Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN TUTORIAL

Soalan 6 :
Huraikan bagaimana guru biasa boleh mengaplikasikan kemahiran-kemahiran
asas dalam kaunseling dalam konteks bilik darjah di Malaysia dengan
memberikan contoh / situasi yang relevan.
Jawapan :
Guru biasa boleh mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling
semasa

mengurus

bilik

darjah.

Salah

satu

daripadanya

ialah

dengan

mengaplikasikan kemahiran mendengar dengan berkesan, iaitu apabila guru


menggunakan kemahiran mendengar dengan baik semasa menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, murid akan berasa dihargai dan dihormati. Malah, ia
akan merangsang murid untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih
mendalam apabila melihat guru memberikan perhatian sepenuhnya terhadap apa
yang disampaikan. Contohnya, Cikgu Azrol mengajar karangan tentang aktiviti
semasa cuti persekolahan. Semasa membuat sumbangsaran, terdapat murid yang
bernama Siti memberikan respon dan bercerita tentang aktiviti perkelahan bersama
keluarga. Guru mendengar dengan teliti cerita yang disampaikan oleh Siti. Apabila
guru yang memberi perhatian terhadap responnya dan memberikan dorongan
minima (contoh: angguk kepala), Siti lebih terdorong untuk bercerita dengan lebih
lanjut. Hal ini menyebabkan Siti berasa dihargai dan lebih seronok mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh itu, guru perlu menguasai
kemahiran mendengar bagi membantunya mewujudkan komunikasi yang berkesan.
Seterusnya, guru juga boleh mengaplikasikan kemahiran mengenal pasti masalah
dalam mengurus bilik darjah dengan baik. Guru yang prihatin dengan murid akan
dapat mengenal pasti jika terdapat murid yang sedang menghadapi masalah, iaitu
dengan melihat petanda atau perubahan sikap yang ditunjukkan murid. Contohnya,
dalam kelas 5B, Aimaan merupakan seorang murid yang cemerlang dalam
akademiknya. Namun, sejak kebelakangan ini, Aimaan kelihatan murung dan
semakin merosot dalam pelajaran. Sebagai guru kelas Aimaan, Cikgu Abu berasa
hairan dan merasakan Aimaan sedang menghadapi masalah. Cikgu Abu berjumpa
dengan Aimaan secara peribadi untuk berbincang tentang masalah yang
dihadapinya, dan jika didapati masalah itu serius, Cikgu Abu perlu merujuknya

kepada kaunselor sekolah. Oleh yang demikian, seorang guru perlu menguasai
kemahiran mengenal pasti masalah ini untuk membantunya mengesan murid yang
menghadapi masalah atau konflik dan memberikan bimbingan yang sewajarnya.

Anda mungkin juga menyukai