Anda di halaman 1dari 6

SSP SMK SEBERANG TEMERLOH

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM


NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN DI PUTRAJAYA DAN KILANG
COKLAT DI SHAH ALAM, SELANGOR.
1.0 NAMA PROGRAM
Lawatan Sambil Belajar Ke :
1.1 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Putrajaya
1.2 Masjid Besi dan Masjid Putra , Putrajaya
1.3 Taman Botani, Putrajaya
1.4 Kilang Coklat, Shah Alam
2.0 PENDAHULUAN :
Kelab Usahawan Muda dan Pengguna telah mengadakan lawatan sambil belajar
selama 7 tahun berturut-turut mulai tahun 2003. Hasil lawatan sambil belajar ini amatlah
berkesan dalam merasai sendiri pengalaman, di samping menimba pengetahuan melalui
situasi sebenar persekitaran perniagaan dalam negeri.
Pada tahun 2010, Kelab Usahawan Muda dan Pengguna memilih untuk melawat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang
terletak di Putrajaya. Kementerian ini sangat penting dalam mentadbir hal-hal berkaitan
perniagaan dalam negeri, koperasi, dan konsumerisme. Para pelajar Tingkatan 4 belajar
berkaitan pernigaan dalam negeri dan koperasi, sementara pelajar Tingkatan 5 pula
belajar tentang kepenggunaan dalam silibus perdagangan SPM. Informasi yang
diperolehi oleh pelajar melalui lawatan ini amat berguna dan para pelajar boleh
mengaitkan pengalaman melawat KPDNKK dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Selain itu, Kelab Usahawan juga merancang untuk melawat Kilang Coklat di
Shah Alam.
Lawatan ini membolehkan para pelajar mengetahui pelaksanaan
pembahagian kerja yang berlaku di dalam kilang. Pelajar boleh mengaitkan proses
pembahagian kerja yang diamalkan di dalam kilang dengan Pengkhususan Mengikut
Proses yang mereka pelajari dalam topik Asas Perdagangan , silibus Tingkatan 4.
3.0 RASIONAL
Pelajar yang mengambil mata pelajaran elektif Perdagangan dan Prinsip Perakaunan di
sekolah ini berpotensi untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
SPM dan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dan mengambil jurusan yang
berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran perniagaan serta bidang keusahawanan.

Lawatan ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk memberi pengetahuan dan
pengalaman kepada para pelajar.
4.0 MATLAMAT
Program lawatan sambil belajar ke KPDNKK , Putrajaya dan Kilang Coklat , Shah Alam
diadakan bertujuan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar serta utnuk
menarik minat pelajar melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
5.0 OBJEKTIF :
Ahli-ahli Kelab Usahawan Muda dan Pengguna dapat :
1) Merasai sendiri pengalaman lawatan sambil belajar.
2) Memperolehi pengetahuan baru melalui pengalaman lawatan.
3) Mengaitkan pengetahuan baru yang diperolehi dengan pengetahuan sedia ada
pelajar.
4) Menimbulkan minat para pelajar terhadap bidang keusahawanan dari bangku
sekolah.
5) Menanam asas-asas keusahawanan dalam diri pelajar.
6.0 SASARAN
35 orang pelajar ahli Kelab Usahawan Muda dan Pengguna SSP SMK Seberang
Temerloh.
7.0 TARIKH
18 Mac 2010 (Khamis)
8.0 JANGKAMASA
1 hari
9.0 TEMPAT
9.1 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan
(KPDNKK), Putrajaya
9.2 Masjid Besi dan Masjid Besi, Putrajaya
9.3 Taman Botani, Putrajaya
9.4 Kilang Coklat, Shah Alam

10.0 KEWANGAN
a) Sumber Kewangan
1) Pelajar (RM50.00 x 35 orang)
2) Guru (RM50.00 x 5 orang)
JUMLAH

RM 1750.00
250.00
2000.00

b) Anggaran Perbelanjaan
1) Pengangkutan
2) Makanan/Minuman (RM5.00 x 45 orang)
3) Cenderahati (RM60.00 x 1)
4) Luar Jangka
JUMLAH
11.0

1500.00
225.00
60.00
215.00
2000.00

JAWATAN KUASA PELAKSANAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


KPDNKK, PUTRAJAYA DAN KILANG COKLAT, SHAH ALAM.

Penasihat : Haji Rahmat bin Sami


(Pengetua, SSP SMK Seberang Temerloh)
Pengerusi : Pn. Munawarah bt Mahmud
(GPK Pentadbiran dan Kurikulum, SSP SMKST)
Timbalan Pengerusi : Pn. Faridah bt Siwang
(GPK HEM SSP SMKST)
En. Ahmad bin Omar
(GPK Ko-Kurikulum SSP SMKST)
Naib Pengerusi : Haji Wan Mazlan b Wan Isa
(GK MP Vokasional dan Teknologi)
Pn. Sabariah bt Jalaluddin
(GK MP Sains dan Matematik)
Pn. Rohani bt Mohd Ali
(GK MP Bahasa)
Pn. Hajjah Norlia bt Mohd Nor
(GK MP Kemanusiaan)
Penyelaras

: Pn. Salina bt Mohd Nor


(Guru Penasihat Kelab Ushawan Muda/Pengguna)
Cik Siti Zarina bt Abdul Kadir
(Guru Penasihat Kelab Usahawan Muda/Pengguna)

12.0

ATUR CARA TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KPDNKK,


PUTRAJAYA DAN KILANG COKLAT, SHAH ALAM.
Sila lihat Lampiran.

13.0

ULASAN DAN SOKONGAN PENGETUA

________________________________________________________________________

14.0 PENUTUP
Program Lawatan Sambil Belajar ke KPDNKK, Putrajaya dan Kilang Coklat, Shah Alam
yang dirancang ini diharapkan akan dapat dilaksanakan sebaiknya dan dapat membantu
pelajar meningkatkan pengetahuan dan pengalaman.. Seterusnya dapat membantu
meningkatkan prestasi akademik pelajar Sekolah Sukan Pahang SMK Seberang Temerloh
ke arah pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Disediakan olah :

SALINA BINTI MOHD NOR


GURU PENASIHAT KELAB USAHAWAN MUDA DAN PENGGUNA
SEKOLAH SUKAN PAHANG
SMK SEBERANG TEMERLOH
28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR

UNDANG-UNDANG PELANCONGAN SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH SUKAN PAHANG (SSP)


SMK SEBERANG TEMERLOH (SMKST)
NAMA PENGETUA : HAJI RAHMAT BIN SAMI
NAMA GURU YANG MENGELOLAKAN PELANCONGAN :
HAJI ADZHAR B ABDUL RAHMAN
NAMA GURU YANG MEMBANTU :
CIK SITI ZARINA BT ABDUL KADIR
PN. SALINA BT MOHD NOR
TUJUAN MELANCONG : LAWATAN SAMBIL BELAJAR
JENIS KENAIKAN : BAS PESIARAN
TEMPAT-TEMPAT YANG AKAN DILAWATI :
Tarikh

Masa

18Mac 2010
(Khamis)
6.15 pagi
6.30 pagi

Tempat yang akan dilawati atau


aktiviti
termasuk
tempat
bermalam

12.00
tengahari

Berkumpul di SSP SMKST


Bertolak dari SSP SMKST ke
KPDNKK, Putrajaya.
Dijangka sampai di KPDNKK,
Putrajaya . Mendengar taklimat
daripada
pegawai
yang
bertugas.
Membeli-belah di Alamanda,
Putrajaya.

12.30

Makan tengahari

10.00 pagi

Catatan

Perjalanan
melalui
Sempadan
Negeri
Pahang
Darul
Makmur,
Negeri
Selangor
Darul
Ehsan,
Wilayah

tengahari
1.30
tengahari
2.30 petang
4.00 petang
5.30 petang
6.30 petang
9.00 malam
11.30
malam

Persekutuan
Solat Jamak di Masjid Besi, Putrajaya,
Putrajaya.
Melawat
Masjid
Putra,
Putrajaya dan sekitarnya.
Melawat
Taman
Botani, Dan
Putrajaya.
Wilayah
Pesta Belon Udara Panas Persekutuan
Antarabangsa Putrajaya
Kuala
Lumpur.
Melawat
Taman
Wetland,
Putrajaya.
Bertolak balik ke SSP SMKST
Dijangka sampai di Genting
Sempah.
Solat Magrib dan
makan malam.
Dijangka sampai di SSP
SMKST.
Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai