Anda di halaman 1dari 9

Mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, Datuk Hj Mohd

Shafie Bin Hj Asnawi, Setiausaha Politik, Menteri Pertanian dan


Industri Asas Tani.
Hadirin diminta berdiri.
BismilLahir Rahmanir Rahim....
Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam 1 Malaysia menyusul pula,
Selamat datang kepada semua,
Majlis diatur penuh ceria.
Yang Berbahagia,
Datuk Hj Sulaiman Bin Haji Abd Razak
Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Permatang
Yang Berusaha,
En Isa Bin Abdullah
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing
Yang Berusaha,
En.Azimi Bin Samsudin,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang.
Yang Dihormati,
Tuan Haji Masdar Bin Dasuki
Pengerusi JKKP Kg Tok Adam
Tuan Haji Mohyi Bin Mukmin
Pengerusi JKKP Kg Sg Gulang-gulang
Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Sekolah Kebangsaan
Tanjong Karang, AJK PIBG, ibu bapa, para pelajar yang diraikan
serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu
Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
(NYANYIAN LAGU NEGARAKU)
Hadirin dipersilakan duduk.

Melati kuntum cantik berhias,


1

Tumbuh melata di tepi kali,


Anugerah Cemerlang 2016
Murid cemerlang kita hargai.
Rasa kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan rahmatnya dapat kita bersama-sama berada di dewan
sementara
ini
bagi
menyempurnakan
Majlis
Anugerah
Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah 2016 pada pagi ini.
Majlis merakamkan ucapan ahlan wasahlan dan syukran jazilan
kepada Yang Berbahagia Datuk khususnya, seterusnya hadirin dan
hadirat sekalian kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis bagi
meraikan kejayaan anak tuan puan dalam bidang akademik pada pagi
ini.
Hinggap tempua di pohon meranti,
Membuat sarang di dalam gua,
Majlis diatur mohon diberkati,
Sama-samalah kita menadah doa.
Dengan ini majlis menjemput Ustaz Abdul Shahid Bin Aziz
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(BACAAN DOA)
Amin ya rabbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Shahid Bin Aziz di
atas bacaan doa sebentar tadi..
Tanah terbiar tidak bertuan,
Berpagar teguh tidak berpapan,
YDP PIBG kami alukan,
Dijemput En. Bakhtiar memberi ucapan.
Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha, En. Bakhtiar
bin Fadzil, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tanjong
Karang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(UCAPAN YDP PIBG)

Terima kasih diucapkan kepada En. Bakhtiar bin Fadzil di atas ucapan
sebentar tadi.
(Graduasi Prasekolah)

Sebagai penyeri majlis, kita akan disajikan dengan dendangan


lagu Nasyid daripada murid-murid Tahun 2 yang bertajuk Zikir
Munajat. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
(NASYID TAHUN 2)
Beli aiskrim kedai Pak Jamil,
Dibungkus bersama daun keladi,
Kumpulan nasyid bimbingan Ustaz Azmil,
Terima kasih atas persembahan tadi.
Seterusnya, dijemput murid -murid Tahun 1 mempersembahkan
Action Song bertajuk Its Small World. Majlis dengan sukacitanya,
mempersilakan.
(ACTION SONG TAHUN 1)
Beli gula kedai Wak Jasni,
Tidak lupa kaya dan roti,
Action Song bimbingan Cik Hasni,
Terima kasih atas persembahan tadi.
Tak
Tak
Tak
Tak

molek jika ada alu, tiada lesungnya,


berguna jika ada dayung, tiada perahunya
berkat ilmu tanpa amalnya,
lengkaplah Majlis, jika tidak ada yang berbicara.
Si Burung unta duduk berkawan,
Duduk teratur di atas papan,
Acara dimulai dengan alu-aluan,
Silakan Guru Besar berikan ucapan

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha, Tn Hj


Mohd Hanim Bin Amir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjong
Karang untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan.
(UCAPAN GURU BESAR)
Simpan lauk dalam keranji,
Terima kasih daun keladi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Mohd
Hanim Bin Amir, selaku Guru Besar dan bapa kepada warga SK
Tanjong Karang di atas ucapan beliau sebentar tadi.
Pokok pinang tepi perigi,
Terima kasih kepada Encik Azimi

Terima kasih diucapkan kepada En.Mohd Azimi Bin Samsudin


selaku Yang Dipertua PIBG SK Tanjong Karang di atas ucapan
beliau yang penuh harapan sebentar tadi.
Datuk Hj Mohd Shafie orang tempatan,
Segak bergaya dan wajahnya tampan,
Dijemput tampil beri ucapan,
Harap-harap dapatlah kami sumbangan.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Dengan ini, majlis dengan rasa berbesar hati menjemput Yang
Berbahagia, Datuk Hj Mohd Shafie bin Hj Asnawi, untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah
Kecemerlangan SK Tanjong Karang bagi tahun 2010. Majlis
dengan segala hormatnya, mempersilakan.
(UCAPAN PERASMI)
Ayaq nyiur ayaq selasih,
Majlis mengucapkan terima kasih.
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih daun keladi
kepada Yang Berbahagia Datuk kerana sudi menyampaikan ucapan
dan menghulur sumbangan yang agak besar kepada warga SK Tanjong
Karang.
Kita serikan lagi, majlis ini dengan persembahan tarian daripada
murid Tahun 4. Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan.
(TARIAN TAHUN 4)
Berkebaya batik berwarna merah,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Tarian dibimbing oleh Pn.Sabariah,
Terima kasih atas persembahan tadi.
Ucapan sudah tarian pun sudah ,
Kini saatnya penyampaian hadiah.

Bagi menyempurnakan, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010,


dengan segala hormatnya, sekali lagi dijemput Yang Berbahagia,
4

Datuk Hj Mohd Shafie bin Hj Asnawi untuk tampil ke hadapan bagi


menyampaikan hadiah kepada Murid Cemerlang UPSR 2009.
(PENYAMPAIAN HADIAH CEMERLANG UPSR 2009)
Dijemput:
1) AL IKHLAS BIN ISAHAK (MRSM ULUL ALBAB, GEMENCHIH)
2) AHMAD NAUFAL AMRI B.MOHD NORMAZLAN
(SEKOLAH
BERASRAMA
PENUH
INTEGRASI,
SABAK
BERNAM)
3) MUHAMMAD RAZIQ B. ROSLAN
(SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI, GOMBAK)
4) LUQMAN HAKIM B. DAIM (SM SAINS KUALA SELANGOR)
5) NUR FAIRUZ B. MOHD ZAWAWI ( SM SAINS KUALA
SELANGOR)
6) NUR SYAFIQAH BT ILLIYASZAIDI (MRSM BALING, KEDAH)
7) NURSYAIRAH BT ISHAK (SMK DATO HARUN, TG KARANG)
8) SITI KHADIJAH BT MOHD HATA ( SMK DATO HARUN, TG
KARANG)
Disusuli kini, upacara penyampaian hadiah
pencapaian terbaik mengikut kelas bagi tahun 2010.

bagi

kategori

Dijemput penerima hadiah dari kelas:


Rujuk senarai m/s 6- 7.
(PENYAMPAIAN HADIAH PENCAPAIAN TERBAIK MENGIKUT
KELAS 2010)
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Datuk Hj
Mohd Shafie bin Hj Asnawi kerana sudi menyampaikan hadiah.
Pandai sungguh mengambil hati,
Kini waktunya penyampaian cenderahati.
Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis menjemput Tn Hj Mohd
Hanim Bin Amir, Guru Besar SK Tanjong Karang dengan diiringi
oleh Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berbahagia, Datuk Hj Mohd Shafie bin Hj Asnawi,
Setiausaha Politik, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan.
(PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERASMI)

Terima kasih daun keladi ,


Ucapan khusus untuk Datuk Hj Shafie ,
Kerana sudi bersama kami ,
5

Cenderahati diberi semoga dihargai.


Seterusnya, dijemput Yang Berbahagia, Datuk Hj Mohd
Shafie bin Hj Asnawi dengan diiringi oleh Guru Besar SK Tanjong
Karang , YDP PIBG , wakil PPD , tuan-tuan dan puan-puan ke
kantin sekolah untuk menikmati sedikit jamuan.
Tuan-tuan dan puan-puan, diminta kembali semula ke dewan ini
pada jam 10.00 pagi untuk kita meneruskan Majlis Anugerah
Kecemerlangan 2010. Dijemput dengan segala hormatnya.
Ukir kayu dengan pahat, Majlis berhenti rehat...
(REHAT)
Assalamualaikumwbh..
Selamat kembali ke dewan sementara ini.
Bagi memulakan acara, majlis akan dipertontonkan dengan
persembahan Dikir Barat daripada murid-murid Tahun 6 Excellent.
Dipersilakan.
(DIKIR BARAT TAHUN 6E)
Tenaga petani asyik diperah,
Di tepi sawah ada titi,
Dikir barat bimbingan Pn.Nadzirah,
Terima kasih atas persembahan tadi.
Majlis diteruskan dengan penyampaikan hadiah bagi kategori
MATA PELAJARAN TERBAIK 2010. Untuk itu, dijemput Tuan Guru
Besar, Tuan Haji Mohd Hanim Bin Amir untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.
Dijemput penerima hadiah bagi PENCAPAIAN TERBAIK MATA
PELAJARAN 2010 bagi Bahasa Melayu Pemahaman:
Rujuk senarai m/s 8, 9, 10 &11.
(PENYAMPAIAN HADIAH MATA PELAJARAN TERBAIK)
Seterusnya bagi Pencapaian Terbaik Pemulihan, dijemput :
Rujuk senarai m/s 11.
(PENYAMPAIAN HADIAH KELAS PEMULIHAN)
Seterusnya, dijemput penerima hadiah bagi PENINGKATAN
PRESTASI PROGRAM LINUS:
Rujuk senarai m/s 11.
(PENYAMPAIAN HADIAH KELAS PEMULIHAN)
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Hanim Bin
Amir yang telah menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Makan aiskrim perisa keladi,
Terima kasih daun keladi
6

Seterusnya, kita akan memberi laluan kepada persembahan


SKETSA daripada murid Tahun 6 . Dipersilakan.
(SKETSA TAHUN 6)
Pergi ke Perak bersama Sarah,
Naik kereta seawal pagi ,
Sketsa bimbingan Pn.Nadzirah,
Terima kasih atas persembahan tadi.
Berikutnya akan disampaikan hadiah bagi kategori TERBAIK
KESELURUHAN MENGIKUT TAHUN. Untuk itu dijemput Puan
Halijah
Bt
Idris,
Penolong
Kanan
Pentadbiran
untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Dijemput: Rujuk senarai m/s 11.
(PENYAMPAIAN HADIAH TERBAIK KESELURUHAN MENGIKUT
TAHUN)
Berikutnya akan disampaikan hadiah bagi KEHADIRAN PENUH
SEPANJANG 2010.
Dijemput: Rujuk senarai m/s 12.
Berikutnya akan disampaikan hadiah bagi ANUGERAH NILAM
2010.
Dijemput: Rujuk senarai m/s 13.
Berikutnya akan disampaikan hadiah bagi
KEBERSIHAN KELAS 2010.
Dijemput: Rujuk senarai m/s 14.

KECERIAAN

&

Terima kasih diucapkan kepada Pn.Halijah bt Idris kerana sudi


menyampaikan hadiah.
Seterusnya, kita akan memberi laluan kepada persembahan
Nyanyian Berkumpulan daripada murid Tahun 6 yang bertajuk
Terima Kasih Guru dan Doa Perpisahan . Dipersilakan.
(NYANYIAN BERKUMPULAN TAHUN 6)
Masak lemak cili merah ,
Ditutup dengan tudung saji ,
Nyanyian berkumpulan bimbingan Pn.Nadzirah,
Terima kasih atas persembahan tadi.
Seterusnya, penyampaian Anugerah Khas 2010 bagi kategori
PEMBACA DOA TERBAIK , TOKOH MEMBACA 2010, TOKOH
MURID 2010 (LELAKI) dan TOKOH MURID 2010(PEREMPUAN).
7

Untuk itu dijemput, En.Azimi bin Samsudin, YDP PIBG SK Tanjong


Karang untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Penerima hadiah bagi PEMBACA DOA TERBAIK 2010 ialah Farouk
Iqbal bin Juanda. Dijemput naik ke pentas.
Anugerah bagi TOKOH MEMBACA 2010 dimiliki oleh Nurin Anis
Qistina bt Mohd Sobri. Dijemput naik ke pentas.
Kemuncak Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010 adalah
penganugerahan
Tokoh
Murid
2010.
Dengan
ini,
dijemput
Pn.Hjh.Roszita bt Murat untuk membacakan biodata Tokoh Murid
2010. Dipersilakan.
(DIBACAKAN BIODATA TOKOH MURID 2010)
Dengan ini diumumkan TOKOH MURID LELAKI 2010 dianugerahkan
kepada Farouk Iqbal bin Juanda. Dijemput naik ke pentas.
Dengan ini diumumkan TOKOH MURID PEREMPUAN 2010
dianugerahkan kepada Nurin Anis Qistina bt Mohd Sobri. Dijemput
naik ke pentas.
Terima kasih diucapkan kepada En.Azimi bin Samsudin kerana
sudi menyampaikan hadiah.
Gigih berusaha capai kejayaan,
Ganjaran diberi tanda pengiktirafan.
Seterusnya dijemput Pn.Norzakiah Bt Hj Daud, Penyelaras
Unit Kecemerlangan Tahun 6 untuk mengumumkan keputusan
Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) bagi tahun
2010. Dipersilakan.
(PENGUMUMAN KEPUTUSAN)
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar tahun 6 yang telah
mencapai kejayaan 5A dalam UPSR 2010. Terima kasih juga diucapkan
kepada guru-guru Tahun 6 terutamanya atas komittmen yang diberikan
hingga mencapai kejayaan yang membanggakan. Tidak lupa juga
kerjasama dan berkat doa ibu bapa pelajar Tahun 6 turut membantu
mencapai kejayaan.

Enak daging dimasak kari ,


Enak sungguh bila dimakan ,

Izinkan saya mengundur diri ,


Tersilap bicara harap maafkan.
Ayam didik disambar helang ,
Dari sumur sampai ke kali ,
Selepas ini kita pulang ,
Tahun depan berjumpa lagi.
Dengan ini majlis bersurai. Sekian,terima
kasih.Assalamulaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai