Anda di halaman 1dari 31

Tokoh Tokoh

Islam
NAMA: MUHAMMAD FIRDAUS BIN
IBRAHIM
KELAS: 5 ALPHA
NAMA GURU: PUAN JAMILAH BINTI
MAT YUNUS

IBNU SINA
( BAPA
PERUBATAN)

RIWAYAT HIDUP

Nama: Al-Husain bin Abdullah bin Ali bin Sina


Gelaran: Ibnu Sina (Timur) @ Avicenna(Barat)
T/Lahir: 370 Hijrah Bersamaan 980 Masihi
T/Lahir: Afsyanah, Bukhara, Tukistan
Bapa: Seorang pengusaha Kharmaishan, Bukhara
Berpindah ke Khawarizmi, Jurjan, Rai dan Hamazan pada tahun 390 H/100 M

selepas bapanya meninggal


Bertugas sebagai pakar perubatan di Wilayah Rai.
Penasihat agung amir ala daulah di Asfahan.
Meninggal dunia pada 428 H/1037 M di Hamazan.
Tekun mempelajari ilmu
- Membaca buku
Metafizik karangan
'Aristotle' sebanyak 40
kali.
Berinovatif
- Sentiasa melakukan
penyelidikan dan
menghasilkan karya
dalam ilmu perubatan.

KEPERIBA
DIAN IBNU
SINA

Pintar
- Berjaya
menguasai
pelbagai ilmu
nakliah ketika 18
tahun.

Taat agama
- Sentiasa berdoa kpd
Allah terutama ketika
buntu.
-Memohon petunjuk
daripada Allah di masjid

Ibnu
Sina
Mula mempelajari Al Quran Pendidikan
semenjak usia
5 tahun.
Menghafaz ketika umur 10 tahun
Mempelajari :
- Ilmu fikah dan tasawuf drpd Ismail al -zahid
- IImu Hisab dan Prinsip geometri drpd Muhammad al-Masah
- Ilmu Falsafah drpd Abu Abdullah al-Natali
- Ilmu Sains dan Ilmu Astronomi drpd al-Biruni.
Ketika berusia 16 tahun, beliau menguasai ilmu perubatan dan muncul sebagai Pakar
Perubatan yang ulung hasil usaha gigih beliau.

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN


Kesarjanaan Ibnu Sina mendapat pengiktirafan dunia.
Kepakaran beliau pernah digunakan untuk merawat :
- Penguasa Bukhara (Nuh bin Mansur)
- Jurjan(al-Amir Syamsul Maali Qabus bin Syamkir)
- Hamazan (al-Amir Syamsul al-Daulah)
- Asfahan (al-Amir Ala al-Daulah).
Karya:
- Al-Qanun Fi-Tiib
- Adawiyah Qalbiyyah
- Alfiyyah Tibbiyyah
Penemuan penyakit baru dan puncanya:
- Pengaruh kuman dalam penyakit
- Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya
- Penyakit seperti Rubella, Allergik, Cacar(smallpox), Penyakit jiwa.
Penemuan dalam bidang Farmasi:
- Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk penyakit kronik, ubat bius.
Membangunkan teknologi perubatan
- Mencipta benang khusus utk menjahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain.

Menggilap
kembali bidang
perubatan yang
malap ketika itu

Menggunakan
peralatan canggih
contohnya: organ
dalaman
menggunakan x-ray
dan ultrasound

Kesan peninggalan Ibnu Sina


dlm bidang ilmu perubatan
Penyelidikan dan
penulisannya banyak
mempengaruhi
perkembangan ilmu
perubatan moden

Memperkenalkan
method
pemerhatian dan
analisis

Sumbangan Ibnu Sina


dalam bidang ilmu dan
pemikiran

* Menghasilkan 116 karya dlm pelbagai bidang seperti falsafah, Mantik( ilmu
logik), Matematik, Astronomi, Kimia, Biologi, Fizik dan Sains Politik

* Buku-buku telah dihimpunkan oleh Domanican Institute for Oriental Studies di


Kaherah, Mesir.
* Diterjemah dalam Bahasa Arab oleh Liga Arab (1950 M) yg
bertajuk"Muallafatul Ibnu Sina"
*Digunakan oleh sebuah institusi pendidikan di Hungary yang dinamakan
Avicenna College.

IBNU
KHALDUN

( SEJARAWAN
ULUNG)

RIWAYAT HIDUP

Nama: Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad.


Gelaran: Ibnu Khaldun.
T/Lahir: 732 Hijrah Bersamaan 1332 Masihi
T/Lahir: Tunisia (Tanah air dan medan ilmu pertama bagi Ibnu Khaldun)
Keturunan: Arab Yaman yang berhijrah ke Andalusia.
Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria, Fez, Granada, Bougie dan Mesir

setelah Tunisia diserang wabak Taun pada 749 Hijrah.


Bapanya seorang sarjana
Jawatan penting negara:
- Setiausaha Negara di Istana Sultan Abu Ishak bin Abi Yahya dan Sultan Abu
Annan

- Anggota Majlis Ilmiah dan Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim
bin Abi al-Hasan di Fez, Maghribi
- Duta Granada, Hajib (Perdana Menteri) Bougie
- Qadi al- Qudhah (Ketua hakim negara) Mesir.
Meninggal dunia pada 808 H/1406 M di Kaherah (87 tahun)

KEPERIBAD
IAN IBNU
KHALDUN
Kreatif
-Karyanya Muqaddimah Ibnu
Khaldun lahir hasil drpd
pengalaman dan kreativiti beliau
mengetengahkan sejarah dlm
bidang ilmu tersendiri.
- Buku ini dijadikan bahan kajian
oleh sarjana timur dan barat
hingga kini.

Tekun mencari ilmu


-Mencari ilmu fardu ain dan fardu
kifayah sejak kecil
- Bijak membahagikan masa
antara masyrakat dan menuntut
ilmu.
Berjiwa pemimpin
-Menjadi pegawai tertinggi istana,
ketua hakim negara.
- Jawatan berdasarkan kecekapan
dlm pentadbir serta keupayaan
mengemukakan idea utk kemajuan
negara.

Pendidikan Ibnu Khaldun

Beliau mempelajari asas agama dan Bahasa Arab daripada:


- bapanya, Abdul Rahman bin Muhammad
- Muhammad bin Abdul Muhaimin al-Hadhrami
- Muhammad bin Sadi bin Barral al- Ansari
- Muhammad bin As-Syamsi al-Zarzali.
Mempelajari ilmu Fardu Kifayah seperti Mantik, Falsafah, Sains dan Matematik
dari gurunya Muhammad bin Ibrahim al-Abili.
Di Parsi, beliau mendapat pendidikan tinggi dari beberapa orang guru terkenal
seperti Ahmad bin al-Qassar dan Lisanuddin bin al-Khatib iaitu pengarang kitab
Tarikh Granada (Sejarah Granada), dan Muhammad bin Abdul Salam.

Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai Bidang

Menganalisis tamadun dari segi permulaan dalam faktor kegemilangan serta


kejatuhannya. Memberi tafsiran dalam bidang psikologi, ekonomi, sosial, alam sekitar
dan geografi.
Kitab al-Muqaddimah menarik minat pengkaji dan pemikir untuk menobatkannya
sebagai tokoh, sarjana dan sejarawan.
Banyak menabur jasa untuk negara dengan menyandang pelbagai jawatan penting.
Penggiat budaya dan Kesusasteraan Arab
- Pengajian kesusasteraan dengan Syeikh Muhammad bin Bahar bin Tunisia
dimanfaatkan dan membolehkannya menghasilkan banyak syair.

Sumbangan Ibnu
Khaldun dalam bidang
ilmu dan pemikiran
* Menganalisis aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan
dalam karyanya.
* Pelopor kepada pemikiran moden khususnya dlm bidang sejarah,
politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
* Karyanya dijadikan bahan kajian dan rujukan dlm bidang tersebut.
* Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil
kombinasi keunggulan aspek rohani dan jasmani.
* Pemikiran beliau dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel dan
persediaan ilmiah, judul buku, tesis pengajian tinggi.
*Amerika menamakan satu anugerah ilmiah iaitu Ibn Khaldun Chair of
Islamic Studies.
* Jakarta menamakan satu universiti iaitu Universiti Ibnu Khaldun.

KARYA AGUNG IBNU KHALDUN

Beliau telah menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam
penelitian dan analisis laporan Sejarah:
- Membandingkan antara peristiwa-peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab.
- Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang

berlaku.
- Mengambil kira pengaruh iklim dana lam sekitar terhadap apa yang berlaku.
- Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
Beliau berpendapat asas pembinaan negara ialah agama, ekonomi dan akhlak
pemimpin serta rakyatnya. (Berdasarkan pemerhatian sepanjang penglibatan dalam

pentadbiran di pelbagai tempt yang berbeza)


Karya : Al-Muqaddimah
- Membuka era baru dalam beberapa bidang ilmu seperti ilmu sejarah dan
pengsejarahannya, sosiologi, politik, dan psikologi pendidikan.

SAYYID
JAMALUDDIN
AL-AFGHANI

( PEJUANG ISLAM YANG


GIGIH)

RIWAYAT HIDUP

Nama: Sayyid Jamaluddin bin Safdar al-Afghani


Gelaran: Sayyid
T/Lahir: 1254Hijrah Bersamaan 1838 Masihi
T/Lahir: Asadul Abid, Kabul
Keturunan:- Bersambung dengan Ali Karamallah wajhu dan Rasulullah.
- Bersambung juga dengan Imam Tarmizi (Ulama hadis terkenal)

Beliau banyak merantau untuk menyebarkan idea Islah. (Mekah, India,Mesir,

Istanbul, Iran, Rusia, Baghdad, Paris dan London).


Pengaruhnya yang besar terhadap umat islam menyebabkan beliau sering diburu
oleh Perancis dan Inggeris.
Beliau dilantik sebagai anggota Majlis Maarif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul,
Turki.
Meninggal dunia pada 5 syawal,1314 Hijrah/ 9 Mac 1897 Masihi (60 tahun)

KEPERIBADIAN
SAYYID
JAMALUDDIN
AL-AFRANI

Berani memperjuangkan
kebenaran
-Petah berpidato untuk menaikkan
semangat umat islam supaya
bersatu menentang penjajah
sehingga diusir dari India, Turki
dan Mesir
Suka merantau
-Beliau suka mengembara untuk
mengkaji kedudukan umat islam,
menyebarkan idea Islah yg banyak
mempengaruhi perkembangan
islam khususnya di Timur.

Tekun
-Baliau menguasai
pelbagai ilmu dan
bahasa.

PENDIDIKAN SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI

Semasa berumur 18 tahun, beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan seperti
Al-Quran, Nahu, Soraf, Balaghah, Mantik, Falsafah, Matematik, Astronomi, Perubatan dan

Anatomi.
Beliau bermusafir ke India untuk mendalami ilmu Matematik Moden.
Beliau turut mengusai bahasa dunia iaitu Bahasa Afghanistan, Parsi, Arab, Turki, Urdu,
Perancis, Inggeris dan Rusia.

SUMBANGAN SAYYID JAMALUDDIN DALAM BIDANG PEMIKIRAN DAN GERAKAN ISLAM

Penggerak perjuangan menentang penjajah


Beliau merantau ke beberapa negara untuk menyatukan umat Islam serta mengembalikan
keyakinan mereka menentang penjajah.
Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat islam.
Contoh: Cuba mengembalikan keyakinan umat islam terhadap keupayaan mereka menentang
penjajah dengan pidatonya.
Beliau menghasilkan beberapa karya yang berbentuk ilmiah seperti al-Amal al-Kamilah, arRaddu ala ad-Dahriyyin, Tutimmahh al-Bayaan fi Tarikh Afghanal, Khatiratat-Tukayyufat ala
Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-Adhuidiyah.
Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti al-Urwah al-Wuthqa, Misr, at-Tijarah dan alKhafiqin.

IDEA ISLAH SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI

Islah bermaksud pembaikan atau perubahan kearah yang lebih baik.

Bentuk Islah yang dibawa


Usaha mengembalikan kecemerlangan umat Islam sebagaimana zaman Khulafa Ar-Rasyidin.
Membina perpaduan tanpa mengira bangsa, budaya melalui gagasannya.
Berdasarkan landasan Al-Quran dan Hadis, beliau mengkritik taklid Ama (mengikut secara
membuta tuli) menyeru umat Islam supaya kembali kpd ajaran Islam yg tulen serta sesuai
dilaksanakan sepanjang masa dan semua tempat.
Beliau cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik mazhab yg memecahkan kesatuan
umat Islam.Sebaliknya umat Islam mestilah menumpukan perhatian kpd usaha memerdekakan
tanah air dan pemikiran mereka drpd penjajah.
Kesan Islah yang dibawa
Idea ini disambung oleh Muhammad Abduh dan Rashid Redha. Gerakan Islah lebih besar
berbanding Gerakan Islah di India yang dipelopori oleh Shah Waliyullah al-Dahlawi (meninggal pd
1176 Hijrah)
Malaysia: Gerakan Islah digerakkan oleh siswazah dari Universiti Pengajian Tinggi di Mesir dan
Mekah iaitu Sayyid Sheikh al-Hadi, Syeikh Abu Bakar al-Ashaari
Meningkatkan daya fikiran umat islam. Mereka mengkaji semula pemahaman dan amalan
masyarakat, membetulkan menurut Tafsir Al-Quran dan As-sunnah.
Mengembalikan keyakinan umat islam tentang kemuliaan dan kekuatan yg ada dlm diri mereka.
Hasilnya, timbul kesedaran dari kalangan umat islam utk berjuang membebaskan tanah air dari
penjajahan Barat.

Untuk
membangunkan
diri dan
melaksanakan
ajaran yg murni
Memberi keyakinan
kpd umat Islam
tentang kesesuaian
Islam dilaksanakan
pd setiap masa dlm
sebarang situasi

KEPERLUAN INDIVIDU
TERHADAP ISLAH

Sebagai pelajar kita


mestilah mempunyai
sikap positif.

SHEIKH
MUHAMMAD
ABDUH
( TOKOH ISLAH AGUNG)

RIWAYAT HIDUP

Nama: Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah


T/Lahir: 1265Hijrah Bersamaan 18349 Masihi
T/Lahir: Tanta, Mesir
Pada tahun 1882 Masihi, beliau dibuang negeri kerana dituduh terlibat dengan pemberontakan
Urabi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis. Disana, beliau menerbitkan

majalah Al-Urwatul Wusqa bersama gurunya, Sayyid Jamaluddin al-Afghani.


Pernah menjadi guru di Masjid Al-Husaini dan Darul ulum Mesir, guru di sekolah Al-Sultaniah
Beirut, Hakim di Mahkamah Rayuan Mesir, Anggota Majlis Pengurusan Universiti Al-Azhar dan

Mufti Kerajaan Mesir.


Meninggal dunia pada 1314 Hijrah/ 1905 Masihi di Iskandariah, Mesir.

Berani

KEPERIBADIAN
SHEIKH
MUHAMMAD
ABDUH

- Berani menyatakan idea


Islahnya walaupun terpaksa
berhadapan dgn pancaroba
yg besar
Berketerampilan
-Tokoh ulama' yg

berketerampilan.
- Diberi kepercayaan utk
menyandang beberapa
jawatan penting dlm
negara.

Tegas dan Penyayang


-Tegas tapi penyayang
terhadap muridnya.
- Menubuhkan Jam'iyyah
Khairiyyah utk membantu
muridnya yg menghadapi
masalah kewangan.

PENDIDIKAN SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

Belajar membaca dan menulis daripada bapanya sendiri.


Mempelajari Al-Quran serta menghafaznya dlm masa 2 tahun.
Mempelajari bahasa Arab di Masjid al-Almahdi
Mempelajari Tasawwuf dan Tatabahasa Arab dari Sheikh Darwish Khudri dan Sheikh

Darwish.
Mempelajari pelbagai ilmu termasuk ilmu Hisab dan Falsafah dengan Sheikh Hasan
Thowall.
Pada tahun 1896, beliau berkesempatan mendampingi dan mendalami bidang akademik
dan pemikiran Islam dgn Sayyid Jamaluddin Al-Afghani yg mengunjungi Mesir.
Pada tahun 1877, beliau memperoleh ijazah dari Universiti Al-Azhar.

ALIRAN PEMIKIRAN SYEIKH MUHAMMAD ABDUH SERTA PERJUANGANNYA


i.

AKIDAH
- Beliau menyeru umat Islam supaya kembali kpd ajaran Islam yang sebenar dalam
bentuknya yang asli dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak zaman
asalkan tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.

ii.

INTEGRASI ILMU
- Beliau mencadangkan ilmu fardhu kifayah seperti Matematik, Falsafah, Geografi,
-

dan Sains dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah dan universiti.


Saranan beliau diterima oleh kerajaan Mesir. Sukatan pengajian Universiti Al-Azhar
diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan model kepada pusat-pusat
pengajian tinggi di seluruh dunia.

iii.

KECEKAPAN PENTADBIRAN
- Semasa menjadi hakim, beliau mendapati sistem pentadbiran kehakiman yang tidak
-

sistematik dan perlu pengislahan.


Pengislahan yang dilakukan diabadikan di dalam karyanya At-tahrir fi islah alHakim As-Syariah.

Inspirasi Gerakan Islah


Sayyid Jamaluddin yg
menjurus ke arah
integrasi ilmu.
Kekurangan
prasarana
pendidikan serta
bantuan dari
kerajaan yg
menyebabkan
golongan miskin
terpinggir.

FAKTOR MELAKUKAN
PENGISLAHAN DALAM
SISTEM PENTADBIRAN

Kesedaran
keperluan Islah
dlm kokurikulum
sudah
ketinggalan
zaman.

Sistem pentadbiran
lebih menjurus
kearah taklid dan
jumud(pasif)

METHOD ISLAH
SYEIKH
MUHAMMAD
ABDUH

Proses pengajaran di
Masjid Al-Husin, Darul
Ulum dan Universiti alAzhar

Karya-karya seperti
Risalah At-Tauhid,
Tafsir Juz Amma,
Tafsir Suratul Asr,
Risalah Al-Rad Ala AlDahriyyin

Media massa
seperti Majalah AlUrwatul Wusqo

SUMBANGAN SYEIKH MUHAMMAD ABDUH


Idea-idea yang dibawa telah mengubah pandangan umat islam
terhadap Islam yg sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana
Muslim yg jumud dan pasif.
Melalui artikel, wacana dan kuliah yg disampaikan memberi
gambaran Islam yg jelas.
Mewujudkan mata pelajaran Matematik, Geometri, Algebra,
Geografi, Sejarah dan Khat.
Mewujudkan piawai dalam penganugerahan sijil.
Mewujudkan farmasi untuk pelajar Universiti al-Azhar
Menyediakan peruntukan gaji untuk guru dari perbendaharaan
Negara dan Wakaf Negara.
Memperbaiki asrama pelajar dan menekankan aspek keselamatan
dan kesihatan.

SHEIKH TAHIR
JAMALUDDIN
( TOKOH PEMIKIR TANAH
AIR)

RIWAYAT HIDUP

Nama: Muhammad Tahir bin Syeikh Mahmud bin Ahmad Jalaluddin.


T/Lahir: 7 November 1869 Masihi
T/Lahir: Ampik Angkik, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.
Bapa: seorang ulama terkenal keturunan Melayu Minangkabau.
Setelah kembali dari Mekah pada tahun 1900 beliau tinggal di Perak.
Menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah Haji Taib Parit Jamil, Muar Johor

dan di Masjidil Haram.


Menjadi Mufti Negeri Perak dan Johor serta Nazir sekolah-sekolah Agama Johor.
Digelar Syeikh ketika menjadi Mufti Perak
Meninggal dunia pada 26 Oktober 1956 di Perak.

Menepati masa
-Tidak pernah terlewat

KEPERIBADI
AN SYEIKH
TAHIR
JAMALUDDIN

menghadiri ke kelasnya
melainkan kerana keuzuran.
- Murid-muridnya memahami
sikapnya dan beliau berjaya
mendidiplinkan diri masingmasing.

Tekun dan gigih


-Gigih menyebarkan idea Islah

Cinta kepada ilmu


-Beliau suka membaca
dan menyediakan
perpustakaan kecil di
rumahnya.

di kalangan masyarakat.
- Penentangan drpd kalangan
ulama' tradisional di tanah air
tidak dapat menuturkan
perjuangannya yg murni.

PENDIDIKAN SYEIKH TAHIR JALALUDDIN


Semasa berumur 12 tahun, beliau belayar ke Mekah. Beliau tinggal bersama Syeikh
Ahmad Al-Khatib dan mempelajari ilmu agama.
Pada 1893, beliau menyambung pelajarannya dalam urusan Ilmu Falak di Universiti alAzhar.

Beliau kembali ke Mekah dan diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram.

IDEA ISLAH SYEIKH TAHIR JALALUDDIN


Kembali ke Malaysia, beliau berjuang bermati-matian utk memberi kesedaran
tentang perlunya kebebasan berfikir yg terhindar drpd kongkongan khurafat,
syirik dan penjajahan luar.
Mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin :
Mengajak umat islam supaya mengamalkan ajaran islam yg berteraskan AlQuran, As-sunnah yg bebas dari adat lama yg sebahagiannya dipusakai dr
agama Hindu.
Menjauhkan pengaruh negatif dari luar khususnya barat.
Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
Menolak amalan taklid buta.

METHOD SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM


MENYAMPAIKAN IDEA ISLAH

Penerbitan Akhbar:

Syeikh Tahir Jalaluddin bersama Sayyid Syeikh al-Hadi menerbitkan Majalah alImam pd bulan Jamadilakhir 1324 Hijrah, Julai 1906 Masihi di Singapura.
Beliau menyampaikan mesej Islahnya akibat tekanan yg diterima dari penjajah
Inggeris dan Belanda

Pada tahun 1908 Masihi, penerbitan Majalah al-Imam terpaksa dihentikan.


Namun, kesannya tetap mendalam kpd karyawan melayu dan para pembaca
seluruh nusantara.
Beberapa majalah lain muncul seperti al-Munir di Indonesia pd tahun 1918
Masihi, Neraca di Singapura pd tahun 1911 Masihi dan Pengasuh pd tahun 1918
Masihi.

Jawatan Yang Disandang:

Apabila Syeikh Tahir Jalaluddin dilantik Mufti Perak dan Johor, kesarjanaan
beliau semakin terserlah.
Beliau menggunakan kesempatan tersebut dgn baik utk menyampaikan idea
Islah kpd masyarakat.

Proses Pengajaran:

Beliau menjadi guru di Madrasah al-Masyhur, Pulau Pinang dan Madrasah Haji
Taib, Parit Jamil Johor Tidak melepaskan peluang untuk meyebarkan idea
Islahnya di kalangan murid-murid dan guru-guru di kedua-dua sekolah
Usaha murni beliau mendapat sokongan rakan serta muridnya iaitu Syeikh
Muhammad Jamil Jamek, Syeikh Abdullah Ahmad dan Syeikh Abdul karim
Amarullah (ayah Hamka).
Menerusi asuhan mereka inilah lahir tokoh-tokoh pendakwah serta pendukung
SUMBANGAN SYEIKH TAHIR JALALUDDIN DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN
Islah generasi seterusnya seperti Hamka, Haji Agus Salam dan Professor Dato
Dr Zulkifli Muhammad dan Sayyid Sheikh al-Hadi.
Bidang pemikiran:
i.

Majalah al-Imam- menyalurkan idea Islah, maklumat intelektual Islam utk membebaskan
masyarakat melayu dr sebarang unsur penjajahan fizikal dan pemikiran.

Bidang pendidikan:
i.
ii.
iii.

Memberi sumbangan yg bermakna dlm bidang pendidikan Islam.


Pd tahun 1908 Masihi, beliau menubuhkan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura.
Penubuhannya
inspirasi
penubuhan
Al-Iqbal
Al-Islamiah di
RINTANGANmenjadi
YANG sumber
DIHADAPI
OLEHkpd
SYEIKH
TAHIRMadrasah
JALALUDDIN
DALAM
Riau, Al-Madrasah Al-Adabiah
di Sumatera Barat,
Madrasah Al-Hadi di Melaka dan
MEMPERJUANGKAN
IDEA ISLAH
Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.
i.
Mendapat tentangan hebat daripada kalangan ulama tradisional terutama di Malaysia.
ii.
Mendapat
Bidang
Ilmu Falak:kekangan daripada pihak penjajah Belanda yang berasa kedudukan
semakin terancam akibat kebangkitan org Melayu.
i. iii. Beliau
merupakan
yg1927
bertanggungjawab
ilmu falak
di Malaysia.
Akibatnya,
padaorang
tahun
Masihi, beliaumengembangkan
dipenjara oleh pihak
Belanda
selama 6
ii.
Beliau
digelar
Al-Falaki
krn
kemahiran
beliau
dlm
ilmu
falak.
bulan kerana dituduh menentang Belanda.
iii.
Walaupun ilmu falak kurang mendapat sambutan ketika itu, namun beliau optimis dgn
keperluannya sebagai ilmu yg bersifat futuristik.
iv.
Pada tahun 60-an, ilmu falak mula mendapat perhatian khusus drpd pihak kerajaan. Ia
bermula dgn penubuhan jawatankuasa kecil takwim Islam di bawah pusat Islam.
v.
Pusat-pusat pengajian tinggi juga menawarkan kursus falak syarie sebagaimana yg
dilakukan oleh Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
pd tahun 1981.
Bidang Kesusasteraan:
i.

Beliau merupakan penggiat sastera. Antara penulisan beliau ialah majalah Al-Imam.

HAMKA

( PERMATA
NUSANTARA)

RIWAYAT HIDUP

Nama: Haji Abdul Malik bin As-Syeikh Abdul Karim bin As-Syeikh Muhammad Amrullah.
T/Lahir: 13 Muharam 1362 Hijrah bersamaan 16 Februari 1908 Masihi.
T/Lahir: Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia.
Bapa: Seorang ulama terkenal yg membawa pembaharuan di Minangkabau.
Beliau menjadi guru agama di Tebing Tinggi, Medan, dan Padang Panjang dan pensyarah di

Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiah Padang Panjang.


Rektor Perguruan Tinggi Jakarta dan pegawai Tinggi Agama Indonesia.
Menjadi ketua umum Majlis Ulama Indonesia.
Meninggal dunia pd 24 Julai 1981 Masihi ketika berusia 73 tahun.

Seorang yang petah


berpidato
-Pernah diberi penghormatan
utk berpidato dlm satu
rancangan radio Arab Saudi.

Seorang berjiwa seni

KEPERIBADI
AN HAMKA

-Terdapat gaya bahasa


dlm karya-karya agungnya
seperti rangkap-rangkap
pantun dan syair.

Seorang yang berani


-Semasa revolusi terhadap pihak
penjajah Belanda di Sumatera,
Beliau berani mengatur siri
pidato utk membangkitkan
semangat umat Islam.

PENDIDIKAN HAMKA
Beliau mempelajari Al-Quran dan asas-asas agama drpd bapanya iaitu As-Syeikh Abdul Karim.
Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah Agama AlTawalib yg didirikan oleh bapanya.
Beliau banyak menghadiri majlis ilmu di masjid dan surau yg disampaikan oleh ulama-ulama
terkenal antaranya As-Syeikh Ibrahim Musa, As-Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, dan
Kiyai Bagus Hadikusumo.
Beliau suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan utk membaca buku-buku
falsafah, kesusasteraan, sejarah dan politik dunia.
Beliau menggunakan kemahirannya dalam bahasa Arab utk mengkaji karya-karya sarjana
Timur Tengah seperti Jurji Zaidan, Abbas Mahmud Al-Aqqad,dan Mustafa Al-Manfaluti serta

karya sarjana Barat yg diterjemahkan ked lm bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold
Toynbee.

KEGIGIHAN HAMKA MENGEMBANGKAN DAKWAH ISLAMIAH DI


NUSANTARA:

Pada usia 17 tahun Hamka menerbitkan sebuah majalah dakwah yg diberi

nama Khatibul Ummah.


Semasa di Mekah pada tahun 1927 Masihi, Beliau mengasaskan Persatuan

Hindia Timur untuk memberi pelajaran kpd jemaah haji Indonesia.


Apabila pulang dari Mekah, beliau menganggotai Pertubuhan

Muhammadiah dan menganggotai cawangannya di Padang Panjang.


Pada tahun 1936 Masihi, Hamka mengasakan Kolej Al-Muballighin.
Pada tahun 1936 Hamka menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat.
Sejak itu, beliau mengasaskan beberapa buah majalah seperti Menara,

Merdeka, Pemandangan, Panji Masyarakat, dan Gema Islam.


Pada tahun 1935 Masihi, Hamka dilantik sebagai anngota pimpinan pusat
Pertubuhan Muhammad madiah.

SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG ILMU DAN


PEMIKIRAN:
a) Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yg besar kpd umat
Islam di nusantara.
b) Karya-karya beliau dlm bidang agama, kesusasteraan, dan falsafah menyentuh secara
langsung kehidupan umat Islam di rantau ini.
c) Beluau merupakan penyambung idea islah yg dibawa oleh As-Sayyid Jamaluddin AlAfghani dan Muhammad Abduh di Nusantara.
d) Akhbar dan majalah digunakan sepenuhnya untuk mengajak umat Islam mengkaji
semula tentang sebahagian kefahaman dan ajaran yg bertentangan dengan Al-Quran
dan As-Sunnah.
Contohnya:amalan mengutus surat ke makam Imam As-Syafie utk memohon
kebaikan, keuntungan dlm perniagaan dan jodoh.
e) Karya-karya beliau terutama Tafsir Al-Azhar meninggalkan kesan yg memdalam dlm
bidang ilmu dan pemikiran umat Islam di alam Melayu.
f) Pendekatan beliau yg sederhana diterima baik oleh masyarakat Islam di Indonesia
malah pd peringkat antarabangsa.
g) Kegigihan beliau mendapat perhatian pelbagai pihak utk menganugerahkannya dgn
pelbagai anugerah seperti:
i.
Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1959 Masihi
ii.
Anugerah Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pd tahun 1960
Masihi.
iii.
Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pd tahun 1974
Masihi.

BIDANG
Agama

Falsafah

Sastera

HASIL KARYA
HASIL-HASIL KARYA HAMKA
a)
b)
c)
d)
e)
f)
a)
b)
c)
d)
e)
a)
b)
c)
d)
e)

Tafsir Al-Azhar;
Tasawuf Moden;
Pedoman Muballigh Islam;
Arkanul Islam ;
Sejarah Umat Islam;
Revolusi Agama.
Falsafah Hidup;
Lembaga Hidup;
Falsafah Ideologi Islam;
Ekspensi Ideologi;
Pandangan Hidup Muslim.
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck;
Di bawah Lindungan Kaabah ;
Laila Majnun
Mandi Cahaya di Tanah Suci;
Menunngu Beduk Berbunyi.

PERJUANGAN HAMKA

Seluruh kehidupan Hamka diisi dengan perjuangan.


Hamka pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk
menyekat kemaraan Belanda di Indonesia.
Semasa Hamka menjadi anggota pimpinan pusat Pertubuhan
Muhammadiah, beliau menentang khurafat, bidaah, dan tariqat
kebatinan yg sesat. Untuk tujuan itu, beliau menubuhkan Pusat
Latihan Dakwah Muhammadiah.
Hamka menggunakan pidato dan penulisan sebagai medium untuk
menyampaikan ajaran Islam.

Beliau pernah dipecat daripada jawatanketua umum Majlis Ulama


Indonesia (MUI) kerana kelantangannya mengkritik kepincangan
pentadbiran Indonesia.
Perjuangan beliau sering menghadapi ringtangan. Beliau pernah
dipenjarakan bersama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim
Indonesia(MASYUMI).
Namun semua ujian tidak mematahkan semangat beliau untuk
menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat.

DISEDIAKAN OLEH:
(MUHAMMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM)

Anda mungkin juga menyukai