Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Pada mulanya kami mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuhan yang
memberi peluang ini kepada kami. Kami berasa sangat bersyukur. Hal ini kerana kami
dapat menyiapkan kerja kursus pendek yang diberikan oleh pensyarah dalam tempoh masa
yang diberi. Kerja kursus pendek ini amat penting bagi kami memandangkan perkara ini
merupakan perkara yang akan menonjolkan bakat kami kepada semua.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada setiap individu yang banyak membantu
kami sepanjang kami menyiapkan kerja kursus pendek ini. Pertama sekali kami mahu
mengucapkan ribuan terima

kasih kepada

Pensyarah yang banyak membantu kami

sepanjang kami menyiapkan kerja kursus ini. Beliau banyak memberikan penerangaan
tentang kerja kursus pendek tersebut semasa kami menyiapkan kerja itu. Malah beliau juga
banyak memberikan nasihat kepada kami supaya menyelesaikan kerja kursus ini dengan
baik. Kami dapat menyiapkan kerja kursus tersebut dengan baik dan sempurna dengan
adannya dorongan dan nasihat daripada Pensyarah.
Selain itu ,kami mahu mengucapkan terima kasih kepada Pihak Pusat Sumber yang
menyediakan bahan-bahan keperluan bagi kerja kursus pendek ini. Kami dapat mencari
banyak buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kami. Hal ini sangat membantu kami
semasa kami menyiapkan kerja kursus ini.Dengan adannya maklumat-maklumat dari Pusat
Sumber kami dapat menyiapkan kerja kami dengan sempurna.
Tambahan pula, kami mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada senior-senior
yang sangat membantu kami semasa menyiapkan kerja kursus pendek ini. Pada mulanya
kami tidak tahu macam mana nak bermula kerja kursus ini. Mereka memberi banyak nasihat
kepada kami tentang projek ini. Selapas itulah kami dapat menyiapkan projek ini dengan
sempurna.
Akhirnnya, kami

mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua pihak yang

membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan kerja kursus
pendek ini. Bimbingan dan nasihat yang telah diberikan oleh mereka semua sangat
memanfaatkan kita. Terima kasih kepada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai