Anda di halaman 1dari 82

BAB 1

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.


Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan,
mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan
sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993).

Albert B. Cook (1977) mendefinisikan bahasa sebagai ..a system of arbitrary vocal
symbols and grammartical signals by means of which the members of the speech
community communicate, interact and transmit their culture. Bagi Cook pula, bahasa
adalah satu sistem simbol pertuturan yang arbitrari dan penanda kenahuan yang
digunakan oleh anggota sesebuah komuniti.

Nelson W. Francis pula mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang
dihasilkan oleh alat tutur yang digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau
cara untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka.

Samsuri (1978), menyatakan bahasa adalah alat yang dipakai untuk membentuk fikiran
dan perasaan, keinginan dan perbuatan. Selain itu, sebagai penanda bangsa, bahasa
merefleksi atau menggambarkan latar belakang budaya seseorang pengguna atau
penuturnya.

Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru Bahasa
Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat
mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana
bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa
digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam
sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif
pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.

Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan murid-murid mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman
Ab.Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997), menggariskan empat peranan
guru bahasa Melayu iaitu sebagai:
Perancang pengajaran dan pembelajaran
2

Penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran


Pembimbing murid
Pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid

Matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu telah disenaraikan dengan jelas
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005).
Melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai
dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara merupakan matlamat
yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983) telah menjelaskan
objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai
keadaan perhubungan.

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan Format Baru Penaksiran UPSR 2005, Bahasa Melayu Kertas 2 atau
dikenali sebagai kertas penulisan terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A:
Membina ayat (10 markah), Bahagian B: Karangan (30 markah) dan Bahagian C:
Membuat ulasan (20 markah).

Bahagian B yang menyumbangkan markah paling tinggi dalam Bahasa Melayu Kertas 2
merupakan bidang penulisan Bahasa Melayu yang diklasifikasikan sebagai bidang yang
sememangnya sukar untuk dikuasai oleh sebilangan murid. Kesukaran ini disebabkan
mereka tidak begitu mahir dalam mengeluarkan idea-idea dengan lebih bernas dan
meyakinkan, terutama apabila mengikuti pembelajaran secara tradisional. Masalah
dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu penulisan sering dihadapi oleh
pelajar Tahun 5 di sebuah sekolah kajian. Penggunaan kaedah pengajaran tradisional
menyebabkan murid-murid tidak berminat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh
dan ini menimbulkan rasa bosan serta mereka kurang memberikan tumpuan ketika
proses pengajaran berlangsung.

Bagi membantu meningkatkan minat dan pencapaian prestasi murid-murid terhadap


penulisan karangan fakta dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, maka kajian ini dibuat
untuk melihat sejauhmana keberkesanan menggunakan Kaedah Koperatif.

1.3 Kerangka Konsep

Rangka kerja bagi kajian ini menunjukkan perkaitan antara kaedah atau teknik
pembelajaran yang digunakan. Strategi pembelajaran yang dibandingkan adalah
pembelajaran secara Kaedah Koperatif bagi kumpulan eksperimen dan pembelajaran
tradisional sebagai kumpulan kawalan.

Perbandingan antara kedua-dua strategi pembelajaran dilihat dari segi kesan terhadap
hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran yang akan diukur di dalam kajian ini adalah
dalam bentuk prestasi dan pencapaian pelajar serta minat pelajar dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru yang
mengajar tentang masalah atau isu yang timbul semasa menjalankan pengajaran
menggunakan Kaedah Koperatif.

1.4 Matlamat Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan sejauhmana keberkesanan penggunaan


Kaedah Koperatif yang dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini akan meninjau keberkesanan menggunakan Kaedah
Koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu penulisan kepada muridmurid di sebuah sekolah .

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif


(KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta dalam kalangan
murid tahun Lima .

Objektif kajian ini adalah untuk melihat kesan penggunaan Kaedah Pembelajaran
Koperatif dalam pengajaran menulis karangan fakta. Kesan tersebut akan dilihat melalui
5

pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi soalan-soalan penulisan
karangan fakta. Pengkaji ingin memastikan sama ada pengajaran berasaskan Kaedah
Pembelajaran Koperatif dapat membantu murid mendapatkan pencapaian yang lebih
baik dan signifikan atau tidak dalam menjawab soalan-soalan penulisan karangan fakta
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, penggunaan kaedah ini juga diharapkan dapat mewujudkan semangat saling
bergantung antara satu sama lain dalam perbincangan melalui sumbangan individu
dalam kumpulan kerana komited melakukan yang terbaik untuk menghasilkan idea yang
jelas. Pembelajaran koperatif ini juga adalah bagi meningkatkan keupayaan setiap
individu dalam pembelajaran masing-masing di samping memperoleh manfaat maksima
yang dapat memberi sumbangan ke arah peningkatan prestasi individu.

1.6 Persoalan Kajian

Untuk mencapai tujuan dan obkjektif, soalan-soalan berikut disediakan untuk kajian:
a. Sejauh

manakah

penggunaan

Kaedah

Pembelajaran

Koperatif

dapat

mempengaruhi persepsi dan minat murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu


dalam penulisan karangan fakta.
b. Adakah kaedah pembelajaran secara Koperatif dapat membantu meningkatkan
prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu?
c. Adakah kaedah pembelajaran secara Koperatif membantu guru meningkatkan
tahap pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ?
6

1.7 Hipotesis Kajian

Untuk mencapai tujuan dan objektif kajian ini, tiga hipotesis dikemukakan:

Hipotesis 1:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap persepsi dan minat di kalangan
murid yang menerima pembelajaran secara Koperatif dengan pembelajaran tradisional
dalam menulis karangan fakta.

Hipotesis 2:
Tidak terdapat perbezaan prestasi yang signifikan di kalangan murid yang menerima
pembelajaran secara Koperatif dan pembelajaran tradisional.

Hipotesis 3:
Tidak terdapat masalah penyampaian pengajaran yang signifikan terhadap guru melalui
pengajaran menggunakan

Kaedah Pembelajaran

Koperatif

berbanding kaedah

tradisional.

1.8 Kepentingan Kajian

Aplikasi pembelajaran Koperatif dalam pendidikan berupaya melahirkan murid yang


boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan

pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, lebih yakin, dan
lebih seronok untuk belajar sepanjang hayat.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada Bahasa Melayu Penulisan dalam mengenal pasti
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah Pembelajaran
Koperatif. Kajian dilakukan terhadap murid-murid sekolah rendah Tahun 5 sahaja.
Kajian hanya dilakukan di dua buah sekolah kebangsaan kawasan luar bandar dalam
daerah Yan. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh sebagai
sekolah eksperimen dan Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam sebagai kawalan.

1.10 Definisi Istilah

1.10.1 Kaedah

Perkataan kaedah mengikut Kamus Dewan (1994: 513), bermaksud cara atau aturan
membuat sesuatu. Selain itu, kaedah merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa
bagi mencapai tujuan-tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan
oleh satu-satu kaedah itu (Arbak Othman, 1989:13). Kaedah juga membawa maksud
langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa
atau bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang dipegang (Abdullah Hassan,
1996:114).
8

1.10.2 Kaedah Pembelajaran Koperatif

Kaedah Pembelajaran Koperatif ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem


pembelajaran bestari. Dengan strategi ini, murid-murid digalakkan berdikari dalam
meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah pembelajaran ini membolehkan
pelajar yang heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat
bersama (Gan, 1992). Hal ini bermakna, pengelompokan murid kepada kumpulan kecil
merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan
kaedah ini. Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan-kumpulan murid
berkenaan untuk berbincang dan melantik ketua, pencatat, pelapor dan seumpamanya.
Aktiviti ini memberi ruang kepada murid-murid untuk berinteraksi serta menyesuaikan
diri antara satu sama lain.

1.10.3 Pengajaran

Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi (Sharifah Alwiah, 1983; Teuku
Iskandar, 1986; Yaxley, 1991). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran sebagai aktiviti
atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar,
menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah
juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua
aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley
berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa

perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran
sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.

Selain itu, pengajaran juga boleh dimaksudkan sebagai perbuatan mengajar atau apa-apa
yang diajarkan (DBP, 1985) atau perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan
mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan dan
sebagainya (Teuku Iskandar, 1986).

Konsep pengajaran dalam konteks kajian ini merangkumi pengertian yang dikemukakan
oleh Sharifah Alwiah (1983), Teuku Iskandar (1986) dan Yaxley (1991). Pengajaran
melibatkan aktiviti mengajar yang dilakukan oleh guru semasa menyampaikan isi
kandungan pelajaran pada hari yang berkenaan.

1.10.4 Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku
dalam pelbagai bentuk. Menurut Schunk (1991), pembelajaran melibatkan pemerolehan
dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku.
Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk
menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai
bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985).

10

Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau


kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai
secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Dalam kajian ini, konsep
pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan murid sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

1.10.5 Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan, dan
mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat
persekolahan; sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah (KPM, 2001).
Mata pelajaran Bahasa Melayu ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan
ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa
ilmu. KPM (2001), menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu
merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa serta berteraskan
bahasa Melayu baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk
kepada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi
kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan.

1.10.6 Menulis Karangan

Menulis adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi (Yahya
Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003), menghuraikan kemahiran menulis
11

sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan
yang betul, serta tulisan yang kemas.

Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999), penulisan ialah urutan ayat-ayat
yang disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain dengan
cara-cara tertentu. Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek. Walau
bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk satu kesatuan yang jelas
maksudnya.
Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa
dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih
panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan
penglahiran idea yang jelas dan tersusun (Kamarudin Tahir, 2005).

1.10.7 Karangan Fakta

Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta dan huraian yang mantap. Segala
tanggapan yang bertentangan tentang sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan
hujah-hujah dan fakta sebagai pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat
dengan huraian sokongan yang mengandungi keterangan, contoh, analogi, anekdot atau
ungkapan berwibawa (Roselan Baki, 2003).

12

Dalam konteks kajian ini, karangan fakta merujuk kepada suatu tajuk perbincangan atau
pendapat yang memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti untuk
menyokong pernyataan.

1.11 Kesimpulan

Penetapan matlamat, objektif kajian dan skop kajian akan menjadikan kajian yang
dijalankan mempunyai garis panduan terhadap hasil kajian iaitu perisian Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) menggunakan Kaedah Pemfokusan
Isoelektrik (EIF) yang menggunakan ciri-ciri multimedia dan penekanan kepada teori
teori pendidikan.

Peranan guru juga amat penting dalam memberikan penerangan berkaitan maklumat
objektif dan langkah-langkah apabila pelajar-pelajar memulakan aktiviti. Melalui kaedah
koperatif juga akan dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang erat dan
sebagainya. Dengan itu, kemahiran sosial juga meningkat.

13

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pada masa kini, ramai guru bahasa mula menyedari kepentingan dalam
meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar. Pelbagai cara dilakukan oleh guru seperti
memberi tunjuk ajar cara atau strategi belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan,
membincangkan soalan-soalan peperiksaan lepas dan lain-lain lagi. Di sini, para guru
seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di
tangan pelajar sendiri. Guru-guru yang mempelbagai strategi pengajaran dapat
membantu pelajar

pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan

berkesan (Oxford & Crookall 1989).

2.2 Literatur Berkaitan

Kajian-kajian berkenaan pendekatan-pendekatan untuk mengajar karangan telah


dijalankan oleh beberapa orang pengkaji.

Jos. Daniel Parera (1987:17) pendekatan merupakan satu aksioma iaitu sesuatu yang
baku dan tidak lagi dibantah akan kebenarannya. Menurut Abdullah Hassan (1987:412)
pula, pendekatan merupakan satu kumpulan prinsip atau andaian yang berkaitan dengan
14

bahasa, pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sesuatu pendekatan itu harus


mencerminkan pandangan mengenai apa sebenarnya bahasa itu, cara bahasa itu
diperolehi, bagaimana bahasa itu dilahirkan serta perkara-perkara yang mengawal
bahasa itu.

Terdapat juga beberapa kajian mengenai Pendekatan Proses. Kajian mengenai


Pendekatan Proses kebanyakannya telah dilakukan ke atas kajian berkenaan sikap
guru dan pelajar terhadap pendekatan ini. Erdman (1988:51) misalnya telah mengkaji
sikap pelajar terhadap Pendekatan Proses untuk mengajar penulisan kreatif dan sajak.
Beliau telah melakukan kajian terhadap dua buah kelas gred dua dan dua buah kelas
gred lima dan menilai kesannya terhadap pelajar. Hasil kajian beliau mendapati bahawa
Pendekatan Proses lebih baik dalam kedua-dua gred untuk sajak manakala gred lima
sahaja yang didapati lebih berkesan untuk bentuk penulisan kreatif.

Begitu juga dengan kajian Dreher (1990:65) terhadap sikap guru-guru pendidikan
awal kanak-kanak terhadap Pendekatan Proses. Hasil kajian beliau mendapati bahawa
Pendekatan Proses berperanan penting terhadap pendidikan awal kanak-kanak dalam
pengajaran penulisan.

Keh (1990:459) menerangkan bahawa Pendekatan Proses berperanan penting dalam


penulisan karangan di mana pelajar dibantu untuk melalui proses merancang, membuat
draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi di antara guru dengan pelajar

15

melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan

sebaya dan

berdialog mengenai teks.

Kajian-kajian ini didapati telah menyokong Pendekatan Proses. Mengapakah Pendekatan


Proses penting ? Apakah faedah-faedahnya ke atas pengajaran penulisan ? Berkenaan
dengan Pendekatan Proses, Keh (1990:10) telah menerangkan bagaimana beliau telah
mencorakkan dan mengajar kursus menulis dengan menggunakan pendekatan proses.
Jadual Pendekatan Proses beliau diperturunkan di bawah ini.

Struktur Model Pendekatan Proses

Input bermaksud aktiviti untuk mengeluarkan idea dalam aktiviti prapenulisan seperti
sumbangsaran, membaca dan mendengar, membuat tinjauan pendapat, mengkaji, bacaan
cepat, perbahasan, mendengar kaset, membaca nota kuliah dan mendengar syarahan.

Peringkat menulis draft pertama dijalankan diluar kelas. Pelajar dimaklumkan bahawa
draf pertama tidak semestinya sempurna dan lengkap. Semasa penilaian rakan sebaya,
pelajar-pelajar boleh dipecahkan secara berasingan atau bertiga di mana mereka
diberikan panduan satu senarai semak untuk membuat komen ke atas isi kandungan
sahaja.
Contohnya:
Apakah idea utama terdapat di dalam perenggan?
Apakah idea utama penulis?
16

Dalam peringkat menulis draf kedua, pelajar digalakkan membuat perubahan pada
kandungan karangan. Dalam bengkel menulis, guru mengajar karangan kepada pelajar
seperi memberi definisi atau membuat koherensi, melihat draf kedua dan membaca tiaptiap draf sebanyak tiga kali. Bacaan pertama untuk mendapatkan idea keseluruhan.
Bacaan kedua pula untuk memberi komen dan cadangan dan manakala bacaan
ketiga untuk menandakan kesalahan mereka.

Murid diminta menyatakan isi utama dalam karangan mereka dalam sesi perbincangan
antara guru dan murid. Kelemahan tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan
selepas perbincangan isi kandungan dalam sesi ini. Draf akhir dihantar bersama-sama
dengan semua nota dan lampiran.

Beliau mendapati pendekatan ini sangat berfaedah kepada pelajar selepas enam minggu
pengajarannya. Ia dapat membaiki isi, penyusunan

paragraf

dan

tatabahasa

di

samping meningkatkan sikap pelajar terhadap penulisan kepada lebih positif dan
mengurangkan rasa kecewa dalam penulisan karangan. Ia juga didapati dapat
meningkatkan interaksi di antara pelajar dengan guru melalui proses menulis dan sesi di
antara draf, pengajran individu ke atas isi, penyusunan paragraf dan pemilihan
perkataan.

Di Malaysia, satu kajian ke atas Pendekatan Proses telah dijalankan oleh Narayanan
Kunci Raman (1991). Beliau telah membuat kajian ke atas pengajaran penulisan
karangan berasaskan Pendekatan Proses di sebuah sekolah menengah gred A. Beliau
17

menggunakan dua buah kelas tingkatan satu dan dua orang guru sebagai sampelnya.
Kelas pertama terdiri daripada pelajar kumpulan cerdas yang terdiri daripada 41 orang
pelajar Cina. Kemudiannya dan seorang pelajar berbangsa India manakala kelas kedua
terdiri daripada 46 orang pelajar bumiputera kumpulan cerdas. Selama enam minggu
beliau membuat kajian secara eksperimen dan mendapati bahawa Pendekatan Proses ini
dapat meningkatkan kualiti karangan pelajar. Dalam aktiviti prapenulisan, beliau telah
membuat pengenalan tema, aktiviti pemilihan tajuk dan membuat rangka karangan.
Seterusnya, dalam aktiviti penulisan pula, beliau telah menjalankan aktiviti menulis draf
satu, membuat komen, menulis draf kedua, aktiviti penyemakan rakan

sebaya,

maklumbalas guru, membuat perbincangan guru dan pelajar, menulis draf ketiga dan
kemudiannya proses penyemakan guru dijalankan. Akhir sekali, barulah aktiviti menulis
draf keempat.

Dalam aktiviti selepas penulisan pula, guru membacakan contoh karangan terbaik dan
meminta komen daripada rakan yang lain. Karangan yang baik akan dipaparkan di sudut
bahasa. Beliau mendapati semasa proses penyemakan rakan sebaya dijalankan, proses
ini telah memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar untuk menjadi pembaca yang
kritis untuk mencari kesalahan tatabahasa. Dalam penulisan draf ketiga, beliau
mendapati ada kemajuan dalam karangan pelajar. Penulisan pelajar menjadi kurang
mencabar pada draf keempat kerana pelajar hanya menyalin kembali karangan mereka
pada peringkat ini.

18

Walau bagaimanapun, beliau mendapati pengajaran Pendekatan Proses yang dijalankan


ini terdapat kelemahannya. Berdasarkan apa yang diperhatikan oleh beliau pendekatan
ini menggunakan terlalu banyak masa. Contohnya untuk menghasilkan satu karangan
yang lengkap dari draf satu hingga draf keempat, sebanyak 4 jam 40 minit diperlukan
yang bersamaan dengan empat minggu waktu karangan mata pelajaran Bahasa Melayu
di sekolah rendah. Masa yang panjang ini kurang sesuai untuk diperuntukan dengan
masa karangan di sekolah rendah.

Satu lagi pendekatan baru dalam kemahiran menulis ialah Pendekatan `Conference
(Turbill, Jan, 1982). Seorang pakar pendidikan di Amerika iaitu Profesor Donald H.
Graves telah menjalankan kajian ke atas pendekatan ini. Pendekatan ini terus membawa
kanak-kanak ke alam penulisan dan mula mengarang secara bebas. Pendekatan ini
menggunakan prinsip, menulis adalah proses yang memerlukan banyak langkah dan
merupakan satu kraf. Hasil kajian, beliau mendapati bahawa kanak-kanak didapati amat
berminat untuk menulis tanpa menunggu arahan daripada guru.

Perubahan sikap dan minat ini berlaku dalam tempoh yang singkat. Kajian juga
dijalankan ke atas 27 orang guru sekolah rendah di tiga buah sekolah di Australia.
Hasilnya didapati kemajuan yang dicapai oleh kanak-kanak dalam bidang penulisan
amat menggalakkan. Seterusnya pendekatan ini diperkenalkan kepada guru-guru lain.
Pendekatan ini juga didapati mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guruguru. Ia kemudiannya diperkenalkan dan diamalkan di sekolah-sekolah di Australia.

19

Kajian berkenaan pendekatan-pendekatan pengajaran karangan lain juga sangat penting


dimasukkan di sini. Antaranya ialah kajian Jacobs, M. G., Gan, S. L. & Ball, J. (1995),
yang telah mencadangkan penggunaan pendekatan penulisan cepat untuk mengajar
karangan.

Pendekatan ini menggunakan tiga unsur iaitu penumpuan ke atas isi

kandungan karangan, mengelakkan memikirkan tentang bentuk karangan dan menulis


tanpa berhenti. Kajian beliau mendapati bahawa penulisan cepat ini membantu pelajar
menggunakan pelbagai strategi penulisan, pembinaan unsur suspens dan menjadikan
karangan pelajar mempunyai penutup yang lebih baik.

Hilgers (1980), juga menyokong penemuan pendekatan penulisan cepat ini sebagai satu
strategi jumpaan atau penerokaan. Beliau telah membandingkan penulisan terhadap dua
kumpulan pelajar yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama. Kumpulan
pertama diberikan latihan teknik penulisan cepat dan satu kumpulan lagi diberikan
pendekatan penyelesaian masalah. Beliau mendapati kumpulan yang

didedahkan

kepada pendekatan penulisan cepat lebih baik dari segi penutup, mempunyai idea yang
lebih banyak dan karangan mereka pada keseluruhannya didapati lebih baik.

Lane dan Perrin (1984), dalam satu tinjauan ke atas pengajaran kelas Bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua yang menggunakan penulisan cepat mendapati bahawa 17 peratus
pelajar-pelajar yang didedahkan kepada pendekatan itu suka kepada penulisan cepat dan
88 peratus mengatakan ia membantu mereka mengeluarkan idea-idea dengan lebih baik
dalam penulisan mereka.

20

Terdapat juga kajian-kajian berkenaan pendekatan bebas dan terkawal dalam pengajaran
penulisan karangan. Di antaranya ialah kajian oleh Paulston (1967), terhadap kesan
pengajaran karangan bebas dan terkawal. Kajian beliau telah mendapati bahawa
kumpulan yang didedahkan dengan rawatan karangan terawal didapati lebih baik kerana
mereka menghantar karangan lebih tepat pada masanya, meminta kerja rumah tambahan
dan menjalankan lebih banyak perbincangan jika dibandingkan dengan kumpulan yang
mendapat rawatan karangan bebas.

Begitu juga dengan kajian Mohd. Nor Ishak (1987), berkenaan dua strategi penulisan
karangan jenis ekspositori iaitu strategi karangan terarah dan strategi karangan bebas.
Kajian beliau ini dilakukan terhadap dua kumpulan pelajar-pelajar tingkatan empat
sebuah sekolah menengah di Alor Setar. Dalam strategi karangan terarah, beliau
menambahkan penggunaan model karangan untuk digunakan dalam penulisan karangan
sebagai satu kawalan ke atas karangan. Dapatan kajian beliau ialah pelajar yang
mendapat rawatan strategi karangan terarah menunjukkan kemajuan yang lebih baik
daripada kumpulan yang menerima rawatan strategi karangan bebas. Ini bererti
penyediaan model karangan sangat penting untuk diberikan kepada pelajar dalam
penulisan karangan.

Dengan penyediaan model karangan ini, Robinson (1987), menyatakan bahawa


penggunaan model karangan memang dapat membaiki penyusunan karangan pelajar. Di
samping itu, model karangan dapat membantu menambahkan kosa kata dan isi karangan
menjadi lebih baik. Walau bagaimanapun, didapati ada pelajar-pelajar yang terlalu
21

terikut untuk meniru model karangan ini. Tambahan Robinson lagi, ia mengganggu
koherensi karangan dan mengurangkan sifat kreatif pelajar.

Day (1989), telah menggunakan satu pendekatan baru yang dinamakan beliau sebagai
pendekatan penulisan Spaghetti. Kajian beliau telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar di
Universiti South Pasifik di Vanuatu. Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa 29
peratus kesalahan tatabahasa berlaku disebabkan kesilapan konsep ayat. Empat bidang
utama kesilapan ialah ayat yang tidak lengkap, tidak ada hubungan tatabahasa dengan
klausa, perulangan komponen tatabahasa dan penyambungan ayat yang tidak tepat.
Beliau telah menggunakan satu latihan untuk membaiki kesalahan-kesalahan ini yang
dinamakan sebagai pendekatan penulisan Spaghett.

McDevitt, Tomlinson (1983), pula telah menggunakan satu pendekatan untuk mengajar
karangan di Tingkatan Lima O Level di kelas Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di
Zambia. Pendekatan ini melibatkan proses pendedahan supaya pelajar

berpeluang

untuk menghasilkan penulisan daripada tahap asas dan menggunakan kemahiran itu
untuk keperluan asas mereka. Pendekatan ini melibatkan model penulisan

bebas,

membuat analisis, membuat persembahan, penulis terkawal, penulisan berpandu dan


membuat model semula. Beliau mendapati, pelajar-pelajar yang dikajinya telah
menunjukkan satu peningkatan yang baik dalam kemahiran menulis.

Dickinson (1990), pula telah mengkaji penggunaan pendekatan berbengkel untuk


mengajar meningkatkan motivasi pelajar supaya mereka dapat membuat pilihan apa
22

yang akan mereka tulis. Pelajar-pelajar telah diberikan latihan karangan untuk disiapkan
dalam tiga masa di luar kelas dan lima masa dalam satu minggu persekolahan. Fokus
penulisan ialah terhadap isi kandungan dan pelajar diberi kebebasan untuk memilih tajuk
mereka sendiri. Perbincangan sesama mereka juga adalah dibenarkan. Hasil kajian ini
beliau

mendapati bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dalam proses penulisan ini

menunjukkan

sikap yang positif dengan berkongsi idea dengan rakan sebaya. Ini

menunjukkan bahawa, jika pelajar diberikan pilihan dan kebebasan untuk memilih apa
yang akan mereka tulis, mereka akan menulis dengan lebih baik dan kualiti karangan
juga akan meningkat.

Dalam kajian terhadap pembelajaran kolaboratif, kajian Houston (1990), mendapati


bahawa pembelajaran kolaboratif dapat menggalakkan pelajar untuk
kemahiran menyesaikan masalah, menghilangkan rasa takut untuk

mendapatkan
melibatkan diri

dalam perbincangan serta membantu ke arah mengeluarkan idea untuk menulis dengan
lebih baik. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan dalam kumpulan kerjasama ini seperti
aktiviti pemprosesan perkataan dan aktiviti memberikan definisi teknikal tanpa mengira
kumpulan.

2.3 Kajian Berkaitan

Selain dari kajian ke atas pendekatan-pendekatan pengajaran karangan, banyak kajian


juga dijalankan ke atas proses-proses penulisan. Flower dan Hayes (1981), menyatakan
bahawa semasa aktiviti menulis, penulis-penulis akan merancang (prapenulisan),
23

menyemak serta menulis semula. Smith (1982), juga menyatakan bahawa prapenulisan,
penulisan dan penulisan semula merupakan proses seiringan. Penulis akan menulis
pelbagai draf dan akan menyemak karangan mereka seiringan.

Bagaimanapun guru perlu mengurangkan peranannya membantu pelajar jika didapati


pelajar sudah mula berdikari. Knudson (1990), telah mengkaji peranan guru ketika
membantu proses penulisan pelajar mengatakan apabila pelajar telah menjadi penulis
yang baik dan berdaya saing, guru perlulah mengurangkan peranannya. Jika tidak pelajar
tidak akan menjadi penulis yang boleh berdikari.

Walshe (1981), telah menyenaraikan peringkat sebenar yang dialami oleh seorang
penulis. Untuk mengusai kemahiran menulis, kanak-kanak perlu dibimbing untuk
melalui peringkat-peringkat menulis. Kanak-kanak perlu memilih tajuk, memikirkan
tentang tajuk yang dipilihnya, menulis draf, menyemak draf sehingga jelas
kandungannya dan kemudian menulis untuk dibaca. Peringkat penulisan itu ialah
prapenulisan, penulisan dan selepas penulisan.

Pengetahuan berkenaan sesuatu yang hendak ditulis mestilah mencukupi sebelum


seseorang itu mula menulis. Sesuatu tajuk hendaklah dikaji secara mendalam sebelum
ditulis seperti mengadakan perbincangan, membuat kajian dan penyelidikan berkenaan
bahan samada secara bebas atau secara berkumpulan. Ini supaya terdapat pengawalan
idea secara aktif di samping dapat memproses maklumat baru dengan lebih banyak.
(Anthony, 1985).
24

Begitu juga dengan Krashen (1982), yang mengatakan dalam usaha untuk menyediakan
pelajar menjadi penulis yang baik, fokus yang lebih sepatutnya diberikan kepada apa
yang hendak diperkatakan dan bukannya bagaimana sesuatu itu diperkatakan. Penulis
harus mengetahui isi pelajaran dengan cukup baik supaya boleh memberi penerangan,
membuat soalan dan memberi pendapat dan hujah ke atas kandungan tajuk tersebut.

Salah satu daripada proses-proses penulisan ialah penulisan semula. Terdapat kajian
yang mendapati bahawa penulisan semula sangat penitng untuk membaiki penulisan.
Philip (1990), telah menjalankan kajian ke atas program penulisan kepada pelajar-pelajar
bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama telah mendapati bahawa penulisan semula
sangat penting. Kajian beliau dijalankan ke atas satu program penulisan yang beliau
bahagikan kepada lima draf. Pada mulanya penulis menyuruh pelajarnya menulis draf
pertama dan menyimpannya dan kemudian menyuruh pelajar menulis draf kedua. Draf
kedua kemudiannya disemak dan draf ketiga ditulis semula. Begitulah berlakunya
proses penulisan semula hinggalah draf kelima yang merupakan draf terakhir. Hasilnya,
beliau mendapati proses penulisan semula sangat baik kerana proses ini menghasilkan
karangan yang berkualiti.

Selain dari proses penulisan semula, penyemakan juga merupakan satu proses yang
penting dalam kemahiran menulis. Ini kerana penyemakan menentukan kualiti kerja
penulisan. Dalam hal ini, Applebee (1981), dalam kajian beliau telah mendapati bahawa
pelajar-pelajar sekolah tinggi jarang diminta untuk menyemak karangan mereka. Kajian
Squire dan Applebee (1968) dalam tinjauan terhadap 106 sekolah tinggi yang
25

mempunyai reputasi yang baik mendapati hanya 12% pelajar tersebut sahaja yang
menyemak kembali kerja penulisan mereka.

Begitu juga dengan Zamel (1982), yang mendapati bahawa penyemakan merupakan satu
proses yang penting. Katanya guru-guru sepatutnya berperanan untuk

menerima

maklum balas penulisan semasa proses penyemakan yang nanti akan membantu muridmurid membaiki karangan mereka. Pelajar-pelajar juga boleh menjadi seorang penulis
yang berkesan sekiranya mereka dibimbing dan diajar untuk melihat semula karangan
mereka dan menilainya secara kritis. Murray (1978), telah mendefinisikan penyemakan
sebagai apa yang dilakukan oleh penulis selepas draf karangan mereka telah disiapkan.

Pelbagai cadangan telah diberikan berhubung dengan proses penyemakan ini. Butler
(1981), menyatakan untuk mengajar kemahiran mengedit karangan, guru sepatutnya
menyediakan pelajar dengan peluang untuk menjadi seorang editor iaitu untuk belajar
mengedit penulisan sendiri. Dua garis panduan untuk mengedit ialah pembaca
penulisannya sendiri dan tujuan penulisannya. Pengajaran dimulakan dengan kaedah
demonstrasi mengedit dan kemudiannya pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan
rakan sebaya yang mengandungi lebih kurang empat hingga enam orang. Apabila
pelajar mempunyai sikap yang positif untuk membantu rakan masing-masing, penulis
akan mendapat faedah daripada tindak balas ini. Teknik rakan sebaya ini menggalakkan
penulis menulis dengan lebih banyak.

26

Philip (1990), pula telah mencadangkan teknik kawalan diri (self monitoring) dalam
penulisan karangan. Teknik ini memerlukan pelajar membuat tindak balas untuk
membaiki draf karangan mereka melalui komen-komen, soalan-soalan dan cadangan
guru sebelum mereka menghantar karangan mereka kepada guru. Guru yang menyemak
karangaan ini akan memberikan komen secara langsung ke atas isi karangan pelajar.
Teknik ini memudahkan guru memahami masalah penulis dan membolehkan pelajar
mempunyai kawalan yang lebih ke atas maklumat yang didapati daripada guru. Ia juga
membolehkan guru dan murid membuat interaksi yang lebih ke atas karangan pelajar
walaupun dalam keadaan di mana perbincangan seorang ke seseorang agar sukar
dijalankan.

Flower dan Hayes (1980), Pianko (1979) dan Zamel (1983), mendapati bahawa pelajarpelajar seringkali melakukan kesalahan tatabahasa dan ejaan semasa menulis yang
memerlukan diadakan proses penyemakan.

Begitu juga dengan kajian Scardamalia dan Bereiter (1981), yang mendapati bahawa
penulis-penulis muda melibatkan terlalu sedikit proses penyemakan dan proses berfikir.
Mereka juga telah mengkaji hubungan di antara menulis dengan proses untuk
memikirkan tajuk-tajuk yang berkaitan. Mereka mendapati bahawa penulis-penulis
muda menghadapi masalah untuk mengingat kembali maklumat yang pernah mereka
perolehi. Pelajar-pelajar gred 4 dan 6 yang disuruh menamakan tajuk-tajuk yang
diketahui, sama ada banyak atau sedikit menemui kesulitan untuk berbuat demikian.
Karangan mereka juga didapati kekurangan keherensi.
27

Berkenaan dengan proses maklum balas dalam penulisan, Keh (1990), dalam kajian
beliau mendapati bahawa maklum balas pelajar merupakan satu proses yang penting. Ia
didefinisikan sebagai satu input daripada pembaca kepada penulis. Ini termasuk komenkomen, soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang diberikan oleh pembaca kepada
penulis. Maklum balas ini dibahagikan kepada tiga iaitu maklum balas rakan sebaya,
perbincangan dan komen guru. Dapatan dari soal selidik beliau, beliau mendapati
bahawa maklum balas rakan sebaya sangat penting untuk penulis mengetahui apa dan
bagaimana mereka menulis.

Berkenaan dengan proses perbincangan semasa membuat draf, soal selidik yang beliau
jalankan mendapati perbincangan dapat meningkatkan interaksi di antara guru dengan
pelajar dan juga meningkatkan keyakinan pelajar dalam penulisan dan lisan. Beliau juga
mendapati perbincangan kumpulan lebih berkesan daripada perbincangan individu.

Berkenaan dengan komen guru, di antara berbagai-bagai komen seperti komen ke atas
perkataan, frasa, ayat dan paragraf komen satu perkataan kurang berkesan jika
dibandingkan dengan komen yang lebih panjang. Sepatutnya proses untuk mendapatkan
maklum balas melalui komen guru dimulakan pada peringkat awal sebelum pelajar
meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

Tarigan (1987), terdapat beberapa keuntungan jika guru menggunakan pelbagai teknik
pengajaran bahasa. Di antaranya, guru dapat menjadikan pengajarannya lebih
bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar dengan
28

bersungguh-sungguh. Di antara beberapa kajian terhadap terhadap teknik pengajaran


dalam kemahiran menulis ialah kajian Rinvolucri (1983), yang telah menggunakan surat
kiriman sebagai satu teknik pengajaran. Beliau telah menggunakannya terhadap pelajarpelajar kursus intensif Bahasa Inggeris peringkat asas selama dua minggu. Hasil
kajiannya, beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar menggunakan surat kiriman beliau
sebagai model, meminjam perbendaharaan kata, frasa dan struktur ayat dan dengan
dapat memperkayakan teks karangan mereka sendiri.

Pengetahuan tentang topik yang ditulisnya memainkan peranan penting dalam penulisan.
Kajian Langer (1984), mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara
pengetahuan mengenai topik dengan kualiti karangan pelajar. Beliau mengukur
pengetahuan pelajar-pelajar gred sepuluh berkenaan konsep spesifik mata pelajaran
Kajian Sosial sebelum mereka diminta menulis topik-topik yang berkaitan.

Britton, Burgess, Martin, Mcleod dan Rosen (1975), telah mengkaji proses menulis
dalam pelbagai teknik. Mereka telah mengumpulkan sampel karangan yang terdiri
daripada lima ratus orang pelajar dan mengrekodkan sampel karangan untuk mengetahui
siapakah pembaca yang ada dalam fikiran pelajar semasa mereka menulis. Hasil
kajiannya, beliau mendapati bahawa 40 peratus pelajar memilih guru sebagai pembaca
iaitu pada pelajar gred enam di Amerika Syarikat dan kemudiannya meningkat kepada
60 peratus kepada pelajar gred 12. Justeru, dengan menggalakkan pelajar meluaskan
pembacaan ke atas tajuk-tajuk karangan mereka, dapat menggalakkan pelajar menulis
pelbagai bentuk penulisan.
29

Faktor lain yang mempengaruhi kualiti karangan pelajar ialah pendekatan yang
melebihkan pemeriksaaan secara intensif. Pendekatan ini berpegang kepada keyakinan
bahawa sekiranya karangan pelajar-pelajar diperiksa secara intensif berkenaan aspekaspek penting dalam karangan, kemahiran mengarang pelajar akan dapat ditingkatkan.
Kajian Burton dan Arnold (1963), misalnya, telah mendapati tidak terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap kualiti karangan pelajar walaupun karangan mereka diperiksa
secara intensif, diberikan markah dan gred.

McCarthy (1954), telah melaporkan bahawa terdapat juga pertalian yang positif dan
signifikan di antara kualiti karangan pelajar dengan status sosioekonomi keluarga
mereka. Beliau mendapati, pelajar-pelajar yang datang dari status sosioekonomi yang
tinggi telah menghasilkan penulisan yang lebih baik khususnya dalam aspek struktur
ayat dan perbendaharaan kata. Ini menunjukkan bahawa faktor sosial mempengaruhi
kualiti karangan.

Faktor lain yang mempengaruhi kualiti karangan ialah aliran persekolahan dan taraf
kelulusan pelajar. Raminah Hj. Shabran (1986), dalam kajiannya telah mendapati
sedemikian. Beliau telah menjalankan kajian terhadap kesilapan nahu yang dilakukan
oleh penutur-penutur jati Bahasa Melayu ke atas guru pelatih tahun satu sebuah maktab
perguruan di Kuala Lumpur. Beliau mendapati angkubah masa tidak mempengaruhi
jumlah kesilapan.

30

2.4 Kesimpulan

Hasil daripada literatur ini secara kesimpulan di dapati bahawa:


a. Pemilihan strategi pengajaran yang betul dapat membantu pelajar-pelajarnya
menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan.
b. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran oleh guru dapat menjadikan pengajarannya
lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat pelajar untuk belajar
dengan bersungguh-sungguh.
c. Sesi perbincangan antara guru dengan murid, murid dengan ahli kumpulannya dapat
membantu mereka memperbaiki tatabahasa dan struktur ayat dalam karangan supaya
lebih bersistematik.
d. Dengan menggalakkan perbincangan di kalangan pelajar, mereka didapati dapat
mempertingkatkan rasa yakin diri terhadap penghasilan karangan secara individu.

31

BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian kes mengenai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan Kaedah Pembelajaran Koperatif di sebuah Sekolah rendah di
Daerah Yan, Kedah. Bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian,
populasi dan bentuk kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara
penganalisaan data untuk tujuan kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Kaedah

kuantitatif

digunakan

bagi

mendapatkan

data

tentang

keberkesanan

pembelajaran murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Data tersebut diperoleh secara
triangulasi data iaitu menggunakan soal selidik, ujian pencapaian dan inventori.

Data kualitatif diproses untuk mendapatkan frekuensi dan peratusan sementara data
kualitatif diproses untuk menyokong data kuantitatif. Data kualitatif diperoleh melalui
temu bual dan pemerhatian. Pengkaji menyediakan nota lapangan semasa pemerhatian
khususnya perkara-perkara yang melibatkan aktiviti murid. Data daripada nota lapangan,
32

temu bual dan pemerhatian ini digunakan sebagai data sokongan kepada data kuantitatif
yang dikemukakan dalam laporan kajian ini.

3.3 Populasi dan Sampel

Instrumen temu bual, soal selidik dan pemerhatian ini dijalankan terhadap dua puluh
orang pelajar Tahun 5 di sebuah sekolah rendah kebangsaan digunakan untuk kajian kes.
Peserta kajian ini yang dipilih oleh guru kelas terbahagi kepada lima kumpulan pelajar
pelbagai kebolehan. Pemilihan peserta kajian ini berdasarkan gred atau keputusan
Bahasa Melayu yang diterima dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Lokasi
kajian pula dipilih berdasarkan kriteria multicase single site, iaitu satu tempat yang
mempunyai dua perkara atau masalah yang ingin dikaji (Yin 1994).

3.4 Alat-alat Kajian

Empat instrumen utama telah disediakan iaitu borang soal selidik, borang temu bual,
ujian pra dan ujian pos bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan, koheran dan
hipotesis kajian.

33

3.4.1 Pembangunan Alat-alat Kajian

Borang soal selidik

Instrumen kajian dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada soalan-soalan kajian.
Satu set soal selidik disediakan dan soal selidik ini dijawab oleh responden. Soal selidik
ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A berkaitan dengan biodata
responden, Bahagian B berkenaan dengan persepsi responden yang mengandungi lima
soalan dan Bahagian C berkaitan dengan minat dan kesediaan murid juga mengandungi
lima soalan.

Borang temu bual

Satu set temu bual guru yang mengandungi sembilan soalan dibina yang secara
keseluruhannya untuk mengenal pasti apakah terdapat masalah yang dihadapi oleh guru
ketika mempraktikkan Kaedah Pembelajaran Koperatif .

Ujian Pra dan Ujian Pos.

Ujian Pra dan Ujian Pos yang digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini disediakan
berdasarkan perbincangan bersama guru Bahasa Melayu Tahun 5 dan juga berpandukan
rujukan buku. Tarikh yang tertentu akan dipilih untuk melaksanakan Ujian Pra. Tujuan
ujian tersebut untuk meninjau kelemahan murid. Setelah disemak hasil jawapan murid,
34

guru telah dapat mengesan tahap kebolehan murid menjawab karangan fakta. Ujian Pos
pula dilaksanakan selepas empat tempoh pengajaran dan pembelajaran secara Kaedah
Pembelajaran Koperatif dijalankan. Ujian Pos dibuat bagi menilai keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran secara Kaedah Koperatif. Pemarkahan untuk kedua-dua
ujian dilakukan secara holistik. Ini bermakna hasil jawapan murid dinilai secara
keseluruhan.

3.4.2 Variabel Kajian

Variabel `gaya pengajaran guru` diukur dengan mengira min atau jumlah kepada skorskor beberapa item yang disoal. Aras persetujuan responden kajian terhadap item atau
pernyataan diukur menggunakan skala Likert lima poin iaitu:
1

sangat tidak setuju

tidak setuju

setuju

sangat setuju

sangat amat bersetuju

3.5 Tatacara Pengutipan Data

Pengumpulan atau pengutipan data dilakukan melalui ujian pra dan pasca, soal selidik,
temu bual dan pemerhatian. Pengkaji terlebih dahulu akan menemu bual responden bagi
mendapatkan pandangan awal responden tentang kajian ini sebelum soal selidik
35

diedarkan kepada responden. Selepas mendapat pandangan yang positif dan mendapat
kerjasama daripada responden, pengkaji mengedarkan soal selidik kepada responden.
Selain itu, pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap pengajaran yang dijalankan
oleh responden. Nota lapangan iaitu catatan yang berkaitan dengan aktiviti dan
penglibatan murid semasa aktiviti disediakan oleh pengkaji semasa pemerhatian
dijalankan. Data yang diperoleh melalui temu bual ini dikumpul dan dianalisis selaras
dengan soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal selidik.

3.6 Tatacara Penganalisisan Data

Data kuantitatif yang diproses secara manual dianalisis secara deskriptif untuk
mendapatkan frekuensi. Data ini diproses secara manual kerana jumlah item yang
dikemukakan dalam soal selidik tidak begitu banyak. Sementara itu, data kualitatif
dianalisis mengikut terma-terma yang ditetapkan; yang diselaraskan dengan soalansoalan yang dikemukakan dalam soal selidik. Penyelarasan ini dilakukan bagi
memudahkan pengkaji mendapatkan unit analisis yang dapat menyokong data kuantitatif
yang dikemukakan dalam laporan nanti.

3.7 Kesimpulan

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kerana pengkaji ingin mengkaji sejauh
mana pelajar yang mempraktikkan Kaedah Pembelajaran Koperatif ini boleh
meningkatkan prestasi mereka dalam penulisan karangan fakta dalam mata pelajaran
36

Bahasa Melayu. Dapatan daripada ujian pos yang diberi pada akhir kajian adalah sangat
penting untuk menunjukkan sama ada terdapat perbezaan prestasi yang signifikan di
kalangan pelajar tersebut. Di samping itu, dapatan daripada soal selidik juga dapat
menentukan tentang minat, motivasi dan sikap pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajarannya. Kajian ini juga akan dapat memperlihatkan tentang kelebihan serta
kebaikan menggunakan kaedah ini kepada pelajar dalam penyampaian pendidikan.

37

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dibuat. Bab ini
akan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil yang akan membincangkan hasil
dapatan kajian. Hasil dapatan kajian yang akan dibincangkan seperti profil responden,
dapatan hasil Ujian Pra, dapatan hasil Ujian Pos, perbandingan markah Ujian Pra dan
Ujian Pos, analisis soal selidik serta hasil pemerhatian terhadap responden.

4.2 Profil Responden

Responden yang dipilih adalah murid-murid dari kelas Tahun 5 di sekolah ini. Dalam
setiap ujian yang dijalankan sepanjang tahun berkenaan, responden sering mendapat
markah dan gred purata yang agak rendah iaitu A (5% ), B (15 %) dan C (65%) dan D
(15%).

Berdasarkan analisis markah Bahasa Melayu Penulisan, semua responden secara purata
hanya mendapat markah di sekitar 30% hingga 80% sahaja.

38

Kumpulan responden seramai 20 orang murid dari kelas Tahun 5 terdiri daripada 8 orang
murid lelaki dan 12 orang murid perempuan (Lampiran A). Mereka dipilih dan dijadikan
responden kerana tahap pencapaian mereka agak sederhana.

Jadual 4.1: Profil Responden

Tahun
5

Jantina
Lelaki
Perempuan

Bilangan
8
12

Peratus (%)
40
60

4.3 Laporan Dapatan Kajian

4.3.1 Ujian Pra

Dalam Ujian Pra ini, semua responden diberi satu set ujian pra mengandungi satu set
ujian penulisan. Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam. Mereka dikehendaki
menjawab semua soalan yang diberikan berdasarkan pengetahuan mereka sendiri
(Lampiran B). Keputusan markah yang diperoleh (Lampiran C) adalah sebagaimana
seperti jadual 4.2 di sebelah:

Jadual 4.2: Analisis Markah Ujian Pra

39

Bilangan Responden
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Jantina
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan

Skor (%)
50
48
55
38
53
50
55
45
50
58
45
50
70
53
68
50
70
35
48
55

Tahap
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Lemah
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Memuaskan
Baik
Memuaskan
Baik
Memuaskan
Baik
Lemah
Memuaskan
Memuaskan

Skor Responden
Min Skor Responden :

_______________
Responden

1063
20

53.15

40

Rajah 4.1: Analisis Ujian Pra Berdasarkan Skor

Rajah 4.1 di sebelah adalah taburan markah mengikut skor untuk Ujian Pra yang telah
dijalankan dalam kalangan 20 orang responden. Hasilnya didapati semua responden
mendapat skor di antara 35% hingga 70% sahaja.

Sejumlah 2 orang responden mendapat skor antara 20% hingga 39% dan 15 orang
responden mendapat skor antara 40% hingga 59%. Manakala selebihnya iaitu 3 orang
responden mendapat skor antara 60% hingga 79%.

Min skor ujian yang telah dijalankan tersebut ialah 53.15. Berdasarkan jadual Penentu
Tahap Pencapaian, min skor ini masih berada tahap sederhana. Ini bermaksud setiap
41

responden masih di tahap sederhana dalam menjawab soalan-soalan Bahasa Melayu


Penulisan.

Pengkaji juga begitu optimis bahawa kesemua responden berpotensi untuk mencapai
skor yang lebih baik serta berpotensi untuk mencapai tahap cemerlang berdasarkan
kepada hasil analisis Ujian Pra yang dijalankan.

Jadual 4.3: Analisis Ujian Pra Mengikut Kumpulan Pencapaian


Kumpulan
Lemah
Memuaskan
Baik

Bilangan
2
15
3

Peratus (%)
10
75
15

Rajah 4.2 : Carta Pencapaian Ujian Pra Mengikut Kumpulan

Berdasarkan hasil dapatan ini, pengkaji ingin melihat keberkesanan penggunaan Kaedah
Koperatif iaitu percambahan fikiran dalam mempertingkatkan mutu pencapaian pelajarpelajar Tahun 5 dalam bidang penulisan iaitu karangan berbentuk fakta.
42

4.3.2 Ujian Pos

Selepas Ujian Pra dilaksanakan terhadap 20 orang responden selesai dijalankan,


pengkaji telah mengadakan perbincangan dan bekerjasama dengan guru bahasa Melayu
yang mengajar Tahun 5 untuk merancang dan melaksanakan sesi pengajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan selama empat minggu menggunakan


Kaedah Koperatif. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
Kaedah Koperatif selesai, satu ujian telah dijalankan. Keputusan markah (Lampiran D)
yang diperoleh oleh responden dalam ujian tersebut adalah seperti berikut :
Jadual 4.4: Analisis Markah Ujian Pos
Bilangan Responden
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

Jantina
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan
Perempuan

Skor (%)
65
60
63
50
70
65
60
50
65
73
60
63
85
60
83
70
80
48
58
63

Tahap
Baik
Baik
Baik
Memuaskan
Baik
Baik
Baik
Memuaskan
Baik
Baik
Baik
Baik
Cemerlang
Baik
Cemerlang
Baik
Cemerlang
Memuaskan
Memuaskan
Baik
43

Skor Responden
Min Skor Responden :

_______________
Responden

1291
20

64.55

Rajah 4.3: Analisis Ujian Pos Berdasarkan Skor

44

Rajah 4.3 di sebelah adalah taburan markah mengikut skor untuk Ujian Pos yang telah
dijalankan dalam kalangan 20 orang responden. Hasilnya didapati semua responden
mendapat peningkatan skor di antara 48% hingga 85% sahaja.

Sejumlah 4 orang responden mendapat skor antara 40% hingga 59%. Manakala 13 orang
responden mendapat skor antara 60% hingga 79% dan selebihnya sejumlah 3 orang
responden mendapat skor antara 80% hingga 100%.

Min skor Ujian Pos pula ialah 64.55. Ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak
11.40 berbanding dengan min skor Ujian Pra. Berdasarkan jadual Penentu Tahap
Pencapaian, min skor ini berada di tahap baik. Ini bermakna setiap responden telah dapat
meningkatkan diri serta meletakkan diri mereka di tahap yang baik dalam menjawab
soalan-soalan Bahasa Melayu Penulisan.

Hasil analisis dari Ujian Pra juga memberikan gambaran kepada pengkaji bahawa semua
responden sebenarnya mampu untuk mencapai skor yang lebih baik lagi sekiranya
mereka terus diberi lebih rangsangan kerana ia boleh menambahkan minat dan
kesungguhan mereka terhadap subjek Bahasa Melayu khususnya melalui pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.

45

Pengkaji juga begitu optimis bahawa semua responden amat berpotensi untuk mencapai
skor yang lebih tinggi dan mencapai tahap cemerlang berdasarkan kepada hasil analisis
Ujian Pos telah yang dijalankan.
Jadual 4.5: Analisis Ujian Pos Mengikut Kumpulan Pencapaian
Kumpulan
Sederhana
Baik
Cemerlang

Bilangan
4
13
3

Peratus (%)
20
65
15

Analisis Ujian Pos mengikut kumpulan pencapaian menunjukkan terdapat peningkatan


yang ketara bilangan murid yang mendapat peningkatan markah berbanding pencapaian
mereka semasa Ujian Pra.

Bilangan responden yang berada dalam kelompok lemah selepas keputusan Ujian Pra
telah menunjukkan peningkatan yang baik dalam Ujian Pos. Tiada lagi responden berada
dalam kumpulan lemah. Sebanyak 4 orang responden iaitu 20% mendapat markah
sederhana manakala 13 orang responden iaitu 65% pula mendapat markah baik. 3 orang
responden yang selebihnya iaitu sebanyak 15% pula dapat meletakkan diri mereka
dengan mendapat markah yang cemerlang.

46

Rajah 4.4: Carta Pencapaian Ujian Pos Mengikut Kumpulan

4.3.3 Perbandingan Skor Responden Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikuti
Kumpulan

Untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah


Koperatif, pengkaji telah membuat perbandingan antara skor responden dalam Ujian Pra
dan skor responden Ujian Pos (Lampiran E).

Jadual 4.6: Perbandingan Skor Responden Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut
Kumpulan
Kumpulan
Lemah
Memuaskan
Baik
Cemerlang

Ujian Pra
Bilangan
Peratus (%)
2
10
15
75
3
15
0
0

Ujian Pos
Bilangan
Peratus (%)
0
0
4
20
13
65
3
15

47

Rajah 4.5: Perbandingan Pencapaian Responden Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Dalam Ujian Pra yang telah dijalankan, sebanyak 2 orang responden yang mewakili 10%
mendapat pencapaian yang lemah di mana skor markah adalah di antara 20% hingga
39%, manakala selepas kajian dijalankan, bilangan responden yang berada di dalam
kumpulan lemah adalah sifar.

Bagi kumpulan memuaskan pula, terdapat seramai 15 orang responden iaitu 75% telah
memperoleh skor di antara 40% hingga 59%. Namun demikian, bilangan responden
telah berkurang kepada 4 iaitu 20% dalam Ujian Pos. Ini jelas menunjukkan bahawa
berlakunya peningkatan daripada kumpulan memuaskan kepada kumpulan baik dan
cemerlang.
48

Berdasarkan rajah perbandingan juga, didapati bilangan responden yang memperoleh


skor di antara 60% hingga 79% dalam kumpulan baik Ujian Pra telah menunjukkan
pertambahan iaitu daripada 3 orang kepada 13 orang responden dalam Ujian Pos atau
15% meningkat menjadi 65%, manakala 3 orang responden yang mewakili 15% telah
memperlihatkan satu pencapaian yang positif apabila berjaya memperoleh skor di antara
80% hingga 100% dan meletakkan diri dalam kumpulan cemerlang.

4.3.4 Dapatan Soal Selidik Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui
Kaedah Koperatif

Jadual 4.7 di sebelah menunjukkan dapatan kajian terhadap persepsi murid ke atas
pembelajaran bahasa Melayu melalui Kaedah Koperatif berdasarkan soal selidik
(Lampiran F).

49

Jadual 4.7: Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui Kaedah
Koperatif
Amat Tidak
Tidak setuju
No.
Item
1
2
3
4
5

Item 1:

Agak setuju

Setuju

Amat setuju

setuju
f

7
0
0
0
0

35
0
0
0
0

11
11
1
2
1

55
55
5
10
5

2
7
1
5
6

10
35
5
25
30

0
2
10
7
8

0
10
50
35
40

0
0
8
6
5

0
0
40
30
25

Saya tahu dan faham pembelajaran melalui Kaedah Koperatif.

Berdasarkan data yang diperoleh, 18 orang responden iaitu 90% menyatakan mereka
sememangnya tidak tahu dan tidak faham pembelajaran melalui Kaedah Koperatif.
Hanya 2 orang responden sahaja yang tahu tetapi tidak begitu memahaminya.

Item 2:

Saya pernah didedahkan dengan pembelajaran melalui Kaedah


Koperatif sebelum ini.

Seramai 11 orang responden iaitu sebanyak 55% menyatakan bahawa mereka belum
pernah didedahkan melalui kaedah ini. Namun demikian, 9 orang responden mengaku
pernah didedahkan dengan pembelajaran melalui kaedah koperatif sebelum ini. 11 orang
responden tersebut mungkin tidak menyedari bahawa mereka telah pun didedahkan
secara tidak langsung ketika pengajaran guru di dalam kelas berlangsung.
Item 3:

Melalui Kaedah Koperatif, saya dapat meningkatkan kualiti belajar


dengan lebih baik.

50

Data memperlihatkan seramai 19 orang responden iaitu 95% bersetuju kaedah ini dapat
meningkatkan kualiti belajar mereka berbanding hanya 1 orang sahaja responden yang
mewakili 5% sahaja yang menyatakan sebaliknya.

Item 4:

Kaedah Koperatif dapat mendorong saya memberi tumpuan yang


lebih terhadap perkara yang dibincangkan.

Berdasarkan data yang diperoleh, didapati 18 orang responden iaitu 90% bersetuju
kaedah ini dapat mendorong mereka memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran.
Sebaliknya hanya 2 orang responden sahaja iaitu 10% yang tidak bersetuju bahawa
kaedah percambahan fikiran dapat mendorong mereka memberi tumpuan yang lebih
terhadap perkara yang dibincangkan.

Item 5:

Saya mendapat faedah apabila menggunakan kaedah pembelajaran


secara koperatif.

Majoriti daripada responden iaitu 95% bersetuju bahawa Kaedah Koperatif ini
sememangnya memberi faedah kepada mereka berbanding hanya 1 orang responden
yang mewakili 5% sahaja yang menyatakan sebaliknya.

4.3.5 Analisis Minat Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui


Kaedah Koperatif

51

Jadual 4.8 di bawah menunjukkan dapatan daripada analisis minat murid terhadap
penggunaan Kaedah Koperatif (Lampiran F).

Jadual 4.8: Analisis Minat Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui
Kaedah Koperatif.
Amat Tidak
Tidak setuju
No.
Item
1
2
3
4
5

Item 1:

Agak setuju

Setuju

Amat setuju

setuju
f

0
0
0
1
0

0
0
0
5
0

0
2
2
1
0

0
10
10
5
0

4
4
0
4
3

20
20
0
20
15

14
10
12
9
12

70
50
60
45
60

2
4
6
5
5

10
20
30
25
25

Saya rasa seronok belajar melalui Kaedah Koperatif.

Semua 20 orang responden iaitu 100% bersetuju bahawa Kaedah Koperatif menjadikan
pembelajaran mereka lebih menyeronokkan. Hanya 4 orang responden sahaja yang
mewakili 20% kurang yakin bahawa kaedah ini memberi kesan yang baik untuk mereka.

Item 2:

Kaedah Koperatif dapat meningkatkan semangat setia kawan dalam


kumpulan.

Seramai 18 orang responden iaitu 90% bersetuju bahawa Kaedah Koperatif yang
digunakan dalam pembelajaran dapat meningkatkan semangat setia kawan dan kerja
dalam kumpulan. Hanya 4 orang daripada 18 orang responden iaitu sebanyak 20%,
menyatakan kurang yakin dengan kaedah ini, manakala 2 orang responden yang

52

mewakili 10% tidak bersetuju kaedah percambahan fikiran dapat meningkatkan


semangat setia kawan dalam kumpulan.

Item 3:

Kaedah Koperatif memberi peluang kepada saya memberi pendapat


secara bebas.

Dapatan daripada soal selidik juga menunjukkan bahawa 18 orang responden iaitu 90%
bersetuju Kaedah Koperatif memberi peluang kepada mereka untuk bebas memberi
pendapat. Hanya 2 orang responden sahaja iaitu 10%, tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut.

Item 4:

Kaedah Koperatif menjadikan pembelajaran saya lebih menarik.

Seramai 14 orang responden iaitu 70% bersetuju bahawa mereka lebih seronok belajar
dengan cara Kaedah Koperatif, berbanding 4 orang responden ataupun 20% yang
menyatakan agak bersetuju dengan kaedah tersebut. Hanya 2 orang responden atau 10%
sahaja yang tidak bersetuju dengan penyataan berkenaan.

Item 5:

Saya lebih berminat mempelajari bahasa Melayu sekarang.

Berdasarkan data yang diperoleh juga, keseluruhannya seramai 20 orang responden yang
mewakili 100%, bersetuju bahawa kaedah ini telah berjaya mempertingkatkan minat
mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, walaupun terdapat hanya 5 orang
responden atau 25% sahaja yang kurang yakin atau tidak pasti bahawa minat mereka
semakin bertambah selepas menggunakan Kaedah Koperatif.
53

4.4 Analisis Temu Bual Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan


Kaedah Koperatif

Bagi melihat keberkesanan Kaedah Koperatif ini, pengkaji juga telah menjalankan temu
bual terhadap responden. Beberapa item telah dikenal pasti dan dianalisis berdasarkan
temu bual berkenaan. Hasilnya yang diperoleh adalah sebagaimana seperti berikut :

Item 1:

Adakah anda rasa selesa apabila menggunakan kaedah pengajaran


dan pembelajaran secara koperatif ?

Responden bersetuju bahawa kaedah pembelajaran secara koperatif ini boleh


dipraktikkan dalam suasana kelas yang tidak ramai murid iaitu antara 25 hingga 30
orang pada satu-satu masa. Jumlah murid yang sederhana ini akan dapat memberikan
ruang yang selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Item 2:

Sejauh manakah pembelajaran secara koperatif dapat mewujudkan


sikap bekerjasama dalam ahli kumpulan ?

Kerjasama antara murid sememangnya sangat diharapkan oleh guru bertujuan membantu
pelajar lain yang lemah. Namun begitu, keadaan yang diharapkan tidak berlaku kerana
responden berpendapat sebahagian murid yang pandai lebih gemar melakukan aktiviti
secara sendirian dan kurang membantu ahli kumpulan.

54

Item 3:

Bagaimanakah pembelajaran secara koperatif dapat membantu


anda menguruskan setiap kumpulan di dalam kelas ?

Melalui kerjasama dalam kumpulan, semua hasil perbincangan dalam kumpulan akan
dimurnikan oleh kumpulan berkenaan. Guru hanya perlu memeriksa dan memastikan
hasil kerja kumpulan dapat disiapkan dengan betul. Masa juga dapat dijimatkan kerana
pemeriksaan oleh guru dilakukan dalam kumpulan dan bukannya secara individu.

Item 4:

Apakah faedah yang anda peroleh apabila menggunakan kaedah


pembelajaran secara koperatif ?

Berdasarkan maklum balas, responden bersetuju bahawa kaedah ini menjimatkan masa
untuk memeriksa hasil kerja murid. Selain itu, responden merasakan melalui Kaedah
Koperatif ini tahap kawalan dalam kelas dapat ditingkatkan. Kerja kumpulan pelajar
juga dapat diuruskan dengan lebih sistematik.

Item 5:

Adakah kaedah pembelajaran secara koperatif dapat membantu


anda meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran ?

Responden sememangnya sangat bersetuju bahawa kaedah ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran beliau walaupun pada awalnya

terdapat sedikit kesulitan untuk menyesuaikan dengan murid-murid.

Item 6:

Apakah

masalah

yang

anda

hadapi

semasa

menguruskan

pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah Koperatif ?


55

Masalah utama yang dihadapi oleh responden ialah murid sukar menerima ahli
kumpulan terutama yang lemah. Keadaan ini menyukarkan proses pembelajaran dalam
kumpulan. Keduanya ialah kurang penglibatan murid lemah dan sederhana dalam sesi
pembentangan. Mereka nampak sangat pasif seperti masih kurang keyakinan pada diri
sendiri.

Item 7:

Secara amnya, bagaimana anda menguruskan murid yang pasif


dalam aktiviti kumpulan?

Responden telah menggunakan dua cara bagi mengatasi pelajar yang pasif dalam
kumpulan. Pertamanya, responden menempatkan murid berkenaan dalam satu kumpulan
bagi memudahkan pemantauan. Cara keduanya pula, responden memberikan motivasi
terhadap murid berkenaan. Namun begitu, hasil yang diperoleh tidak seperti yang
diharapkan serta kurang memberangsangkan. Ini kerana sikap rendah diri murid
berkenaan begitu kuat.

Item 8:

Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan


Kaedah Koperatif ini dapat meningkatkan prestasi murid anda ?

Berdasarkan dapatan hasil kajian, responden percaya kaedah ini dapat meningkatkan
prestasi murid terutama dalam kumpulan murid sederhana dan baik. Namun begitu,
responden ini berpendapat bahawa murid daripada kumpulan lemah seharusnya diberi
perhatian yang lebih memandangkan cara mereka belajar dan memahami pelajaran
sangat perlahan berbanding rakan-rakan lain.

56

Item 9:

Adakah anda bercadang untuk memperkembangkan Kaedah


Koperatif ini kepada rakan anda yang lain ?

Responden bersetuju bahawa kaedah ini boleh dikembangkan kepada rakan setugas yang
lain kerana kaedah ini secara tidak langsung dapat membantu murid-murid yang lemah.
Namun begitu, guru-guru perlu diberi taklimat dan pendedahan terlebih dahulu tentang
cara pelaksanaannya supaya mereka dapat memahaminya dengan lebih jelas lagi.

4.5 Analisis Pemerhatian Tentang Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran


Berasaskan Kaedah Koperatif

Pengkaji telah membuat ulasan terhadap beberapa item yang telah dikenal pasti bagi
melihat akan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah
Koperatif ini. Pemerhatian menggunakan borang telah dibuat secara umum (Lampiran
H). Hasil daripada pemerhatian adalah sebagaimana seperti berikut:

Item 1:

Kerjasama Dalam Kumpulan.

Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa kerjasama antara ahli dalam


kumpulan amat baik sekali. Sejumlah 17 orang responden yang mewakili 85% telah
memperlihatkan ciri-ciri bekerjasama dalam kumpulan. Manakala yang selebihnya iaitu
3 orang responden atau 15% lagi kurang memberi kerjasama. Mereka ini adalah murid
yang boleh dikategorikan cemerlang dalam kumpulan dan dilihat kurang membantu
rakan dalam kumpulan.

57

Item 2:

Pengurusan kumpulan oleh guru.

Pengkaji juga mendapati responden dapat menguruskan kumpulan dengan baik iaitu
pada skala 90%. Sebanyak 10% lagi perlu diberi perhatian pada aspek memberi arahan
yang tepat dan ringkas sebelum responden menjalankan aktiviti kumpulan serta
galakkan kerjasama murid dalam kumpulan.

Item 3:

Keberkesanan penggunaan Kaedah Koperatif .

Berdasarkan pemerhatian secara keseluruhannya, pengkaji berpendapat kaedah ini amat


baik untuk dipraktikkan. Responden kajian dilihat selesa dan berinteraksi dengan lebih
bebas berbanding kaedah kelas. Namun, arahan kerja yang tepat dan ringkas perlu
diteliti dan disusun dengan baik untuk memastikan keberkesanannya.

Item 4:

Penglibatan murid dalam kumpulan.

Hampir semua responden kajian iaitu 90% melibatkan diri dalam kumpulan masingmasing. Selebihnya sebanyak 10% lagi dilihat kurang aktif kerana dipercayai tidak
mempunyai keyakinan diri.

Item 5:

Penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru.

Sepanjang tempoh kajian dijalankan, responden hanya menggunakan kemudahan sedia


ada iaitu papan tulis juga lembaran kerja sepanjang pengajaran dan pembelajaran
58

berlangsung. Responden tidak menggunakan sebarang peralatan teknologi maklumat


seperti komputer dan LCD.

Item 6:

Tahap keyakinan guru.

Tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh responden sangat tinggi terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Responden juga dilihat dapat bergerak bebas ke arah
kumpulan yang memerlukan bantuan. Dalam sesi pembentangan kumpulan, responden
dapat memberi penerangan dengan jelas untuk memudahkan pemahaman setiap
muridnya.

Item 7:

Pengurusan bilik darjah.

Sepanjang kajian dijalankan juga, responden dilihat berjaya menguruskan bilik darjah
dengan baik sekali. Penggunaan Kaedah Koperatif secara tidak langsung telah
menjadikan suasana kelas lebih kondusif. Susun atur meja dan kerusi murid nampak
kemas serta lebih teratur.
4.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, responden dilihat dapat melaksanakan Kaedah Koperatif dengan


berkesan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Ini dapat dibuktikan melalui
pengurusan kelas yang cukup teratur, minat responden sendiri ketika melaksanakan
kaedah ini dan maklum balas yang ditunjukkan oleh murid-murid. Pengkaji memberikan
kredit sebanyak 90% atas kejayaan responden dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
ini. Selebihnya sebanyak 10% lagi perlu diberi perhatian dalam menguruskan murid
59

yang lemah bagi memastikan kaedah ini dapat diaplikasikan dan dilaksanakan dengan
lancar.

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan rumusan terhadap hasil kajian yang telah dibuat.
Perbincangan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil dapatan kajian seperti
60

rumusan daripada hasil kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian,
cadangan kajian lanjutan dan penutup.

5.1 Rumusan Hasil Kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat dan mengenal pasti akan keberkesanan
Kaedah Koperatif dalam membantu guru menyampaikan isi pelajaran dan membantu
murid-murid untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas
semasa sesi pembelajaran berlangsung .

Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh telah dipilih sebagai lokasi kajian. Responden
kajian adalah terdiri daripada 20 orang pelajar iaitu 8 lelaki dan 12 perempuan.
Responden yang dipilih dari kelas Tahun 5 ini sememangnya berpencapaian sederhana
dalam subjek Bahasa Melayu. Sampel kajian dipilih daripada responden yang sama
dalam usaha untuk memastikan pencapaian pelajar yang dipilih dalam subjek bahasa
Melayu adalah setara.

Instrumen kajian terdiri daripada Ujian Pra dan Ujian Pos, soal selidik, temu bual dan
pemerhatian. Pengkaji telah berjumpa dan berbincang beberapa kali dengan tutor
penyelia mengenai skrip Ujian Pra dan Ujian Pos sebelum melaksanakan ujian tersebut
bagi memastikan skrip tersebut relevan dan sesuai.

61

Selain itu, borang soal selidik telah digunakan oleh pengkaji untuk mengetahui persepsi
dan minat responden dari segi sikap terhadap subjek Bahasa Melayu. Pencapaian
objektif kajian ditentukan melalui perbandingan skor min dua ujian kumpulan sasaran
yang berpencapaian sederhana. Analisis dilakukan dengan bantuan program SPSS.

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

Analisis deskriptif mengenai keberkesanan Kaedah Koperatif terhadap murid-murid


Tahun 5 yang berpencapaian sederhana khususnya bagi subjek Bahasa Melayu penulisan
pada keseluruhannya menunjukkan tahap pencapaian yang baik dan positif dalam
kalangan responden yang terlibat dalam kajian ini.

Dapatan kajian juga disokong dengan perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos di mana
terdapat peningkatan dalam skor min iaitu skor min dalam Ujian Pra ialah 53.15,
manakala 64.55 dalam Ujian Pos. Peningkatan yang dicapai adalah sebanyak 11.40. Ini
menunjukkan terdapat peningkatan yang positif responden dalam mempelajari bahasa
Melayu khususnya dalam aspek penulisan karangan.

Antara sikap positif yang ditunjukkan oleh responden adalah peningkatan minat mereka
untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru di
dalam kelas. Responden juga lebih berminat dan terlibat secara aktif dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang dijalankan secara berkumpulan.

62

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, secara umumnya rata-rata responden bersetuju
bahawa kaedah yang mereka praktik ini membawa lebih kebaikan berbanding kaedah
kelas. Malah minat mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu juga semakin
meningkat.

Berdasarkan analisis pemerhatian terhadap pengajaran guru pula, pengkaji mendapati


secara amnya guru lebih mudah mengendalikan kelas apabila menggunakan kaedah ini.
Walaupun terdapat sedikit masalah dalam pengurusan kumpulan, terutama terhadap
pelajar lemah, perkara ini boleh diatasi jika pendedahan yang lebih meluas lagi diberikan
kepada guru.

Walaupun terdapat peningkatan dalam skor yang dicapai oleh responden dalam dua ujian
yang dijalankan, namun begitu peningkatan yang dicatatkan masih lagi di tahap
sederhana.

5.3 Rumusan Dapatan Kajian

Berdasarkan hasil maklumat yang dapat dikumpulkan dari soal selidik yang telah
dijalankan didapati responden amat berminat terhadap subjek Bahasa Melayu. Namun
begitu, terdapat juga beberapa faktor yang menjadikan subjek Bahasa Melayu menjadi
kurang menarik kepada mereka.

Antaranya ialah:
63

a. Guru masih lagi menggunakan pendekatan dan kaedah tradisi yang berbentuk sehala.
Penglibatan semua murid masih kurang dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
b. Selain itu, terdapat juga guru-guru yang mengajar menggunakan kaedah kelas yang
tidak merangsang dan kurang menarik perhatian murid-murid. Kebanyakan mereka
mengajar menggunakan isu-isu yang sudah lapuk dan tidak sesuai lagi dengan
perubahan zaman sekarang serta agak terkeluar daripada pengetahuan murid-murid.
Guru-guru juga agak kurang kreatif dalam memilih isu-isu yang mampu untuk
merangsang dan menarik perhatian murid-murid.
c. Sikap dan tanggapan sesetengah murid bahawa subjek Bahasa Melayu adalah satu
subjek yang mudah dan tidak penting. Tanggapan mereka yang sedemikian ini
menjadikan mereka tidak memberikan tumpuan yang penuh terhadap pengajaran
guru di dalam kelas. Ini menyebabkan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa
Melayu hanya berada di tahap sederhana sahaja.
d. Murid-murid yang berpencapaian tinggi kurang memberi kerjasama untuk
membantu rakan mereka yang lemah. Sikap yang ditunjukkan oleh murid-murid ini
menyebabkan sebahagian kecil rakan dalam kumpulan, gagal mencapai hasrat yang
diharapkan.

Implikasi daripada beberapa faktor tersebut telah memberi kesan yang tidak baik di
mana murid-murid menjadi kurang berminat terhadap subjek Bahasa Melayu dan
menyebabkan pencapaian mereka agak sederhana.

64

5.4 Implikasi Dapatan Kajian

Didapati secara jelas terdapat perubahan sikap yang ketara dalam kalangan responden
yang terlibat. Perubahan yang ditunjukkan ini membuktikan bahawa guru Bahasa
Melayu seharusnya mengadaptasikan Kaedah Koperatif apabila merancang proses
pengajaran dan pembelajaran mereka pada masa hadapan.

Selain itu, skor min setiap responden menunjukkan pencapaian murid-murid ini masih
berada di tahap sederhana . Oleh itu, guru seharusnya lebih peka tentang minat dan
kecenderungan setiap murid di dalam kelas. Setiap aktiviti yang dirancang untuk proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah dapat menarik perhatian serta
melibatkan semua murid.

Guru juga haruslah lebih kreatif semasa merancang pelan pengajaran mereka di dalam
kelas. Menurut Krashen (1982) di dalam buku tulisan Anna Trosborg (1995), dalam
usaha untuk menyediakan pelajar menjadi penulis yang baik, fokus yang lebih
sepatutnya diberikan kepada apa yang hendak diperkatakan dan bukannya bagaimana
sesuatu itu diperkatakan. Guru boleh menggunakan sumber sedia ada seperti
menggabungkan bahan-bahan dari akhbar talian. Kaedah ini akan dapat menggerakkan
dan merangsang penglibatan aktif murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
kerana kumpulan responden yang dipilih diyakini mampu untuk meningkatkan
pencapaian mereka ke tahap cemerlang sekiranya mereka terus dirangsang dan digarap
dengan baik oleh guru.
65

Dapatan daripada hasil kajian yang dijalankan juga didapati kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara koperatif amat sesuai untuk dipraktikkan oleh guru di dalam kelas
terutamanya untuk mengajar kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Selain itu, kaedah ini juga amat sesuai digunakan untuk merangsang murid-murid yang
berprestasi sederhana dalam bahasa Melayu agar mereka lebih berminat dan tertarik
untuk mempelajari bahasa Melayu.

Kaedah pengajaran ini secara tidak langsung juga boleh menimbulkan minat kumpulan
murid cemerlang untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian mereka melalui penerokaan
dan penjelajahan sesuatu topik pengajaran guru sesuai dengan keupayaan yang ada pada
diri mereka.

Namun demikian, kumpulan murid yang prestasi mereka agak lemah sememangnya
tidak begitu sesuai untuk dipraktikkan kaedah ini kerana tahap keupayaan mereka
meneroka dan menjelajah sesuatu tajuk masih lagi rendah. Apatah lagi, tahap keupayaan
mereka berbanding dengan kumpulan murid berprestasi sederhana dan cemerlang yang
menggunakan Kaedah Koperatif juga jauh lebih rendah.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

66

Berdasarkan hasil daripada kutipan data dan keputusan yang diperoleh daripada kajian
yang dijalankan, pengkaji ingin memberi beberapa cadangan dengan harapan ia akan
dapat memantapkan lagi keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dan
murid di dalam kelas pada masa hadapan.

Pengkaji mencadangkan pada masa akan datang skop kajian dengan lebih meluas lagi
perlu dijalankan. Ini bermaksud kajian yang akan dijalankan perlu melibatkan lebih
daripada dua buah sekolah tidak seperti yang dilakukan oleh pengkaji sekarang.
Sekiranya skop kajian luas, maka lebih banyak data dan hasil dapat dikumpulkan serta
dapat mencari alternatif yang lebih sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Kajian juga akan mendapat kesahan yang tinggi berbanding kajian yang dilakukan
sekarang ini oleh pengkaji.

Guru perlu memastikan kaedah yang bertepatan dengan minat dan kecenderungan
murid-murid semasa penyampaian isi pelajaran di dalam kelas dapat diterima dengan
baik oleh mereka. Penggunaan kaedah yang salah kepada murid-murid akan
menyebabkan sesi pengajaran menjadi tidak bermakna dan tidak meninggalkan impak
yang besar kepada pemahaman murid-murid. Oleh itu, adalah sangat penting bagi guru
untuk membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat apabila memilih kaedah yang
sesuai dan tepat untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dalam sesuatu kelas kepada
murid-murid.

67

Pemilihan kaedah yang tepat dan sesuai dengan minat dan kecenderungan murid-murid
akan menimbulkan suasana yang seronok dan gembira untuk mengikuti pengajaran guru.
Murid-murid juga akan mudah untuk menerima isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Pengkaji mendapati murid-murid lebih menunjukkan minat dan bersedia untuk
mengikuti sesuatu sesi pengajaran sekiranya kaedah pengajaran guru lebih dekat dengan
dunia mereka. Penglibatan murid-murid secara langsung dan aktif semasa pengajaran
guru telah memberi ruang kepada mereka untuk berinteraksi secara bebas.

Pengkaji telah melaksanakan kajian ini hanya dalam tempoh 4 minggu sahaja. Dalam
tempoh tersebut, semua guru sedang sibuk melakukan persediaan ulang kaji kepada
murid-murid kerana mereka akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Oleh kerana itu,
didapati pihak guru tidak dapat melaksanakan sepenuhnya kaedah yang diketengahkan
dalam menjayakan kajian ini. Pengkaji ingin mencadangkan masa yang sesuai perlu
dipilih untuk menjalankan kajian ini pada masa akan datang agar hasil dapatan kajian ini
lebih diyakini dan dapat diterima dengan baik.

Berdasarkan hasil temu bual bersama guru, pengkaji mendapati kaedah pengajaran yang
dipraktikkan sangat sesuai untuk setiap sesi pengajaran. Namun begitu, terdapat
beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menguruskan pelajar yang
berprestasi lemah. Justeru, satu kajian yang khusus perlu dijalankan bertujuan untuk
mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.

68

Pengkaji juga ingin menyarankan agar pada masa akan datang bilangan responden yang
terlibat dalam kajian sebegini ditambah kepada sekurang-kurangnya 50 orang. Ini
bertujuan supaya hasil dapatan kajian akan menjadi lebih relevan dan diakui.

5.6 Penutup

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji akan keberkesanan penggunaan
Kaedah Koperatif dalam menulis karangan berbentuk fakta oleh murid-murid.
Berdasarkan kajian, didapati terdapat kesan yang agak jelas hubungan antara kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru di dalam kelas dengan minat murid terhadap
pengajaran guru.

Secara jelas apa yang dapat dilihat, minat dan tumpuan serta penglibatan murid dalam
semua aktiviti yang dirancang oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung menunjukkan satu perkembangan yang baik di dalam kelas yang
mengaplikasikan Kaedah Koperatif berbanding dengan kelas yang hanya mengamalkan
kaedah tradisional. Murid-murid yang berpencapaian lemah dan sederhana dilihat lebih
aktif dan tertarik untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru.

Hasil dapatan juga membuktikan bahawa minat dan kesungguhan murid terutamanya
yang berpencapaian sederhana boleh dirangsang oleh guru asalkan guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu pandai dan kreatif menggunakan Kaedah
Koperatif. Peningkatan yang agak baik juga telah ditunjukkan melalui perbandingan dua
69

ujian yang telah dijalankan terhadap murid-murid melalui kaedah ini. Kaedah
pengajaran guru yang kurang daya kreativiti dan tidak menarik akan membosankan
murid dan menyebabkan mereka enggan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang
dirancang oleh guru.

Jadi, di sini jelaslah kaedah ini amat sesuai dilaksanakan oleh guru semasa
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi memantapkan
sesi pengajaran dan pembelajaran serta menjadikan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan dapat mencapai objektif yang tetapkan.

RUJUKAN
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian
Melayu I. Petaling Jaya: Longman.
Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia
di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Anna Trosborg. (1995). Interlanguage Pragmatics: Requests, Complaints, and
Apologies. Walter de Gruyter.
Arbak Othman. (1989). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994). Kamus Dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
70

Evans, J. M. & Brueckner, M. M. (1990). Elementary social studies teaching for today
and tomorrow [Pengajaran pengajian sosial asas untuk kini dan kemudian hari].
Massachussets: Allyn and Bacon.
Gagne, R. M. (1985). The conditions of learning and theory of instruction (4th ed.)
[Kondisi pembelajaran dan teori pengajaran (edisi keempat)]. New York: CBS
College Publishing.
Gan, SL (1992). Integrated Curriculum and Experative Learning in Malaysia
Multiracial Classrooms. Paper presented at The reaseach trumen wold conference
on Education (Cairo, 22-24 Mac 1992).
Jacobs, M. G., Gan, S. L. & Ball, J. (1995). Learning cooperative learning via
cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher education on
cooperative learning. Singapore: SEAMEO, Regional Language Centre.
Kamaruddin Tahir (2005). Kesan Strategi Koperatif Dalam Meningkatkan Tahap
Pemahaman di Kalangan Pelajar Tingkatan 1. Universiti Malaya: Tesis Sarjana
Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nelson W. Francis (1965). The English Language, an Introduction. W.W, Norton and
Company Inc.
Raminah Hj. Sabran (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kemahiran Menulis: Pengalaman Penulis. Bengkel
Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.
Roselan Baki (2003). Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Shah
Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.
Samsuri. (1972). Bahasa dan Ilmubahasa dan Fonologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Samsuri. (1978). Analisa Bahasa: Memahami Bahasa Secara Ilmiah. Jakarta: Erlangga.
Schunk, D. H. (1991). Learning theories: An Educational Perspective [Teori
Pembelajaran: Suatu Perspektif Pendidikan]. New York: Macmillan Publishing Co.
Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Diperoleh
September 12, 2005, daripada http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22. htm
71

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur:


Heinemann Asia.
Teuku Iskandar. (1986). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yahya Othman (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yaxley, B.G. (1991). Developing Teachers Theories of Teaching. London: Falmer Press.
http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article3.pdf
http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/42/E/JTJUN42E1.pdf
http://www.pdf-search-engine.com/INISIASI-UNIT-5-PENGEMBANGAN-MODELPEMBELAJARAN-PKn-SD-Kelas-1,-2,-3-pdf.html
http://myais.fsktm.um.edu.my/4795/1/4.pdf
http://myais.fsktm.um.edu.my/4999/1/20.pdf
http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article3.pdf

LAMPIRAN A
SENARAI NAMA RESPONDEN

BIL

NAMA MURID

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

MOHAMAD ERWAN SHAH BIN EDERUS


MOHAMMAD AIMAN BIN SAWIN
MOHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN MOHD SAAD
MUHAMAD AZRUL BIN AZIZ
MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD ROSLI
MUHAMMAD FIRDAUS BIN HASSAN
MUHAMMAD HAZWAN BIN MOHD FAUDZI
MUHAMMAD IRFAN BIN ISMAIL
AINA SYAFINAZ BINTI ZAINUDDIN
KHAIRUL HAFIZAH BINTI ZULHIMI

JANTINA
Lelaki Perempuan

72

11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

NOOR ZAKIRAH BINTI ISMAIL


NUR ANIS SYAHIRAH BINTI JAMALUDIN
NUR HANIS SYAZANA BINTI MOHAMAD ZUKI
NUR HAZZAHARA BINTI HARUN
NUR ZAFIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN
NURUL SYAFIQA BINTI MOHAMAD PAZIL
NURUL SYIFAA BINTI MOHD SHUKUR
NURZULAIKA BINTI MAZLAN
SHAMILA BINTI NASRI
SITI NOOR AIDA BINTI MD. SUKRI

LAMPIRAN B
Soalan Ujian Pra
Soalan
Membaca buku mempunyai banyak faedahnya kepada murid-murid sekolah. Tuliskan
sebuah karangan tentang faedah-faedah yang diperolehi dengan membaca buku.
Rangka Karangan
1. Pendahuluan
2. Senaraikan faedah-faedah membaca buku
3. Penutup

73

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Soalan Ujian Pos


Soalan
Bersukan banyak mendatangkan manfaat kepada diri kita. Tuliskan sebuah karangan
tentang faedah-faedah yang boleh diperoleh melalui bersukan.
Rangka Karangan
1. Pendahuluan
2. Faedah-faedah bersukan
3. Penutup
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
74

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

LAMPIRAN C
SENARAI MARKAH UJIAN PRA

BIL.

NAMA MURID

1
2
3
4
5
6
7
8
9

MOHAMAD ERWAN SHAH BIN EDERUS


MOHAMMAD AIMAN BIN SAWIN
MOHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN MOHD SAAD
MUHAMAD AZRUL BIN AZIZ
MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD ROSLI
MUHAMMAD FIRDAUS BIN HASSAN
MUHAMMAD HAZWAN BIN MOHD FAUDZI
MUHAMMAD IRFAN BIN ISMAIL
AINA SYAFINAZ BINTI ZAINUDDIN

BAHASA MELAYU
M
G
50
C
48
C
55
C
38
D
53
C
50
C
55
C
45
C
50
C
75

10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

KHAIRUL HAFIZAH BINTI ZULHIMI


NOOR ZAKIRAH BINTI ISMAIL
NUR ANIS SYAHIRAH BINTI JAMALUDIN
NUR HANIS SYAZANA BINTI MOHAMAD ZUKI
NUR HAZZAHARA BINTI HARUN
NUR ZAFIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN
NURUL SYAFIQA BINTI MOHAMAD PAZIL
NURUL SYIFAA BINTI MOHD SHUKUR
NURZULAIKA BINTI MAZLAN
SHAMILA BINTI NASRI
SITI NOOR AIDA BINTI MD. SUKRI

58
45
50
70
53
68
50
70
35
48
55

C
C
C
B
C
B
C
B
D
C
C

LAMPIRAN D
SENARAI MARKAH UJIAN POS

BIL

NAMA MURID

1
2
3
4
5
6
7
8

MOHAMAD ERWAN SHAH BIN EDERUS


MOHAMMAD AIMAN BIN SAWIN
MOHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN MOHD SAAD
MUHAMAD AZRUL BIN AZIZ
MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD ROSLI
MUHAMMAD FIRDAUS BIN HASSAN
MUHAMMAD HAZWAN BIN MOHD FAUDZI
MUHAMMAD IRFAN BIN ISMAIL

BAHASA MELAYU
M
G
65
B
60
B
63
B
50
C
70
B
65
B
60
B
50
C
76

9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

AINA SYAFINAZ BINTI ZAINUDDIN


KHAIRUL HAFIZAH BINTI ZULHIMI
NOOR ZAKIRAH BINTI ISMAIL
NUR ANIS SYAHIRAH BINTI JAMALUDIN
NUR HANIS SYAZANA BINTI MOHAMAD ZUKI
NUR HAZZAHARA BINTI HARUN
NUR ZAFIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN
NURUL SYAFIQA BINTI MOHAMAD PAZIL
NURUL SYIFAA BINTI MOHD SHUKUR
NURZULAIKA BINTI MAZLAN
SHAMILA BINTI NASRI
SITI NOOR AIDA BINTI MD. SUKRI

65
73
60
63
85
60
83
70
80
48
58
63

B
B
B
B
A
B
A
B
A
C
C
B

LAMPIRAN E
PERBANDINGAN MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS

BIL

NAMA MURID

1
2
3
4
5
6
7
8

MOHAMAD ERWAN SHAH BIN EDERUS


MOHAMMAD AIMAN BIN SAWIN
MOHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN MOHD SAAD
MUHAMAD AZRUL BIN AZIZ
MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD ROSLI
MUHAMMAD FIRDAUS BIN HASSAN
MUHAMMAD HAZWAN BIN MOHD FAUDZI
MUHAMMAD IRFAN BIN ISMAIL

UJIAN
PRA
S
G
50
C
48
C
55
C
38
D
53
C
50
C
55
C
45
C

UJIAN
POS
S
G
65 B
60 B
63 B
50 C
70 B
65 B
60 B
50 C
77

9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20

AINA SYAFINAZ BINTI ZAINUDDIN


KHAIRUL HAFIZAH BINTI ZULHIMI
NOOR ZAKIRAH BINTI ISMAIL
NUR ANIS SYAHIRAH BINTI JAMALUDIN
NUR HANIS SYAZANA BINTI MOHAMAD ZUKI
NUR HAZZAHARA BINTI HARUN
NUR ZAFIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN
NURUL SYAFIQA BINTI MOHAMAD PAZIL
NURUL SYIFAA BINTI MOHD SHUKUR
NURZULAIKA BINTI MAZLAN
SHAMILA BINTI NASRI
SITI NOOR AIDA BINTI MD. SUKRI

50
58
45
50
70
53
68
50
70
35
48
55

C
C
C
C
B
C
B
C
B
D
C
C

65
73
60
63
85
60
83
70
80
48
58
63

B
B
B
B
A
B
A
B
A
C
C
B

S Skor
G - Gred

LAMPIRAN F
BORANG SOAL SELIDIK ( Murid )
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
KAEDAH KOPERATIF
Bahagian A : Biodata Murid
Jantina

Lelaki / Perempuan

Bangsa

Melayu

Kelas / Tahun

...............................

Bahagian B : Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui


Kaedah Koperatif
78

Bulatkan tahap persetujuan anda dari amat tidak setuju kepada amat setuju.
Singkatan digunakan seperti berikut.
ATS
TS
AS
ST
AS

=
=
=
=
=

Amat Tidak Setuju


Tidak Setuju
Agak Setuju
Setuju
Amat Setuju

ITEM
1. Saya tahu dan faham pembelajaran melalui
Kaedah Koperatif.

ATS

TS

AS

ST

AS

2. Saya pernah didedahkan dengan pembelajaran


melalui Kaedah Koperatif sebelum ini..

3. Melalui Kaedah Koperatif, saya dapat


meningkatkan kualiti belajar dengan lebih baik.

4. Kaedah Koperatif dapat mendorong saya


memberi tumpuan yang lebih terhadap perkara
yang dibincangkan.
5. Saya mendapat faedah apabila menggunakan
Kaedah Koperatif.

Bahagian C: Minat Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Melalui


Kaedah Koperatif
Bulatkan tahap persetujuan anda dari amat tidak setuju kepada amat setuju.
Singkatan digunakan seperti berikut.
ATS
TS
AS
ST
AS

=
=
=
=
=

Amat Tidak Setuju


Tidak Setuju
Agak Setuju
Setuju
Amat Setuju

ITEM
1. Saya rasa seronok belajar melalui kaedah
koperatif.

ATS

TS

AS

ST

AS

2. Kaedah Koperatif dapat meningkatkan semangat


79

setia kawan dalam kumpulan.

3. Kaedah Koperatif memberi peluang kepada saya


memberi pendapat secara bebas.

4. Kaedah Koperatif menjadikan pembelajaran saya


lebih menarik.

5. Saya lebih berminat mempelajari bahasa Melayu


sekarang.

Tamat
Terima Kasih Di atas Kerjasama Anda

LAMPIRAN G
BORANG TEMUBUAL ( GURU )
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
KAEDAH KOPERATIF
Bahagian A : Biodata Guru
Jantina

Lelaki / Perempuan

Bangsa

Melayu

Pengalaman Mengajar

.................Tahun.

Bahagian B : Soalan Temubual

80

1. Adakah anda rasa selesa apabila menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
secara koperatif ?
2. Sejauh manakah pembelajaran secara koperatif dapat mewujudkan sikap
bekerjasama sesama ahli kumpulan ?
3. Bagaimanakah pembelajaran secara koperatif dapat membantu anda menguruskan
setiap kumpulan di dalam kelas ?
4. Apakah faedah yang anda perolehi apabila menggunakan kaedah pembelajaran
secara koperatif ?
5. Adakah

kaedah

pembelajaran

secara

koperatif

dapat

membantu

anda

mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran ?


6. Apakah masalah yang anda hadapi semasa menguruskan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Kaedah Koperatif ?
7. Secara amnya, bagaimana anda menguruskan murid yang pasif dalam aktiviti
kumpulan ?
8. Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif ini
dapat meningkatkan prestasi murid anda ?
9. Adakah anda bercadang untuk memperkembangkan kaedah koperatif ini kepada
rakan anda yang lain ?
LAMPIRAN H
BORANG PEMERHATIAN
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN
KAEDAH KOPERATIF
TARIKH
MASA
TEMPAT

:.................................
:.................................
:.................................

LAPORAN:
Bil
Aktiviti Pemerhatian
1 Kerjasama dalam kumpulan

Catatan

81

Pengurusan kumpulan oleh guru.

Keberkesanan penggunaan Kaedah Koperatif

Penglibatan murid dalam kumpulan.

Penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru

Tahap keyakinan guru.

Pengurusan bilik darjah.

82

Anda mungkin juga menyukai