Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN PADANG
SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA, KOTA TINGGI
2016

TARIKH : 10 NOVEMBER 2016


HARI : SELASA
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN LAKSAMANA

PENDAHULUAN:
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan
sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecmerlangan di bidang sukan, malahan
juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat
sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di
kalangan pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di
sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah sukan
untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung
sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.
Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi sentiasa
memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan
pelajar. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa
akan datang.
MATLAMAT:
i)

Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam sukan olahraga.

ii)

Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

OBJEKTIF:
i)

Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah ke pertandingan
Kejohanan Olahraga MSS Daerah Kota Tinggi pada tahun 2017.

ii)

Memupuk semangat setiakawan di kalangan pelajar dan guru.

iii)

Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.

iv)

Mendekatkan ibu bapa/penjaga dengan sekolah melalui sukan.

ANJURAN:
Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi, Johor.
TARIKH/JANGKA MASA:
10 November 2016 (SELASA)
8.00 Pagi
TEMPAT:
Padang Sekolah Kebangsaan Laksmana, Kota Tinggi, Johor.
TEMA:
Majulah sukan untuk semua
PESERTA DAN SASARAN:
Murid Tahun 4 dan 5 Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kota Tinggi, Johor.

No. Acara
101
102
103
104
105
106

Masa / Tarikh
7.40 pg

8.20 pg

Acara
Lompat Jauh
Lompat Jauh
Lompat Tinggi
Lompat Tinggi
Lontar Peluru
Lontar Peluru

Bahagian
P11
L11
P11
L11
P11
L11

Peringkat
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir
Akhir

Anda mungkin juga menyukai