Anda di halaman 1dari 11

PENDAHULUAN

Pengucapan Awam ialah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinan
masyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa
berhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang.
Seseorang itu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi sesuatu keadaan dan sentiasa bersikap
optimis kerana sikap yang gemuruh boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perucap
(speaker). Pengucapan awam terdiri daripada empat jenis ucapan iaitu ucapan spontan, ucapan
ekstemporanas, ucapan manuskrip dan ucapan hafalan.
Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan,
idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia
merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi maksud perbuatan
menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan
pemahaman. Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu secara lisan dan bukan lisan.
Komunikasi bukan lisan terdiri daripada bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan
mata, dan penulisan.
Pengucapan awam pula boleh didefinisikan sebagai pelahiran bahasa dengan penuh
makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).
Pengucapan umum menggunakan komunikasi vebal dan bukan verbal (Abdul Muati Ahmad,
2000). Kemahiran berkomunikasi bukanlah suatu yang diperolehi secara semulajadi tetapi setiap
orang perlu berusaha untuk memajukan diri dalam bidang pengucapan awam. Semua orang
boleh menjadi perucap yang baik seandainya dia sentiasa bersedia setiap kali perlu berhadapan
dengan individu yang lain samada semasa sesi temuduga, memberi ceramah, membuat
pembentangan dan sebagainya.
Bagi pelajar/mahasiswa Melayu, terdapat beberapa isu yang memberi gambaran bahawa
mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan individu yang lain.
8 / 10 Mahasiswa Melayu yang ditemuduga gagal berkomunikasi dengan baik (Berita Harian,
Jumaat 13 Jun 2003). Kerana itu pelbagai usaha dilakukan sebagai contoh Resolusi Utama
Seminar Mahasiswa MPP IPTA Kebangsaan 2003 / 2004 yang berbunyi bersetuju

memperlengkapkan diri dengan persaingan dalam pekerjaan terutama penguasaan B. Inggeris,


berkomunikasi dan bersosial. (Berita Harian, Jumaat, 13 Jun 2003)

Pengucapan awam juga merujuk kepada sikap dan personaliti seorang pemimpin dimana
seorang pemimpin perlu sentiasa yakin dan percaya dengan diri sendiri. Seseorang yang
mempunyai kepimpinan dalam diri perlu yakin dengan apa yang difikirkan, yakin dengan apa
yang ingin diucapkan, dan yakin dengan apa yang akan dilakukan. Barulah apa yang dilahirkan
dan dizahirkan itu diterima baik oleh pendengar.
Tujuan ucapan adalah untuk memberi maklumat kepada pendengar mengenai sesuatu
perkara dan isu serta juga boleh dilakukan secara syarahan umum. Selain itu, ia juga bertujuan
memujuk dan mempengaruhi pendengar mengenai sesuatu isu atau untuk memastikan apa yang
disampaikan diterima oleh pendengar. Selain itu, ucapan juga betujuan untuk menghiburkan
pendengar ketika menyampaikan sesuatu maklumat dan informasi serta digunakan untuk
bertukar tukar pandangan. Ucapan tidak hanya merujuk kepada pemberian maklumat kepada
satu pihak sahaja tetapi boleh juga terjadi dalam bentuk komunikasi dua hala dimana perucap
dan pendengar saling bertukar pendapat.
Oleh itu, pelbagai cara dan tips yang perlu dilakukan bagi seorang perucap untuk
memastikan individu itu dapat menghasilkan sebuah pengucapan awam yang berkesan.
Pengucapan awam yang berkesan terjadi apabila pendengar menerima maklumat yang sama
diberikan oleh perucap dan mengelakkan terjadinya salah faham dalam maklumat yang
disampaikan dan semasa maklumat itu diterima oleh pendengar.

2.0 TEKNIK MENGHASILKAN PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN


Lima elemen asas dalam pengucapan awam iaitu Who is saying what to whom using
what medium with what effects. Lima elemen ini amat penting dalam asas pengucapan
awam bagi memastikan perucap tidak lari dari tujuannya serta dapat menyampaikan maklumat
kepada pendengar dengan berkesan.
2.1 Menangani Perasaan Gugup
Bagi melahirkan sebuah pengucapan yang efektif, seseorang itu perlu menangani rasa
gugup dalam dirinya. Rasa gugup merupakan punca seseorang itu tidak dapat membuat
penyampaian dengan baik. Perucap perlu mengawal rasa gementar dengan berucap terus dan
tidak berhenti kerana rasa gugup. Apabila gugup hadir, perucap tidak perlu meminta maaf kepada
pendengar kerana itu membuatkan perucap lebih gugup dan kehilangan idea untuk berucap dan
sekaligus menampakkan kelemahan dalam dirinya.
Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contohnya, kita takut
apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa
fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin
mendengar apa yang anda ingin kongsikan. (Irfan Khairi, 6 Sept. 2006)
2.2 Mengumpul Idea dan Maklumat
Sebelum membuat pengucapan, seseorang itu perlulah mengumpul idea dan maklumat
bagi memastikan ucapannya lebih sistematik dan teratur. Persediaan awal dengan mencari
maklumat tambahan mengenai sesuatu perkara yang akan disampaikan dapat membantu perucap
untuk memperuntukkan masa yang diberikan dengan lebih bermanfaat dan tidak termangu
mangu kehabisan idea sekiranya masa yang diperuntukkan adalah lebih lama dari jangkaan
perucap. Selain itu, ini juga memberi persediaan yang cukup kepada perucap untuk menghadapi
sebarang kemungkinan yang timbul secara tiba tiba dan memerlukan penjelasan atau idea dari
perucap. Oleh itu, ini amat penting untuk elak perucap dari menjadi lebih gugup serta
kebingungan untuk menyuarakan idea. Maklumat yang tidak begitu diketahui oleh pendengar
akan meningkatkan kredebiliti perucap dan pendengar akan berasa kagum dengan ilmu
pengetahuan yang dimiliki oleh perucap.

2.3 Menyusun Bahan - bahan


Bahan bahan yang telah dikumpul perlu disusun dengan teratur dan sistematik bagi
mengelakkan kekeliruan semasa penyampaian. Susun atur bahan yang tidak sistematik dan
berhubungkait tidak dapat memberi impak dan kesan yang mendalam kepada pendengar.
Malahan, ini akan menimbulkan rasa bosan dengan cepat kerana maklumat yang disampaikan
tidak dapat diterima baik. Susunan bahan yang baik adalah dengan mengikut sekuen, mengikut
kategori, mempunyai masalah dan penyelesaiannya serta mempunyai kontra dan perbandingan.
Sebarang masalah yang tidak diberi penjelasan dan penyelesaian akan membuatkan pendengar
menjadi keliru dengan isi isi ucapan yang seterusnya kerana mesej yang disampaikan tidak
dapat dihubungkaitkan oleh mereka dengan tepat dan teratur. Oleh itu, akan timbul jurang antara
satu isi dengan isi yang seterusnya. Oleh yang demikian, perucap perlu peka dan sentiasa
memastikan perhatian pendengar tidak terjejas.
2.4 Menganalisa Audien (pendengar)
Untuk memastikan perucap tidak membuat kesilapan, perucap juga perlu menganalisa
audiens. Ini amat penting kerana maklumat yang disampaikan perlu bersesuaian dengan
penerimaan audiens. Sebagai contoh, seorang perucap yang perlu memberi ceramah motivasi
kepada golongan pelajar adalah berbeza dengan memberi ceramah motivasi kepada golongan
dewasa. Oleh itu, menganalisa audiens terlebih dahulu adalah amat penting bagi memastikan
pendengar menerima mesej yang disampaikan dengan baik.
Perucap juga perlu menganalisa taraf hidup, pekerjaan, taraf pendidikan dan sosio
ekonomi audiens tersebut agar teks ucapan yang disediakan menepati kehendak dan keperluan
audiens. Mengenali audien memberi kelebihan kepada perucap kerana perucap tidak akan
melakukan sesuatu tindakan yang diluar jangkaan kerana ia dapat menentukan strategi
pendekatan dengan kaedah yang sesuai dan dapat menyesuaikan diri dengan status serta tahap
audien. Kerana itu, pengetahuan dan analisis mengenai taraf pendidikan, status sosial, kumpulan
umur, etnik, agama, pekerjaan serta apa yang penting bagi mereka untuk mengetahui sejauh
mana mengenai maklumat yang akan disampaikan amat penting kepada perucap.

2.5 Mesej yang Jelas


Sebagaimana yang diketahui, mesej adalah maklumat yang disampaikan oleh perucap.
Mesej yang disampaikan akan berjaya sekiranya perucap memilih tajuk yang sesuai, perkataan
serta bahasa yang tepat iaitu memenuhi keperluan audien (pendengar), dapat memberikan contoh
yang sesuai, susunan mesej yang disampaikan adalah jelas dan tepat serta dapat menyampaikan
mesej tersebut dengan gaya yang sesuai dimana tidak menyentuh sensiviti audien.
2.6 Melakukan Latihan Pengucapan
Seseorang itu tidak dilahirkan semulajadi sebagai seorang perucap yang baik. Semua ini
memerlukan latihan yang berterusan bagi memastikan dia bersedia menghadapi kelompok
individu tersebut. oleh itu, latihan pengucapan amat perlu untuk mengelak seseorang itu daripada
kecuaian dan kegagalan mengekspresikan idea dan pendapat kepada pendengar dengan baik.
Setelah itu, apabila penyediaan telah dibuat, barulah perucap mampu membuat ucapan dengan
berkesan dan teratur.
Latihan perlu dilakukan sekurang kurangnya tiga kali sebelum pengucapan yang
sebenar. Latihan yang pertama dan kedua adalah bertujuan untuk memperkemaskan teks dan stail
yang ingin digunakan, menambah bahan bahan yang baru sekiranya dirasakan isi yang ingin
diutarakan kelak tidak begitu mencukupi dan untuk membiasakan diri dengan alat persembahan
seperti powerpoint. Akhir sekali, latihan yang ketiga adalah latihan yang terakhir (rehearsal)
sebelum pengucapan yang sebenar. Latihan yang mencukupi membantu perucap untuk lebih
bersedia.
2.7 Penampilan Diri
Penampilan diri memainkan peranan yang penting bagi seseorang perucap untuk
menghasilkan pengucapan yang berkesan kerana ini memberi impak kepada personaliti perucap
ketika berada di kalangan sekumpulan pendengar. Mehribian (1971), menyatakan bahawa
penampilan diri merangkumi gaya atau bahasa bukan lisan dan merupakan salah satu elemen
penting dalam pengucapan awam. Bentuk penampilan diri temasuklah:
1. Kelakuan tangan
2. Kelakuan badan yang semula jadi

3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Mimik muka atau air muka


Temuan mata
Penggunaan ruang
Suara yang jelas
Kelancaran sebutan
Pakaian
Aksesori atau kosmetik

2.7.1 Pergerakan tangan, jari dan badan


Pendengar dapat menilai perucap dengan cepat melalui bahasa tubuh yang dipamerkan.
Pergerakan tubuh badan terdiri daripada menggaru kepala, melangu, membuat mimik muka,
kontek mata, tangan, jari dan bahu, serta gaya berdiri dan berjalan. Sebagai contoh, perucap yang
gementar akan mudah menggarukan kepala dan menggeletar apabila memegang teks ucapan. Ini
menampakkan sifat kurang keyakinan diri dalam diri perucap. Perucap perlu mengelakkan diri
dari berpeluk tubuh, memasukkan tangan kedalam poket dan meramas ramas tangan kerana
boleh menampakkan rasa gemuruh serta ketidakyakinan. Oleh itu, permainan bahasa tubuh
badan amat penting untuk dijaga dan dikawal seminima yang mungkin. Pendengar akan menilai
kredebiliti seorang perucap melalui ucapannya dan juga pergerakan tubuh badannya.
2.7.2 Mimik Muka
Mimik muka memainkan peranan yang penting kerana pendengar akan memandang tepat
kepada wajah perucap dan memerhatikan setiap gerak geri perucap. Sekiranya perucap berasa
gemuruh, wajahnya akan menampakkan kerisauan dan nampak berpeluh meskipun berada
didalam bilik yang berhawa dingin. Oleh itu, perucap perlu bersikap tenang ketika berhadapan
dengan khalayak ramai.
2.7.3 Temuan Mata
Mata memancarkan seribu makna kepada audien kerana itu perucap perlu memastikan
mata mempamerkan keyakinan diri. Perucap perlu mengelak daripada memandang ke atas siling
atau kebawah kerana mata perucap menjadi tumpuan kepada audien dan audien akan lebih terasa
dihargai sekiranya perucap tidak mengalih pandangan ke arah lain semasa menyampaikan mesej.
Dalam perhimpunan khalayak yang ramai, hubungan mata perlu fokuskan titik
penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan, pada bahagian tengah dan kemudian pada

khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan, diikuti khalayak penjuru kanan di belakang,
khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagian tengah.
Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan mata 'mengikat' khalayak untuk mendengar dan melihat
pengucap dengan penuh minat.
2.7.4 Penggunaan Ruang
Penggunaan ruang amat penting sekiranya melibatkan ruang yang luas dan kehadiran
audien yang ramai. Perucap perlu bijak menggunakan ruang dengan sebaik mungkin supaya
kehadiran audien tidak hanya tertumpu pada suatu kawasan sahaja. Sebagai contoh, perucap
yang menyampaikan motivasi kepada audien akan menggunakan keseluruhan ruang yang
melibatkan semua audien.
2.7.5 Suara yang Jelas dan Kelancaran Sebutan
Perucap perlu memastikan suara yang digunakan adalah jelas dan teratur. Sebutan yang
tersekat sekat menampakkan kecacatan dan membuatkan audien cepat berasa bosan. Nada
suara juga perlu dipelbagaikan dan menepati untuk tiap tiap isi yang disampaikan. Perucap
tidak perlu menjerit dan bersuara halus sebaliknya hanya perlu melantangkan suara dan pandai
bermain dengan intonasi suara supaya audien tidak rasa mengantuk dengan nada suara yang
mendatar sahaja.
2.7.6 Pakaian, Aksesori dan Kosmetik
Pakaian yang dipakai perlulah bersesuaian dan tidak menjolok mata. Apabila berhadapan
dengan audien, pakaian formal adalah lebih sesuai kerana menampilkan kredebiliti perucap dan
akan timbul rasa hormat serta kagum audien kepada perucap. Contohnya, perucap yang memakai
kot beserta tali leher lebih nampak berkeyakinan berbanding perucap yang memakai seluar dan
kemeja sahaja. Bagi perucap wanita, perlulah dielakkan pemakaian aksesori yang terlalu banyak
ditubuh dan make-up yang tebal. Pemakaian yang terlalu sarat mengganggu konsentrasi audien
kepada isi ucapan.

2.8 Pembuka Bicara yang Menarik

Seterusnya, apabila persediaan rapi telah dilakukan, seorang perucap perlu pandai
memainkan peranan untuk menarik minat pendengar mengikuti ucapannya sehingga ke penutup.
Oleh itu, pembuka bicara perlu menepati kehendak pendengar. Pembuka bicara merupakan
permulaan yang akan menunjukkan samada persembahan seseorang itu akan menjadi menarik
ataupun tidak. Sebagai contoh, Datuk Dr Fadzilah Kamsah sentiasa memulakan program bual
bicaranya (Selami Jiwa) dengan pembuka bicara yang sangat menarik. Ini menunjukkan bahasa
beliau telah bersedia lebih awal untuk berhadapan dengan khayalak ramai serta pandai menarik
minat pendengar untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya sehingga ke akhir
rancangannya.
Pembuka bicara yang sangat menarik dapat menarik minat pendengar untuk mendengar
topik yang disampaikan meskipun ianya berbentuk fakta. Dalam pembuka bicara perlulah ada
elemen elemen seperti memperkenalkan diri kepada pendengar supaya mereka mengenali
pengucap dengan lebih dekat. Serba sedikit maklumat mengenai diri juga perlu dinyatakan
kepada pendengar. Seterusnya, perucap perlu menyatakan tajuk yang ingin disampaikan supaya
pendengar dapat mengikuti dan memahami mesej yang disampaikan sehingga penutup.
Kemudian, barulah dimasukkan salutasi, isi ucapan, rumusan dan akhir sekali penutup. Rumusan
amat diperlukan bagi melengkapkan hujah- hujah yang masih lemah serta meninggalkan
tanggapan yang positif terhadap perkara perkara utama agar audien dapat bertindak balas
terhadap hujah hujah utama ucapan tersebut. Bagi penutup bicara, perucap boleh tutupkan
dengan kesimpulan yang ringkas dan kemudian menamatkan dan menangguhkan ucapan dengan
salam dan ucapan terima kasih.
2.9 Menselitkan Unsur Jenaka
Pengucapan yang berkesan akan menjadi lebih menarik sekiranya perucap pandai
menyelitkan unsur jenaka sebagai pemanis dalam mesej yang disampaikan. Jenaka yang dibuat
perlulah berkaitan dengan tajuk supaya tidak lari dari tujuan dan objektif mesej. Perucap perlu
mengelakkan diri dari membuat jenaka yang menyentuh kehidupan peribadi seseorang,
sensitiviti agama, kaum dan budaya tertentu. Jenaka yang dibuat perlu menampakkan
kematangan dalam diri perucap dan sesuai dengan penerimaan audien.
2.10 Penerimaan Maklumbalas dari Audien

Pengucapan awam yang berkesan dapat dinilai sekiranya mendapat respon dan maklum
balas dari audien. Perucap yang bijak pandai bertindakbalas pada maklumbalas dari pendengar
serta memberi penerangan yang jelas dan tepat. Sekiranya ingin mendapat respon dari audien,
perucap boleh meminta maklumbalas dari audien ataupun mengulang penerangan supaya
mendapat maklumbalas supaya terjadi komunikasi dua hala antara perucap dan pendengar.
2.11 Penggunaan Alat Bantu Tampak (ABT) dalam Persembahan
Alat bantu tampak (ABT) adalah apa sahaja alat yang boleh dilihat oleh audien untuk
membantu perucap menyampaikan mesej kepada audien. ABT membantu perucap untuk
menyampaikan mesej dengan lebih jelas. Namun, perlu diingatkan oleh perucap bahawa bahan
atau alat yang digunakan itu perlulah bersesuaian dengan tajuk dan juga audien. Jenis jenis
ABT terdiri daripada gambar- gambar (foto/lukisan), papan hitam/papan putih, filem, audio
(perakam pita dan rekod), maklumat edaran bertulis, pita video, graf, carta/gambar rajah, model
dan sebagainya. Perucap perlu memastikan ABT yang digunakan benar- benar membantu
perucap sebagai bahan tambahan dan membantu menyokong hujah- hujah utama dalam ucapan.
Penggunaan ABT boleh menjimatkan masa, menjelaskan perkara perkara yang kompleks dan
membantu mengekalkan minat audien.
2.12 Bahasa
Bahasa adalah alat perutusan atau penyampaian mesej sama ada yang berbentuk konsep,
idea, teori atau digunakan untuk memberi dan mendapatkan maklumat dan sebagainya bagi
mempengaruhi fikiran serta tindakan audien sasaran. Bahasa yang digunakan oleh perucap
perlulah jelas, dinyatakan dengan mudah, terang dan tidak mengelirukan. Bahasa yang jelas
dapat memperjelaskan maklumat dengan lebih tepat. Setiap hujah perlulah dihuraikan
maksudnya bagi mengelak kekeliruandan ketidakfahaman khususnya konsep konsep yang
diterapkan dalam teks ucapan.

PENUTUP

Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari oleh semua orang
dan menjadi laluan untuk mencapai kejayaan. Perucap yang cemerlang merupakan perucap yang
sentiasa berusaha untuk menyampaikan ucapannya dengan baik dan berkesan tanpa mengira
audien dan suasana. Ini memberi gambaran bahawa perucap yang bijak dapat menggunakan
segala keperluan dengan baik dan menghasilkan pengucapan awan yang terbaik. Oleh yang
demikian, persediaan yang rapi amat diperlukan bagi memastikan penyampaian menepati
objektif dan memberi kepuasan kepada audien.
Selain itu, ia bukan saja membantu meningkatkan jati diri serta sifat kepimpinan seorang
perucap malahan dapat meningkatkan keyakinan diri perucap untuk berhadapan dengan khalayak
ramai. Justeru itu, pengucapan awam yang berkesan dapat diperolehi sekiranya mesej yang
disampaikan diterima baik oleh audien, dan audien menerima mesej yang tepat dan betul
(berlaku perkongsian maklumat).

REFERENCES

1. Suprawoto

(2009)

Pembelajaran

berbicara.

http://www.slideshare.net/NASuprawoto/pembelajaran-berbicara
2. Irfan
Khairi
(2011)
Kurangkan
perasaan
malu.

Retrieved
Retrieved

from
from

http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/kurangkan-perasaan-malu/
3. Makalah mencontek isi. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/23699777/makalahmencontek-isi
4. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.
5. Abdul Muati@Zamri Ahmad, 2000. Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
6. Arshad Md. Ghaus, 2003. Teknik Pengucapan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai