Anda di halaman 1dari 2

Bissmillahirrahmanirahim..Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh..

Yang Berbahagia
Tn Syed Abdul Hafiz bin Syed Mustaffa
Pegawai Khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah
Yang berusaha
Tuan Syed Mohd Khairizam bin Syed Shith Alhabshee
Guru Besar , Sk Kebun Pinang
Yang Dihormati
Para Penolong Kanan,
Waris, ibu bapa serta penjaga murid-murid tahun 6 yang dikasihi sekelian.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat


Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat
kita dipertemukan dalam Majlis Pelancaran Kelas Intensif UPSR 2016 ini.

BACAAN DOA
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan keberkatan, marilah samasama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mat
Azam bin Abu Bakar
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mat Azam atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak berkat ilmu tanpa amalnya


Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan kepada Tuan Haji Abdul Latif
bin Basri mewakili Tuan Guru Besar SK Kebun Pinang untuk menyampaikan ucapan aluan.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abd Latif atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN PENANGGUHAN
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ucapan perasmian yang akan
disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syed Abdul Hafiz bin Syed Mustafa, Pegawai
Khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Syed Abdul Hafiz bin Syed
Mustafa atas ucapan perasmian yang telah disampaikan sebentar tadi.
Dengan berahirnya ucapan itu td... Maka tamatkan majlis kita pada malam yang
berbahagia ini..

Mewakili sekolah Kebangsaan Kebun Pinang, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya tuan2 dan puan , para waris,
ibu bapa serta penjaga yang memberikan sokongan penuh terhadap program ini. Adalah
menjadi doa dan harapan kita semoga program yang dilaksanakan ini memberi manfaat
yang besar kepada semua murid yang terlibat.
Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta.
Sekian saya akhiri dengan lafaz suci wabilah hitaufik wassalamualaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai