Anda di halaman 1dari 7

Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik
di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya
untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia
menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak
menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa
saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan.
Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang
Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari
tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu
lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah
meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat
jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuaspuasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang
Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia


berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar
kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin
mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil
menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang
terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang
Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang
sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat
menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai
yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang
Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan
buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya
matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang
sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu
pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus
membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik
sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu
datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk
kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin
mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada
ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah
buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi
hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah
menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran
oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu
tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan
aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk
menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di
dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya
sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung
jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa
pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula
daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua
buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah,
kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ
lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula
menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk"
sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi
sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing
sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian,
tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang
akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana
mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan
Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut
terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat
kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus
menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan
yang sedang masak ranum itu.

Seruling Sakti
Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di
kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup
dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan.
Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di
merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus.
Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut
dipebuhi oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikustikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan
ini cuba membela kucing untuk menghalau tikus dan ada diantara mereka
memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak.
Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan
tikus-tikus tersebut.
Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain
sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke
pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus
dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping
wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka
diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana
mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah
berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar
upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai
pilihan lain.
Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan
seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu
dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata
tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya.
Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju
ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai
pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus
tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak
dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut
enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja

yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana
hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia
menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu
sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul
di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan
sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu
membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa
menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa
cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda
tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada
meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup
memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut
mengembalikan anak-anak mereka.
Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa
kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu
muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan
diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut ghaib
dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat
berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat.
Mereka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu
pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang
dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat
diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini.

Kisah si Penjual Tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan
tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang
bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang
tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi,
separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.

Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat
sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan
tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang
memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa
Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi-Nya tiada yang
mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa :

Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat
yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua
itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun
membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe.
Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas

didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi.

Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantu lah aku supaya
hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon
agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya
masih tetap begitu!! Sementara itu, hari pun semakin meninggi sudah tentu
pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya
yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat
tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke
pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua
tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa
perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat
kedua tangannya untuk berdoa.
Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku
berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah
tempe ini. Amin. Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya
betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg
berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya
setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun
pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum
menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam
hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana
doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan
padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.
Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab
dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh
menjadi. Sementara itu, hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi,
para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama
penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti
tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang
boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan
terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa
pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa
buat kali terakhir,
Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi
ini.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.


Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi
masih belum berjumpa lagi.
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak
berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari
tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya
itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya
Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini
seperti semula, Amin.
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang
belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu :
Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin
makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si
ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di
England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang
sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun
kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya
doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan

Anda mungkin juga menyukai