Anda di halaman 1dari 6

Bahasa adalah satu konsep umum yang menjadi dasar di dalam perhubungan.

Terdapat beberapa sarjana yang memberi definisi mereka terhadap bahasa.


Menurut Kamus Linguistik, bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa
satu sistem lambang bunyi suara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh
kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berkomunikasi (Kamus Linguistik,
1997:27). Menurut Gorys Keraf (1997:1 . Bahasa mempunyai fungsinya yang
tersendiri. Ia boleh memberi fungsi apabila bahasa tersebut telah seragam
penggunaannya melalui perbendaharaan dan pengimbuhan dan mengikuti
segala peraturan penggunaannya (Darwis Harahap Mohamad, 2004: 50

Semasa menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, kita sudah memiliki


tujuan tertentu antaranya ingin difahami oleh orang lain (Sumarsono, 2004: 143).
Dalam berkomunikasi, kita mempertimbangkan bahasa apa yang ingin
digunakan. Misalnya, kata makro hanya difahami oleh orang berpendidikan,
namun kata besar atau luas lebih mudah difahami masyarakat. Bahasa adalah
unsur kebudayaan yang telah memberi manfaat kepada pengalaman manusia.
Melaluinya, manusia mempelajari dan mengambil bahagian dalam pengalaman
tersebut. Di dalam situasi ini, bahasa telah berfungsi sebagai alat integrasi dan
adaptasi sosial atau kemasyarakatan (Sumarsono, 2004: 145).

Masyarakat hanya dapat disatukan secara efisien melalui bahasa. Bahasa


sebagai alat komunikasi, lebih jauh memungkinkan setiap orang untuk merasa
dirinya terikat dengan kelompok sosial yang dimasukinya. Seterusnya manusia
dapat melakukan segala kegiatan kemasyarakatan dengan menggunakan
bahasa. Ia memungkinkan integrasi yang sempurna bagi setiap individu dengan
masyarakatnya (Gorys Keraf, 1997: 5). Semasa mengadaptasi di dalam
lingkungan sosial tertentu, kita akan memilih bahasa yang kita gunakan
bergantung pada situasi yang dihadapi. Kita menggunakan bahasa yang berbeza
pada orang yang berbeza. Kita perlu memilih dan menggunakan bahasa yang
sesuai di dalam percakapan, misalnya menggunakan kata Kamu atau Saudara
untuk memulakan perbualan. Kita perlu bijak agar dapat menghasilkan perbualan
yang sesuai. Kata kamu sesuai untuk rakan manakala saudara adalah untuk
mereka yang baru dikenali. Dengan menguasai bahasa suatu bangsa, kita
dengan mudah berbaur dan menyesuaikan diri dengan bangsa tersebut (Zulkifley
Majid, 1996: 16). Fungsi seterusnya adalah sebagai alat di dalam mengawal
sosial. Bahasa mampu untuk mengawal keadaan sosial dengan lebih efektif.
Kawalan sosial ini dapat diterapkan pada diri kita sendiri atau kepada
masyarakat. Pelbagai penerangan, informasi dan pendidikan disampaikan melalui
bahasa. Buku-buku pelajaran dan buku-buku instruksional adalah salah satu
contoh penggunaan bahasa sebagai alat kawalan sosial (Zulkifley Majid, 1996:
17).
Bahasa juga berfungsi sebagai alat perakam (Mokhtar Mansor, 1991: 24). Apabila
seseorang itu melihat gambar atau simbol, dia merakam apa yang dilihatnya itu
dalam fikirannya. Namun, ia tidak dapat dipancarkan kepada orang lain
melainkan menggunakan medium seperti kamera. Tetapi sekiranya medium
tersebut tidak ada, manusia terpaksa menceritakannya. Di dalam hal ini, aspek

bahasa adalah penting sebagai medium di dalam memindahkan segala apa yang
ingin diperkatakannya. Oleh itu, bahasa mengetengahkan fungsinya sebagai
sebuah alat yang mampu merakam segala kejadian. Kejadian yang terakam
sememangnya tidak terbukti seperti apa yang mampu untuk dirakamkan melalui
kamera tetapi ia diungkapkan kembali melalui penceritaan semula dengan
menggunakan bahasa.
Selain itu, terdapat beberapa orang tokoh seperti Karl Buhler, Simanjuntak, John
Concon dan sebagainya yang telah mengemukakan fungsi bahasa mengikut
pandangan mereka sendiri. Karl Buhler mengemukakan fungsi yang hampir sama
dengan Simanjuntak. Mereka mengemukakan tiga fungsi utama bahasa iaitu
Appel, Ausdruck dan Darstellung. Appel/evokasi (membangkitkan) menunjukkan
bahawa bahasa berfungsi sebagai alat untuk memerintah atau meminta lawan
bicara untuk melakukan sesuatu. Fungsi ini seperti seorang komander memberi
arahan kepada pasukan mereka (Sumarsono: 148). Ausdruck/ekspresi
(melahirkan)
pula
menunjukkan bahawa bahasa berfungsi untuk mengungkapkan suasana hati
penutur. Contohnya perkataan aduh, amboi dan wah. Perkataan ini sudah mampu
untuk memberitahu tentang suasana hati penutur. Fungsi seterusnya ialah
Darstellung/representatif (mewakili) iaitu berfungsi untuk mengacu objek
tertentu yang berada di luar diri penutur dan lawan tuturnya. Fungsinya adalah
untuk mengacu dan menjelaskan secara lebih terperinci, contohnya memberi
analisis tentang sesuatu.
John C. Concon Jr. turut memberi fungsi terhadap bahasa. Menurutnya, bahasa
berfungsi untuk membuka perbicaraan, menghindarkan komunikasi, komunikasi
instrumental, komunikasi afektif, melepaskan tekanan perasaan, menceritakan
perkara tahayul dan berfungsi dalam bidang ritual (Sumarsono, 2004: 154).
Halliday pula memberikan bahasa kepada beberapa fungsi iaitu sebagai fungsi
deskriptif (menerang, menghurai), ekspresif (mengungkap) dan berfungsi di
dalam bidang sosial. Halliday (1978), juga menjelaskan bahawa bahasa berfungsi
sebagai pencetus ideasional. Manusia menggunakan bahasa untuk menata
(mengorganisasikan) pengalaman penutur atau penulis tentang dunia nyata atau
dunia fantasi kepada pengungkapan. Bahasa tersebut mengacu kepada barang,
orang, tindakan, peristiwa, keadaan dan sebagainya di dalam keadaan nyata
atau yang dibayangkan. Bahasa juga berfungsi di dalam mengungkap
interpersonal manusia. Bahasa mampu untuk menunjukkan, membangun atau
mempertahankan hubungan sosial antara manusia. Ini mencakupi bentuk
penyapaan, fungsi tutur, modalitas dan sebagainya. Fungsi seterusnya adalah
sebagai tekstual. Di dalam hal ini, bahasa mencipta teks bertulis atau lisan yang
koheren di dalam dirinya dan yang sesuai bagi sesuatu situasi tertentu
(Sumarsono, 2004: 49).
Bahasa boleh diperoleh daripada pelbagai sumber dan ia terbentuk daripada
beberapa faktor, antaranya disebabkan oleh pengekodan, dialek dan sebagainya.
Bahasa mempunyai beberapa fungsi; sebagai alat ekspresi diri, alat komunikasi
dan identiti diri yang memudahkan pekerjaan manusia. Melalui bahasa, kita
dapat menunjukkan sudut pandang kita, pemahaman kita atas suatu hal, asal
usul bangsa dan negara kita, pendidikan kita, bahkan sifat kita. Bahasa menjadi

cermin diri kita, baik sebagai bangsa mahupun sebagai diri sendiri. Bahasa
adalah suatu yang utuh dan bersistem, tidak menumpang kepada bahasa lain,
wujud secara tersendiri dan mempunyai banyak bentuk.
Derasnya arus globalisasi di dalam kehidupan telah menyerlahkan
perkembangan dan pertumbuhan bahasa sebagai pendukung pertumbuhan dan
perkembangan budaya, ilmu pengetahuan dan teknologi. Semua manusia di
dalam era ini memberi peranan penting di dalam dunia persaingan bebas dan
komunikasi. Konsep dan istilah baru di dalam pertumbuhan dan perkembangan
ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat (IT) secara tidak langsung
memperkaya khazanah bahasa Melayu. Maka, semua produk budaya akan
tumbuh dan berkembang pula sesuai dengan pertumbuhan dan perkembangan
ilmu pengetahuan dan teknologi itu. Sekali gus, ia berperanan sebagai prasarana
berfikir dan pendukung pertumbuhan dan perkembangan IT. Menurut Sunaryo
(2000), tanpa adanya bahasa, bidang IT tidak dapat tumbuh dan berkembang.
Selain itu, bahasa di dalam struktur budaya, telah memiliki kedudukan, fungsi,
dan peranan iaitu sebagai akar dan produk budaya. Bahasa menjadi medan
prasarana pemikiran moden. Biasanya, penggunaan bahasa yang baik akan
menghasilkan buah fikiran yang benar. Bahasa juga menunjukkan identiti sesuatu
bangsa. Oleh itu, bahasa perlu dipelihara kerana bahasa adalah jiwa bangsa.
1Peranan Faktor Pembentuk Bahasa
Pembentukan adalah perbuatan atau hal yang membentuk (Ahmad Mahmood,
2001: 133). Pembentukan bahasa adalah konsep umum yang mencakup infleksi,
devirasi, afiksasi dan penggabungan bahasa (Harimurti Kridalaksana, 1993: 159).
Faktor atau peranan pembentukan bahasa terjadi disebabkan oleh beberapa
faktor. Faktor ini menjadi asal kejadian kepada bahasa. Menurut hipotesis
monogenesis, semua bahasa di dunia ini berasal daripada satu bahasa induk.
Bahasa merupakan sesuatu yang dikurniakan daripada tuhan yang telah tersebar
ke serata dunia. Ini berlandaskan daripada kitab-kitab suci setiap insan seperti
Bible dan al-Quran (Sumarsono, 2004: 68). Di dalam al-Quran sendiri ada
menceritakan tentang hal ini, iaitu di dalam Surah al-Baqarah: Ayat 31 dan 32,
Dan Allah mengajarkan kepada Nabi Adam semua nama benda, kemudian Allah
berfirman kepada malaikat, Sebutkan kepada-Ku nama-nama benda itu jika
kamu memang benar. Mereka menjawab, Maha Suci Engkau, tidak ada yang
kami ketahui selain apa yang Engkau ajar kepada kami. Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana (Terjemah al-Jumanatul
Ali Al-Quran, 2004: 7).
Terdapat ahli falsafah yang tidak bersetuju dengan hipotesis monogenesis. E.B de
Condillac (1968) mengatakan bahawa bahasa berasal daripada suara dan
gerakgeri badan yang mempunyai sifat naluri. Semua manusia dilengkapi dengan
naluri. Naluri tersebut kemudiannya dibangkitkan oleh emosi yang kuat dan
suara-suara yang beremosi tersebut akan berubah menjadi bunyi-bunyi yang
bermakna
seterusnya
membentuk
bahasa.
Terdapat juga hipotesis yang disebut sebagai hipotesis polygenesis, iaitu

hipotesis yang mengatakan bahawa bahasa-bahasa yang berlainan lahir daripada


pelbagai masyarakat yang berlainan dan bahasa tersebut berevolusi. Bahasa itu
hadir sama ada kerana onomatope atau bahasa yang hadir akibat daripada
kesedaran manusia (Sumarsono, 2004: 72). Menurut Von Herder, bahasa lahir
daripada alam dan onomatope iaitu tiruan daripada bunyi alam. Bunyi yang
ditimbulkan oleh alam seperti guruh dan bunyi binatang ditiru oleh manusia
secara onomatope dan diolah untuk tujuan tertentu. Selepas pengolahan,
peniruan tersebut akan dimatangkan daripada dorongan hati manusia yang kuat
untuk berkomunikasi.
Bloomfield telah mengemukakan tiga teori berkaitan asal kejadian bahasa. Teori
pertama adalah teori bow-bow iaitu teori yang mengatakan bahawa bahasa
muncul daripada keupayaan manusia untuk meniru suara-suara lain. Teori
dingdong pula menyatakan bahawa bahasa berasal daripada keupayaan manusia
dalam memberi respons kepada bunyi yang dihasilkan oleh alam. Manakala, teori
pooh-pooh menjelaskan bahawa bahasa berasal daripada teriakan kuat atau
seruan keras (Sumarsono, 2004: 70). Teori pembentukan bahasa ini adalah
sesuatu yang abstrak.
Bahasa juga terbentuk hasil daripada pertembungan yang berlaku kepada
bahasa atau disebut bilingualisme. Bilingualisme adalah pertembungan antara
dua bahasa dan penutur daripada kedua-dua bahasa tersebut berusaha untuk
mempelajari bahasa daripada pihak masing-masing. Setiap penutur bahasa yang
berlainan akan berusaha untuk mewujudkan komunikasi dengan menguasai
bahasa orang yang dilawan bicara. Contohnya, pertembungan antara bahasa
Inggeris dan bahasa Sanskrit telah membentuk bahasa baru seperti yang
terdapat dalam beberapa perkataan bahasa Melayu (Kamarudin dan Siti Hajar,
1997: 14).
Faktor pembentukan bahasa yang paling utama berlaku hasil daripada
pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Kita mengetahui bahawa kanak-kanak
tidak memperoleh bahasa secara terus tetapi mereka harus melalui beberapa
peringkat sehingga berjaya menguasai sesuatu bahasa. Mereka diajar sejak kecil
untuk mengenali bahasa tersebut (Harimurti Kridalaksana, 1982: 24).
Pemerolehan ini berlaku sama ada orang dewasa memberi mereka bahasa asli
atau pinjaman atau menterjemah bahasa tersebut untuk memudahkan
pemahaman kanak-kanak (Harimurti Kridalaksana, 1982: 55). Perkembangan
kanak-kanak termasuk pemikiran mereka telah membawa kepada kebolehan
mereka untuk mengungkapkan pemikiran atau gagasan mereka sebagai tanda
wujudnya sosialisasi terhadap lingkungannya. Bahasa adalah satu proses yang
sentiasa bersambung dan ia akan diperturunkan ke generasi seterusnya.
Begitulah kita sebagai manusia akan memperturunkan bahasa yang kita gunakan
kepada anak-anak kita. Pemerolehan bahasa bagi setiap manusia iaitu kanakkanak bermula ketika mereka berumur 18 bulan dan ia hampir sempurna ketika
mencapai usia 4 tahun (Sumarsono, 72). Pemerolehan bahasa ini bermula

daripada proses prabahasa hinggalah kepada bahasa, melalui pemberian nama


oleh kanak-kanak itu kepada benda-benda yang dilihatnya kerana setiap
kanakkanak dilahirkan dengan daya untuk memahami alam sekitarnya (Asmah,
1993: 67).
Faktor pembentukan seterusnya adalah melalui dialek. Dialek ialah satu bentuk
bahasa yang digunakan di dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial.
Dialek berbeza daripada bahasa standard, loghat atau pelat daerah (Kamus
Dewan, 2004: 302). Walaupun kita berteduh di dalam bumbung yang sama iaitu
Malaysia, namun wujud beberapa dialek seperti dialek Kelantan dan dialek Kedah
(Asmah, 1993: 114). Variasi atau kelainan bahasa ini merupakan cabang daripada
bahasa Melayu, misalnya Sabah mempunyai variasi bahasanya sendiri dan orang
kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri.
Menurut Lyons, komuniti bahasa boleh wujud apabila semua orang dapat
menggunakan satu bahasa atau dialek yang sama dalam sesebuah kawasan
(Kamarudin dan Siti Hajar, 1997: 2). Dialek daerah dan dialek sosial adalah
variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur
dalam sesebuah masyarakat atau dipanggil komunikasi bahasa (Kamarudin dan
Siti Hajar, 1997: 5). Kedua-duanya wujud disebabkan oleh keadaan geografi,
persekitaran, pergaulan dan faktor politik, taraf pendidikan, kedudukan sosial,
cara penyampaian, sikap penutur, gangguan latar belakang serta tempat.
Pembentukan bahasa seterusnya berlaku disebabkan adanya proses pengekodan
bahasa. Biasanya, pengekodan bahasa ini membabitkan aspek tatabahasa,
sebutan ejaan, perkamusan dan peristilahan. Pengekodan ini biasanya
menghasilkan satu bahasa baru. Di Malaysia, pewujudan bahasa baku adalah
contoh bahasa yang telah mengalami proses pengekodan. Bahasa baku adalah
bahasa yang dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta
menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut. Oleh itu, bahasa yang telah
dikodifikasikan adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.
Menurut Nik Safiah Karim (1975), "Bahasa Melayu standard ialah variasi yang
digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini
berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap pihak berusaha
menggugurkan ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit
sebanyak variasi yang berasaskan bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini
pertuturan bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri".
Pengalaman bahasa Melayu merentasi zaman. Bahasa Melayu terus kekal
sebagai bahasa utama dunia sejak dahulu hingga kini. Persoalan yang timbul
dewasa ini, bersetujukah anda bahawa Bahasa Melayu perlu dipinggirkan dalam
bidang keilmuan? Bahasa merupakan suatu sistem komunikasi yang
mempergunakan simbol vokal (bunyi ujaran) yang bersifat arbitrer. Bahasa dapat
diperkuat dengan gerak-geri badan yang nyata. Ia merupakan simbol atau
lambang kerana rangkaian bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia
harus diberikan makna tertentu, dan ia biasanya menggunakan simbol tertentu.

Menurut Ferguson (1966) mengatakan kajian profil sosiolinguistik memerikan


pengagihan fungsi bahasa dan kelainan bahasa yang wujud dalam sesebuah
komuniti bahasa. Bahasa-bahasa misalnya diperuntukkan fungsi sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan dan sebagainya yang
telah melalui dasar bahasa sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai