communications Technology 1: 7-20.
Hirtle, B. Constructing a Collaborative Classroom. (1996). Learning and Leading with
Technology 7: 19-21.
How
Stuff
Works.
(2005).
Expert
Review:
Microsoft
PowerPoint
2003,
http://products.howstuffworks.com/microsoft-powerpoint-2003-review.htm. Retrieved 12
December 2008.
M.
L.
(2002).
Product
http://www.rdrop.com/~half/General/ProductReviews/Word9x.html.
December 2008.
Review,
Retrieved
12
Mahathir Mohamed. (1998). Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk Publication
(M) Sdn. Bhd.
McKenzie, J. K. (2003). Past, Present, and Future of Computer-Tailored Nutrition Education.
American Journal of Clinical Nutrition 77(4): 102-121.
McMohan, J., Gardner, J., Gray, C. and Mulhern, G. (1999). Barrier to Computer Usage: Staff
and Student Perceptions. Journal of Computer Assisted Learning 15: 56-68.
Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran
ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st
International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala Lumpur. 28 Ogos.
Mohamad Nabzrim dan Mohamad Nayan. (1997). Penggunaan komputer di kalangan guru-guru
dalam pengurusan kurikulum di sekolah menengah daerah Sik, Kedah. Kertas Projek
Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. (Tidak diterbitkan).
Mohammed Sani, Nordin, M. dan Roslee, M. (2004). Budaya ICT di Kalangan Guru-Guru Sains
dan Matematik: Trend dan Isu. Jurnal Pendidikan 7: 15-24.
Morrison, J. L. (2000). Teacher use Computers. Victoria Park: Napier Publication.
Mortimer, E. and Scott, P. (2003). Meaning Making in Secondary Science Classroom. London:
Continuum.
Mukama, E. and Andersson, S. B. (2007). Coping with change in ICT-Based Learning
Environments: Newly qualified Rwandan Teachers' Reflection. Journal of Computer
Assisted Learning 24: 156-166.
Niess, L. M. (1994). Analyzing and Interpreting Graphs in the Middle Grades-Bottles and
Beyond. The Computing Teacher 4: 27-29.
Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya dan Nurazariah Abidin. (2006). Persepsi Guru-Guru
Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kertas Kerja
Pembentangan Seminar SITMA. Terengganu. 19-20 Ogos.
Norizan Abdul Razak. (2003). Computer Competency of In-Service ESL Teachers in Malaysian
Secondary Schools. Doctor of Philosophy Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Patricia, J. F. and William, J. G. (2003). MIcrosoft Office for Teachers. New Jersey: Pearson
Education.
Peck, K. L. and Dorricot, D. D. (1994). Why Use Technology?. Educational Leadership 51(7):
11-14.
Pelgrum, W. J. 2001. Obstacles to the Integration of ICT in Education: Results from Worldwide
Education Assessment. Computer Education 37: 163-178.
Pricilla, N. and Karin, M. W. (2003). Teaching with Technology. Vancouver: Thomposon
Wardsworth.
Robert, A. B. and Kristi, M. C. (2004). Computer in Education . Guilford: McGraw Hill.
Robiah dan Juhana. (2002). Keyakinan Guru-Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi dalam
Kurikulum. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah 4(2): 23-36.
Rozinah Jamaludin. (2007). Internet dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002). Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam PengajaranPembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002 Pendidikan guru 2: 62-72.
Su Luan, Wong. (2002). Development and Validation of an Information Technology (IT) Based
Instrument to Measure Teacher's IT Preparedness. Doctor of Philosophy Thesis.
Universiti Putra Malaysia.
Su Luan, Wong, Sidek Abdul Aziz, Aida Suraya Mohd Yunus, Zakaria Sidek, Kamariah Abu
Bakar dan Hamidah Maseran. (2005). Gender Differences in ICT Competencies among
Academicians at Universiti Putra Malaysia. Malaysian Online Journal of Instructional
Technology 2(3): 62-69.
Sunal, D. W. (1996). The Impact of Network Communication Technology on Science Teacher
Education. Journal of Computers in Mathematics and Science Teaching 11(2): 143-153.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. (2007). Komunikasi dan Multimedia : Fakta
dan Angka Terpilih. Selangor: Percetakan Nasional.
Taylor, R. P. (1980). The Computer In The school: Tutor, Tool, Tutee. New York: Teacher
College Press.
The Star. 2007. Highlight of Report Card. 4 Julai: 8.
Ting, K. C. (1998). Attitudes of Teachers towards Information Technology in Education in Miri.
Master Thesis. Universiti Malaysia Sarawak.
Vallance, M. and Towndrow, P. A. (2007). Towards the 'Informed Use' of Information and
Communication Technology in Education: A Response to Adams' 'PowerPoint', Habits of
Mind, and Classroom Culture. Journal of Curriculum Studies 39(2): 219-227.
Walkenbach, J. (2003). Excel 2003 Review, http://j-walk.com/ss/excel/xl2003.htm. Retrieved 12
December 2008.
Weiss, T. (2003). Word processing in the Business and Technical Writing Classroom Computers
and Composition 5(2): 57-70.
William, M. D. (2000). Integrating Technology into Teaching and Learning: Concepts and
Application (An Asia-Pasific Perspective). London: Prentice Hall.
Zulkifli Mohamed. (1985). Instructional Application of Computer in School System: An
Analysis. Master Thesis. University of Scranton.