Anda di halaman 1dari 34

Ramalan Tahun 2012 Karangan

Panjang
(Berdasarkan Soalan Percubaan Tahun 2012 & Isu2 Semasa)

TOPIK :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Kepentingan Internet
(Kedah, N9, Kelantan)
Amalan Gaya Hidup Sihat
(Melaka, Selangor)
Semangat Kejiranan Langkah
(Penang)
Perpaduan Langkah
(Selangor, Pahang)
Jimat Cermat Peranan ibu bapa
(Selangor)
Keluarga bahagia Peranan ibu bapa (Pahang)
Kemalangan - Langkah
(Tganu)
Pencemaran Sungai
(SBP)
Gejala Sosial - vandalisme(kedah), budaya negatif(perak), ponteng
sekolah(n.9), - Maka saya sediakan satu karangan, olah ikut tajuk
sendiri.
10. Surat / Laporan / Syarahan
Tajuk tajuk lain yang belum disentuh dalam PMR

Permainan tradisional
Semangat patriotic -Usaha
Pengangkutan awam
Bergotong royong
Bangunan bersejarah Kepentingan memulihara
Keracunan Makanan Punca
Obesiti Usaha
Jimat cermat - Cara

CONTOH KARANGAN KEPENTINGAN INTERNET


Dalam era ledakan sains dan teknologi yang drastik dan radikal ini, internet menjadi
wahana yang signifikan dalam kehidupan seharian kita. Teknologi ini sudah menguasai global
ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan
teknologi ini jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di
hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus
pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Ghalibnya, pelbagai persepsi yang
dilontarkan tentang kepentingan internet marcapada ini.
Kehadiran internet ialah anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik
menjadi lebih kondusif, efektif dan pragmatis dengan adanya internet. Seantero dunia telah
menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini Sistem pendidikan
di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan
maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di
sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik
komputer. Dampaknya, pendidikan di sekolah atau di institusi akan lebih bercirikan pendidikan
jarak jauh. Oleh yang demikian, peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos.
Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat oleh faktor kelas dan usia. Hal ini dapat melahirkan lebih
ramai cendekiawan. Fakta ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun
jagung sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar yang
sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Penerimaan ilmu tidak lagi melalui
perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan
bilik darjah tidak lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya.
Jika dihalusi dari perspektif sosialnya pula, internet mengeratkan ukhuwah sesama
insan. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara
atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat handai
pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana mata dunia.
Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat membuat keputusan yang
rasional dalam kehidupan seharian. Malah, jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, dan
sebagainya menjadi hidangan hampir kesuluruhan rakyat Malysia. Hubungan melalui jaringan
sosial ini bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih
pantas daripada penghantaran surat. Lantaran itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin
pentas siasah dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat
persefahaman dan koparabiliti dapat dipahat dalam jiwa raga rakyat pelbagai negara dan
rencaman kaum. Bukankah internet satu anugerah yang bitara?

Jika ditelusuri dari sudut ekonomi pula, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan
proaktif dan efisien dengan adanya kemudahan internet. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga
atau e-commerce, iaitu cara berniaga melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul
seperti cendawan tumbuh selepas hujan semenjak marcapada ini. Hampir semua perniagaan
sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat mel elektronik. Kini
www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang baru. Menerusi internet, pengguna dapt
mengaktifkan proses jual beli bukan sahaja dari lokal malah dari seluruh pelosok global ini.
Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini seiring dengan negara
membangun yang lain kerana berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pesanan boleh
dilakukan atas talian tanpa memerlukan pengguna bersesak-sesak di pasar raya atau kedai.
Pelanggan hanya perlu klik sebagai tanda bersetuju untuk membeli barangan tersebutMalah tidak
beberapa lama dahulu ada berita dalam surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah
tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui emel. Justeru, izharlah bahawa internet
membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Sementelahan itu, perkhidmatan internet telah menyumbang dalam meningkatkan
pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur. Segala urusan baik
kerajaan mahupun swasta dapat dipercepat melalui internet. Keadaan ini bukan sahaja
menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan internet
sememangnya cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih
cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta
nama di persada dunia ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan
sebagainya menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya internet, data dapat diproses dan disimpan
dengan segera tanpa membuang masa. - Penghantaran tugasan dan laporan serta perkongsian fail
hanya dilakukan menerusi e-mel atau mel elektronik. Sebagai tamsilnya, sistem pentadbiran di
Putrajaya mengaplikasikan penggunaan internet sepenuhnya. Bertitik tolak dari sini jelaslah
bahawa internet telah mewujudkan persekitaran tanpa kertas dan fail malahan sistem atas talian
yang menjadi tapak nuklues negara Malaysia.
Deduktifnya, pergantungan manusia terhadap internet sememangnya tidak dapat
dinafikan. masyarakat yang buta teknologi maklumat sememangnya akan terus terpinga pinga
akibat ditenggalami oleh arus kemajuan yang dicetuskan oleh alam maya bagai katak di
bawah tempurung. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia sewajarnya mendampingkan diri
masing masing ke tala Internet dan mampu menjadi golongan pencerna informasi yang
beretika. Pada masa yang sama perkembangan internet memberi laluan kepada aneka bencana
yang mampu bermaharajalela dalam negara kita. Maka menjadi tugas kitalah bagi mengambil
yang jernih dan membuangkan yang keruh.

CONTOH KARANGAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT


Gaya hidup sihat bolehlah diijtihadkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang
sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang
boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan
era modenisasi yang begitu banyak tekanan ini, gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang
perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai
matlamat ini.
.Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu gizi pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau
sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit
jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di
negara kita. Dalam pada itu, amalam pemakanan berpandukan piramid makanan boleh menjadi
salah satu usaha yang pragmatik. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.
Sementelahan itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang
dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti
bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika
hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan
sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi.
Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas
berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan
maka semakin optimum tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya
daripada badan yang cergas.
Tambahan pula, orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa
bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu
dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga
perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci
tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat
mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil
lewa dan sikap acuh tak acuh masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa
musibah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang
sihat dalam kalangan masyarakat.
.

Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan
dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai
digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan
membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,
lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah
seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun
ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada
pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka
yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih
bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan
masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan
komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang
berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup
yang sihat ini.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang
itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan
seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik
tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat
memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang
menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar
motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau
melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.

[Soalan boleh diolah tajuk Peranan ibu bapa mengamlkan gaya hidup sihat / Cara
cara menjaga kesihatan diri / Karangan dalam bentuk syarahan ]

CONTOH KARANGAN LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN


Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan
dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam
masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh
dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan
mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada
malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu
menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang
terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat.
Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang
murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini.
Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan
ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik
perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan
mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka.
Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.
Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang
semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini
perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah,
paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat
berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu
masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang
menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan
nasional.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi.
Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di
negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

[Soalan boleh diolah tajuk Kebaikan berjiran / Jiran sepakat membawa berkat /
ditanya dalam bentuk syarahan ]

CONTOH KARANGAN LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN


Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
hidupbagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati
lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu,
pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni Bersekutu Bertambah
Mutuuntuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia
seyogianya menjadi kebanggaan Negara kita.

Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk


memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar
untuk bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini,
mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi
kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan
bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan
kekuatan negara. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersamasama.

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan
yang berlainan bangsa sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan
lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat yang
saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan
kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang
yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang
tersedia utuh.

Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan
kemesraan rakyat dengan mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan.
Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya,
sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi atau pertubuhan
kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat
mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen
perpaduan. Saya yakin, orang ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini

kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara satu sama lain. Cara ini pasti ini akan
mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.

Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anakanak ke sekolah kebangsaan . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang
tidak mempunyai masalah perhubungan dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan
mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu menjadi tiang kukuh untuk
membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk
memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan
kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah mempelajari cara-cara untuk berinteraksi
dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.

Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk
perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju
dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali
peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman
prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat
perpaduan kaum. Ingatlah wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan
diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.
[Soalan boleh diolah tajuk Kepentingan perpaduan / ditanya dalam bentuk
syarahan ]

CONTOH KARANGAN PERANAN IBU BAPA KELUARGA BAHGIA


Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, sedasarwasa ini sering meniti dari
bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang peranan ibu bapa dalam
melahirkan keluarga bahagia. Obligasi yang wajib dipikul oleh ibu bapa semakin kerap
dipaparkan melalui dada-dada media cetak mahupun media elektronik. Pembentukan keluarga
bahagia dan masalah sosial dalam kalangan remaja sering dipolemikkan dan dijadikan agenda
utama untuk dibahaskan di parlimen ataupun di warung-warung kopi. Pembentukan keluarga
bahgaia amat penting untuk tidak menenggelamkan anak anak ke dalam longkang gejala sosial
malah berenang di laut nilai murni. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah pragmatik dan efektif
yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan keluarga bahagia.
Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang sering berlegar-legar dan bermainmain di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Daripada realiti ini, dapatlah kita katakan
bahawa ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat juga
ibu bapa yang berperangai buruk dan menunjukkan sikap negatif seperti merogol, mendera dan
sebagainya. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menjadi entiti mithali kepada anak-anak yang
masih belum keras ubun-ubunnya sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.Sejak kecil lagi, ibu bapa perlu menghidangkan nilai nilai murni yang syumul
seperti kasih sayang, hemah tinggi, bersopan santun dan sebagainya kepada anak-anak. Lamakelamaan anak-anak akan mengikut tabiat yang positif ini dan keluarga bahagia akan dapat
dilahirkan. Tegasnya, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan keluarga bahagia.
Sementelahan itu, ibu bapa sewajarnya memberikan kasih sayang yang
sepenuhnya kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala yang negatif. Ibu
bapa boleh meluangkan masa untuk menemani anak-anak mereka pada masa lapang dan
merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama anak-anak mereka. Perkara ini amat berkesan
berbanding ibu bapa yang hanya tahu bekerja sahaja dan memenuhi segala permintaan anak
mereka tanpa meluangkan masa untuk anak-anak mereka. Biar kita ambil contoh, ibu bapa boleh
cuba berkomunikasi dengan anak-anak mereka dan memahami masalah-masalah yang dihadapi
oleh mereka serta memberikan sokongan kepada mereka supaya mereka dapat menyelesaikan
masalah. Dengan berbuat sedemikian, jalinan ukhuwah antara ahli-ahli keluarga akan menjadi
lebih akrab dan anak-anak akan dapat merasai kasih sayang yang secukupnya daripada keluarga
mereka serta tidak terlibat dengan gejala negatif semata-mata untuk meraih perhatian daripada
ibu bapa. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa yang berbunyi bagai menatang minyak yang
penuh. Oleh itu , ibu bapa mesti memberikan perhatian terhadap anak-anak dan memberikan
kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka untuk melahirkan keluarga bahgia.
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa
harusmemberikan didikan agama atau didikan moral yang secukupnya kepada anak-anak.
Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan sahsiah remaja
kerana didikan agama dan moral dapat menjamin kekuatan iman remaja agar mereka dapat

membezakan yang mana satu intan dan yang mana satu kaca. Seterusnya, didikan agama
mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang
bukan sahaja menjatuhkan maruah diri malah mencalar maruah keluarga. Tanggapan sesetengah
ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan
makan minum anak-anak serta tempat tinggal memang tidak benar sama sekali. Mereka juga
harus memastikan anak-anak mereka mendapat didikan agama atau didikan moral yang
sempurna supaya mereka mempunyai pemikiran yang positif. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah
meluangkan masa untuk memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak mereka masih kecil
lagi. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak
mereka mempunyai benteng jati diri yang kukuh sekukuh Tembok Besar China untuk menolak
ajakan rakan-rakan yang tidak bermoral untuk melibatkan diri dalam kebejatan sosial yang
mampu mencemarkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah institusi keluarga.
Kurangnya penglibatan remaja dalam kancah sosial merupakan agenda yang boleh
mempengaruhi sekali gus melahirkan keluarga bahagia dengan secepat mungkin dan masyarakat
Malaysia dapat dijadikan suri teladan yang baik kepada masyarakat dunia.
Pada realitinya, dewasa ini memang sukar dinafikan ibu bapa juga perlu mendedahkan
anak-anak mereka dengan aktiviti masyarakat setempat dalam melahirkan keluarga bahagia.
Dalam menyoroti hal ini, ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak mereka
menjadi seperti katak di bawah tempurung dengan hanya membataskan pergerakan anak
mereka di dalam rumah sahaja dek takut mereka akan terlibat dengan gejala negatif di luar
rumah. Sebagai analoginnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti
gotong-royong yang dianjurkan pihak tertentu di kawasan perumahan. Hal ini sudah pasti dapat
menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bersatu padu antara anak-anak dan ahliahli komuniti setempat. Tidak mustahil rasanya jika prakarsa ini dipraktikkan dan diaplikasikan
dalam kehidupan anak-anak kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Anak-anak akan
dapat menimba pengalaman seperti menghargai dan dihargai apabila mereka bekerjasama dalam
aktiviti bergotong-royong bersama-sama penduduk setempat kerana mereka akan saling beramah
mesra dan saling membantu dalam menyiapkan tugas masing-masing. Deduksinya, pendedahan
anak-anak terhadap aktiviti masyarakat setempat merupakan salah satu elemen penting bagi
melahirkan keluarga bahagia.
Kompendiumnya,, jelaslah bahawa terdapat banyak prakarsa pragmatik yang boleh
dilaksanakan dalam mewujudkan keluarga bahagia. Bagi menyingkap hal ini, ibu bapa
merupakan tonggak paling utama dalam menggerakkan jentera keluarga secara bersepadu agar
hal ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelaksanaan prakarsa oleh ibu bapa ini perlulah
dilakukan secara istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam apatah lagimelepaskan
batuk di tangga jika benar-benar mahu merealisasikan visi ini. Natijahnya, keluarga bahagia di
Malaysia mampu dilahirkan seterusnya mewujudkan suasana yang aman lagi harmoni di negara
ini. Realitinya, kejayaan ibu bapa dalam merealisasikan visi kudsi ini iaitu dalam membentuk
keluarga bahagia kelak sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa
dan bangsa.
[Soalan boleh diolah tajuk Peranan ibu bapa mengatasi masalah sosial /
Pembentukan disiplin bermula dari rumah / Peranan ibu bapa melahirkan modal
insan berguna / ditanya dalam bentuk syarahan ]

CONTOH KARANGAN LANGKAH MENGATASI KEMALANGAN


Pemandu tertidur mengakibatkan lorinya melanggar sebuah kereta.
Pembonceng motosikal meninggal dunia akibat kecuaian penunggang.
Pelanggar peraturan jalan raya mesti dikenakan hukuman yang lebih berat.

Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa
sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan
fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun,
terutamanya pada musim perayaan. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar
berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut
diimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacau-bilaukan
minda masyarakat ini?
Kemalangan jalan raya usah dipandang enteng,
Mesti dibanteras ke akar umbi,
Kudrat semua pihak mesti digembleng,
Azam janganlah berbelah bagi.

Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini.
Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap
sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, "setinggi-tinggi
terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, saya mencadangkan agar pesalah
laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan.
Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi.
Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji
pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan
mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk mengadakan pelbagai
kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para
pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. Inisiatif ini mampu
membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku.

Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankan
tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya.
Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan
raya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik yang amanah amat
diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama.
Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik. Implikasinya, polispolis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting.

Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masingmasing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti
mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepada
pihak berkuasa. Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat,
kemalangan dapat dikurangkan.

Kata orang tua-tua, malang tidak berbau. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami
maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di tepi
jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para
pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan
telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa
memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan
telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya.

Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang. Bak
kata pepatah, pandu cermat jiwa selamat. Pengguna-pengguna jalan raya mestilah
mengimplementasikan kewajipan masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan setiap
pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah dilaksanakan
dengan segera. Ingat, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

[Soalan boleh diolah tajuk Punca Kemalangan / ditanya dalam bentuk syarahan ]

CONTOH KARANGAN PENCEMARAN SUNGAI PUNCA + KEPENTINGAN


Beribu-ribu ekor ikan terapung-apung di permukaan sungai
sungai di Pahang telah teruk dicemar.
Begitulah tajuk-tajuk berita yang acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbar-akhbar
tempatan. Berita dan paparan media umpama ini bukan sahaja menghiasi dan menguasai dada
akhbar-akhbar tempatan, isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan
persidangan utama dunia.
Pencemaran yang berlaku sepanjang dasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia
di segenap empat pelosok dunia. Oleh itu, isu pancemaran sungai sudah menjadi berita
basi. Kerajaan pernah mengadakan kempen-kempen seperti Cintailah Sungai Kita tetapi
mendapat sambutan yang dingin daripada segenap lapisan masyarakat. Walaupun isu ini hangat
diperkatakan dan meningkatnya kes ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pernahkah
terlintas dalam benak anda apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran sungai? Mengikut
penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi keempat, pencemaran sungai dapat
didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai yang jernih sehingga keruh dengan
pelbagai bentuk cara. Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab yang munasabahnya
kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong? Tahukah anda faktor-faktor
yang menyumbang kepada pencemaran sungai? Segalanya bakal terhurai tirai bicara dibuka.

Faktor perdana yang menyumbang kepada pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap
oleh masyarakat. Hal ini ghalibnya dilakukan oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan
sungai. Mereka membuang apa-apa sahaja sampah sarap yang mereka ada ke dalam sungai.
Fenomena ini boleh dikatakan telah menjadi satu lumrah dalam kehidupan masyarakat. Pada
zaman globalisasi ini, masyarakat telah menganggap sungai sebagai sebuah tong sampah yang
besar.Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Sungai Malaysia pada tahun 2007,
alasan yang diberikan oleh masyarakat yang membuang sampah ke dalam sungai ialah tong
sampah yang sedia ada berada jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka malas untuk membuang
sampah sarap tersebut ke dalam tong sampah yang sedia ada kerana perlu memakan masa yang
banyak dan meletihkan mereka. Oleh sebab itu, mereka mengambil jalan mudah dengan
membuangkan sampah sarap tersebut ke dalam sungai yang jernih itu dan mengakibatkan sungai
itu menjadi keruh. Sampah sarap yang terapung-apung di permukaan sungai itu mempunyai
bahan kimia yang akan menyumbang kepada pencemaran sungai.

Selain itu, punca yang seterusnya ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam
sungai. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan pH
air sungai tersebut. pH air sungai yang rendah amat berbahaya kepada manusia dankehidupan
akuatik. Hal ini dikatakan demikian kerana jikalau seseorang meminum air sungai yang pH
rendah, kesihatan seseorang itu mungkin terjejas dan yang memburukkan keadaan lagi ialah
mendatangkan kematian yang tidak diingini sama sekali. Kualiti kehidupan akuatik seperti ikan
akan menurun kerana keadaan sungai yang tercemar tidaklah sesuai untuk ikan-ikan tersebut.
Statistik yang sahih lagi tepat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Air Malaysia pada tahun 2008
jelas menunjukkan kebanyakan kilang yang membuang sisa toksik ke dalam sungai ialah kilangkilang besar. Ketika ditanya tentang sebab mereka mengalirkan sisa toksik tersebut ke dalam
sungai, alasan yang diberi ialah mereka tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik
tersebut ke dalam sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap sebegini yang mementingkan
diri sendiri ibagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masingperlu dikikis
demi kepentingan bersama.

Faktor yang seterusnya ialah tumpahan minyak oleh kapal-kapal. Hal sebegini telah lama berlaku
di dalam negara kita. Mengapakah hal ini akan berlaku? Sebabnya ialah tong yang mengisi
minyak bagi kapal tersebut telah bocor ataupun pecah. Minyak yang jisimnya kurang daripada
air akan terapung di permukaan air. Masalah ini akan menjejaskan tumbesaran bagi tumbuhtumbuhan yang hidup di dalam sungai. Hal ini dikatakan demikian kerana minyak tersebut akan
menghalang sinaran matahari daripada sampai ke tumbuh-tumbuhan tersebut. Hal ini secara
langsungnya akan menjejaskan proses tumbesaran tumbuhan tersebut kerana tumbuhan itu tidak
dapat menjalankan proses pemhasilan makanan. Di negara lain seperti Jerman dan Australia,
masalah tumpahan minyak ini tidak pernah berlaku dalam negara tersebut kerana mereka
mempunyai kapal yang serba canggih dan tong minyak yang baik sekali.
Apakah kepentingan sungai dalam kehidupan seharian kita? Tidak dapat dinafikan bahawa
sungai memang mempunyai kepentingan tertentu dalam kehidupan seharian kita. Kepentingan
utamanya ialah sungai memainkan peranannya sebagai medium pengangkutan dan
penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu, pembukaan Terusan Suez telah memendekkan
jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan
perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan raya dapat dihubungkan
dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan memajukan sistem pengangkutan di negara kita
dengan mempunyai pengangkutan darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air. Hal ini
dapat meyakinkan rakyat negara kita agar visi kudsi Wawasan 2020 dapat direalisasikan dan
menjadi bumi Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengannegara gergasi
yang lain di persada dunia.

Seterusnya, sungai amat penting kerana membekalkan sumber air dan protein kepada manusia.
Air yang diminum oleh penduduk bumi kebanyakannya datang dari air sungai. Jikalau air sungai
telah tercemar, air sungai tersebut perlu dibersihkan melalui proses yang merumitkan dan
memakan kos seperti yang berlaku di negara Jerman. Sungai amatlah penting sebagai habitat
hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan,
ketam dan udang yang kita makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber
protein yang mencukupi kepada manusia. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan, sumber protein yang terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. Persis
kata jauhari sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Peribahasa ini
mengingatkan manusia supaya tidak mencemarkan air sungai yang merupakan habitat hidupan
akuatik dan merupakan anugerah istimewa daripada Tuhan yang akan membahagiakan
kitapada hari esok agar kita tidak menyesal pada hari kemudiannya.
Secara kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni untuk mengatasi kemelut pencemaran air yang dapat diibaratkan seperti
duri dalam daging kepada masyarakat dan negara. Janganlah kita membiarkan masalah ini terus
bernanah di dalam negara kita. Sebagai khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan
bergelar insan kamil, kita bertanggungjawab untuk menjaga sungai yang merupakan anugerah
Tuhan yang amat bernilai ini. Kita haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan
sungai agar tidak terjadi fenomena sudah terhantuk baru tengadah. Marilah kita bersamasama merealisasikan hasrat dan visi kudsi wawasan 2020. Cintailah Sungai Kita.

CONTOH KARANGAN GEJALA PONTENG SEKOLAH - PUNCA


Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini
telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan
golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Namun
demikian sehingga kini belum ada penyelesaian yang konkrit untuk mengatasi gejala ponteng sekolah.
Sebenarnya, gejala ini berlaku akibat pelbagai punca yang dapat dikenal pasti.
Salah satu punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku ialah murid-murid berkawan
dengan remaja yang tidak lagi bersekolah. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan
sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting
yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya
menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan
timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah.
Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah
bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini.
Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak
bersekolah . Oleh itu, jelaslah salah satu punca masalah ponteng sekolah ialah murid-murid sekolah
berkawan dengan remaja yang tidak lagi bersekolah.
Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah ibu bapa tidak mengambil berat terhadap
anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu
meningkatkan taraf kehidupan. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan
mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak
sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Ibu bapa tidak
memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab
ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang
untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan
diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anakanak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid.
Di samping itu, sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri turut menyebabkan gejala
ponteng sekolah terus berleluasa. Masyarakat kita pada masa kini tidak lagi memiliki sikap tegur-menegur
antara satu sama lain, apatah lagi untuk menegur anak-anak jiran yang didapati ponteng sekolah.
Masyarakat mengamalkan cara hidup tidak ubah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. Tiada lagi semangat kerjasama dan hubungan akrab antara anggota masyarakat, lebih-lebih lagi
dalam kalangan masyarakat bandar. Oleh sebab masyarakat tidak mempunyai semangat kerjasama,
masalah ponteng sekolah seolah-olah tiada penghujungnya. Murid-murid yang terlibat dengan gejala ini
berasa bebas kerana kegiatan mereka tidak ditegur oleh sesiapa, termasuk orang-orang yang dikenali oleh
mereka. Hal ini menyebabkan gejala ponteng terus menular. Oleh itu, nyatalah sikap masyarakat yang
mementingkan diri turut mencetuskan gejala ponteng sekolah.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa.
Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar
umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk
kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat
akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan kerana generasi
muda hari ini ialah pemimpin masa depan.

CONTOH KARANGAN GEJALA SAMSENG / MASALAH DISIPLIN PELAJAR PUNCA


Pelajar Tingkatan 5 menyebat guru tingkatannya.
Kes buli kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.
Kegiatan samseng mesti dibanteras hingga akar umbi!
Menurut statistik, banyak pelajar telah menyertai kongsi gelap.
Dewasa ini, banyak tajuk berita seperti di atas sering disiarkan melalui media massa sama ada
dalam media elektronik mahupun media cetak. Isu-isu hangat mengenai kegiatan ini sering
menjadi buah mulut segenap lapisan masyarakat. Persidangan akhbar juga kerap diadakan untuk
membincangkan masalah yang semakin kritikal ini. Senario ini telah memuncakkan
kebimbangan segenap lapisan masyarakat. Namun, setiap masalah yang timbul mesti mempunyai
sebabnya yang tertentu. Apakah punca-punca utama yang menyebabkan kegiatan samseng atau
gengsterisme yang menggusarkan minda masyarakat ini semakin berkembang?
Masalah gengsterisme tidak harus dipandang enteng,
Mesti dibanteras ke akar umbi,
Tenaga semua pihak mesti digembleng,
Iltizam jangan berbelah bagi.
Pada hemat saya, pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan
berlakunya kegiatan samseng. Kata pepatah Cina, di dalam rumah, kita bergantung pada ibu
bapa, di luar, kita bergantung pada rakan. Peranan rakan sebaya dalam kehidupan kita memang
tidak dapat kita sangkal. Pemilihan rakan amat signifikan bagi seseorang remaja. Hal ini akan
menentukan haluan remaja tersebut pada masa hadapan. Pemikiran mereka yang bergaul dengan
rakan sebaya yang jahat memang akan terpengaruh dan dipesongkan. Jikalau mereka tidak berani
melakukan sesuatu yang meruntuhkan akhlak moral, mereka akan dianggap bacul atau penakut.
Untuk membuktikan ketulusan mereka terhadap kawan sejati mereka, mereka akan melakukan
apa-apa yang diajak. Mereka juga ingin mencanangkan kehebatan dan keberanian mereka di
depan rakan-rakan mereka. Jadi, pengaruh rakan sebaya memang tidak boleh dipandang enteng.
Setahu kita, ibu bapa merupakan guru pertama bagi anak-anak. Kata orang, bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Bidalan ini membawa maksud tersirat, iaitu tingkah laku ibu bapa akan
disusuli lalu dipelajari oleh anak-anak mereka. Perangai ibu bapa yang kerap melakukan
kegiatan samseng dan tidak menjaga kelakuan itu pasti akan diikuti oleh anak-anak mereka.
Implikasinya, ibu bapa mestilah menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak mereka.
Rentetan daripada itu, ibu bapa yang sibuk mencari rezeki lalu mengejar nawaitu materialistik
sentiasa mengabaikan anak-anak mereka. Mereka hanya tahu merealisasikan keinginan anak-

anak sebagai pampasan terhadap anak-anak mereka. Anak-anak yang tidak disirami kasih
sayang ibu bapa dikatakan umpama layang-layang terputus tali. Akibatnya, mereka akan
mencari keseronokan baharu di luar rumah dengan melakukan kegiatan samseng. Lain daripada
itu, ibu bapa yang cenderung membebel dan memarahi anak tanpa sebab akan memberi kesan
negatif kepada emosi seseorang remaja. Keluarga yang porak-peranda sentiasa menghantui
minda seseorang remaja. Lantaran itu, mereka akan berasa tertekan lalu memberontak serta
melepaskan geram di luar rumah melalui perbuatan gengsterisme. Konklusinya, keluarga
berpengaruh besar dalam perkara ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa, guru-guru sekolah juga merupakan salah satu faktor yang
merangsang seseorang pelajar terlibat dalam kegiatan samseng. Sesetengah guru sekolah yang
tidak tahu mengawal emosi mereka sering meradang dan memarahi pelajar yang tidak
melaksanakan kewajipan mereka seperti menghantar buku latihan pada masa yang ditentukan.
Penyindiran guru yang agak keterlaluan terhadap seseorang pelajar akan memuncakkan perasaan
marah pelajar tersebut. Ada kalanya, pelajar yang lemah dalam bidang akedemik mungkin tidak
dapat menyiapkan kerja rumah mereka tepat pada masa. Guru yang tidak menerima hakikat ini
dan menganggap perkara ini cuma satu alasan tersebut akan terus merotan pelajar tersebut.
Pelajar yang disebat akan menyimpan dendam. Apabila berpeluang, mereka tentu akan
membalas dendam. Tamsilnya, mereka akan membocorkan tayar kenderaan guru, menyebat
guru, mengancam guru dan sebagainya. Jelaslah bahawa guru juga turut merupakan satu faktor
yang tidak boleh diketepikan.
Walhasil, pelajar-pelajar mesti dikekang daripada melibatkan diri dalam kegiatan samseng. Hal
ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan orang yang bakal mengambil alih teraju
kepimpinan negara. Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Segenap lapisan
masyarakat mesti menggembleng tenaga demi membanteras kegiatan samseng ke akar umbi.
Masalah ini nescaya dapat ditangani dengan adanya penggemblengan tenaga daripada semua
pihak kerana Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Marilah kita bersama-sama
membulatkan tekad untuk mencapai aspirasi negara sifar jenayah dan membentuk Malaysia
sebagai sebuah negara tercinta yang aman dan bahagia buat selama-lamanya!

TOPIK TAMBAHAN 1
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah
mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.
Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan
rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu
diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah
terbuka,
mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan
kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan.
Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat
di negara kita seperti kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan
tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan
saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak
langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu tak
kenal maka tak cinta.
Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum
akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu
bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya,
orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersamasama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari
budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu
akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akanmenimbulkan masalah
untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap
tetamu yang hadir yang tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan
aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat.
Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan
pihak penganjur untuk membersihkannya.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri
dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada
orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil
makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.
Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah,
tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah
tentu menyebabkan pembaziran berlaku sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat
makanan langsung.
Oleh hal yang demikian konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua
pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan
dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti
amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja
untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah, rumah siap pahat
berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah
memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicitacitakan akan dapat dicapai.

TOPIK TAMBAHAN 2
Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
mempertahan permainan-permainan tradisional?
Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah
diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes
masyarakat kita permainan gasing, wau dan dan menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita
masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh
masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden.
Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering
menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah
tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Oleh itu, pelbagai tindakan yang efektif
perlu dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.
Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan
harus
menyediakan lebih banyak tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat
memainkan permainan ini. Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan
masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini
berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini.
Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas
baharu kepada kesinambungan permainan warisan budaya ini.
Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini
dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu.
Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu
permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini
memastikan berlakunya kesinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan
lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan
budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat
kita
Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ni sebagai salah satu bentuk
aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah
dengan jenis-jenis permainan tradisional sejak muda lagi dan memahami kepentingan
mengekalkan permainan ini. Kesedaran yang dipupuk sejak awal ini mampu memberi impak
yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi,
pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk
disertai oleh pelajar.

Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasamengadakan promosi yang
berkesan tentangnya menerusi media massa. Penayangan iklan yang bersesuaian seperti
menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam
diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat yang
cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka.
Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baharu pada
permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita.
Konklusinya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah
yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masalah yang timbul ialah
pihak berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan
projek sebegini. Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan
permainan
tradisional ini semakin dilupakan. Peribahasa tepuk dada tanya
selera' sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini
akan terus terkubur.

TOPIK TAMBAHAN 3
Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin
meningkat. Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin
diabaikan. Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai
rakyat biasa untuk menjaga kesihatan.
Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap kesihatan
menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. Semakin baik kesihatan
seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. Malah, ada kajian
yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti seseorang itu meningkat. Ada
banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik.
Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah yang sering kita
dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau diet yang seimbang
memastikan badan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang betul sepanjang kehidupan
seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak sukar untuk mengamalkan
perkara yang baik ini untuk jangka masa panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh
dalam masa yang pantas dan agak berbeza mengikut pandangan seseorang.
Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk menghalang
penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat tinggal juga dipantau
tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk
memastikan
semuanya dalam keadaan bersih daripada penyakit berjangkit. Semua tindakan ini akan
memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit berjangkit seperti taun.
Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu sudah
mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang turut meningkat melalui
aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan.
Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh
seseorang itu. Stres sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam
kalangan masyarakat moden terutama di negara ini.
Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh
semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana
kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam
menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan
yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit
kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.

TOPIK TAMBAHAN 4
Kejadian keracunan makanan di sekolah sering berlaku sejak kebelakangan ini.
Berikan pendapat anda tentang punca-punca keracunan makanan di sekolah.
Kebelakangan ini kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah sering menjadi tajuk utama
dalam akhbar-akhbar tempatan.Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah
perkara ini semakin kerap berlaku? Apakah tiada tindakan yang diambil untuk menanganinya
dari terus berlaku? Semua persoalan ini tentunya sentiasa bermain-main di fikiran kita.Apakah
punca yang menyebabkan kejadian ini terus berlaku?
Antara punca utama keracunan makanan di sekolah adalah disebabkan sikap pengusaha kantin
yang mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan. Kebanyakan daripada mereka
hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan kurang mengambil berat tentang kualiti
makanan yang dijual. Sehubungan dengan ini, mereka tidak akan mempedulikan sama ada
makanan tersebut boleh dijual atau tidak kepada para pelajar. Sebagai contoh mereka tidak
mencuci dengan sempurna bahan mentah yang digunakan sebelum memasak sesuatu hidangan.
Perbuatan mereka ini boleh diibaratkan umpama anjing makan muntahnya.Sikap ini jika
dibiarkan berterusan pastinya akan membawa kepada keracunan makanan.
Selain itu, terdapat pengusaha yang tidak menjaga persekitaran kawasan kantin. Kawasan di
sekeliling kantin dan dapur dibiarkan kotor tanpa penjagaan yang sewajarnya. Dengan ini,
kawasan tersebut akan dicemari dengan pelbagai jenis haiwan dan serangga yang membawa
pelbagai jenis kuman. Sebagai contoh, serangga seperti lipas, semut, cicak, tikus dan sebagainya
akan berkeliaran dan kadangkala masuk ke dalam makanan. Sewajarnya sikap ini dijauhi bagi
mengelakkan makanan daripada tercemar.
Di samping itu, sikap para pelajar yang kurang menitikberatkan aspek kebersihan diri juga
merupakan punca berlakunya keracunan makanan di sekolah. Kebanyakan pelajar memandang
remeh kepada soal kebersihan diri dan kualiti sesuatu makanan.Sehubungan dengan itu, mereka
akan mengabaikan aspek kebersihan dan membeli makanan yang sudah tercemar. Sebagai
contoh, mereka tidak mencuci tangan dengan sabun sewaktu hendak menjamah sesuatu
makanan. Selagi pelajar tidak mengambil berat soal kebersihan diri, pastinya masalah ini akan
terus berlarutan.
Konklusinya, pelbagai punca telah dikenalpasti menyebabkan berlakunya keracunan makanan di
sekolah. Masalah ini boleh diatasi dengan menamatkan kontrak pengusaha yang terlibat dengan
masalah ini. Dengan ini, akan dapat memberi pengajaran kepada pengusaha kantin yang lain
supaya sentiasa peka dalam soal kebersihan di kantin sekolah.Jelaslah bahawa masalah ini akan
dapat diatasi sekiranya punca-punca kepada permasalahan ini dapat ditangani secara bersepadu.

TOPIK TAMBAHAN 5
Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini
sering dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita.Nyatakan
usaha-usaha untuk memupuk dalam kalangan remaja.
Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang mendalam
terhadap negara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini semakin berkurangan
terutama dalam kalangan generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah
selari dengan perubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu dilaksanakan untuk
memastikan sikap ini terus wujud kerana sikap ini memiliki kesan yang positif.
Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan secara meluas.
Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluas
dalam diri remaja. Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentingan
memiliki sikap menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah ini
mampu menyuntik sikap nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja.
Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban demi
kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan
media massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan
tindakan mereka dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah
ini mampu meningkatkan pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada
pejuang negara itu melakukan sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah.
Ringkasnya, langkah mempamerkan informasi tentang pejuang-pejuang negara ini mampu
meningkatkan semangat remaja untuk meniru semangat yang telah dipamerkan oleh pejuangpejuang bangsa itu sebelum ini.
Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu pertandingan yang
melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan pementasan drama yang
bertemakan semangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan
memahami peristiwa yang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi.
Pertandingan yang berunsur sastera ini dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang
negara yang sudah lama meninggalkan negara ini. Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera
ini memberi satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai negara mereka.

Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan masyarakat.
Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi
sesuatu anugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat
kita mendaki Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta
akan negara ini selain kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa
dahulu. Perkara ini penting ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh
mereka banggakan dan kaitkan dengan negara apabila berbicara tentang negara sendiri.
Sesungguhnya, semua kejayaan negara memberikan satu motivasi yang tinggi kepada remaja
untuk turut mencapai kejayaan yang serupa atau menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi.
Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting dalam
pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak lupa akan
perjuangan yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan mereka
menjadi sia-sia belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri
sendiri, apa yang mampu mereka sumbangkan kepada negara dan bukannya apa yang mampu
diberikan oleh negara kepada mereka.

TOPIK TAMBAHAN 6
Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah mengambil
langkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripada Warisan
Kebangsaan. Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah
di negara kita.
Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama
Malaysia yang kini berjaya menempa nama di persada antarabangsa. Banyak kilang
perindustrian, pusat beli-belah dan perumahan dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Senario ini telah menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar.
Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan adalah sama ada Stadium Merdeka patut
dirohohkan untuk pembangunan kerana bangunan itu tidak lagi berfungsi sebagai tapak akvtiviti
sukan lagi. Isu tersebut pernah menjadi polemik pelbagai lapisan masyarakat kita. Mengapakah
ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada
tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan
bersejarah yang terdapat di negara kita.
Satu daripada kemaslahatan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah
dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah
berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang
dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai
kemerdekaan selama 52 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British,
Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di
samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan
datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah
Malaysia yang telah dicatat merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita
dongeng, mitos atau legenda. Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan
Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de
Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis,
Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detikdetik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan bahawa
berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir
abad ke-18. Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak
wajar dilaksanakan.

Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan
adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan
dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme
yang semakin menipis. Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan
sejarah hitam negara, namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula
serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke
hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Sebagai
contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh
telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar.
Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan
juga kelemahan tentera pada zaman Kesultanan Melaka. Negara kita jugamampu menjadi negara
yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain bagai berdiri sama tinggi duduk sama rendah
sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. Oleh itu,
bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik
dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat
menarik pelancong baik pelancong domestik mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat
ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara
kita selain menyaksikan pemandangan alam yang indah. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak
perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. Sebagai contohnya, bangunan lama
hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan.
Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di
England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan
Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah
mereka dengan baik. Usaha seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia
dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. Di samping itu, pelancong juga dapat melawat
bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain
menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan
galeri seni lukis bagai menyelam sambil minum air. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara
tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam
pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. Pelbagai ilmu yang dapat
dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. Sebagai contohnya,
dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid
Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui
bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan
kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja
Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada
rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga
halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan
Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang
inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan
kemaslahatan bangunan bersejarah persis peribahasa, yakni tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,
bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda
negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen
yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan
peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk sebuah masyarakat yang
sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. Sesungguhnya,
pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu
dikekalkan dan dilestarikan, bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Oleh
hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan
bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang

TOPIK TAMBAHAN 7
Kebaikan bergotong- royong
Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada
ini, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong-royong. Amalan ini merupakan budaya
yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek
panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa relevan dan
diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang,
budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu
dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotongroyong. Tepuk dada, tanya selera. Berapa ramaikah anggota masyarakat yang tidak mengenali
maksud gotong-royong dan cara untuk melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan
muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang
demikian, kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotongroyong ini.
Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat tinggal
merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat
tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu
mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan
bergotong-royong kita dapat memperindah kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih
mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan tempat tinggal
kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara
langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghumi bumi, kita boleh
mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong yang dapat menghijaukan bumi. Bak kata
peribahasa,sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong,
kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan
masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kita
harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa
bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang
penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Dengan
berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahatir, "mencegah lebih
baik daripada mengubati". Secara peribadinya, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah
dan mesti diamalkan sejak kecil keranameluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan
amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan
pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk
menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalau kita mengaktifkan diri dalam
kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi

kepada satu generasi yang lain. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan
dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong memainkan peranan
yang amat penting sebagai agen perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang
dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin
lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan
bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan
seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum masing-masing
keranamasuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Melalui
kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan
menghormati sesama sendiri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing.

Melalui kegiatan yang afdal ini, kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini
dikatakan demikian kerana Tun Dr. Mahatir, mantan Perdana Menteri yang ke-4 pernah menegaskan
bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai
nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam minum air. Jelas beliau semasa
merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang
diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat.
Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat.

Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Dengan berbuat


demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini, kita akan
terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat
dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat
bersatu-padu. Sebagai tamsilnya, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong adalah
membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.
Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata
pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah
kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana
merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama yang akan membantu apabila kita
menghadapi kesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan
bahawa "jiran sepakat membawa berkat".

Intihanya, amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak. Dengan mengamalkan


semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah. Bak kata pepatah, ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup wacana, amalan
gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti

kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan
harian

TOPIK TAMBAHAN 8
Kebanyakan masyarakat Malaysia bersikap boros ketika berbelanja. Sikap
harus ditangani dan amalan berjimat-cermat perlu dipupuk. Huraikan langkahlangkah menanamkan amalan berjimat-cermat dalam kalangan masyarakat
Malaysia hari ini.
Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya
oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat
kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja
haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang
sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.
Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia
mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanamkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah
mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk
menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita
perlu menyediakan payung sebelum hujan.
Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.
Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan
perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli
barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bankbank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat
menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan
masa depan yang lebih gemilang.
Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi
memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar
akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan
pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana
masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar
dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli
barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit
juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan
pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada
peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan
progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan
masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok,
namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar
amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat
umur.

Soalan soalan tidak dijamin pasti keluar, hanya sebagai ramalan.


Baca karangan, dapatkan isi, buat persediaan terakhir untuk
berjuang di medan peperangan PMR pada hari Isnin nanti. Semoga
menulis karangan yang berkualiti. Jika mahu contoh karangan untuk
tajuk yang tiada di sini, jangan bertungkus lumus untuk mencari
contoh karangan. Hubungi saya di talian 010 377 5698 dan dapatkan
contoh karangan mantap menerusi emel/facebook. Ramalan terakhir
akan dihantar pada hari Ahad selewat lewatnya.
Semoga bejaya wahai anak anak didik,
Setitis tinta daripada,
Cikgu Sathya Seelan

Anda mungkin juga menyukai