Anda di halaman 1dari 2

Sebab-sebab tercetusnya konflik Israel dan Palestin

1.0

Sebab-sebab tercetusnya konflik Israel dan Palestin

2.1

Kewujudan perbezaan pendapat antara kedua-dua pihak Israel dan Palestin


Antara sebab berlakunya konflik antara Israel dan Palestin ialah kewujudan

perbezaan pendapat antara kedua-dua pihak Israel dan Palestin. Peperangan antara
kedua-dua pihak tersebut selalu berlaku. Pihak Israel beralasan mempertahankan diri
dari serangan pejuang Palestin dan tentera Hamas, sedangkan pihak Palestin
mengadakan penentangan kerana berasa wilayahnya semakin menyempit direbut rejim
zionis dengan pendudukan bersenjata mahupun mendirikan penempatan-penempatan
Yahudi dengan cara merampas tanah rakyat Palestin.
Menurut Cohn-Sherbok, pembentukan negara Israel adalah tindakan bermoral
selepas berkurun anti-Semitism dan penindasan yang dilakukan terhadap mereka di
tanah Palestin dahulu. Walau bagaimanapun, el-Alami berpendapat sebaliknya iaitu
tindakan yang dilakukan oleh Israel adalah suatu tindakan yang tidak bermoral:
sejarah Yahudi Palestin berakhir pada 137 sebelum Masihi. Sehingga
pertengahan abad kedua puluh, tiada majoriti Yahudi di Palestin iaitu semenjak seribu
lapan ratus tahun yang lalu...dalam suasana abad ini yang menentang penjajahan maka
adalah tidak wajar Yahudi menakluk dan menjajah tanah yang bukan hak mereka
Pendapat el-Alami yang mengatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh
Israel adalah suatu tindakan yang tidak bermoral dapat diperkukuh dengan contoh yang
menunjukkan bahawa serangan Israel tidak mematuhi peraturan peperangan sehingga
telah membunuh ribuan penduduk Gaza yang merupakan rakyat biasa termasuk wanita
dan kanak-kanak serta telah menyebabkan suku daripada penduduk Gaza menjadi
pelarian dan hilang tempat tinggal.
Peperangan yang mengikut peraturan akan menggunakan semua wasilah
diplomasi sebelum serangan fizikal dijalankan. Israel bukan sahaja telah melanggar
undang-undang, malahan Israel tidak berjaya langsung mencapai objektifnya dan telah
menjadi orang yang tidak berakhlak dan biadab yang telah membunuh rakyat Gaza
seolah-olah mereka adalah batang kayu yang boleh diperlakukan apa sahaja.
Pada 13 Disember 1947, sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida
berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878)
diserang. Sekumpulan orang Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British
telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.
Peristiwa yang amat menyedihkan lagi ialah kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata

mesingan

dan

bom

tangan

menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan


kanak-kanak pada 1 Januari 1948.
Mengikut Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA), penggunaan
jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar telah dihadkan.
UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam peperangan.
Contohnya, orang awam dan tawanan perang. Namun begitu, pihak Israel telah
mencabuli UUKA dengan membunuh wanita dan kanak-kanak.
Hal ini boleh dibuktikan melalui satu peristiwa yang berlaku pada 27 Disember
2008. Tentera Israel telah melancarkan satu serangan ke atas wilayah Palestin di Gaza
melalui operasi Cast Lead yang meliputi pengeboman dari udara dan diikuti dengan
serangan oleh pasukan tentera darat bermula pada 3 Januari 2009. Sudah terang lagi
bersuluh, serangan pihak Israel ke atas wilayah Palestin telah melanggar UUKA dan
tidak bermoral. Dengan itu, penduduk tempatan di Palestin telah membangkit dan
menentang kezaliman pihak Israel. Maka, konflik antara Israel dan Palestin masih
berlarutan sehingga hari ini.

Anda mungkin juga menyukai