Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: CHANG CHONG OWN

PROGRAM

: PISMP BC/PJ/PSK AMBILAN JANUARI 2011

NAMA SEKOLAH

: SJK (C) LOK YUK LIKAS

NAMA PROJEK / AKTIVITI : PERTANDINGAN BERPIDATO


BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH 2014
TEMPOH PELAKSANAAN : 5 OGOS 2013 ( HARI SELASA )
08.00 PAGI 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT PELAKSANAAN

: DEWAN SEKOLAH, BILIK MESYUARAT,


BILIK VISUAL

OBJEKTIF :
Melalui

Pertandingan Berpidato Bahasa Inggeris, guru-guru dapat

mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid dalam bidang bercerita.


Sepanjang latihan berpidato yang diberikan, teknik murid dalam bidang ini
dapat ditingkatkan. Murid tersebut dapat lebih memahami konsep berpidato.
Kemahiran ini penting kerana kemahiran ini boleh jadi penentu kejayaan
seseorang di dalam temu duga , kerjaya , pertandingan dan sebagainya.
Pengalaman ini bukan sahaja boleh memperkayakan dan mengukuhkan ilmu
murid-murid, tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada
murid-murid. Murid yang telah menyertai pertandingan berpidato mungkin
akan diberikan inspirasi mengenai bidang ini supaya mereka berminat
melibatkan diri dalam kerjaya yang berkenaan seperti pengacara majlis dan
pembawa berita.
Selain itu, Pertandingan Berpidato Bahasa Inggeris membolehkan
seseorang murid itu berpidato dengan lebih yakin, berani dan tabah untuk
mencapai matlamat dan tujuan pada masa kelak. Murid yang telah menerima

latihan berpidato boleh berucap dengan lantang dan yakin di hadapan umum.
Latihan yang berterusan boleh memupuk keyakinan murid untuk menghadapi
cabaran yang akan ditemui dalam pertandingan pengucapan awam.
Semangat berjuang dan berdaya saing yang tinggi juga amat dititikberatkan
dalam pertandingan ini di mana murid harus mencapai kejayaan dalam
pertandingan dengan menewaskan peserta lain. Kemahiran berpidato juga
memerlukan komitmen yang tinggi dan latihan yang konsisten untuk
memastikan murid tersebut benar-benar menguasai kemahiran ini dengan
baik.
Sepanjang persediaan menyertai pertandingan berpidato ini, murid
akan terdedah tentang kemahiran-kemahiran Bahasa Inggeris secara luas
dan mendalam. Murid yang menyertai pertandingan digalakkan menggunakan
Bahasa Inggeris untuk bertutur atau bertulis. Pertandingan berpidato Bahasa
Inggeris dapat menggalakkan murid untuk menghayati karya-karya Bahasa
Inggeris yang dihasilkan oleh penulis di seluruh dunia. Penggunaan Bahasa
Inggeris digalakkan dalam kalangan murid supaya mereka dapat menguasai
bahasa ini yang merupakan bahasa utama di dunia kita. Penguasaan Bahasa
Inggeris dapat menyediakan murid untuk menghadapi masyarakat tidak kira
di dalam atau di luar negara. Mereka boleh berkomunikasi dengan seluruh
dunia sekiranya tahu menggunakan Bahasa Inggeris. Mereka juga akan
banyak terdedah kepada ilmu dari pelbagai saluran. Murid yang bersedia
dapat bersaing dengan orang lain untuk mencapai kejayaan.

STRATEGI PELAKSANAAN :
Pada hari pertama Internship, kami melaporkan diri di SJK(C) Lok Yuk
Likas. Kami telah berbincang dengan pihak pentadbir sekolah tentang aktiviti
yang kami dapat laksanakan sepanjang internship. Akhirnya, kami telah
diberikan beberapa tugasan. Salah satu projek yang akan kami laksanakan
merupakan Pertandingan Berpidato Bahasa Inggeris sekolah rendah
peringkat daerah.

Kami bertiga-tiga telah dilantik sebagai AJK Penyediaan Pentas dan


AJK

Penyelaras

Pertandingan.

Dua

minggu

sebelum

pertandingan

pengucapan awam dijalankan, satu mesyuarat telah diadakan antara guruguru yang terlibat dalam pertandingan ini. Tujuan utama mesyuarat ini adalah
untuk memberi taklimat kepada guru-guru tentang proses dan peraturanperaturan tentang pertandingan ini. Guru-guru juga telah diberitahu tentang
peranan jawatan masing-masing. Guru-guru telah membincangkan tentang
hadiah dan perbelanjaan pada hujung mesyuarat.
Kami telah memahami peranan jawatan kami melalui mesyuarat yang
telah dijalankan. Pertamanya, kami sebagai AJK Penyediaan Pentas harus
mereka

latar

belakang

pentas

manakala

sebagai

AJK

Penyelaras

Pertandingan, kami harus memantau sepanjang proses ucapan Impromptu.


Kedua, kami harus menyediakan segala alat atau bahan yang diperlukan
dalam pertandingan.
Kami telah menyediakan powerpoint sebagai latar belakang di atas
pentas. Kami telah menyediakan beberapa latar yang berlainan reka bentuk.
Guru-guru lain telah diminta memilih powerpoint yang paling sesuai dengan
tema pertandingan berpidato ini. Selepas itu, kami telah memaparkan latar
dengan menggunakan projektor untuk mencuba kesesuaian latar yang kami
reka. Ini merupakan satu penyediaan awal untuk jawatan AJK Penyediaan
Pentas. Kami harus memastikan latar yang kami sediakan tidak berlaku
sebarang masalah pada hari menjalankan pertandingan.

Gambar 1: Latar belakang bagi pentas.

Selepas latar pentas selesai dibuat, kami mula menyediakan kerjakerja AJK Penyelaras Pertandingan. Pertandingan Berpidato Bahasa Inggeris
telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ucapan Prepared dan ucapan
Impromptu. AJK Penyelaras Pertandingan merupakan pemantau bagi
bahagian ucapan Impromptu. Kami bertanggungjawab menunjukkan tajuk
kepada peserta-peserta dan membawa peserta pergi ke pentas satu demi
satu. Kami telah meminjam jam randik dan kamus Bahasa Inggeris dari pihak
sekolah. Selain itu, kami juga telah menyediakan pensel, pemadam dan kad
menulis. Kami telah memastikan tentang saiz kad menulis dengan PK
Kokurikulum. Selepas itu, kami menguntingkan kad manila kepada kad-kad
bersaiz kecil supaya peserta dapat menulis isi-isi di atas kad dan mudah
dipegang dalam tapak tangan. Selain itu, kami telah menyediakan meja dan
kerusi di bilik visual. Tempat ini akan dijadikan tempat peserta menyediakan
isi-isi bagi ucapan Impromptu.
Pada 5 Ogos 2014, SJK(C) Lok Yuk Likas telah menganjurkan
Pertandingan Berpidato Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah
di dalam dewan sekolah. Pendaftaran telah bermula pada pukul 7.30 pagi.
Peserta-peserta dari 20 buah sekolah telah mendaftarkan nama di kaunter
berturut-turut. Pertandingan Berpidato Bahasa Inggeris telah bermula pada
pukul 8.00 pagi. Selepas ucapan ringkas diberikan oleh pengacara majlis,
bahagian ucapan Prepared telah bermula.

Gambar 2 : Pertandingan Berpidato sedang dijalankan di dalam dewan.

Selepas kesemua-semua peserta telah habis memberi ucapan,


mereka diberi masa rehat selama 30 minit. Kami ketiga-tiga telah diberikan
taklimat ringkas oleh hakim pertandingan tentang cara memantau proses
ucapan Impromtu disebabkan kami merupakan pemantau bagi bahagian ini.
Pada pukul 11.00 pagi, bahagian kedua ucapan Impromptu telah bermula.
Peranan kami telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Hii Yik Ing telah
bertanggungjawab memantau bahagian pertama. Peserta-peserta telah
ditempatkan di dalam bilik mesyuarat. Guru pelatih memastikan semua
peserta berada dalam bilik mesyuarat dan tidak boleh mengetahui tajuk yang
harus dibentangkan.
Lim Shushian pula bertanggungjawab menjaga bahagian kedua, iaitu
di bilik visual. Terlebih dahulu, guru pelatih akan menunjukkan tajuk kepada
peserta. Setiap peserta diberi masa empat minit untuk mencatatkan isi-isi di
atas kad menulis. Guru pelatih mengira masa dengan menggunakan jam
randik. Selepas empat minit, peserta diminta berhenti menulis dan bersedia
untuk pergi ke dewan dan berucap di atas pentas. Chang Chong Own pula
bertanggungjawab membawa peserta dari bilik visual ke dewan. Guru pelatih
juga memastikan peserta tidak dapat mendengar ucapan yang sedang
diberikan oleh peserta lain.

Gambar 3 : Guru pelatih sedang memantau proses pelajar menyediakan


ucapan Impromptu.

Di bahagian awal ucapan Impromptu, banyak peserta menghabiskan


ucapan mereka dalam masa yang lebih singkat daripada masa yang dijangka.
Hal ini telah menyebabkan masa menunggu bagi peserta seterusnya menjadi
panjang. Proses tidak dapat dijalankan dengan lancar seperti yang telah
dirancang. Untuk menyelesaikan masalah ini, pihak sekolah telah membuat
keputusan bahawa dua peserta akan menyediakan ucapan impromptu
dalam masa yang sama tetapi di tempat yang berlainan.
Pada pukul 12.30 tengah hari, bahagian ucapan Impromptu telah
bertamat. Senarai nama pemenang telah diumumkan selepas 20 minit.
Pemenang tempat pertama ialah peserta dari SJK(C) Chung Hwa Likas. Piala
telah diberi kepada peserta tempat pertama, kedua dan ketiga. Cenderamata
juga telah diberi kepada guru-guru dari 20 buah sekolah. Pertandingan
Berpidato Bahasa Inggeris ini telah berakhir pada pukul 1.00 petang.
Selepas pertandingan tamat, satu jamuan kecil telah disediakan untuk
semua guru dari 20 buah sekolah dan juga AJK yang terlibat dalam
pengurusan pertandingan berpidato ini. Selepas jamuan makan, kami telah
bekerjasama mengemaskan dewan dan menyusun kerusi-kerusi.

Gambar 4 : Guru Pelatih menolong mengemaskan dewan.

REFLEKSI

1. Kekuatan Projek / Aktiviti :


Melalui pertandingan berpidato, kami telah mengenal pasti beberapa
kekuatan yang ada pada projek tersebut. Terlebih dahulu, berpidato dapat
membina kecekapan berbahasa murid dari segi kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Ini kerana dari perancangan teks
sehinggalah pembentangan, murid-murid perlu melalui beberapa peringkat
dan ia dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid
terutamanya dalam Bahasa Inggeris.
Dengan mengadakan Pertandingan Berpidato Bahasa Inggeris, kami
dapat memupuk minat dan cintakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
Negara terhadap murid-murid. Pertandingan Berpidato Bahasa Inggeris ini
merupakan salah satu pertandingan yang dirancang oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris
murid-murid terutamanya bagi murid-murid yang berada di luar bandar.
Selain daripada itu, pertandingan berpidato ini juga berperanan sebagai
satu pentas kepada sekolah-sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu untuk
bersaing. Persaingan yang wujud adalah bersifat positif kerana wakil sekolah
boleh

saling

bertukar

pendapat

tentang

cara

bagaimana

untuk

mempertingkatkan kemahiran berpidato. Peserta-peserta boleh mengetahui


kelemahan yang ada pada diri sendiri dan mereka boleh menambahbaikan
kemahiran sendiri pada masa yang akan datang.
Di samping itu, pertandingan berpidato juga dapat melatih peserta supaya
mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Sebelum pertandingan, peserta
akan membuat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi pertandingan.
Dengan persediaan yang mencukupi, maka murid akan lebih berkeyakinan
tinggi supaya mereka boleh membuat persediaan yang rapi. Selain itu,
pertandingan berpidato ini juga dapat mencungkil bakat terpedam yang ada

pada murid. Murid-murid yang mahir dalam berpidato sudah tentu berpotensi
untuk menjadi peguam, guru dan sebagainya yang akan menyumbang
kepada negara pada masa yang akan datang.
2. Kelemahan Projek / Aktiviti :
Terdapat beberapa kelemahan dalam projek yang guru pelatih
kendalikan. Dalam Pertandingan Berpidato Bahasa Inggeris ini, terdapat
beberapa orang murid yang tidak membuat persediaan dengan baik. Mereka
tergagap-gagap semasa berada di atas pentas. Setelah berbincang dengan
guru pengiring mereka, kami dapati bahawa peserta mereka kekurangan
masa untuk menghafal teks mereka.
Selain itu, pada pendapat kami, topik bagi impromptu speech adalah
terlalu susah sehinggalah banyak peserta tidak dapat memberi huraian dan
fakta dengan betul. Masalah ini telah menyebabkan peserta tidak dapat
memanfaatkan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Kebanyakan
peserta hanya menggunakan 1/3 masa yang diperuntukkan. Masalah ini telah
mengakibatkan para juri perlu menunggu lama di dewan.
Di samping itu, kedudukan bilik berkurung terletak agak jauh dari dewan
pertandingan. Ini menyebabkan peserta perlu berjalan hampir seminit dari
bilik itu ke dewan. Ini secara tidak langsung juga telah menyebabkan masa
pertandingan dipanjangkan.

3. Cara penambahbaikan:
Untuk mengatasi masalah yang pertama iaitu peserta tergagap-gagap di
atas pentas, pihak penganjur seharusnya menyampaikan mesej kepada
sekolah-sekolah lebih awal supaya murid mempunyai masa yang mencukupi
untuk berlatih. Peserta boleh diberi peluang untuk berlatih pada waktu
perhimpunan supaya mereka tidak gementar apabila berdepan dengan para
juri semasa pertandingan berlangsung.

Untuk mengatasi masalah yang kedua, pihak penganjur seharusnya


mengkaji soalan yang dipilih sama ada ia sesuai dengan tahap murid ataupun
tidak. Kesesuaian topik membolehkan peserta untuk memaksimumkan
pencapaian mereka. Dari situlah keadilan boleh dicapai dalam sesuatu
pertandingan.
Untuk mengatasi masalah ketiga iaitu kedudukan bilik berkurung, pihak
penganjur boleh memilih bilik yang lebih dekat dengan kawasan pertandingan
supaya masa yang diperlukan untuk berjalan dari bilik ke tempat pertandingan
dapat dikurangkan.

KESIMPULAN :
Pidato merupakan penyampaian ucapan yang tidak membaca teks
secara langsung dan hanya bertumpu kepada satu topik sahaja. Ucapan
pidato disampaikan untuk menarik perhatian umum dan membawa mesejmesej tertentu kepada orang ramai dan menyakinkan audiens melalui cara
pembawaan pidato dari aspek isi tajuk, penampilan, gaya dan kesantunan
bahasa.
Melalui proses persediaan menyertai pertandingan berpidato, murid
akan mempelajari banyak ilmu seperti cara menyampaikan mesej, komunikasi
dan bahasa.

Dalam pendidikan sekolah rendah, bahasa dan cara

berkomunikasi merupakan teras kepada pembelajaran murid. Dengan


penguasaan kemahiran asas bahasa, murid-murid boleh memahami konsep,
menerima maklumat, berfikir, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain dengan berkesan. Kebolehan berbahasa
dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan
murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.
Justerunya, murid-murid digalakkan menyertai pertandingan berpidato
secara aktif. Hasil pembelajaran daripada pertandingan berpidato akan
menyediakan murid tersebut untuk menerima cabaran pada masa kelak.

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

..................................................

......................................

(CHANG CHONG OWN)


Guru Pelatih IPG Kampus Gaya

Disahkan Oleh :

..................................................
(YAP SUK LIN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SJK (C) Lok Yuk Likas,
Kota kinabalu, Sabah.

(TAM YUN WAI)


Guru Mentor Internship

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

..................................................

......................................

(LIM SHUSHIAN)
Guru Pelatih IPG Kampus Gaya

Disahkan Oleh :

..................................................
(YAP SUK LIN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SJK (C) Lok Yuk Likas,
Kota kinabalu, Sabah.

(OU SOOK LI)


Guru Mentor Internship

Disediakan Oleh :

Disemak Oleh :

..................................................

......................................

(HII YIK ING)


Guru Pelatih IPG Kampus Gaya

Disahkan Oleh :

..................................................
(YAP SUK LIN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SJK (C) Lok Yuk Likas,
Kota kinabalu, Sabah.

(CHIN FOT YIN)


Guru Mentor Internship

Anda mungkin juga menyukai