Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PELAKSANAAN UNIT HAL EHWAL MURID

LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS


TAHUN 2014

Masa Perjumpaan :
Sebulan sekali
iv.

Takwim / Aktiviti

TARIKH /
BULAN

TAJUK

AKTIVITI / KEGIATAN

13 JAN 2014

Mesyuarat Jawatan Kuasa


Lembaga Disiplin dan
Pengawas Kali 1/2014

Melantik Ketua dan Penolong Ketua Pengawas,


merancang aktiviti tahunan, menetapkan sasaran
KPI disiplin sekolah.

9 FEB 2014

Majlis Watikah Pelantikan


Pengawas, Ketua dan
Penolong Ketua Darjah dan
Pustakawan.

Persiapan dari segi sijil watikah pelantikan,


pakaian seragam pengawas dan jemputan khas.

1 MAC 2014

Kursus Jati Diri Pengawas

Mengadakan kursus persediaan dan keyakinan


menjadi pemimpin dan pengawas.

30 MAC 2014

Program Jom ke Sekolah!!

Kempen meningkatkan peratus kehadiran murid


ke sekolah setiap hari.

MAC
NOVEMBER

Pemeriksaan Berkala ke atas


murid

Pemeriksaan Kuku, Rambut, Stoking dan Kasut

MAC
NOVEMBER

Pemeriksaan Berkala ke atas


kelas

Kebersihan dan barangan larangan seperti telefon


bimbit, rokok dan alat permainan atau komik.

18 MEI 2014

Perayaan Hari Guru peringkat


Sekolah

Perbarisan pengawas dan pemberian cendera hati


kepada guru dan staf.

5 OGOS 2014

Mesyuarat Jawatan Kuasa


Lembaga Disiplin dan
Pengawas Kali 2/2014

Perbincangan :
1) Peratus kehadiran murid
2) Pengurusan rekod kehadiran
3) Keselamatan murid
4) Pengurusan Pengawas Sekolah
5) Pemakaian lencana, tanda nama dan tali leher
1

6) Masalah sahsiah murid

v.

9 NOV 2014

Hari Keusahawanan 2014

Jualan menambahkan sumber pendapatan


Lembaga Disiplin dan Pengawas.

2 NOV 2015

Jamuan Perpisahan dan


Penyampaian Sijil
Penghargaan

Mengadakan jamuan pengawas dan penyampaian


sijil penghargaan kepada semua pengawas 2014.

Aktiviti Sepanjang Tahun

TARIKH

TAJUK

AKTIVITI / KEGIATAN

13/01/2014

Mesyuarat Bil 1/2014

Lantikan Ketua dan Penolong


Ketua Pengawas 2014,
perbincangan aktiviti sepanjang
tahun dan penetapan sasaran
kehadiran.

Bilik
Gerakan

Mengenali
setiap
pengawas dan
AJK guru
disiplin.

09/02/2014

Majlis Watikah
Pelantikan Pengawas,
Ketua dan Penolong
Ketua Darjah dan
Pustakawan.

Penyampaian sijil watikah oleh


Ketua Balai Polis Skudai,
Inspektor Abd Razak bin Ali

Dataran
Kejat

Menaikkan
semangat
kepimpinan
murid untuk
berkhidmat.

01/03/2014

Kursus Kepimpinan
Pengawas

Penerangan terhadap tugasan


kepimpinan pengawas dan jati
diri ketika menjalankan tugas.

IPD Johor
Bahru Utara

28/30 orang
pengawas
menghadiri
kursus tersebut.

30/03/2014

Kempen Jom ke
Sekolah!!
(kerjasama PIBG)

Pelancaran kehadiran penuh


bulanan, peratus kehadiran
kelas tertinggi bulanan dan
menetapkan sasaran 96%
kehadiran murid harian.

Dataran
Kejat

5 orang murid
berkehadiran
penuh tahunan,
6 Arif mencatat
peratus
kehadiran
tahunan
tertimggi.

18/05/2014

Perayaan Hari Guru


Peringkat Sekolah

Perbarisan masuk guru-guru


dan penyampaian cenderahati

Dewan
Sayed
Mohammed

Menghargai
sumbangan
guru.

05/08/2014

Mesyuarat Bil 2/2014 Perbincangan :

Bilik

Berusaha ke

TEMPAT

IMPAK

1) Peratus kehadiran murid


2) Pengurusan rekod kehadiran
3) Keselamatan murid
4) Pengurusan Pengawas
5) Lencana, tanda nama dan tie
6) Masalah sahsiah murid

Gerakan

arah mencapai
matlamat dan
sasaran KPI.

09/11/2014

Hari Keusahawanan
2014

Jualan menambahkan sumber


pendapatan Pengawas.

Dataran
Kejat

Pendapatan
RM3.50

2/11/2014

Jamuan Perpisahan
dan Penyampaian Sijil
Penghargaan

Mengadakan jamuan pengawas


dan penyampaian sijil
penghargaan kepada semua
pengawas 2014.

Dewan
Sayed
Mohammed

3 orang
pengawas
menjadi tokoh
sekolah.

vi.

vii.

Penglibatan Sepanjang Tahun :

Sukarelawan Hari Guru

Sukarelawan Hari Sukan Tahunan

Sukarelawan Hari Terbuka

Sukarelawan Hari Persaraan Pn Hjh Sakdiah dan Pn Rasidah

Sikarelawan Hari Keusahawanan

Sukarelawan Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah

Penilaian Dan Penutup

Penilaian
Sepanjang tahun 2015, penguatkuasaan dijalankan bagi proses kehadiran murid ke
sekolah, penguatkuasaan terhadap kehadiran awal ke sekolah, penguatkuasaan pemakaian
lencana dan tanda nama serta kekemasan diri telah dipertingkatkan bagi mencapai sasaran dan
impak yang ditetapkan.
Bagi proses kehadiran murid, sasaran ditetapkan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
(PPDJB) iaitu 96% kehadiran murid tidak dapat dicapai walaupun usaha telah dilipat gandakan
dengan memperkenalkan Anugerah Peratus Kehadiran Tertinggi Kelas dan dikekalkan Hadiah
Kehadiran Penuh Bulanan dan Tahunan. Sebagai penambahbaikan bagi tahun hadapan,
3

diharapkan lebih banyak program dan gerak kerja yang melibatkan sentuhan kerohanian terhadap
minat murid ke sekolah.
Bagi penguatkuasaan kehadiran awal ke sekolah, dendaan yang dikenakan berkesan
mengurangkan kelewatan murid hadir ke sekolah. Namun begitu, masih terdapat lagi murid yang
tidak prihatin dengan dendaan tersebut malahan menganggap ianya remeh dan tidak masuk akal.
Sebagai penambahbaikan, diharapkan mana-mana murid yang lewat hadir ke sekolah dikenakan
tindakan kelas tahanan (detention class) setiap minit kelewatan mereka.
Bagi penguatkuasaan pemakaian lencana, tanda nama dan kekemasan diri, pencapaian
yang ditunjukkan murid-murid SK Sekudai Batu 10 adalah sangat membanggakan kerana hampir
90% murid mempunyai lencana dan tanda nama. Sebagai penghargaan, diharapkan
penguatkuasaan guru-guru secara serius dapat diteruskan kerana penguatkuasaan ini sangat
berkesan dengan sikap keprihatinan semua guru menegur murid.
Penutup
Kesimpulannya, diharapkan Lembaga Disiplin dan Pengawas di SK Sekudai Batu 10 akan terus
cemerlang dan mengamalkan nilai-nilai murni yang tinggi di samping disiplin berpasukan yang
jitu dan ampuh. Sesuai dengan anjakan ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 di dalam melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai, Lembaga Disiplin dan
Pengawas sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas melicinkan keberhasilan murid dengan
penuh penghayatan nilai di SK Sekudai Batu 10.

Yang Benar,

Disahkan oleh,

(Mohd Hairil Fitri bin Jaafar)


Penyelaras Unit Disiplin dan Pengawas,
SK Sekudai Batu 10,
Johor Bahru.

.
(
)

viii.

Lampiran
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2014

Hari Keusahawanan 2014

Program Jom ke Sekolah!!

Anda mungkin juga menyukai