Anda di halaman 1dari 12

PPPM - ASPIRASI MURID

Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai


potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, dan
masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda
ini mencapai aspirasi yang diharapkan.
Pelan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas
mencapai aspirasi murid. Perkara ini selari dengan maklum balas daripada
Dialog Nasional. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga mengambil
pengajaran

daripada

sistem

pendidikan

berprestasi

tinggi

untuk

membangunkan ciri-ciri atribut dan kecekapan tertentu yang diperlukan oleh


murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin
mencabar.

Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang


pendidikan seimbang diperlihatkan dalam enam ciri (Ekshibit 2-3). Ciri ini
bukan

sahaja

menekankan

kepentingan

pengetahuan,

tetapi

juga

pembangunan kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif; kemahiran


memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; sahsiah
dan nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat. Ciri ini turut memberi
penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberikan
sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat, dan negara.

1. Pengetahuan
Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi
dan numerasi sepenuhnya. Ciri ini melengkapkan mereka dengan kemahiran
hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi
membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat dan
negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras
seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
Mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan

dalam bidang lain, seperti seni, muzik dan sukan. Selain pengetahuan dalam
bidang

ini,

murid

juga

perlu

mempunyai

keupayaan

mengaplikasi

pengetahuan ini dalam situasi harian.

2. Kemahiran berfikir
Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus
mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait
pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran
berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal
dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai
pelbagai kemahiran kognitif yang penting:
Pemikiran

Kreatif

dan

Inovatif:

kemampuan

menginovasi,

menjana

kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu;


Pemikiran Kritis dan Penaakulan: keupayaan menganalisis maklumat,
menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan
deduktif bagi mencari penyelesaian, danakhirnya membuat keputusan; dan
Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan
kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Sistem pendidikan negara perlu meningkatkan kemahiran murid dalam bidang


ini seperti yang digambarkan melalui skor TIMSS dan PISA sejak lima tahun
lepas. Skor TIMSS dan PISA 2009+ menunjukkan bahawa murid kurang
mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis di luar konteks
akademik biasa. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi sistem pendidikan
negara membantu setiap murid memperoleh kemahiran berfikir.

3. Kemahiran memimpin
Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah
penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling berkait. Dalam Dialog

Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara


berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem
pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi masingmasing sepenuhnya melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam
kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan mempunyai empat
unsur:
Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan
penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan
daripada sumber sendiri, serta terdoronguntuk memastikan penyelesaian itu
dizahirkan;
Berdaya tahan: membina cara berfikir yang konstruktif serta mampu
menghadapi rintangan;
Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan
dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan
Ketrampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara
lisan dan bertulis dengan jelas.

Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah


melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, dan aktiviti di luar bilik
darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan
keperibadian murid.

4 Kemahiran dwibahasa
Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan,
dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi
antarabangsa. Setiap murid juga akhirnya akan berpeluang mempelajari
bahasa tambahan. Kepelbagaian Malaysia yang unik dan warisan berbilang
budaya memberikan kelebihan daya saing kepada semua. Murid akan terus
berpeluang untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis
kebangsaan. Kini, sesetengah sekolah kebangsaan juga menyediakan

peluang untuk mempelajari bahasa ketiga seperti bahasa Cina, Tamil, Arab,
Iban, dan Kadazan Dusun. Pada peringkat menengah, peluang ini diperluas
untuk meliputi bahasa antarabangsa lain. Selepas jangka masa tertentu,
semua murid akan digalakkan untuk belajar sekurangkurangnya tiga bahasa
bagi membolehkan mereka bekerjasama dan berkomunikasi secara berkesan
dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara jiran dalam
dunia global masa ini.

5. Etika dan kerohanian


Sistem pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani
menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman,
membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai
keberanian melakukan apa yang betul. Peneka nan diberikan kepada setiap
murid dengan mewujudkan satu set prinsip, termasuk nilai bersama yang
kukuh yang didukung oleh semua rakyat Malaysia:
Kerohanian: mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya
sebagai asas hidup, serta mendukung standard moral yang tinggi.
Integriti: mempunyai keberanian, disiplin, dan semangat untuk melakukan
perkara yang betul; dan
Tanggungjawab sivik: bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat
terhadap orang lain dan alam sekitar, dan memiliki keupayaan yang
mendalam untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat.

6. Identiti nasional
Rakyat Malaysia perlu mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang
identiti nasional dan berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara untuk
memupuk perpaduan dan masa depan Malaysia. Setiap murid tanpa mengira
etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau lokasi harus berbangga menjadi
rakyat Malaysia. Pencapaian matlamat patriotisme ini memerlukan semangat
keterangkuman tinggi yang diperoleh dengan belajar memahami perbezaan

dan bertolak ansur, menerima dan menghormati orang lain, serta hidup
bersama dalam kepelbagaian masyarakat

Malaysia. Identiti nasional juga

memerlukan

sejarah

setiap

murid

memahami

Malaysia,

berkongsi

pengalaman dalam dan luar sekolah, dan berkongsi aspirasi untuk masa
depan Malaysia.

Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Aspirasi PPPM

Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-10, negara kita
berusaha untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke
arah negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu
mereka

yang

berbakat,

khususnya

pemimpin

dan

digerakkan oleh
pekerja

yang

berpengetahuan disamping input lain seperti tenaga kerja dan modal. Dalam
keadaan persaingan pada peringkat global negara kita memerlukan
warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem pendidikan yang berdaya
saing.

Justeru itu kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam
sistem pendidikan bagi membolehkan aspirasi negara ke arah negara
berpendapatan tinggi dapat direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan
tranformasi sistem pendidikan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi
keseluruhan sistem pendidikan dan aspirasi setiap murid.

ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan


Pendidikan, iaitu; akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima
aspirasii ini muncul daripada laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan

sebelum ini tetapi kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956),
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010).

Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan


tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.

1. Akses Kepada Kejayaan

Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah


mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira
taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid
mencapai potensi masing-masing.

Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan


akses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke
peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah
perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan
semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus
dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada
akhir tingkatan 5.

Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara


maju yang lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan
pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program
latihan kemahiran yang berstruktur.

2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.

Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap


sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid
setanding dengan negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa.
Langkah ini termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa
Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi.

KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok


sepertiga teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and
Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment)
dalam tempoh 15 tahun.

Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi
amatlah

diharapkan.

Pelaksanaan

i-THINK

dan

Frog

VLE

perlulah

dilaksanakan secara serius kerana ia adalah kerangka asas yang dapat


memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.

3. Ekuiti Untuk Semua Murid

Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada


tahap yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau
latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap
murid supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.

Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai


pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti
yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan
pembangunan sahsiah mereka.

Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan


yang terdapat disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan
murid dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan


dalam kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai
kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan
mempamirkan perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD
pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang rapat
dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga
yang tinggi.

Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah


semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan
yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu
mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar
saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.

Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu
dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah
pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.

5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan


menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada
sektor pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi

kerajaan terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guruguru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam
bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang
dibelanjakan.

Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab


dan menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi
impak yang maksimum.

ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai


potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap
pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan
penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang
diharapkan.

Dalam

PPPM,

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

yang

menekankan

pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan


kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan
Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran
Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat.
Setiap

elemen

ini

turut

memberi

penekanan

kepada

usaha

bagi

membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi


keluarga, masyarakat dan negara.

1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah


untuk memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi.
Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup
yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam
masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan
muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti


Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Muridmurid juga perlu digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan
supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan
dalam kehidupan.

2. Kemampuan Memimpin

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan


kemahiran bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan
murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak
sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan
potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini
kepimpinan yang perlu dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu;

Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan


penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu
menghadapi rintangan.
Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan
dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.

Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara


lisan dan bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada
pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik
darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.

3. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan


dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi
antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang dan galakkan untuk
menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa
Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan


murid-murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang
seterusnya menyubnag kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada
peringkat global.

4. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai


sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik
secara aman serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan
mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh


berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu;

Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan


mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang
tinggi.
Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin
dan semangat untuk melakukan perkara yang betul.
Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan
bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan
alam sekitar.
5. Identiti Nasional

Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha


membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain
adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah
bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara
dan sentiasa mengutamakan perpaduan.

Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat


patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf
sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga
sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan, menghormati
orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

Anda mungkin juga menyukai