Anda di halaman 1dari 74

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan
manusia. Manusia memerlukan pendidikan untuk hidup dengan
sempurna, harmoni dan sejahtera. Pendidikan formal yang bermula
di sekolah sebagai langkah pertama untuk membina intelektual
manusia yang mana ianya memerlukan satu kaedah dan strategi
yang mantap. Justeru, dalam pendidikan sekolah hari ini pelbagai
kaedah yang telah digunakan dalam usaha melahirkan murid yang
mampu membaca, mengira dan menulis. Oleh yang demikian,
kaedah

atau

teknik

yang

hendak

digunakan

dalam

proses

pengajaran dan pembelajaran mestilah mempunyai sesuatu yang


boleh menarik minat murid untuk belajar. Maka dengan ini, murid
akan berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Di samping itu juga
dapat

mempertingkatkan

keberkesanan

pengajaran

dan

pembelajaran.
Pendidikan Islam merupakan satu pendidikan yang berusaha
untuk mengembangkan potensi yang ada pada manusia dengan
mengajak dan mempelajari suatu lingkungan yang baik untuk
mencapai

kebahagiaan

hidup

bertuhankan

Allah.

Oleh

yang

demikian, Islam meletakkan tanggungjawab besar kepada setiap


pendidik yang terdiri daripada guru, ibu bapa atau ahli masyarakat
untuk mengajar, membentuk dan memberi pendidikan kepada
setiap insan bermula dari waktu seseorang itu dilahirkan lagi
(Abdullah Nasih Ulwan, 1981). Hal ini dipertegaskan lagi oleh
1

(Abdullah al-Qari, 1993) yang mengatakan bahawa setiap kanakkanak yang lahir di dunia ini berhak mendapat pendidikan dan
pelajaran mengikut kebolehan, bakat dan persediaan yang ada
pada diri masing-masing.
Hanya Islam sahajalah agama yang hak di sisi Allah s.w.t.dan
hanya Islam agama yang dapat menjamin kesejahteraan hidup
sama ada di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah s.w.t. di dalam
al-Quran surah al-Imran ayat 85, maksudnya:


Barang siapa mencari agama selain dari agama Islam, maka


sekali-kali tidak akan diterima (Allah) agama itu daripadanya dan
dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.
Bertepatan dengan itu, subjek Pendidikan Islam yang telah
diperkenalkan

oleh

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

adalah

semangat membantu dalam merealisasikan makna tersebut. Ia


mencakupi empat bidang utama iaitu bidang al-Quran, Ulum
Syariah yang mana merangkumi tiga komponen iaitu Akidah,
Ibadah dan Sirah seterusnya Akhlak dan pelajaran Jawi.
Bagi peringkat sekolah rendah, murid-murid juga diajar
dengan pendidikan khusus dalam mata pelajaran itu sendiri, yakni
salah satunya adalah Ibadah yang mana ianya sangat penting
dalam pembentukan peribadi murid-murid supaya lahirnya insan

yang berpegang teguh kepada ajaran Allah serta berpotensi untuk


memajukan diri dalam pelbagai bidang.
Ibadah merupakan salah satu bidang yang terdapat dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Ibadah yang sempurna mampu
mendekatkan

diri

kita

kepada

Allah.

Ibadat

dalam

Islam

sememangnya mempunyai pengertian dan ruang lingkup yang


amat luas dalam kehidupan umat manusia sejagat. Yang paling
pentingnya ialah ibadah merupakan salah satu tanggungjawab
yang terpikul di bahu setiap insan yang beriman kepada Allah s.w.t
(Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi,2006). Bahkan, ianya juga
merupakan antara cabang dan hikmah utama di sebalik penciptaan
manusia dia muka bumi ini sebagaimana yang telah diterangkan
oleh Allah dalam surah al-Dzariat, ayat 56 yang berbunyi:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia


melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Jelaslah di sini bahawa Allah menciptakan jin dan manusia ini


semata-mata hanyalah untuk beribadah kepada-Nya dan menjadi
duta-Nya di muka bumi ini khususnya insan yang bergelar hamba
yang mana kita wajib mentaati perintah Allah serta menjauhi
segala larangan-Nya. Pengabdian yang tidak berbelah bahagi
terhadap Allah mampu menyuburkan keimanan yang mantap

dalam diri seseorang itu. Allah berfirman lagi dalam surah alBaqarah, ayat 30 yang berbunyi:

Sesungguhnya Aku menjadikan khalifah di muka bumi ini.

Beribadah merupakan suatu yang penting dalam kehidupan


mansia. Hidup seseorang itu tidak bererti sekiranya dia tidak
mengutamakan ibadah atau mengabaikannya. Apa yang lebih
malang lagi jika langsung tidak beribadah kepada Allah dengan
tidak mengenal fardhu ain dan fardhu kifayah. Dalam hal ini,
ibadah dapatlah dikatakan sebagai amalan dan tindakan seorang
hamba Allah yang dipersembahkan kepada Tuhan-Nya (Habsah
Yeob, 1996).
Disebabkan

itu

jugalah

setiap

umat

Islam yang

telah

mencapai usia akil baligh wajib mengetahui semua hukum hakam


agama Islam serta beramal dengannya. Hal ini kerana, dalam
kehidupan kita seharian, setiap perkara atau pekerjaan yang
dilakukan merupakan suatu ibadah yang mana dibahagikan pula
kepada dua bahagian yakni fardhu ain dan fardhu kifayah.
Menurut Ibnu Ismail (2009), ilmu yang wajib kita pelajari ini
dinamakan fardhu ain. Barang siapa gagal mempelajari ilmu fardhu
ain, bukan sahaja berdosa besar, malah dia juga tidak akan dapat
hidup sebagai seorang Muslim yang dikehendaki oleh Allah dan
rasul-Nya. Sementara itu, fardhu kifayah pula merupakan tuntutan
4

yang difardhukan kepada semua umat Islam setempat. Apabila ada


yang melakukannya, maka gugurlah tuntutan itu terhadap orang
lain. Sebaliknya, apabila tidak ada seorang pun yang melakukan
perkara-perkara yang tergolong dalam fardhu kifayah, maka semua
orang dalam masyarakat tersebut akan berdosa.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya telah menjalani praktikum fasa ketiga di salah sebuah sekolah
yang terletak di daerah Kota Setar yang memakan masa selama
tiga bulan. Praktikum fasa ketiga ini telah bermula pada 1 Februari
2015 dan berakhir pada 30 April 2015. Sepanjang menjalani
praktikum di sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar
mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid-murid tahun 2 Harmoni
yang terdiri daripada 28 orang murid.
Semasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi tajuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, saya dapati ada dalam
kalangan murid yang tidak mampu menyebut pengertian fardhu ain
dan fardhu kifayah apabila disoal jawab secara lisan. Selain itu,
mereka juga sukar membezakan antara gambar-gambar yang
ditunjukkan digolongkan dalam kumpulan fardhu ain ataupun
fardhu kifayah. Hal ini dapat dibuktikan melalui soalan-soalan lisan
yang diajukan serta lembaran kerja yang diberikan sebelum
pengajaran berakhir sebagai penilaian untuk pengajaran pada hari
tersebut.

Walaupun telah diterangkan pengertiannya berulang kali dan


disertakan pula dengan gambar, namun masih terdapat beberapa
orang murid yang tidak dapat membezakan antara fardhu ain dan
fardhu kifayah apabila ditanya secara individu. Ini dapat dilihat
semasa saya meminta murid untuk menyebut kembali pengertian
fardhu ain dan fardhu kifayah itu sendiri di samping contoh-contoh
perkara fardhu ain dan fardhu kifayah. Didapati murid berfikir dan
mengambil masa yang lama untuk memberikan jawapan. Mereka
juga tersenyum-senyum untuk menyebut contoh perbuatan bagi
perkara fardhu ain dan fardhu kifayah, malahan tidak kurang pula
ada yang tersipu-sipu malu kerana tidak mampu membezakannya
dengan

baik.

Selain

itu,

terdapat

juga

murid

yang

terus

mendiamkan diri apabila disuruh mengingat kembali perkara fardhu


ain

dan

fardhu

kifayah

berdasarkan

gambar-gambar

yang

ditayangkan pada slaid.


Di samping itu, perkara yang sama berlaku apabila murid
diberikan

lembaran

kerja

untuk

disiapkan.

Mereka

kelihatan

termenung dan terdapat juga murid yang cuba berbincang dengan


rakannya yang lain untuk menjawab soalan. Setelah menyemak
lembaran jawapan, ternyata murid tidak dapat menjawab latihan
yang

diberikan

dengan

betul.

Mereka

masih

keliru

untuk

menentukan gambar tersebut berada dalam kategori fardhu ain


atau fardhu kifayah. Dalam erti kata lain, mereka juga masih tidak
mampu memahami konsep fardhu ain dan fardhu kifayah dengan
jelas.

Impaknya,

mereka

sukar

untuk

membezakan

gambar
6

tersebut dikategorikan dalam perkara fardhu ain mahupun fardhu


kifayah.
Tambahan pula, saya percaya kaedah penerangan dan
tayangan slaid sahaja tidak mampu memberi keseronokan kepada
murid terhadap tajuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Hal ini kerana,
murid-murid
beberapa

hanya
minit

mampu

sahaja

mengekalkan

setelah

perhatian

mendengar

dalam

penerangan

kemudiannya bermain dengan rakan di sebelah dan ada juga yang


bersembang-sembang dengan rakannya di depan. Pada masa yang
sama, komunikasi satu hala guru tidak memberi peluang kepada
murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran tersebut hingga
menyebabkan murid-murid menjadi bosan dan hilang tumpuan.
Melihat

kepada

bertanggungjawab

situasi

untuk

yang

berlaku

memudahkan

ini,

mereka

saya

rasa

membezakan

antara perkara fardhu ain dan fardhu kifayah supaya tidak lagi
berlaku kekeliruan. Malahan situasi ini juga mendorong saya untuk
mencari punca dan alternatif lain yang boleh diguna pakai bagi
mengatasi

masalah

yang

timbul

ini.

Berdasarkan

kepada

pemerhatian saya, masalah utama sebilangan murid tahun 2


Harmoni ini adalah dari segi untuk memahami konsep fardhu ain
dan fardhu kifayah itu sendiri terlebih dahulu. Di samping itu juga,
mereka turut keliru untuk menentukan gambar yang dipamerkan
merupakan perkara farhu ain atau fardhu kifayah.
Oleh yang demikian, saya telah mengenalpasti masalah
dalam cara penyampaian pengajaran saya. Kaedah penerangan
7

dan pembentangan slaid semasa sesi pengajaran saya bagi tajuk


Fardhu

Ain

dan

Fardhu

kifayah

didapati

tidak

berkesan

memandangkan ada murid yang tidak bersungguh-sungguh untuk


betul-betul memahami dan membezakan antara konsep fardhu ain
dan fardhu kifayah. Hal ini kerana, menurut Rashidi Azizan dan
Ahmad Razak Habib (1995, dipetik dari Ahmad Mohd Salleh (2011)
di dalam bukunya Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pendidikan
Islam Edisi Kedua KPLI Pengajian Islam dan j-QAF menegaskan
bahawa terdapat berbagai-bagai cara untuk menjadikan kuliah
lebih menarik dan berkesan. Guru boleh menggunakan pelbagai
bentuk

bahan

bantu

mengajar

serta

teknik-teknik

bagi

menunjukkan idea-idea penting yang terkandung dalam kuliah


berkenaan. Guru juga perlu mengesan aras perhatian murid
terhadap pengajarannya.
Lantaran itu, saya perlu memikirkan satu inovasi bagi tajuk
ini

untuk

meningkatkan

pemahaman

murid

sekaligus

dapat

menarik minat mereka untuk terus mempelajari mata pelajaran


Pendidikan Islam. Maka, saya telah membuat beberapa rujukan
mengenai kaedah atau cara yang sesuai bagi membantu murid
membuat perbezaan perkara fardhu ain dan fardhu kifayah.
Setelah meneliti dan merujuk kepada beberapa kaedah untuk
meningkatkan pemahaman murid terhadap perkara fardhu ain dan
fardhu kifayah, saya telah memilih untuk menggunakan model
rumah sebagai medium untuk membantu murid-murid tahun 2
Harmoni dalam membezakan antara perkara fardhu ain atau fardhu
8

kifayah. Sepertimana kehidupan berkeluarga, setiap keluarga


mestilah mempunyai rumahnya tersendiri, begitu juga dengan
haiwan yang mana pastinya mempunyai sarang atau kandangnya
tersendiri. Keadaan ini sama jugalah dengan fardhu ain dan fardhu
kifayah, yang mana ia digolongkan dalam kategori yang berbezabeza berdasarkan konsep fardhu ain dan fardhu kifayah itu sendiri.
Model ini juga digabungkan dengan kaedah belajar melalui
bermain. Hal ini kerana, saya mereka model tersebut berdasarkan
persekitaran

di

sekeliling

rumah.

Kaedah

permainan

dipilih

berdasarkan keterangan yang diajukan oleh Musa Dania (1992,


melalui buku Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam
Edisi Kedua KPLI Pengajian Islam dan j-QAF oleh Ahmad Mohd
Salleh) yang mana permainan merupakan satu cara melatih murid
sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik
untuk menjadikan pengajaran di sekolah menjadi lebih menarik dan
praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling
berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan
minat, tujuan dan faedah mereka.
Alpazon (2010) menyatakan bahawa media pengajaran yang menarik mampu
menjurus pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan
penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Kenyatan ini pula disokong oleh
Norihan (2002) yang mana beliau menyatakan media pengajaran yang berkualiti
tinggi dan direka bentuk dengan teliti dan digunakan secara maksimum dalam
pengajaran memberikan hasil yang positif.

Zainuddin dan Suhashila (2006) menyatakan pembelajaran yang berkesan


dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai terutamanya yang boleh
dilihat, didengar, dihidu, dirasa dan disentuh oleh murid. Aspek yang terkandung ini
akan membuatkan murid-murid lebih memahami apa yang mereka pelajari dan
seterusnya apa yang difahami itu akan lebih kekal lama dalam ingatan mereka

1.3 Pengumpulan Data Awal


Masalah yang dihadapi oleh murid perlu dikenalpasti sebelum
intervensi atau tindakan dilaksanakan. Oleh yang demikian, saya
telah menggunakan beberapa cara untuk mengumpulkan data
awal. Antaranya adalah seperti berikut:

i.

Analisis Lembaran Kerja

10

Lembaran kerja merupakan latihan yang diberikan kepada muridmurid selesai sahaja interaksi pengajaran pada hari tersebut. Ia
juga berfungsi untuk melihat sejauh mana kefahaman murid
terhadap

pengajaran

yang

telah

diajar.

Soalan-soalan

akan

disediakan mengikut aras kemahiran yang telah dipelajari oleh


murid. Berdasarkan analisis lembaran kerja yang diberikan, saya
dapati hanya 20 orang murid sahaja yang mampu menjawab
kesemua soalan dengan betul. Sementara itu, sejumlah 8 orang
murid yang lain pula masih keliru dengan gambar yang ditunjukkan
sehingga

menyebabkan mereka tidak

dapat mengenal pasti

perkara fardhu ain dan fardhu kifayah. Ini menunjukkan bahawa


mereka masih lagi tidak mampu memahami konsep fardhu ain dan
fardhu kifayah dengan baik seterusnya mengalami masalah dalam
membuat perbandingan antara perkara fardhu ain dan fardhu
kifayah.

ii.

Semakan Dokumen

Seterusnya, saya turut mendapati pencapaian sebahagian murid


dalam kelas 2 Harmoni adalah lemah dalam bidang Ibadah
berdasarkan ujian yang telah dilaksanakan. Markah yang diperoleh
murid-murid

ini

adalah

dalam

lingkungan

35%

45%

dan

dimasukkan dalam kategori sederhana. Berdasarkan ujian tersebut,


saya dapati murid-murid tidak mampu memahami pengertian
fardhu ain dan fardhu kifayah serta tidak mempu menyebut contohcontoh perkara bagi fardhu ain dan fardhu kifayah. Di samping itu,
11

apabila membuat semakan buku latihan yang dihantar, saya dapati


murid-murid tidak menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh
yang mana masih lagi terdapat kesalahan yang dilakukan walaupun
baru sahaja selesai pembelajaran tersebut.

iii.
Di

Temubual

samping

itu,

saya

juga

mengadakan

perjumpaan

dan

perbincangan dengan guru kelas dan guru yang mengajar mata


pelajaran

Pendidikan

Islam

itu

sendiri

untuk

mengetahui

perkembangan serta sikap mereka di dalam kelas di samping


mendapatkan maklumat berkaitan tahap penguasaan mereka
dalam mata pelajaran ini amnya, khususnya dalam tajuk Fardhu Ain
dan Fardhu Kifayah itu sendiri.
Berdasarkan perbincangan yang dilakukan, antara yang
diperkatakan oleh Pn. Noorhayati Jusoh termasuklah:
budak-budak dalam kelas ini boleh kata semuanya pandai,
cuma ada sesetengah murid sahaja yang tidak boleh mengikuti
pelajaran. Murid-murid itu kebanyakannya dari kelas bawah, tetapi
pada tahun ini diserap masuk ke kelas 2 Harmoni.
Sementara itu, Pn. Latifah Awang juga ada menyebut tentang
prestasi beberapa orang murid yang dikatakan agak merosot jika
dibandingkan dengan murid-murid yang lain. Menurut beliau:
Ada dalam kalangan mereka yang suka berada dalam dunia
sendiri apabila guru memberi penerangan di hadapan kelas.
Mereka

tidak

memberi

perhatian

sepenuhnya

ketika

proses
12

pengajaran

berlangsung

sehingga

apabila

ditanya

mereka

langsung tidak boleh menyebut kembali isi pelajaran pada hari


tersebut.
Melalui perbincangan bersama guru, saya dapati mereka
merupakan kumpulan yang lemah dalam kelas mereka. Mereka
bukan sahaja mengalami masalah dalam mata pelajaran ini,
bahkan mata pelajaran yang lain jua.
Kesimpulannya, cara pengumpulan data yang dilakukan ini
telah menunjukkan bahawa murid tidak boleh menyebut pengertian
fardhu ain dan fardhu kifayah dengan betul dan mereka juga masih
keliru untuk membezakan antara perkara fardhu ain dan fardhu
kifayah yang mana ianya mempunyai kaitan juga dengan amalan
yang

dilakukan

dalam

kehidupan

harian

mereka.

Walau

bagaiamanapun, kelemahan ini masih boleh diatasi sekiranya


murid

berusaha

untuk

mempelajarinya

dengan

bersungguh-

sungguh. Tambahan pula, guru juga memikirkan inisiatif yang


kreatif dan berkesan untuk diperkenalkan kepada murid-murid
seperti menggunakan Model RuFaKia supaya murid-murid lebih
berminat untuk mempelajari tajuk tersebut.
Rumaizah seperti yang tertulis dalam Nurul Syuhada (2012) menyatakan
bahawa BBM yang disediakan bukan mengambil alih tempat seorang guru.
Penggunaan BBM ini bukan mengambil alih tugas guru malah jika ianya digunakan
dengan betul dan berkesan mampu

menjadikan pengajaran lebih menarik dan

berkesan kerana BBM akan memastikan murid sentiasa terdorong dan bermotivasi
untuk belajar.
13

BBM merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru bagi


membantu menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan
kelengkapan ini tidak terhad kepada buku-buku rujukan, papan tulis mahupun
gambar semata-mata tetapi ianya merangkumi segala benda yang digunakan oleh
guru dalam pengajaran. Menurut Mok Soon Sang (2001), bahan-bahan mengajar ini
terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda maujud, gambar,
peta dan glob, rakaman kaset dan video, transparensi dan projektor. Bahan ini
merupakan bahan pengajaran yang boleh dilihat, didengar, dipandang, dirasa, dihidu,
dibaca, dikisah dan digunakan.
Keseluruhannya, penggunaan BBM yang baik dan menarik serta bersesuai
dengan tajuk pelajaran akan menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna.
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan salah satu alternatif dalam
usaha menjayakan matlamat dan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) iaitu memberntuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif
dan berilmu pengetahuan.

14

2.0 FOKUS KAJIAN


Kajian yang saya jalankan ini adalah berfokus kepada bagaimana
amalan pengajaran yang telah saya jalankan membantu murid
membezakan antara perkara fardhu ain dan fardhu kifayah
berdasarkan gambar dengan menggunakan Model RuFaKiA. Ianya
bertujuan supaya murid-murid tidak lagi keliru untuk mengelaskan
sama ada gambar tersebut merupakan perkara fardhu ain ataupun
fardhu kifayah . Maka, bahagian ini menerangkan fokus kajian yang
berkait rapat dengan pengalaman, relevan kajian kepada keperluan
murid serta sumber yang berkaitan bagi memberi sokongan kepada
intervensi yang dipilih pengkaji bagi mengatasi permasalahan yang
dihadapi oleh murid.

2.1 Huraian Fokus Kajian

Fardhu ain dan fardhu kifayah merupakan salah satu perkara


yang wajib dipelajari dan difahami oleh setiap umat Islam. Hal ini
kerana ianya merupakan asas dan tunjang kepada lahirnya insan
yang rabbani dan sentiasa menepati syariat yang ditetapkan dalam
Islam

itu

sendiri.

Tanpa

pengetahuan

berkaitan

dengannya,

15

manusia pasti tidak dapat mengerjakan ibadah kepada sang


pencipta-Nya dengan sempurna dan ikhlas.
Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan fardhu ain
itu? Fardhu ain merupakan perkara yang dituntut oleh syara
dengan tegas terhadap setiap diri muslim yang mukallaf. Ibadatibadat ini merupakan fardhu ain yang mana dalam erti kata yang
lain wajib ke atas setiap individu tanpa pengecualian (Abu Al-Baqir
Al-Burhami

Al-Fathani,

melaksanakan

2005).

kewajipan

Sekiranya

tersebut

atau

seseorang

meninggalkan

tidak
secara

sengaja, maka ianya jatuh kepada hukum berdosa. Antara contoh


perbuatan fardhu ain termasuklah mendirikan solat, mengeluarkan
zakat, mentaati ibu bapa, menutup aurat, menuntut ilmu dan
sebagainya.
Sementara

itu,

kifayah

dari

segi

bahasa

bermaksud

mencukupi dan memadai. Dari segi istilah, ia membawa maksud


kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan
tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu alQuran, ilmu hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak
kepada amar makruf nahi mungkar. Dalam makna lain, ia
merupakan perkara yang dituntut oleh syara terhadap umum umat
Islam, tidak kepada setiap individu. Apabila ada segelintir umat
Islam melaksanakan tuntutan ini, maka gugurlah dosa daripada
daripada sekelian umat Islam. Jika tidak, mereka semua akan dikira
berdosa dan melakukan perbuatan maksiat (Abu Al-Baqir AlBurhami Al-Fathani, 2005).
16

Dengan erti kata lain, fardhu kifayah atau wajib kafaie


adalah hukum wajib yang mana mukallaf dituntut atau dimestikan
untuk melakukan suatu tuntutan itu dalam keadaan sekelompok
manusia (mukallaf). Seandainya tidak ada seorang pun daripada
kalangan masyarakat tersebut melakukan atau meninggalkannya
secara

sengaja,

Sebaliknya, jika

maka

ianya

jatuh

kepada

hukum

berdosa.

salah seorang yang melaksanakan tuntutan

tersebut, maka mereka diberikan ganjaran pahala kepada semua


masyarakat yang berada dalam kawasan tersebut dan gugurlah
kewajipan ke atas diri mereka.

2.1.1 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai kepentingannya tersendiri. Ianya dilakukan


dengan tujuan untuk mempertingkatkan kemahiran murid dalam
menyebut pengertian Fardhu Ain seterusnya membuat perbezaan
antara perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Melalui penggunaan
Model RuFaKiA ini, murid-murid dapat belajar sambil bermain
untuk

membawa

masuk

gambar-gambar

yang

mengandungi

perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah ke dalam rumah yang betul
17

mengikut kesesuaiannya. Bahkan, aktiviti sebegini mampu menarik


minat murid untuk terus terlibat secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam
topik Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
Selain itu, melalui kajian ini juga diharapkan agar ianya menjadi langkah
permulaan kepada guru-guru lain agar sentiasa berinovasi dalam merancang
pengajaran masing-masing. Guru-guru juga diharapkan agar dapat mempelbagaikan
teknik dan kaedah pengajaran serta penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai
semasa melaksanakan proses P&P sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar
bilik darjah. Tambahan lagi, kajian ini akan dapat menyemai sifat inkuiri dalam diri
murid-murid serta membuka peluang kepada mereka untuk belajar dan menarik
perhatian mereka melalui penggunaan model yang mana memungkinkan murid untuk
melakukannya secara sendiri.

2.1.2 Kebolehtadbiran Kajian


Dalam kajian yang dijalankan, kebolehtadbirannya agak tinggi. Hal
ini kerana saya juga pernah mengajar mata pelajaran Pendidikan
Islam dalam kelas yang dipilih muridnya. Tidak ketinggalan juga,
saya sering bertanyakan kepada guru Pendidikan Islam yang
mengajar kelas 2 Harmoni di samping bekerjasama dengan guruguru yang lain dalam proses menjalankan kajian ini. Oleh yang
18

demikian, saya telah meminta izin daripada guru-guru yang


terbabit untuk menjalankan kajian sewaktu berada di sekolah
terbabit. Pada masa yang sama, saya juga mempunyai banyak
pilihan tempat untuk melaksanakan intervensi ini. Justeru, kajian ini
telah dapat dijalankan dengan baik dan jayanya di sekolah tersebut
dengan bantuan rakan-rakan dan guru-guru.

2.1.3

Kolaborasi

Sepanjang menjalankan kajian ini, saya juga telah berkolaborasi


dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru Pendidikan Islam yang
mengajar kelas tersebut serta rakan-rakan praktikum. Berdasarkan
kolaborasi

yang

dibina,

saya

mampu

melakukan

proses

pelaksanaan intervensi seterusnya membuat pengumpulan data


dengan

baik.

Bahkan,

masalah

yang

saya

hadapi

semasa

menjalankan intervensi dapat dikongsi dan diselesaikan secara


bersama

melalui

gandingan

rakan

praktikum

saya

dalam

penghasilan data yang tepat dan jitu. Secara keseluruhannya,


kolaborasi antara pihak sekolah serta rakan-rakan praktikum
banyak

membantu

saya

dalam

pelaksanaan

kajian

supayan

berjalan sepertimana yang dirancang.

2.2 Intervensi
Penggunaan Model RuFaKiA ini difokuskan untuk membantu murid
membezakan perkara fardhu ain mahupun fardhu kifayah. Melalui
19

model ini, murid dapat dilibatkan secara menyeluruh dalam aktiviti


pengajaran yang dijalankan. Pada masa yang sama, murid juga
akan lebih bersemangat untuk belajar serta berinteraksi dengan
bahan tersebut sebagai rangsangan untuk pembelajaran mereka.
Sebenarnya, melalui proses pengajaran dan pembelajaran melalui
aktiviti bermain ini sangatlah efektif jika dibandingkan dengan
penerangan sahaja.
Intervensi dalam kajian tindakan ini dinamakan dengan
Model RuFaKiA untuk memberi peluang kepada murid untuk
mengelaskan gambar-gambar sama ada ia dimasukkan dalam
rumah Fardhu Ain mahupun rumah Fardhu Kifayah pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, model adalah bangunan, jentera, catan dan
lain-lain yang hampir atau betul-betul menyerupai objek yang asli.
Penggunaan

model

sebagai

sumber

bahan

pengajaran

dan

pembelajaran khususnya menepati teori yang dikemukakan oleh


Bandura.

Bandura

menyatakan

bahawa

proses

pembelajaran

meliputi pemerhatian, pemikiran, peniruan dengan tingkah laku


atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan
positif.
Kenyataan

ini

disokong

oleh

Jamaluddin

(2002)

yang

mengatakan bahawa alat bantu mengajar yang digunakan dalam


sisitem pendidikan pada masa kini iaitu alat visual yang berbentuk
gambar, model, objek dan sebagainya mampu mengukuhkan
pengalaman konkrik, motivasi belajar serta meningkatkan daya
20

serap dan potensi pelajar. (Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah


Mat

Lazim

penggunaan

&

Rosnah
bahan

Ahmad

tiga

Zain,

dimensi

2010)
dalam

turut

mendakwa

pengajaran

dan

pembelajaran lebih berkesan berbanding dengan penggunaan


bahan dua dimensi.
Model RuFaKiA ini merujuk kepada Model Rumah Fardhu
Kifayah dan Fardhu Ain yang mana Ru merupakan singkatan
kepada Rumah, Fa singkatan kepada Fardhu sementara Ki dan
A masing-masing merujuk kepada Kifayah dan
menggabungkan

kesemua

suku

kata

Ain. Jadi, saya

terawal

seterusnya

diungkapkan menjadi Model RuFaKiA. Model ini mempunyai


keistimewaan tersendiri yang mana ia dibina selaras dengan
objektif

kajian

saya,

yakni

bagi

membolehkan

murid-murid

membuat perbandingan antara perkara fardhu ain dan fardhu


kifayah.
Rentetan daripada itu, RuFaKiA ini juga akan menggunakan
model rumah yang sama, namun berbeza dari segi warnanya. Pada
laluan ke rumah bagi kedua-dua model, akan dilabelkan dengan
Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah supaya murid-murid dapat melihat
dengan jelas rumah mana yang patut diisi dengan perkara Fardhu
Ain dan perkara mana pula akan dikategorikan dalam rumah Fardhu
Kifayah. Pada masa yang sama, pada bahagian atas bumbung
rumah, saya akan menebuk lubang supaya murid-murid dapat
mengambil batang ais krim yang diletakkan secara bertaburan di

21

atas padang yang mana kemudiannya akan dimasukkan ke dalam


rumah yang bersesuaian.
Malah, saya akan membuat situasi yang mana digambarkan
di sebuah taman yang mempunyai banyak rumah. Di tengahnya
pula, terdapat padang yang menghijau yang dipenuhi dengan
orang lidi. Apabila tiba masanya untuk pulang, murid-murid perlu
mengambil orang lidi yang diumpamakan rakan-rakan mereka
untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Bagi orang lidi pula,
saya akan menggunakan batang aiskrim yang dibentuk menjadi
orang seterusnya dilekatkan pada kepalanya dengan gambargambar perkara fardhu ain dan fardhu kifayah. Gambaran situasi ini
dibuat agar murid-murid dapat membayangkan setiap kejadian
yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka yang mempunyai
perkaitan dengan perkara-perkara fardhu ain dan fardhu kifayah.
Di samping itu, sememangnya penggunaan warna dalam
Model RuFaKiA turut memainkan peranan yang amat penting bagi
membantu murid membezakan perkara fardhu ain dan fardhu
kifayah. Rumah Fardhu Ain dibina menggunakan warna oren,
sementara rumah Fardhu Kifayah pula ditampal dengan warna
kuning. Menurut kajian Hajijah (2008), dengan penggunaan kaedah
mesra alam dalam pengajaran dan pembelajaran, ditambah pula
dengan kombinasi pelbagai aktiviti mewarna sambil bermain
membuatkan

murid-murid

begitu

berminat

untuk

belajar

di

samping tidak mengantuk atau bosan ketika mempelajari warna.

22

Dari segi penglibatan murid, kelihatannya murid-murid melibatkan


diri dalam aktiviti yang dijalankan.
Rumah
Fardhu

Rumah
Fardhu

Perkara-perkara
Fardhu Ain dan Fardhu
Dalam aktiviti

Rajah 1 : Model RuFaKiA

1,

murid-

murid

akan

diberi

penerangan berkaitan pengertian fardhu ain dan fardhu kifayah


terlebih dahulu. Saya menggunakan paparan LCD dalam memberi
penerangan kepada murid dengan menggunakan warna yang
berbeza dalam pengertian yang ditayangkan.
23

Dalam aktiviti 2 pula, saya telah menerangkan kepada murid


satu-persatu gambar-gambar yang tergolong dalam perkara fardhu
ain dan fardhu kifayah

menggunakan slaid. Pada akhir aktiviti,

seorang demi seorang murid diminta untuk meletakkan batang ais


krim yang mengandungi gambar situasi ke dalam rumah Fardhu Ain
atau Fardhu Kifayah dengan menggunakan Model RuFaKiA.
Untuk aktiviti seterusnya, saya memanggil empat orang
murid untuk memilih gambar perkara fardhu ain atau fardhu
kifayah untuk dimasukkan ke rumah bersesuaian. Untuk terakhir
sekali, seorang demi seorang murid diminta untuk mengasingkan
perkara fardhu ain dan fardhu kifayah menggunakan Model
RuFaKiA dengan betul.
Sebagai penilaian dan pengukuhan kepada tajuk Fardhu Ain
dan

Fardhu

Kifayah,

saya

membekalkan

dan

mengedarkan

lembaran kerja kepada murid untuk disiapkan dalam masa 10 minit


untuk

melihat

sejauh

mana

keberkesanan

intervensi

yang

dijalankan kepada semua murid saya.


Hal ini dipertegaskan lagi oleh (Azlan & Nurdalina, 2010) yang
mengutarakan bahawa alat bantu mengajar merupakan sokongan
kepada pengajaran guru di dalam bilik darjah kerana ia dapat
membantu mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru dan murid. Maka, saya telah memilih salah
satu

intervensi

untuk

dijalankan

dalam

kajian

tindakan

ini

berdasarkan tajuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Lantas, saya


mengambil inisiatif mudah dengan menyediakan Model RuFaKiA
24

untuk memberi peluang kepada murid untuk mengkategorikan


perkara fardhu ain dan fardhu kifayah dengan betul. Melalui
penggunaan Model RuFAKiA, murid-murid dapat meningkatkan
kefahaman mereka dengan lebih mudah terhadap konsep fardhu
ain dan fardhu kifayah secara tidak langsung.

25

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Berdasarkan Rosinah (2011), beliau menyatakan bahawa objektif kajian hendaklah


boleh diukur menggunakan alat kajian yang dipilih. Objektif kajian adalah
pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum
sesuatu kajian dijalankan. Penyataan tujuan spesifik ini adalah
penting bagi membolehkan saya mengutip data yang sesuai dan
tepat. Justeru, saya telah membina beberapa objektif kajian yang
ingin dicapai, iaitu objektif yang terdiri daripada objektif umum dan
objektif khusus.
3.1

Objektif Umum

Melihat peningkatan murid dalam membezakan fardhu ain dan


fardhu kifayah menggunakan Model RuFaKiA.

3.2

Objektif Khusus

Meningkatkan kemahiran murid dalam :


3.2.1 Menyebut pengertian fardhu ain dan fardhu kifayah dengan
betul menggunakan Model RuFaKiA bagi murid tahun 2.
3.2.2 Menyatakan contoh-contoh perkara fardhu ain dan fardhu
kifayah dengan betul menggunakan Model RuFaKiA bagi
murid tahun 2.
3.2.3 Membezakan perkara fardhu ain dan fardhu kifayah dengan
betul menggunakan Model RuFaKiA bagi murid tahun 2.
3.3 Soalan Kajian
26

Bagi mencapai objektif kajian tindakan yang akan dilaksanakan,


beberapa soalan telah dibina sebagai panduan. Soalan-soalan
tersebut adalah seperti berikut:

3.3.1 Adakah murid dapat menyebut pengertian fardhu ain dan


fardhu kifayah dengan betul menggunakan Model RuFaKiA
bagi murid tahun 2?
3.3.2 Adakah murid dapat menyatakan contoh-contoh perkara
fardhu ain dan fardhu kifayah dengan betul menggunakan
Model RuFaKiA bagi murid tahun 2?
3.3.3 Adakah Model RuFaKiA dapat meningkatkan kemahiran
membezakan perkara fardhu ain dan fardhu kifayah bagi
murid tahun 2?

27

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian yang saya jalankan ini melibatkan


lapan orang murid Tahun 2 Harmoni yang berumur 8 tahun di
Sekolah Kebangsaan Hutan Kampong. Lapan orang murid yang
menjadi peserta kajian saya terdiri daripada tiga orang lelaki dan
lima orang perempuan. Murid-murid saya terdiri daripada 3 orang
daripada kategori lemah dan 5 orang daripada kategori sederhana.
Manakala, purata ujian mereka adalah 40%. Latar belakang
ekonomi ibu bapa pula adalah sederhana disebabkan keluarga
murid-murid yang akan dibuat kajian ini bekerja di kampung,
misalnya pesawah dan petani.
Selain itu, murid-murid ini menjadi pilihan saya adalah
berdasarkan hasil daripada pemerhatian dan soal jawab saya
bersama mereka ketika di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi tajuk Perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Sebelum tamat
sesi pengajaran, saya meminta murid-murid untuk menyebut
kembali pengertian fardhu ain dan fardhu kifayah berserta dengan
contoh-contohnya, namun terdapat beberapa orang murid yang
terus mendiamkan diri dan ada juga yang melihat kawan-kawan
yang lain menyebutnya. Setelah saya melakukan peneguhan dan
pengulangan isi pelajaran, ternyata murid-murid ini masih tidak
berjaya memahami dan membezakan antara perkara fardhu ain
dan fardhu kifayah.

28

Pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan pencapaian


murid dalam lembaran kerja yang diberikan. Murid-murid tersebut
tidak mampu membezakan gambar yang diberikan termasuk dalam
fardhu ain ataupun fardhu kifayah. Hasil daripada penelitian, saya
membuat

kesimpulan

bahawa

murid-murid

tidak

memahami

konsep fardhu ain dan fardhu kifayah dengan baik. Skor yang
diperoleh murid-murid adalah sekitar 0/12 dan 12/12. Terdapat
seorang murid yang mendapat skor yang paling terendah, iaitu
4/12, sementara 4 orang murid lagi mendapat skor sebanyak 10/12
dan 3 orang murid yang lain lagi memperoleh 8/12. Justeru,
dapatlah dikatakan bahawa mereka belum mampu menguasai
konsep fardhu ain dan fardhu kifayah dengan sebaiknya sehingga
menimbulkan kekeliruan terhadap gambar yang diberikan.

29

Rajah 2 : Bentuk soalan lembaran kerja

Berdasarkan perbincangan bersama guru Pendidikan Islam


yang mengajar murid sebelum ini, kesemua kumpulan sasaran ini
adalah terdiri daripada murid yang mempunyai prestasi akademik
yang rendah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kenyataan
guru tersebut diberikan berdasarkan keputusan peperiksaan pada
tahun lepas di samping peperiksaan bulan Mac yang baru sahaja
selesai pada minggu sebelumnya. Selain itu, mereka adalah muridmurid

yang

mempunyai

daya

ingatan

yang

lemah

dalam

mengingati fakta-fakta dalam Pendidikan Islam terutamanya bagi


tajuk Perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Hal ini kerana, apabila
ditanya kembali tentang isi pelajaran yang baru dipelajari, mereka

30

mengambil masa yang lama untuk menjawab, tidak kurang pula


ada yang mendiamkan diri sahaja.
Walaupun demikian, murid saya juga mempunyai ciri-ciri
keunikan tersendiri, antaranya termasuklah suka menolong guru
terutamanya apabila tiba di sekolah pada awal pagi dan serta suka
ganggu kawan-kawan. Mereka juga sangat berminat untuk belajar
terutamanya apabila menggunakan ICT dalam pembelajaran.
Namun, kadang-kadang mereka menunjukkan kelakuan yang tidak
disenangi seperti membuat bising di dalam kelas.
Berpaksikan faktor-faktor yang disenaraikan, saya membuat
keputusan untuk memilih 8 orang murid dari kelas 2 Harmoni untuk
dijadikan peserta kajian saya bagi menjalankan intervensi Model
RuFaKiA bagi membolehkan murid-murid membezakan antara
perkara fardhu ain dan fardhu kifayah.

31

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN


5.1

Model Penyelidikan Tindakan

Bagi setiap kajian tindakan yang akan dijalankan, terdapat model penyelidikan yang
dipilih dan dijadikan sebagai penduan. Justeru saya telah memilih model
penyelidikan tindakan Kurt Lewin yang diperkenalkan pada tahun 1946. Menurut
Rosinah Edinin (2011), Kurt Lewin merupakan pengasas kepada penyelidikan
tindakan. Lewin menerangkan bahawa dalam lingkaran terdiri daripada empat
peringkat yang utama iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi.

Mengenalpasti Masalah

Perancangan

Refleksi

Tindakan

Pemerhatian

Rajah 3: Langkah-Langkah Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin

5.2

Prosedur Perlaksanaan

Melalui intervensi yang dilaksanakan, saya melaksanakan tiga aktiviti


dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran Perkara Fardhu Ain
32

dan Fardhu Kifayah.

Jadual berikut menunjukkan prosedur pelaksanaan

intervensi yang dijalankan ke atas peserta kajian saya:


Jadual 1
Prosedur Pelaksanaan Tindakan Intervensi
Aktiviti
Aktiviti

Tindakan
Sesi penerangan guru tentang pengertian Fardhu Ain dan Fardhu

1
Aktiviti

Kifayah secara kelas menggunakan paparan LCD.


Guru memaparkan 4 gambar bagi setiap perkara Fardhu Ain dan

2
Aktiviti
3

Fardhu Kifayah dan murid diberi penerangan berdasarkan

5.1.1

gambar.
Guru meletakkan gambar yang mengandungi perkara Fardhu Ain

Langkah 1:

dan Fardhu Kifayah pada papan tulis secara berasingan dan


dimasukkan ke dalam Model RuFaKiA setelah aktiviti

Aktiviti
4

Jangan
Keliru

penerangan dan ujian lisan diadakan


Murid memasukkan kembali gambar-gambar ke dalam rumah

Aktiviti

yang betul menggunakan Model RuFakiA

Jangan

Keliru merupakan aktiviti 1 bagi pelaksanaan intervensi Model


RUFaKiA. Fokus utama aktiviti ini adalah untuk memastikan murid
memahami dengan jelas tentang pengertian fardhu ain dan fardhu
kifayah terlebih dahulu. Pada

aktiviti 1 inilah, murid perlu

mengenali apa yang disebut sebagai fardhu ain dan fardhu kifayah.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
Sesi pengajaran dan pembelajaran topik Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
dilaksanakan dengan sesi penerangan guru kepada murid-murid tentang
pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

33

Aktiviti ini memerlukan guru untuk memberi penerangan


yang jelas tentang pengertian Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah dengan betul.
Semasa sesi penerangan berlangsung, guru menggunakan
paparan LCD yang tertulis pengertian Fardhu Ain dan
Fardhu Kifayah.
Kemahiran mengingat pengertian Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah diterapkan secara kelas menggunakan gaya yang
berbeza secara kaedah kelas. Langkah ini dijalankan
selama 10 minit.

5.1.2 Langkah 2 : Jom Ke Rumah Saya

Untuk

aktiviti

yang

seterusnya,

saya

memfokuskan

kepada

penerangan perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan


disertakan gambar-gambar yang berkaitan. Di samping itu, ujian
lisan turut dijalankan apabila murid diminta menyebut kembali
perkara

Fardhu

Ain

dan

Fardhu

Kifayah

seterusnnya

mengasingkannya ke dalam rumah yang betul.


Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
Setelah sesi penerangan diberikan kepada murid, guru
memaparkan pula contoh-contoh perkara Fardhu Ain dan
Fardhu Kifayah melalui paparan slaid.
34

Murid memerhatikan gambar yang dipaparkan oleh guru di


hadapan kelas.
Murid turut diberi penerangan tentang gambar yang
ditunjukkan yang mana dikategorikan dalam perkara
Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
Kemudiannya, saya menampal gambar perkara fardhu ain
dan fardhu kifayah secara bertaburan pada papan putih.
Seterusnya, setiap orang murid dikehendaki untuk memilih
kad yang tertulis Fardhu Ain atau Fardhu Kifayah
lalu ditampal bersebelahan gambar yang dipilih oleh
mereka. Jawapan murid disemak oleh guru.
Saya telah meminta murid supaya menyebut kembali
contoh-contoh perkara fardhu ain dan fardhu kifayah
dengan menutup mata yang dilakukan secara kelas,
kumpulan (pasangan) dan individu.
Akhir sekali seorang demi seorang murid diminta untuk
meletakkan batang ais krim yang mengandungi perkara
fardhu ain dan fardhu kifayah ke dalam rumah Fardhu Ain
atau

Fardhu

Kifayah

dengan

menggunakan

Model

RuFaKiA.

35

Rajah 4 : Pengajaran Jom ke Rumah Saya

Jadual 1
Contoh-contoh Perkara Fardhu Ain dan Perkara Fardhu
Kifayah
Perkara Fardhu Ain
Perkara Fardhu
Kifayah

36

5.1.3 Langkah 3 : Mana Rumah Saya?

Kemudiannya, aktiviti diteruskan lagi dengan meminta murid


membuat pengasingan gambar-gambar yang diletakkan di tengah
padang untuk dimasukkan ke dalam rumah Fardhu Ain ataupun

37

Fardhu Kifayah. Saya meletakkan semula batang ais krim di tengahtengah padang antara dua model rumah tersebut.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
Kemudiannya, saya telah memanggil empat orang murid
terlebih dahulu untuk memilih gambar perkara fardhu ain dan
dimasukkan ke dalam rumah Fardhu Ain.
Selebihnya empat orang murid lagi akan dipanggil dan
dikehendaki untuk memilih gambar untuk dimasukkan ke
rumah Fardhu Kifayah pula.
Guru menyemak jawapan

murid

dan

diperbetulkan

jawapannya.
Untuk terakhir sekali, seorang demi seorang murid diminta
untuk mengasingkan perkara fardhu ain dan fardhu kifayah
menggunakan Model RuFaKiA dengan betul.

Rajah 5 : Pengasingan perkara fardhu ain dan


fardhu kifayah

5.1.4 Langkah

Pengukuhan Dan Penilaian

38

Akhir sekali, untuk melihat keberkesanan intervensi yang


diguna pakai dalam kajian tindakan saya ini, saya juga telah
menyediakan lembaran kerja kepada semua murid. Mereka diberi
masa selama 10 minit untuk menyiapkan lembaran kerja yang
dibekalkan.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :
Murid diedarkan dengan lembaran kerja yang mengandungi 1
bentuk soalan
Soalan ini meminta murid untuk memadankan gambar
perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan padanan yang
betul.
Guru mengumpul kembali lembaran kerja yang telah dijawab

sepen

39

Rajah 6 : Bentuk soalan lembaran kerja (selepas


intervensi)

5.3

Cara Mengumpul Data

Pengumpulan data merupakan salah satu aspek yang penting


semasa menjalankan kajian tindakan. Data yang dipungut perlu
mempunyai kredibiliti. Dengan demikian, data yang dipungut
seboleh-bolehnya

perlu

disemak

untuk

menentukan

sejauh

manakah ianya boleh dipercayai. Semasa menjalankan kajian ini,


saya telah menggunakan beberapa instrumen untuk mengumpul
data. Saya

menggunakan ujian

lisan

dan analisis

dokumen

(lembaran kerja murid) bagi mengumpul data yang diperlukan


kajian ini.
5.3.1 Ujian Lisan
Ujian lisan telah dilakukan untuk menilai tahap penguasaan murid
dalam menyebut pengertian fardhu ain dan fardhu kifayah. Selain
itu juga, ujian ini turut dijalankan untuk memastikan murid dapat
menyebut contoh-contoh perkara fardhu ain dan fardhu kifayah.
40

Ujian lisan dibahagikan kepada dua bahagian yang berbeza, iaitu


Bahagian A (Pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah) dan
Bahagian B (Contoh-contoh Perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah).
Dalam Bahagian A, murid akan dinilai berdasarkan sebutan
pengertian fardhu ain dan fardhu kifayah dengan betul dan tepat
berserta gayanya. Sementara itu, Bahagian B pula memfokuskan
kepada contoh-contoh perkara fardhu ain dan fardhu kifayah yang
mana setiap murid perlu menyebut perkara fardhu ain dan fardhu
kifayah yang telah diajar. Jumlah contoh perkara fardhu ain dan
fardhu kifayah yang berjaya disebut oleh murid akan direkodkan.

5.3.2 Lembaran Kerja


Setelah

mengadakan

intervensi

yang

dirancang,

saya

telah

mengadakan ujian dalam bentuk lembaran kerja kepada muridmurid untuk menilai tahap kefahaman mereka dalam membuat
perbezaan antara perkara fardhu ain dan fardhu kifayah. Untuk
lembaran kerja ini, saya menyediakan soalan ringkas dan mudah
sahaja.
Soalan

yang

dibina

ini

mengkehendaki

murid

untuk

memadankan sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah berdasarkan


gambar yang diberikan dalam lembaran kerja. Ini membawa 100
markah. Daripada situlah, saya akan menilai tahap pencapaian
murid sama ada mereka dapat menguasai atau tidak pembelajaran
yang diajar.

41

Jawapan murid yang betul telah dibahagikan dengan jumlah


setiap soalan kemudian didarab dengan 100 bagi mendapatkan
peratus markah bagi setiap orang murid. Data ini kemudiannya
dianalisis kepada peratus dan setersunya dipersembahkan dengan
menggunakan jadual dan graf.
Keseluruhan markah ujian telah dikira mengikut peratus bagi
memudahkan proses analisis data dan proses memindahkan data
kepada jadual dan graf. Peratus tersebut kemudiannya dirujuk
kepada Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2015 daripada
Skala Gred Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS, 2015). Skala
ini bertujuan untuk menentukan pencapaian murid sama ada
cemerlang,

sederhana,

lemah

atau

sangat

lemah.

Jadual

merupakan gred pemarkahan yang digunakan sebagai justifikasi


pencapaian murid bagi melihat keberkesanan intervensi yang telah
diaplikasikan.

Jadual 2
Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2015
Gred
Markah (%)
Pencapaian
A
80 100
Cemerlang
B
60 79
Baik
C
40 59
Sederhana
D
20 39
Lemah
E
1 19
Sangat lemah
TH
00
( Tidak Hadir)
Sumber : Skala Gred Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS )

(2015

42

6.0 DAPATAN : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA


Tujuan penyelidikan ini adalah untuk meningkatkan kefahaman
murid dalam membezakan perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
dengan

menggunakan

Model

RuFaKiA.

Dua

kaedah

telah

digunakan untuk mengumpul data, iaitu ujian lisan dan analisis


dokumen

(lembaran kerja)

bagi

menjawab

persoalan kajian.

Justeru, bahagian ini membincangkan tentang cara-cara data


dianalisis dengan menganalisis data yang diperoleh. Dengan itu,
saya

dapat

melaporkan

hasil

kajian

serta

membuat

ulasan

mengenai data yang diperoleh. Analisis data adalah berdasarkan


kepada objektif kajian.

6.1

Adakah murid dapat menyebut pengertian fardhu ain

dan fardhu kifayah dengan betul menggunakan Model


RuFaKiA bagi murid tahun 2?
43

Bertepatan dengan soalan kajian pertama inilah, ujian lisan telah


diadakan selepas pelaksanaan intervensi bagi melihat sejauh mana
penggunaan Model RuFaKiA berjaya meningkatkan kemahiran
murid menyebut pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Hasil
jawapan murid telah dicatatkan dalam borang jawapan ujian lisan.
Dapatan ujian lisan telah dimuatkan dalam bentuk Jadual 4 :
Analisis Ujian Lisan (Bahagian A).
Ujian lisan dijalankan untuk mengenalpasti murid dapat
menguasai tajuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan sebaiknya
atau sebaliknya. Melalui ujian lisan, guru dapat melihat secara
langsung gaya percakapan murid tanpa perlu berselindung. Ia juga
bertujuan untuk memastikan murid dapat menyebut dengan jelas
dan betul pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Ujian ini
mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian A (pengertian Fardhu
Ain dan Fardhu Kifayah) dan bahagian B (contoh-contoh perkara
fardhu ain dan fardhu kifayah). Jadual 4 menunjukkan skor dan
peratus yang dicapai oleh murid dalam ujian lisan yang telah
dijalankan sepanjang intervensi.

Jadual 3
Analisis Ujian Lisan (Bahagian A) Pengertian Fardhu Ain dan
Fardhu Kifayah
Bil

Nam
a

Pengertian

Jumlah

Peratus

Pencapai

Skor

(%)

an
44

Murid
Fardhu

Fardhu
Kifayah
14/ 14

28/ 28

100

Cemerla

14/ 14

28/ 28

100

ng
Cemerla

Ain
14/ 14

14/ 14

12/ 14

12/ 14

24/ 28

86

ng
Cemerla

14/ 14

14/ 14

28/ 28

100

ng
Cemerla

71
100

ng
Baik
Cemerla

5
6

E
F

10/ 14
14/ 14

10/ 14
14/ 14

20/ 28
28/ 28

14/ 14

14/ 14

28/ 28

100

ng
Cemerla

14/ 14

14/ 14

28/ 28

100

ng
Cemerla
ng

Berpandukan Jadual 4: Analisis Ujian Lisan (Bahagian A),


seramai 7 orang murid berjaya memperoleh tahap pencapaian
Cemerlang, iaitu antara 80 hingga 100 %. Murid A, B, D, F, G dan
H berjaya menyebut pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
dengan tepat sekali tanpa sebarang kesalahan iaitu dengan
memperoleh (14/14) bagi pengertian Fardhu Ain dan (14/14) juga
untuk pengertian Fardhu Kifayah. Jadi, peratus yang berjaya
dikumpul oleh 6 orang murid adalah 100% dan mencapai tahap
pencapaian Cemerlang.
Sementara itu, Murid C hanya mendapat 86% sahaja kerana
tertukar pengertian antara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Namun
45

begitu, Murid C masih berada pada tahap Cemerlang. Sementara


itu, Murid E pula mendapat 20 markah daripada 28 markah apabila
menyebut pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Oleh itu,
peratus markah yang diperolehinya ialah 71 %. Murid E hanya
mencapai tahap Baik sahaja.
Kesimpulannya, 6 orang murid iaitu Murid A, B, D, F, G dan H
berada dalam kategori Cemerlang dengan mendapat peratusan
markah 100 %. Seorang murid lagi pula berada dalam kategori
Cemerlang juga, tetapi hanya mendapat 86% sahaja iaitu Murid C.
Manakala, seorang murid lagi pula mendapat 71 % dalam ujian
lisan mengenai pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah iaitu
Murid E dan berada pada tahap Baik. Selain itu, tiada murid yang
mendapat

peratusan

markah

kurang

daripada

60%

setelah

pelaksanaan intervensi. Justeru itu, tiada seorang murid yang


menunjukkan pencapaian yang dikategorikan sebagai Lemah atau
Sangat

Lemah.

Ini

menunjukkan

bahawa

intervensi

yang

digunakan dapat membantu murid meningkatkan kebolehan murid


menyebut pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah melalui
penggunaan Model RuFaKiA.
Secara keseluruhannya, berdasarkan analisis keputusan yang
telah dilakukan, saya dapati enam orang murid saya mampu
menyebut pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan betul
menggunakan Model RuFaKiA. Ini menunjukkan bahawa intervensi
yang digunakan daam kajian ini mampu menjawab persoalan kajian
saya

yang

pertama.

Pada

masa

yang

sama

juga,

berlaku
46

peningkatan dalam pencapaian peratus murid dan juga minat


untuk mempelajari topik Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah apabila
menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik yakni melalui
Model RuFaKiA. Secara tidak langsung, apabila murid memahami
ilmu pengetahuan yang ingin saya sampaikan, ini bermaksud
pengajaran yang berlangsung mempunyai kualiti. Dengan erti kata
lain,

kualiti

pengajaran

bermakna

keupayaan

guru

untuk

menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang


mudah difahami oleh pelajar, mudah diingat dan menyeronokkan
pelajar (Shahril, 2005).

47

6.2

Adakah

perkara

murid

fardhu

ain

dapat
dan

menyatakan

fardhu

kifayah

contoh-contoh
dengan

betul

menggunakan Model RuFaKiA bagi murid tahun 2?

Jadual 4 : Analisis Ujian Lisan (Bahagian B) Contoh-contoh Perkara


Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Bil

Nama

Contoh-contoh

Jumlah

Peratus

Pencapaia

Murid

Perbuatan

Skor

(%)

Fardhu

Fardhu
Kifayah
4/ 4

8/ 8

100

Cemerlan

Ain
4/ 4

2
3

B
C

4/ 4
3/ 4

2/ 4
4/ 4

6/ 8
7/ 8

75
88

g
Baik
Cemerlan

4
5

D
E

3/ 4
2/ 4

3/ 4
2/ 4

6/ 8
4/ 8

75
50

g
Baik
Sederhan

4/ 4

4/ 4

8/ 8

100

a
Cemerlan

4/ 4

4/ 4

8/ 8

100

g
Cemerlan

3/ 4

4/ 4

7/ 8

88

g
Cemerlan
g

Jadual 5 menunjukkan keputusan ujian lisan lapan orang


murid berkaitan contoh-contoh perkara fardhu ain dan fardhu
48

kifayah selepas menggunakan intervensi Model RuFaKiA. Didapati


lima orang murid, iaitu Murid A, C, F, G dan H dapat menyebut
contoh-contoh perkara fardhu ain dan fardhu kifayah dengan betul
dan berada pada tahap Cemerlang. Murid A, F dan G mendapat
skor 100 % dengan berjaya menyebut empat contoh perkara fardhu
ain dan empat contoh perkara fardhu kifayah. Sementara itu, Murid
C dan Murid H juga berada pada tahap pencapaian Cemerlang,
namun hanya berjaya memperoleh skor 88%. Hal ini kerana mereka
telah salah menyebut salah satu contoh perkara fardhu ain dan
fardhu kifayah.
Seterusnya, bagi Murid B pula berada pada tahap Baik
apabila dapat menyebut empat contoh perkara fardhu ain dan dua
contoh perkara fardhu kifayah. Jadi, ini bermakna, Murid B hanya
berjaya

menyebut

contoh

sahaja

yang

memberi

peratus

sebanyak 75 %. Begitu juga dengan Murid D yang mampu


menyebut tiga contoh perkara fardhu ain dan tiga contoh perkara
fardhu kifayah. Murid D turut dikategorikan berpencapaian Baik
apabila turut memperoleh 75%. Ini menunjukkan murid-murid
mampu menyebut contoh perkara fardhu ain dan fardhu kifayah
walaupun kadang-kadang tertukar antara satu sama lain.
Manakala Murid E pula memperoleh pencapaian Sederhana
dengan memperoleh 50 % dalam menyatakan contoh-contoh
perkara fardhu ain dan fardhu kifayah. Ini menunjukkan Murid E
hanya mampu menyebut dua contoh perkara fardhu ain dan dua
contoh perkara fardhu kifayah. Ianya berkemungkinan disebabkan
49

gangguan daripada rakan-rakan ketika penerangan diberikan lalu


membuatkan Murid E sedikit keliru dalam membandingkan fardhu
ain dan fardhu kifayah.
Keseluruhan daripada hasil dapatan ujian lisan ini, saya
dapati lapan orang murid yang mempunyai masalah dalam
kemahiran membezakan fardhu ain dan fardhu kifayah telah
menunjukkan
Walaupun

peningkatan

bukan

cemerlang,
peningkatan

semua

namun
serta

dalam

tahap

murid

mendapat

mereka

sudah

penambahbaikan

pencapaian

mereka.

keputusan

berjaya
dalam

yang

menunjukkan

membandingkan

perkara fardhu ain dan fardhu kifayah jika dibandingkan dengan


pengajaran sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa intervensi yang
dijalankan dapat mencapai objektif serta menjawab persoalan
kajian yang telah dikemukakan apabila markah murid tidak
melepasi 50 ke bawah.
Secara

keseluruhannya,

intervensi

ini

telah

berjaya

meningkatkan pencapaian murid yang mana bilangan murid yang


mendapat tahap Cemerlang adalah seramai lima orang dan
melebihi

jumlah

murid

yang

memperoleh

tahap

Baik

dan

Sederhana. Bahkan, terdapat tiga orang murid yang mendapat


peratusan markah sebanyak 100% apabila mampu menyebut
kelapan-lapan contoh perkara fardhu ain dan fardhu kifayah
dengan betul setelah menggunakan Model RuFaKiA. Maka,
persoalan kajian kedua telah terjawab berdasarkan Jadual 5. Ini
menunjukkan Model RuFaKiA yang digunakan membolehkan
50

murid untuk menyebut kembali contoh-contoh perkara fardhu ain


dan fardhu kifayah seterusnya meningkatkan minat mereka untuk
terus mempelajari topik ini.

6.3

Adakah

Model

RuFaKiA

dapat

meningkatkan

kemahiran membezakan perkara fardhu ain dan fardhu


kifayah bagi murid tahun 2?

Selain ujian lisan, kaedah pengumpulan data yang saya gunakan


adalah melalui analisis dokumen bagi menjawab persoalan tiga.
Instrumen yang saya gunakan dalam analisis dokumen ini ialah
lembaran kerja. Selesai sahaja pengajaran pada hari tersebut, saya
akan terus mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid serta
mengumpulnya

semula

untuk

tujuan

semakan.

Berdasarkan
51

lembaran

kerja

yang

dikumpul

daripada

murid,

saya

telah

menganalisis data tersebut berdasarkan skor atau markah yang


berjaya dikumpulkan oleh murid. Dapatan data dimasukkan ke
dalam bentuk jadual dan dikira mengikut peratus. Peratus tersebut
kemudiannya dirujuk kepada Jadual 3 bagi menentukan pencapaian
murid sama ada cemerlang, sederhana, lemah atau sangat lemah.
Ujian bertulis telah dijalankan kepada murid bagi menjawab
persoalan kajian tiga. Ujian bertulis ini telah dijalankan secara
individu

bertujuan

untuk

menguji

kemahiran

murid

dalam

membezakan perkara fardhu ain dan fardhu kifayah berdasarkan


gambar melalui penggunaan Model RuFaKiA. Dari segi pengiraan
markah, jumlah jawapan yang betul dibahagikan dengan jumlah
keseluruhan markah kemudian didarabkan dngan 100. Berikut
adalah analisis lembaran kerja murid selepas menggunakan Model
RuFaKiA. Hasilnya seperti dalam Jadual 6 di bawah:

Jadual 5 : Analisis Dokumen (Lembaran Kerja)


Bil

Nama

1
2
3
4
5
6

Murid
A
B
C
D
E
F

Skor
7/
7/
8/
7/
1/
8/

8
8
8
8
8
8

Peratus

Tahap

Gred

(%)
88
88
100
88
13
100

Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Cemerlang
Lemah
Cemerlang

A
A
A
A
D
A
52

7
8

G
H

8/ 8
8/ 8

100
100

Cemerlang
Cemerlang

A
A

Berdasarkan Jadual 6 : Analisis Dokumen Lembaran Kerja,


Murid A mendapat 7 markah daripada 8 gambar yang diletakkan
secara

berterabur

untuk

dipadankan

sama

ada

Fardhu

Ain

mahupun Fardhu Kifayah. Oleh itu, markah yang diperolehinya


adalah sebanyak 88 %. Merujuk kepada Jadual 3 : Julat Gred Markah
Sekolah Rendah (SR) 2015, Murid A mendapat gred A, iaitu
Cemerlang.
Seterusnya, Murid B juga berjaya memperoleh 7 markah
daripada 8 gambar untuk dipadankan dalam lembaran kerja yang
diberikan selesai sahaja intervensi. Justeru, peratus markah yang
diperolehinya ialah 88 %. Merujuk kepada Jadual 3 : Julat Gred
Markah Sekolah Rendah (SR) 2015, Murid 2 mendapat gred A, iaitu
Cemerlang.
Seterusnya, Murid C juga berjaya memperoleh markah
penuh, iaitu 8 markah daripada 8 gambar untuk dipadankan dalam
lembaran kerja yang diberikan selesai sahaja intervensi. Justeru,
peratus markah yang diperolehinya ialah 100 %. Merujuk kepada
Jadual 3 : Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2015, Murid C
mendapat gred A, iaitu Cemerlang.
Sementara itu, Murid D pula mendapat mendapat 7 markah
daripada 8 gambar yang diletakkan secara berterabur untuk
dipadankan sama ada Fardhu Ain mahupun Fardhu Kifayah. Oleh
itu, markah yang diperolehinya adalah sebanyak 88 %. Merujuk
53

kepada Jadual 3 : Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2015,


Murid D mendapat gred A, iaitu Cemerlang.
Manakala Murid E pula hanya mendapat peratus sebanyak 13
% sahaja. Hal ini kerana, Murid E hanya mampu memadankan satu
gambar sahaja yang betul dengan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
Maka, gred yang diperolehinya ialah D, iaitu Sangat Lemah
dengan berlandaskan Jadual 3 : Julat Gred Markah Sekolah Rendah
(SR) 2015.
Bagi Murid F, G dan H markah penuh berjaya diperolehi, iaitu
8 markah daripada 8 gambar untuk dipadankan dalam lembaran
kerja yang diberikan selesai sahaja intervensi. Justeru, peratus
markah yang diperolehinya ialah 100 %. Berpandukan kepada
Jadual 3 : Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2015, Murid F, G
dan H mendapat gred A, iaitu pada tahap Cemerlang.
Secara keseluruhannya, hanya seorang sahaja murid yang
tidak mampu mencapai tahap Cemerlang

(80 100) jika

dibandingkan dengan tujuh orang lagi murid. 4 orang murid telah


mencapai tahap Cemerlang iaitu gred A dengan mendapat
peratusan markah sebanyak 100 %, sementara 3 orang lagi murid
juga mencapai tahap Cemerlang, namun hanya memperoleh
markah sebanyak 88 peratus. Ini menunjukkan bahawa intervensi
yang

dilaksanakan

dapat

membantu

murid

meningkatkan

kemahiran dalam membezakan perkara Fardhu Ain dan Fardhu


Kifayah melalui penggunaan Model RuFaKiA. Ini menunjukkan
bahawa soalan kajian ketiga telah terjawab berdasarkan hasil
54

dapatan

yang

diperoleh

dalam

Jadual

6:

Analisis

Dokumen

(Lembaran Kerja).

7.0 PERBINCANGAN DAN REFLEKSI

Kajian yang dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid dalam


meningkatkan kemahiran membezakan perkara Fardhu Ain dan
Fardhu Kifayah dengan menggunakan Model RuFaKiA di sebuah
sekolah di daerah Kota Setar. Hasil kajian yang diperoleh daripada
ujian lisan dan ujian latihan bertulis menunjukkan peningkatan
yang menggalakkan dalam kalangan murid yang dipilih. Ironinya,
penyelidikan tindakan ini telah memberikan impak yang tinggi
dalam peningkatan pencapaian murid seterusnya memuaskan hati
pengkaji berdasarkan peningkatan yang ditunjukkan.

55

Di samping penggunaan kaedah pengajaran yang menarik,


penggunaan

bahan

bantu

mengajar

turut

mempengaruhi

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


Dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran,

bahan

bantu

mengajar lebih membantu merangsangkan dunia pelajar untuk


belajar. Malah, penggunaan bahan bantu mengajar memberi
sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar.
Pada masa yang sama, sbahan bantu mengajar ini juga dapat
menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru
yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin
Ashaari, 1999).
Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan dalam lembaran
kerja yang diberikan serta soal selidik yang diajukan kepada murid.
Dalam hal ini, murid menunjukkan minat yang mendalam terhadap
proses

pengajaran

menggunakan

unsur

gabungan

ICT

dan

permainan menggunakan model rumah (Model RuFaKiA). Hal ini


ditegaskan lagi melalui temubual yang dilakukan bersama guru
Pendidikan Islam sekolah yang mana mengatakan bahawa muridmurid tersebut lebih seronok belajar menggunakan ICT dan bahan
maujud di hadapan mereka.

7.1

Menyebut pengertian fardhu ain dan fardhu kifayah

dengan betul menggunakan Model RuFaKiA.

56

Saya telah menggunakan instrumen ujian lisan bagi menjawab


objektif kajian pertama iaitu meningkatkan kemahiran murid
dalam menyebut pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
dengan betul menggunakan Model RuFaKiA. Hasil analisis
dokumen ujian bertulis yang dilaksanakan bagi pengertian
keduanya dapat dirujuk berdasarkan graf di bawah:

Ujian Lisan (Bahagian A)


120
100
80
60
40
20
0

Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

Murid E

Murid F

Murid G

Murid H

Rajah 7 : Analisis Ujian Lisan (Bahagian A)

Berdasarkan Rajah 7 : Analisis Ujian Lisan (Bahagian A)


terhadap lapan orang murid dalam kajian yang dijalankan
menggunakan intervensi Model RuFaKiA, didapati peningkatan
peratus markah telah berlaku kepada semua murid. Dapatan Ujian
Lisan telah menunjukkan bahawa terdapat 7 orang murid berada
pada kategori Cemerlang dan seorang sahaja murid berada

57

dalam kategori Baik. Hasilnya, seorang murid sahaja yang tidak


memperoleh tahap Cemerlang Ini menunjukkan tiada murid yang
berada dalam kategori Lemah dan Sangat Lemah
Hasil ujian lisan yang dijalankan secara individu kepada
murid-murid, saya dapati intervensi yang diaplikasikan dapat
membantu murid membezakan perkara fardhu ain dan fardhu
kifayah menggunakan Model RuFaKiA. Ini menunjukkan bahawa
intervensi

yang

telah

dijalankan

berjaya

meningkatkan

pencapaian murid dalam membuat perbezaan antara fardhu ain


dan fardhu kifayah. Sekaligus, persoalan dalam kajian saya telah
terjawab dengan adanya pertambahan dalam peratus markah
lapan orang murid. Tambahan pula, hasil dapatan ini juga
menunjukkan bahawa objektif kajian yang dirangka telah tercapai
dengan sempurna.

7.2

Menyatakan contoh-contoh perkara fardhu ain dan

fardhu

kifayah

dengan

betul

menggunakan

Model

RuFaKiA.

Seterusnya, ujian lisan juga digunakan dalam menilai kemahiran


murid menyatakan contoh-contoh perkara fardhu ain dan fardhu
kifayah. Data yang dikumpul telah diterjemahkan melalui Rajah 8 :
Analisis Ujian Lisan (Bahagian B) seperti berikut:

58

Ujian Lisan (Bahagian B)


120
100
80
60
40
20
0
Murid A

Murid B

Murid C Murid D Murid E

Murid F

Murid G Murid H

Rajah 8 : Analisis Ujian Lisan (Bahagian B)


Rajah 8 : Analisis Ujian Lisan (Bahagian B) menunjukkan
peningkatan yang berlaku terhadap peratus markah murid dalam
menyebut contoh-contoh perkara fardhu ain dan fardhu kifayah.
Sehubungan dengan itu, dapatan ujian ini menunjukkan bahawa
penggunaan Model RuFaKiA telah berjaya untuk meningkatkan
kemahiran murid dalam menyebut contoh-contoh perkara fardhu
ain dna fardhu kifayah dengan betul. Ini dapat dilihat melalui
jumlah murid yang mendapat 100% adalah berjumlah tiga orang
yang berada pada tahap paling tertinggi dalam kalangan lima
orang lagi murid.
Selain itu, dua orang murid lagi juga berada dalam kategori
Cemerlang, tetapi skornya lebih rendah jika dibandingkan dengan
tiga orang murid. Selain itu, dua orang murid lagi pula memperoleh
tahap Baikdalam Analisis Ujian Lisan (Bahagian B) ini. Ini
59

menunjukkan bahawa telah berlaku pertambahan yang positif


dalam peratus murid apabila tidak ada seorang murid pun yang
berada pada tahap Lemah dan Sangat Lemah.
Kesimpulannya,

keputusan

murid

dalam

ujian

lisan

ini

membuktikan bahawa penguasaan murid dalam menyebut contohcontoh perkara fardhu ain dan fardhu kifayah telah meningkat
melalui penggunaan Model RuFaKiA. Hal ini kerana, peratusan
markah bagi kelapan-lapan orang murid ini telah meningkat di
samping menunjukkan perubahan sikap yang mendadak apabila
menggunakan

intervensi

dalam

kajian

saya.

Peningkatan

pencapaian yang ditunjukkan oleh semua murid menjadi titik tolak


bahawa Model RuFaKiAberjaya menjawab objekrif kajian kedua
iaitu untuk menyebut contoh-contoh perkara fardhu ain dan fardhu
kifayah dengan betul melalui penggunaan Model RuFaKiA.

7.3

Membezakan perkara fardhu ain dan fardhu kifayah

dengan betul menggunakan Model RuFaKiA.


Untuk menjawab objektif ketiga pula, saya menggunakan
instrumen

ujian

bertulis

yang

berbentuk

lembaran

kerja.

Dapatan analisis dokumen ujian bertulis dalam membezakan


perkara fardhu ain dan fardhu kifayah dengan mengguanakn
Model RuFaKiA telah direkodkan dan dipersembahkan seperti
berikut:

60

Analisis Dokumen Murid


120
100
80
60
40
20
0
Murid A

Murid B

Murid C

Murid D

Murid E

Murid F

Murid G

Murid H

Rajah 9 : Analisis Dokumen Murid


Merujuk

kepada

Rajah

memaparkan

peratus

markah

Analisis

yang

Dokumen

berjaya

Murid

diperoleh

oleh

kesemua murid melalui lembaran kerja yang diberikan kepada


setiap orang murid. Dapatan Analisis Dokumen Murid telah
menunjukkan bahawa terdapat 7 orang murid berada dalam tahap
Cemerlang, iaitu dengan melepasi 80% manakala seorang murid
berada

pada

kedudukan

Lemahjika

dibandingkan

dengan

lembaran kerja yang diberikan sebelum pelaksanaan intervensi,


peratusan markah murid tidak mencapai kepada tahap yang
cemerlang. Hanya seorang murid sahaja yang mendapat 100%. Ini
juga

menunjukkan

bahawa

penggunaan

intervensi

mampu

meningkatkan pencapaian murid dalam membezakan perkara


fardhu ain dan fardhu kifayah.
61

Secara

keseluruhannya,

hasil

dapatan

ini

menunjukkan

bahawa objektif dan persoalan kajian telah terjawab dengan


sempurna. Jadi, ini menunjukkan bahawa intervensi yang diguna
pakai dalam kajian saya berjaya meningkatkan keputusan murid
dalam membuat perbezaan perkara fardhu ain dan fardhu kifayah
yang mana kesemua murid mendapat markah dalam lingkungan
80% - 100%, malah dikategorikan dalam tahap Cemerlang.
Namun begitu, terdapat seorang sahaja murid yang tidak mampu
menjawab ujian bertulis dengan baik.
7.4

Kesimpulan

Melalui

dapatan-dapatan

kajian

yang

diperoleh,

saya

dapati

bahawa objektif kajian dapat dicapai dengan jayanya. Hal ini


kerana, murid-murid menunjukkan peningkatan peratus dalam
tajuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang menggunakan Model
RuFaKiA. Selepas pelaksanaan intervensi ini, murid telah mampu
menyebut pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan betul.
Masalah utama yang dihadapi oleh murid adalah untuk mengetahui
pengertian fardhu ain dan fardhu kifayah itu sendiri. Kurangnya
kefahaman konsep tentang fardhu ain dan fardhu kifayah itu sendiri
menyukarkan murid untuk membezakan perkara fardhu ain dan
fardhu kifayah. Oleh yang demikian, Model RuFaKiA telah dibina
dan dipraktikkan dalam kajian ini untuk memudahkan murid
membuat perbezaan melalui penggunaan warna yang berbeza
pada Model RuFaKiA.
62

Setelah Model RuFaKiA yang dijalankan, dapatan kajian


menunjukkan terdapat peningkatan kepada murid terhadap fardhu
ain dan fardhu kifayah. Maklumat ini disokong dengan dapatan
kajian yang menunjukkan tiada murid dalam kategori Lemah dan
Sangat Lemahsetelah Model RuFaKiA digunakan dalam tajuk
kajian.

Justeru,

dengan

menggunakan

Model

RuFaKiA

yang

berunsurkan sebuah taman yang dikelilingi rumah-rumah memberi


suatu keseronokan kepada murid untuk belajar sambil bermain.
Penggunaan warna rumah yang berbeza memudahkan murid untuk
mengingat kembali pengertian seterusnya dapat membezakan
antara perkara fardhu ain ataupun fardhu kifayah.
Selain itu, murid juga mampu menyatakan contoh-contoh
perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah melalui gabungan slaid dan
Model RuFaKiA itu sendiri. Di samping itu juga, objektif ketiga
tercapai apabila murid telah mampu membezakan antara perkara
Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan betul menggunakan
intervensi dalam kajian ini.
Secara

keseluruhannya,

hasil

kajian

dan

pelaksanaan

intervensi adalah relevan dan menjawab soalan kajian. Tambahan


pula, kajian ini menunjukkan pencapaian murid meningkat setelah
pelaksanaan intervensi. Bahkan, terdapat peningkatan dari segi
penguasaan murid dalam membezakan perkara fardhu ain dan
fardhu kifayah. Ini menunjukkan bahawa intervensi menggunakan
63

Model RuFaKiA telah berjaya mengubah dalam peningkatan


peratus murid dalam tajuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Secara keseluruhannya, dapatan daripada kajian tindakan yang


telah

dijalankan

berjaya

membuktikan

keberkesanan

aplikasi

penggunaan Model RuFaKiA dalam meningkatkan kemahiran


murid membezakan perkara fardhu ain dan fardhu kifayah.
Sehubungan itu, adalah diharapkan agar guru yang menjalankan
sesi

pengajaran

mengaplikasikan

dan

pembelajaran

penggunaan

bagi

intervensi

ini

topik

ini

supaya

dapat
objektif

pembelajaran dapat dicapai dengan mudah dan berkesan.


Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, kajian seterusnya
adalah dengan menggunakan fokus kajian yang sama, namun
beberapa

elemen-elemen

penambahbaikan

diutarakan

bagi

menjamin keberkesanan kajian ini. Antara cadangan kajian yang


boleh dilakukan termasuklah:
1. Elemen pertama yang perlu diberi perhatian adalah dengan
memastikan

Model

RuFaKiA

diaplikasikan

melalui
64

penggunaan

ICT

(Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi).

Melalui penggunaan ICT, murid-murid akan bertambah minat


untuk belajar topik yang diajar di samping memberikan
keseronokan dalam pembelajaran mereka.
2. Selain itu, adalah dicadangkan agar saiz rumah yang
digunakan dalam Model RuFaKiA dapat diperbesar bagi
memastikan murid-murid dapat melihat dengan jelas model
rumah bagi fardhu ain dan fardhu kifayah di samping
mendengar penerangan guru walaupun berada pada jarak
yang agak jauh daripada guru di dalam bilik darjah. Keadaan
ini berlaku apabila bilangan murid di dalam sesebuah kelas
terlalu ramai yang mana menyebabkan suara guru agak tidak
kedengaran.
3. Seterusnya, penggunaan intervensi secara lebih meluas dalam pengajaran dan
pembelajaran. Adalah dicadangkan agar Model RuFaKiA ini dapat
digunakan dengan lebih meluas dalam topik-topik lain bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam dan mata pelajaran lain mengikut kesesuaian terutamanya
yang melibatkan perbezaan. Penggunaan warna yang berbeza bagi model
rumah dapat mengukuhkan ingatan murid dalam jangka masa yang panjang.
Oleh itu, pengaplikasian model ini berkemungkinan sesuai untuk digunakan
dalam pengajaran topik-topik lain yang terkandung dalam Pendidikan Islam.
Kesimpulannya, pengaplikasian Model RuFaKiA dalam membuat perbezaan
antara perkara fardhu ain dan fardhu kifayah membolehkan murid untuk belajar
sambil bermain. Ternyata penerangan dan tayangan slaid sahaja tidak mampu
mengukuhkan ingatan murid. Bahkan melalui penggunaan warna berbeza pada
model rumah membolehkan murid untuk mengkategorikan perkara fardhu ain dan
65

fardhu kifayah dengan mengingat semula warna bagi pengertian fardhu ain dan
fardhu kifayah itu sendiri melalui paparan slaid.

9.0 SENARAI RUJUKAN

Al-Quran Karim
Abdullah al-Qari bin Hj Salleh. 1993. Dasar-dasar Pendidikan
Menurut Islam. Kota
Bharu:
Pustaka Aman Press.
Abdullah Nasih Ulwan. 1981. Tarbiat al-Aulad Fi al-Islam. Bayrut:
Dar al-Salam.
Abu Al-Baqir Al-Burhami Al-Fathani. (2005). Panduan Fardhu Ain
Lengkap. Kelantan.Murshid Enterprise.
Ahmad Mohd Salleh. (2011). Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi
Pengajian Islam Edisi Kedua: KPLI Pengajian Islam dan j-QAF.
Selangor, Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Akhiar Pardi Dan Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar
Penyelidikan Tindakan Dalam
Penyelidikan Pendidikan.
Selangor. Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Alpazon, M. Y. (2010). Keberkesanan Penggunaan Media Pengajaran dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan
Keluang, Besut, Terengganu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
66

Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2006). Konsep Ibadat dalam
Islam. Kuala
Terengganu. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu (MAIDAM).
Dr. Yusuf al-Qardhawi. (2011). Fiqh Keutamaan (Fiqhul Aulawiyyat)
Memahami Peringkat Amal Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.
Johor Bharu. Perniagaan
Jahabersa.
Habsah Yeob. (1996). Panduan beribadah. Karya obe sdn bhd. Kuala
lumpur.
Noor Azlan & Nurdalina. (2010). Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar di Kalangan Guru
Pelatih UTM yang Mengajar
Matapelajaran Matematik. UTM
Institutional Respository.
Mok Soon Sang. (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Diploma Perguruan Semester
1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran
Aktif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rumaizah, A. R. (2001). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Karangan. Tulisan Ilmiah Bachelor
Pendidikan. Tanjung Malim: UPSI.
Shahabuddin Hashim, Rozaimi Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2005).
Pedagogi : Strategi
Dan Teknik Mengajar dengan berkesan.
Bentong. PTS
Publication & Distrributor Sdn.
Bhd.
Shahril. (2005).Amalan Pengajaran Guru YANG Berkesan: Kajian di
Beberapa Sekolah
Menengah di Malaysia. Elementary School
Journal.
Sharifah Alwiyah Al Sagoff (1987). Teknologi Pengajaran. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Zainuddin Hassan et al. Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan
Guru Pelatih. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers
/2007/Teach erEdn/zainudinUTMfp.pdf 4 Mac 2014.

67

68

LAMPIRA
N

LAMPIRAN A

LEMBARAN KERJA

69

70

LAMPIRAN B

71

NAMA :

BORANG PENILAIAN UJIAN LISAN BAHAGIAN A


(PENGERTIAN FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH )

Bil

Nam

Pengertian

Jumlah

Peratus

Skor

(%)

Muri

(/28)

d
Fardhu Ain

Fardhu
Kifayah

1
2
3
4
5
6
7
8

A
B
C
D
E
F
G
H

72

LAMPIRAN C

NAMA :

BORANG PENILAIAN UJIAN LISAN BAHAGIAN B


CONTOH-CONTOH PERKARA FARDHU AIN DAN FARDHU )
(KIFAYAH
Contoh-contoh
Fardhu Ain

Fardhu Kifayah

Jumlah Skor

Peratu

(/8)

s
(%)

LAMPIRAN D
NAMA :
BORANG PENILAIAN LEMBARAN KERJA
Bil

Nama

Skor

Peratus

(/8)

(%)

Murid
A

Tahap

Gred

73

2
3
4
5
6
7
8

B
C
D
E
F
G
H

74

Anda mungkin juga menyukai